You are on page 1of 2

GURU PENDAMPING Siapa Guru Pendamping..?

Guru lain selain guru kelas yang akan membantu guru kelas dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam kelas atau di luar kelas.

Guru-guru yang dicadangkan menjadi guru pendamping ialah guru pemulihan khas, guru penolong kanan dan guru besar/pengetua Konsep

Bermaksud satu perkhidmatan pendidikan bagi membantu meningkatkan proses pembelajaran di kalangan murid-murid.

Melalui program ini, murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dengan lebih aktif serta dapat membantu guru merentasi prestasi murid di samping memberi peluang atau ruang yang luas dalam perkembangan minat dan bakat individu dalam pembelajaran. Objektif

Perkhidmatan guru pendamping bertujuan untuk : Membantu guru darjah mempertingkatkan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Mempertingkatkan aktiviti pemulihan dan pengayaan di dalam bilik darjah. Mengurangkan jurang murid-murid yang lemah atau ketinggalan di dalam bilik darjah. Memberi ruang yang luas bagi murid-murid membina dan memperkembangkan minat serta bakat yang ada. Mempertingkatkan prestasi murid dan sekolah ke tahap yang optima. Mewujudkan pendemokrasian sistem pendidikan dan peluang pembelajaran dapat diagih sama rata. Membantu guru-guru ke arah matlamat asas KBSR yang sebenarnya.

Rasional

Guru pemulihan khas dipilih sebagai guru pendamping kerana mereka telah dilatih untuk mengatasi kesukaran pembelajaran terutama dalam 3M dan mempunyai kemahiran mendiagnos kesukaran yang dialami murid.

Guru-guru ini juga telah dilatih membina bahan bantu mengajar yang sesuai untuk memenuhi minat dan keperluan murid.

Guru pemulihan ini biasanya bukan terdiri daripada guru kelas tetapi boleh bekerjasama dengan guru kelas untuk merancang aktiviti pemulihan. Persediaan Awal

Sebelum pengajaran dilakukan, guru kelas dan guru pendamping disarankan berbincang untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan murid, menentukan kumpulan yang didampingi serta topik pengajaran.

Guru juga perlu menyediakan rancangan pengajaran serta menyelaraskan aktiviti pembelajran bagi setiap kumpulan. Pelaksanaan

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru khidmat pendamping boleh menjalankan aktiviti pemulihan, aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan.

Aktiviti-aktiviti ini boleh dijalankan secara individu, berpasangan atau dalam kumpulan kecil.

You might also like