You are on page 1of 19

Bijih dan mineral

Apa itu bijih?


Bijih ialah sejenis batu yang mengandungi mineral dengan elemen-elemen penting termasuk logam. Bijih dikeluarkan melalui perlombongan dan kemudiannya ditapis untuk mengeluarkan elemen berharga

Tempat-tempat perlombongan

PENGEKSTRAKAN MINERAL

Pengekstrakan logam daripada bijihnya dalam industri

Logam Kalium Natrium Kalsium Magnesium Aluminium

Kaedah Pengekstrakan

Catatan

Elektrolisis klorida logam lebur Logam-logam yang sangat reaktif Elektrolisis aluminium oksida lebur

Zink Besi Stanum Plumbum Kuprum Pemanasan sulfida logam dalam udara Penurunan oksida logam oleh karbon Logam-logam yang kurangreaktif

Merkuri
Argentum Emas

Wujud sebagai unsur logam dalam kerak bumi

Jadual 1 menunjukkan kaedah yang digunakan di dalam industri bagi mengekstrak logam daripada bijihnya.
2.(a)Pengekstrakan timah( stanum) dalam industri Bijih timah yang dilombong dipanggil kasiterit, iaitu stanum(IV) oksida. Bijih timah dibersihkan dan dipekatkan melalui proses pengapungan dan kemudian dipanggang untuk mengeluarkan kotoran seperti sulfur.

Stanum (IV) oksida yang tulen dicampur dengan kok( karbon ) dan dimasukkan kedalam sebuah relau kemudian dipanaskan kepada suhu 1350oC.
Tindak balas berikut menghasilkan timah lebur SnO2 (p) + C (p) Sn (ce) + CO2 (g) SnO2 (p) + 2C (p) Sn (ce) + 2CO (g) SnO2 (p) + 2CO (g) Sn (ce) + 2CO2 (g) Timah lebur dialirkan ke dalam acuan untuk dibekukan.

b)Pengekstrakan besi( ferum ) dalam industri


Bijih besi yang dilombong dipanggil hematit ( Fe2O3) dan magnetit (Fe3O4). Bijih besi bersama batu kapur dan kok( karbon ), dimasukkan ke dalam sebuah relau bagas. Udara panas yang memanaskan relau bagas itu akan menguraikan kasium karbonat dan menghasilkan gas karbon dioksida. Kok juga bertindak balas dengan udara panas menghasilkan gas karbon dioksida. Bijih besi kemudian diturunkan kepada besi oleh karbon monoksida dan kok ( karbon ). Fe2O3(p) + 3CO(g) 2Fe(ce) + 3CO2(g) 2Fe2O3(p) + 3C(p) 4Fe(ce) + 3CO2(g) Fe3O4(p) + 4CO(g) 3Fe(ce) + 4CO2(g) Fe2O3(p) + 2C (p) 3Fe(ce) + 2CO2(g) Besi lebur yang terhasil membentuk suatu lapisan di bahagian bawah relau.

(c)Pengekstrakan aluminium dalam industri


Bijih aluminium yang dilombong dipanggil bauksit ( Al2O3.2H2O).

Bauksit ditulenkan untuk menghasilkan aluminium oksida tulen.


Bauksit dicampurkan dengan kriolit dan dipanaskan sehingga lebur di dalam sel elektrolis menggunakan grafit( karbon ) sebagai katod dan anod. Tindak balas di anod: 2O2- (ce) O2 (g) + 4e Tindak balas di katod Al3+(ce) + 3e Al (ce) Aluminium lebur terbentuk di bahagian bawah sel

DISEDIAKAN OLEH: AYIE PALI

SIFAT-SIFAT MINERAL

Sifat-sifat mineral
Mineral mempunyai sifat-sifat yang boleh dikenalpasti antaranya:
Kekerasan Struktur hablur Bau Kilau

Sifat Mineral - Kekerasan


Tahap kekerasan adalah salah satu sifat mineral yang digunakan dalam mengenalpasti mineral. Tahap kekerasan mineral dengan mengukur tahap kekerasan apabila mineral ditoreh Permata merupakan mineral paling keras yang terdapat di muka bumi

Sifat Mineral Struktur Hablur


Mineral kristal terbentuk dalam pelbagai bentuk dan saiz Bentuk-bentuk tersebut dikenalpasti menerusi susunan atom, molekul atau ion yang membentuk kristal.

Sifat Mineral - Bau


Kebanyakan mineral tidak mempunyai bau melainkan mineral:
Dilembabkan Dipanaskan digosok

Sifat Mineral - Kilauan


Kilauan merupakan satu kejadian dimana mineral memantulkan cahaya Kilauan tersebut dipengaruhi oleh tahap cahaya yang dipancarkan untuk melihat permukaan mineral

KEGUNAAN MINERAL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kegunaan Mineral dalam kehidupan seharian


Asbestos

Mineral ini dapat dijadikan gentian yang nipis dan kuat yang fleksibel dan tahan haba Menjadikan mineral asbestos yang sesuai untuk digunakan dalam fabrik tahan api, benang, kain, kertas, gasket, komposisi bumbung, agen pengukuh dalam getah dan plastik, lapisan brek, jubin, penebat elektrik dan haba, simen, dan penapis kimia.

Kegunaan Mineral dalam kehidupan seharian


Permata Digunakan sebagai pemotong, juga sesuai dijadikan perhiasan yang cantik sebagai barang kemas Aluminium - unsur yang paling banyak dalam kerak Bumi. Aluminium digunakan dalam kereta dan kapal terbang (36%), pembotolan dan pengetinan industri (25%), bangunan dan elektrik (14%) dan dalam aplikasi lain (25%).

Kegunaan Mineral dalam kehidupan seharian


Kuprum digunakan dalam elektrik kabel dan wayar, suis, paip; pemanasan, elektrik, dan bahan-bahan bumbung; komponen elektronik; jentera industri dan peralatan; pengangkutan; dan produk umum; syiling dan barang kemas.

You might also like