You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS PULAU PINANG

LAPORAN AMALI
Untuk menyedia sejenis ester
NAMA : LEONG CHEANG YENG NO. METRIK : PPG-SCE A/ 012/ 06 / 11 NO KAD PENGENALAN : 820725-07-5266 NAMA : ANG PEI KHIM

NO. METRIK : PPG-SCE A/ 002/ 06 / 11 NO KAD PENGENALAN : 790922-07-5586 KUMPULAN KURSUS DAN KOD PENYELARAS TARIKH HANTAR : PPG SCE A : MENEROKA BAHAN (SCE 3103) : PN. YEW LEE HEANG : 24 MARCH 2012

Tajuk: PRAKTIKAL 4: ASID KARBOSILIK, ESTER DAN AMIDA Tujaun: 1

Untuk menyedia sejenis ester Bahan-bahan/alat radas: air suling, etanol mutlak, asid ethanoik glasier, asid sulfurik pekat, larutan natrium bikarbonat 5%, larutan kalsium klorida tepu, tabung uji, kelalang dasar bulat 250 cm3 berseta dengan penutup dan kondenser Liebig yang sesuai, bikar 1 liter, corong pemisah dengan penutup, silinder penyukat, penunu Bunsen, kaki retot dan pengapit, tungku kaki tiga. Prosedur: B. Menyedia sejenis ester 1. Lebih kurang 50 cm3 etanol mutlak dan 50 cm3 asid etanoik glasier dicampurkan ke dalam kelalang dasar bulat 250 cm3. 2. Lebih kurang 10 cm3 asid sulfurik pekat ditambah dengan cermat ke dalam kelalang dasar bulat itu. Kemudian beberapa ketul cebisan pendidihan (boiling chips) ditambah ke dalam kelalang itu . 3. Alat radas disusun seperti di Rajah1. 4. Campuran itu dididihkan di bawah refluks selama 1 jam. 5. Sumber api dialihkan selepas 1 jam dan dibiarkan campuran itu sejuk pada suhu bilik (Awas: Pastikan air masih mengalir semasa penyejukan berlaku) 6. Campuran yang telah sejuk itu dituangkan ke dalam corong pemisah. 25 cm3 air suling yang sejuk ditambahkan. 7. Corong pemisah itu digoncangkan dengan sempurna dan kemudian dibiarkannya mencapai keseimbangan. 8. Apabila keseimbangan telah dicapai, lapisan akues yang berada di lapisan bawah dibuangkan. 9. Lebih kurang 25 cm3 larutan natrium bikarbonat 5% ditambahkan. 10. Corong pemisah itu digoncangkan dengan sempurna dan kemudian dibiarkannya mencapai keseimbangan. 2

11. Apabila keseimbangan telah dicapai, lapisan akues yang berada di lapisan bawah dibuangkan .(Awas: buka penutupnya dengan perlahan-lahan. Mengapa?) 12. Langkah 9 diulangi. 13. 25 cm3 air ditambahkan. Corong pemisah itu digoncangkan dengan sempurna dan kemudian dibiarkannya mencapai keseimbangan. 14. Apabila keseimbangan telah dicapai, lapisan akues yang berada di lapisan bawah dibuangkan. 15. 5 cm3 larutan tepu kalsium klorida ditambahkan. Campuran itu dikacau dengan perlahan dan kemudian lapisan akues yang berada di lapisan bawah dibuangkan. 16. Lapisan organik diperhatikan dan dibaukannya.

Rajah 1: Penyediaan ester Keputusan Apabila hasil dituangkan ke dalam air, terdapat dua lapisan tidak berwarna terbentuk. Hasil mempunyai bau wangi seperti pelarut cat kuku.

Perbincangan Ester merupakan sekelas sebatian kimia dan kumpulan berfungsi. Ester terdiri daripada asid organik atau tak organik yang sekurang-kurangnya satu kumpulan -OH (hidroksil) digantikan oleh kumpulan -O-alkil (alkoksil). Jenis ester yang paling biasa ialah ester asid karboksilik (R1-C(=O)-O-R2), ester lain termasuk ester asid fosforik, asid sulfurik, asid nitrik, dan asid borik.[1] Ester yang meruap mempunyai bau dan terkandung dalam minyak wangi, minyak pati dan feromona yang menyebabkan buah-buahan mempunyai bau. Etil etanoat dan metil etanoat merupakan pelarut penting, ester asid lemak membentuk emak dan lipid, dan poliester merupakan plastik penting. Ester siklik dipanggil laktona. Ester boleh disintesiskan dalam tindak balas pemeluwapan antara asid dan alkohol dalam proses yang dikenali sebagai pengesteran.

1. Cecair tidak berwarna yang berbau wangi seperti pelarut cat kuku itu ialah sejenis ester. 2. Ester yang terhasil tidak larut dalam air dan kurang tumpat daripada air. Jadi, campuran ester dan air membentuk dua lapisan. Lapisan ester terapung di atas lapisan air. 3. Asid etanoik bertindakbalas dengan alkohol untuk membentuk ester dan air. Jadi, tindakbalas ini disebut sebagai tindakbalas pengesteran. 4. Asid sulfurik pekat berperanan sebagai mangkin bagi tindakbalas pengesteran. 5. Dalam tindakbalas pengesteran, asid etanok kehilangan bahagian OH manakala etanol pula kehilangan atom H pada kumpulan hidrosilnya, -OH . 6. Bahagian OH dan atom H tersebut akan bergabung untuk menghasilkkan air. Ester yang terbentuk dinamakan etil etanoat. 7. Asid etanoik menghasilkan ester yang berlainan dengan alkohol yang berlainan.

Langkah berjaga-jaga:
1. Pastikan kipas di dalam makmal ditutup semasa eksperimen dijalankan.

2. Pastikan semua tingkap dan pintu dibuka semasa eksperimen dijalankan. 3. Pastikan rambut diikat dengan kemas semasa eksperimen dijalankan.

4. Pastikan setiap pemasangan radas adalah ketat dan tidak akan tertanggal

semasa melakukan eksperimen.


5. Pastikan kaki retort ketat dan tidak goncang. 6. Pastikan aliran air dalam kondenser Leibig dialirkan terlebih dahulu sebelum

Penunu Bunsen dinyalakan.


7. Larutan asid sulfurik pekat merupaka sejenis asid pekat. Pastikan jangan sentuh

dengan tangan. Jika kena tangan, mesti biar bahagian yang kena mengalir di bawah pili air sehingga tidak rasa panas.

Apa yang boleh dibuat untuk memperbaikikannya:


1. Pastikan cuci dengan air banyak kali untuk membuang sebarang natrium

hidrogen karbonat. Jika tidak cuci dengan bersih satu mendakan putih ( kalsium karbonat) akan terbentuk. Maka, ester tidak berjaya dihasilkan.

Kesimpulan Asid etanoik menghasilkan ester dan air apabila bertindakbalas dengan alkohol.

Soalan: 1. Jelaskan proses pengesteran. Asid etanoik bertindakbalas dengan etanol untuk membentuk ester dan air. 2. Tulis satu persamaan kimia yang seimbang untuk tindak balas di antara asid etanoik dan etanol. CH3COOH + C2H5OH CH3COO C2H5 + H2O 3. Apakah peranan asid sulfurik pekat dalam eksperimen ini? Sebagai mangkin bagi tindakbalas pengesteran.

4. Jelaskan satu kaedah lagi untuk menyediakan ester. Hidrolisis 5. Apakah peranan larutan natriun bikarbonat 5% dalam eksperimen ini? Untuk meneutralkan asid. 6. Jelaskan peranan larutan tepu kalsium klorida dalam eksperimen ini. Untuk mengambil air. 7. Bandingkan keterlarutan minyak masak dalam air, propanon dan metanol. Jelaskan jawapan anda. Tidak larut dalam air tetapi larut dalam propanon dan metanol. Ini adalah kerana minyak masak kurang tumpat maka tidak larut dalam air. 8. Namakan ester yang dihasilkan apabila asid butanoik bertindakbalas dengan propanol. Propel butanoat 9. Tulis satu persamaan kimia yang seimbang untuk tindak balas di soalan 8. C3H7COOH + C3H7OH C3H7COO C3H7 + H2O

Bibliografi 1. http://ibadurrahman89.blogspot.com/.../ilmu-tentang-ester

2. http://www.scribd.com/doc/56198467/Kumpulan-Artikel-Kimia-Adi 3. http://kimiaunsps2.wordpress.com 4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ester 5. http://www.scribd.com/doc/21368094/nota-kimia


6. Hong, E. N. (1992). KBSM Kimia tingkatan 5. Ponyian: Mustamam

Entreprise. 7. Chau Kok Yew (2010) Referens Ekspres SPM Kimia. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. 8. Loh Yew Lee & N. Sivaneson (2011) Pre-U, STPM & Matriculation Chemistry. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

BIBIOGRAF I

BAHAN BACAAN
9

BORANG KOLABORA SI
10

11

You might also like