You are on page 1of 10

PRAKTIKAL 3 : Alkohol

Teori Etanol atau alkohol etil ialah sebatian kimia yang ditemui di dalam minuman berakohol atau arak. Selain digunakan di dalam arak, etanol juga digunakan sebagai bahan api bagi menggantikan gasolin. Struktur kimia etanol ialah: Etanol asli ialah cecair jernih yang mudah terbakar dengan titik didih pada 78.5 C dan titik beku pada - 114.5 C. Etanol digunakan sebagai bahan antibeku dan mempunyai bau vodka. Ketumpatan etanol ialah 789 g/l, iaitu kurang 20% daripada ketumpatan air. Etanol mudah larut dalam air, dan merupakan pelarut yang baik untuk pewangi, cat, dan tinktur. Ini membolehkan perisa ditambah ke dalam etanol semasa proses pembruan (brewing) Etanol boleh digunakan sebagai pembasmi kuman (70% hingga 85% etanol). Larutan tersebut boleh membunuh organisma dengan cara mengubah protein dan melarut lipid, dan menghalang kebanyakan bakteria, kulat, dan sesetengah virus. Namun, etanol tidak berkesan terhadap spora bakteria. Disebabkan sifat ini, etanol boleh disimpan untuk tempoh masa yang sangat lama (sebagai minuman alkohol). Etanol merupakan asid lemah, lebih lemah daripada air dan membentuk ion etanoat ( C2 H5 O).
H H | | H-C-C-O-H | | H H

Bahagian A: Penyediaan sampel etanol Objektif Mengkaji penyediaan etanol di dalam makmal. Pernyataan Masalah Bagaimanakah etanol disediakan di dalam makmal? Hipotesis Etanol dihasilkan melalui penapaian karbohidrat oleh yis. Pembolehubah: Dimanipulasikan Bergerak balas Dimalarkan Bahan: Glukosa, air suling, yis, ubi rebus, jus nanas, dan air kapur Radas: Kelalang kon, penyumbat denagn salur penghantar, tabung didih, : Jenis karbohidrat : Penghasilan etanol : Kehadiran yis

thermometer, turus penyulingan, kelalang penyulingan, condenser, kaki retort dan pemegangnya, kasa dawai, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, dan salur getah

Prosedur A: 1. 20 g glukosa dilarutkan dalam 200 cm3 air suling dalam sebuah kelalang kon yang bersih. 2. 10 g yis dimasukkan ke dalam kon dan campuran dikacau dengan sekata. 3. Kelalang ditutup dengan penyumbat yang dipasangkan dengan salur penghantar. Hujung salur penghantar yang satu lagi dimasukkan ke dalam sebuah tabung didih yang berisi air kapur seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 (a). 4. Susunan radas diletakkan di tempat hangat sekitar 35 oC selama seminggu. 5. Dari semasa ke semasa sebarang perubahan yang berlaku dikenalpasti dan direkodkan. 6. Selepas tempoh masa yang ditetapkan (satu minggu) kandungan kelalang kon dituraskan. Hasil turasan dituangkan ke dalam sebuah kelalang penyulingan. 7. Susunan rasdas penyulingan adalah seperti dalam rajah 1 (b). 8. Hasil turasan disulingkan dan dikumpulkan pada suhu kira-kira 78 hingga 80 0C.

9. Hasil sulingan tersebut iperiksa dari segi warna dan baunya. 10. Prosedur 1 hingga 9 diulangi dengan menggunakan jus nanas, ubi rebus yang disediakan untuk menggantikan larutan glukosa. Pemerhatian 1. Semasa proses penapaian, gelembung-gelembung gas terbentuk. Gas tersebut mengeruhkan air kapur. 2. Selepas beberapa hari, campuran penapaian yang jernih berubah menjadi keruh. 3. Air kapur menjadi keruh. 4. Hasil penyulingan berperingkat menghasilkan cecair yang tidak berwarna yang berbau tajam.

Pemerhatian perubahan dalam tabung uji Perubahan dalam kelalang kon Perubahan dalam tabung uji Buih-buih terbentuk Air kapur menjadi keruh

Pemerhatian penyulingan berperingkat Warna hasil sulingan Bau hasil sulingan Tidak berwarna Berbau alkohol

Perbincangan 1. Air kapur menjadi keruh. Ini menunjukkan bahawa gas karbon dioksida dihasilkan semasa penapaian . 2. Hasil sulingan merupakan etanol. 3. Gas yang dibebaskan adalah karbon dioksida yang mengeruhkan air kapur. 4. Oleh itu, penapaian glukosa atau jus nanas dan ubi rebus menghasilkan etanol dan gas karbon dioksida. Penapaian glukosa dapat diwakili oleh persamaan kimia berikut : Zimase dari yis C 6H12O6 (ak) 30 C 5. Etanol dipekatkan melalui proses penyulingan. Etanol dikumpulkan pada suhu kira-kira 78oC. 6. Semasa proses penapaian, campuran yis dan glukosa adalah paling sesuai dibiarkan pada suhu 37oC kerana suhu ini ialah suhu optimum bagi tindakan yis. Kesimpulan Etanol dapat dihasilkan melalui penapaian jus nanas, ubi rebus dan glukosa dengan kehadiran yis.
o

2C 2H 5OH (ak) + 2CO2 (g)

Bahagian B: Mengkaji sifat kimia etanol

Objektif 1: Untuk mengkaji tindak balas pembakaran etanol Hipotesis: Etanol terbakar dengan nyalaan biru

Pemboleh ubah: (a) Dimanipulasikan: (b) Bergerak balas: (c) Dimalarkan:

Radas: Piring penyejat, penitis dan pengepit

Bahan: Etanol, kertas turas dan kayu uji

Prosedur: 1. Kira-kira 2cm3 etanol diisikan ke dalam sebuah piring kaca 2. Sebatang kayu uji dinyalakan dan didekatkan pada etanol.

Kebolehbakaran, warna nyalaan dan keadaan nyala etanol sama ada berjelaga atau tidak diperhatikan. 3. Pemerhatian dicatatkan di dalam jadual di bawah.

Pemerhatian: UJIAN Kebolehbakaran Warna Nyalaan Keadaan Nyalaan PEMERHATIAN Terbakar dengan mudah Biru Tidak berjelaga

Perbincangan: Pembakaran etanol adalah lengkap dalam kehadiran oksigen yang berlebihan untuk menghasilkan gas karbon dioksida dan air sahaja. C2H5OH(ce) + 3O2(g) 2CO2(g) + 3H2O(ce) Nyalaan yang dihasilkan berwarna biru dan ianya bersih tanpa sebarang jelaga. Haba dan cahaya juga dibebaskan semasa pembakaran.

Kesimpulan: Hipotesis dibuktikan benar. Etanol terbakar dengan nyalaan biru.

Objektif 2: Untuk mengkaji tindak balas pengoksidaan etanol Hipotesis: Pengoksidaan etanol yang lengkap menghasilkan asid etanoik dan air. Bahan: Etanol, asid sulfurik pekat, larutan kalium dikromat (VI), dan air sejuk, Radas: Salur penghantar, tabung didih,bikar, tabung uji, penunu Bunsen, penitis, silinder penyukat, kaki retort dengan penyepit. Prosedur: 1. Kira-kira 10cm3 larutan kalium dikromat (VI) dimasukkan ke dalam sebuah tabung didih. 2. 10 titik asid sulfurik pekat dititiskan ke dalam tabung didih dengan menggunakan penitis secara berhati-hati. 3. 3cm3 etanol ditambahkan ke dalam larutan tadi. 4. Alat radas di sediakan dalam gambar rajah di bawah. 5. Campuran dalam tabung didih dipanaskan dengan perlahan-lahan sehingga campuran mendidih. Perubahan warna campuran dicatatkan. 6. Hasil penyulingan dikumpul dalam tabung uji yang direndamkan di dalam air sejuk seperti dalam gambar rajah. 7. Warna dan bau hasil penyulingan dicatatkan. 8. Hasil penyulingan di uji dengan kertas litmus biru lembap. 9. Perubahan warna kertas litmus biru dicatatkan.

Pemerhatian: UJIAN Warna Bau Kesan ke atas kertas litmus PEMERHATIAN Tiada warna Seperti cuka Tukarkan kertas litmus dari biru ke merah

Perbincangan: 1. Larutan kalium dikromat (VI) berasid bertukar dari warna jingga kepada warna hijau. 2. Pengoksidaan etanol secara lengkap dengan agen pengoksidaan yang berlebihan dan sesuai menghasilkan asid etanoik dan air. C2H6OH(ak) + 2 O CH3COOH(ak) + H3O(ce) Kesimpulan: Pengoksidaan etanol menghasilkan asid etanoik dan air. Hipotesis dibuktikan benar.

SOALAN DAN JAWAPAN 1. Namakan enzim yang terdapat di dalam yis yang dapat menguraikan glukosa kepada etanol. Zimase

2. Tuliskan persamaan yang mewakili penguraian glukosa kepada etanol.


Zimase dari yis

C 6H12O6 (ak) 30 oC

2C 2H 5OH (ak) + 2CO2 (g)

3. Terangkan kegunaan penyulingan berperingkat dalam eksperimen ini. Penyulingan berperingkat digunakan untuk menyuling etanol. Setelah satu minggu proses penapaian, hasil turasan yang diperoleh dimasukkan ke dalam radas penyulingan. Kelalalng penyulingan dipanaskan sehinnga campuran mendidih. Etanol yang disulingkan keluar pada julat suhu 78-80 oC.

4. Tuliskan persamaan lengkap bagi pembakaran etanol. CH 3CH 2OH (ce) +3O2 (g) 2CO 2(g) + 3H2O(ce) 5. Bolehkah etanol digunakan sebagai bahan bakar kenderaan. Ya, boleh. Bahan bakar etanol luas digunakan di negara Brazil dan Amerika. 6. Apakah fungsi larutan kalium dikromat (VI) dalam eksperimen ini? Kalium dikromat (VI) adalah agen pengoksidaan semasa mengkaji tindak balas pengoksidaan etanol.

7. Tuliskan persamaan kimia lengkap bagi pengoksidaan etanol. CH 3CH 2OH(ce) + 2 ( O ) CH 3COOH (ce) + H2O(ce)

Bibliografi Chau Kok Yew (2010) Referens Ekspres SPM Kimia. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. Loh Yew Lee & N. Sivaneson (2011) Pre-U, STPM & Matriculation Chemistry. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kamus Kimia KBSM (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hong, E. N. (1992). KBSM Kimia tingkatan 5. Ponyian: Mustamam Entreprise. Looker, D. (2011, Ogos 23). Di akses pada Ogos 24, 2011, daripada http://www.agriculture.com/news/policy/ethol-expects-or-tough-year_4ar18636. Manayyiti, O. (2011, Ogos 23). Diakses pada Ogos 24, 2011, daripada http://www.newsday.co.zw/article/2011-08-23-govt-team-tourschisumbanje-ethanol-project. Wikipedia. (2011, Ogos 22). Diakses pada Ogos 24, 2011, daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Ethanol_fuel. Wikipedia. (2011, Ogos 17). Diakses pada Ogos 24, 2011, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Etanol.

You might also like