You are on page 1of 11

2012

JTU SEMPORNA BAU HAPRAK KOTOR TIDAK SELESA UNTUK ORANG AWAM
SBC Semporna

LAPORAN KHAS
OLEH NGO BEBAS
JABATAN TANAH UKUR SEMPORNA

[LOPORAN KHAS J.T.U SEMPORNA 29.11.201 ] U 29.11.2012

Laporan khas ini dibuat untuk memperlihatkan k kegagalan dan kelemahan Pentadbiran Pejabat Tanah Sabah dan PPHT Semporna bersama Wakil Rakyat untuk menjaga kepentingan Awam dan Kakitangan bawahanya mentadbir jabatan yang amat penting, aktif di Negeri Sabah sejak 1963 1963-2012

Laporan khas JTU Semporna 29hb.Nov.2012

LAPORAN KHAS

Oleh : SempornaBroadcast (SBC)

PEJABAT TANAH & UKUR SEMPORNA

Pejabat Tanah & Ukur Semporna Pejabat Puaka?

Isu tanah adalah isu Utama di Daerah Semporna, Perampasan Tanah, Pengambilan Tanah Adat, Pengambilan Tanah Sabah Port Authority, Tanah Reserve Bakau & Laut, Tanah Reserve Bukit, Tanah Anak Negeri & Tanah Adat, Tanah laut, Tanah Pulau dan bermacammacam isu mengenai tanah di Daerah Semporna yang dihadapi oleh rakyat setiap hari. Sikap PPHT yang dilihat bertindak Ultra Virus dan jarang berada diPejabat serta langsung tidak ke Pejabat Tanah dan Ukur Semporna sejak sekian lama memperlihatkan bahawa Jabatan Tanah dan Ukur Semporna memiliki ketua Pentadbir yang tidak bertanggungjawab serta hanya berurusan dengan golongan kapitalis menjadikan dirinya talibarut kepada penyengak penyengak Tanah di kawasan semporna yang menyebabkan kelemahan ini berlaku dan berterusan dari dulu hingga hari ini.

2|Page

Laporan khas JTU Semporna 29hb.Nov.2012

Kali ini kami ingin membuat laporan Khas mengenai Jabatan Tanah dan Ukur Semporna (JTU) dari sudut Pengurusan, pentadbiran,infrustruktul dan kemudahan Pejabat Pentadbiran Tanah berkenaan yang kami lihat sangat serious menghadapi masalah dalaman dan masalah prasarana pejabat yang amat menjijikan dimata awam dan pihak pelancong secara berterusan ,usang dan tidak terurus dengan wajar seperti mana pejabat Pertadbiran kerajaan yang lain di Negara ini. Pepatah mengatakan Rumah ku Syurga ku adalah pepatah yang membayangkan bahawa dimana kita berada kita haruslah berasa selesa, bahagia dan boleh duduk didalam dalam keadaan aman,tenang dan gembira tanpa tekenanan kerja atau keadaan sekeliling. Namun apabila kami membuat lawatan mengejut sebentar tadi (29hb.Nov.2012) ke Pejabat Tanah dan Ukur Semporna pihak kami amat berasa sedih dan sangat terkejut dengan situasi yang prasarana yang ada di Pejabat Tanah dan Ukur Semporna. Apakah Pengarah Tanah dan Ukur tidak melihat kekurangan ini?, apa dia tidak melihat kebajikan pekerjanya dan hanya mendengar laporan PPHTnya yang banyak berbohong mengenai masalah tanah, masalah kakitangan bawahannya kepada pihak atasan sekadar melepas batu ditangga dan hampir membuat satu tindakan bodoh dan tolol untuk menerima fitnah terhadap kakitangan bawahan yang tidak bersalah untuk ditukarkan serta merta kerana nafsu dan rasa diri berkuasa namun lupa peribahasa bangsa Tausug Ayaw kau Mag Good-Good, aun pah Good. Mungkin pekara ini boleh membantu Pengarah tanah membuka matanya seluas-seluas dan kalau ada rasa malu serta bertanggungjawab terhadap kerja dan kakitangan awam serta penduduk awam sila ambil tindakan wajar. Mengikut sejarah Pejabat Tanah & Ukur Semporna sebelum ini adalah pejabat rasmi kerajaan yang digunakan sebagai Pejabat Daerah dan Pentabiran Daerah kawasan itu yang termasuk dalam Dun Senalang dan diwakili Oleh YB Datuk Nasir Tun Sakaran dalam kawasan Parlimen Semporna yang di Wakili oleh Naib Presiden UMNO Malaysia Datuk Shafie Afdal, dimana kedua-dua wakil rakyat ini berkedudukan Menteri penuh sejak berpuluh tahun dahulu sehingga sekarang. Namun kedudukan kedua-dua Menteri penuh bagi dua wakil rakyat dari UMNO ini nampaknya tidak mampu untuk mempertingkatkan keselesaan pejabat pentadbiran kerajaan dan keselesaan orang awam untuk berurusan dengan sewajarnya walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai rumah besar bernilai berpuluh juta ringgit untuk mereka jadikan rumah ku syurga ku. Mereka nampaknya hanya boleh menyediakan rumah sendiri untuk mereka jadikan rumah ku syurga ku dan gagal menyediakan rumah rakyat dijadikan syurga awam yang mengakibatkan Pejabat Tanah dan Ukur Semporna umpama Pejabat Puaka Rakyat yang sangat Kotor, Berbau busuk, Bau kencing Kuncing, Berlubang dan Bocor Ceiling , Dinding Berkurap, Aircon zaman Purba, Tandas Awam kelas kambing, Jalan masuk Ke Pejabat JTU
3|Page

Laporan khas JTU Semporna 29hb.Nov.2012

macam Kolam Ikan Air Tawar, Landskap macam Hutan Belukar Peliharaan Ular Sawa, Ruang tamu menunggu macam Kerusi Bergilir Masuk Tandas P.Ramli, Fail Tanah Awam Bersepah Kucar Kacir, Tangga Berbau Kencing Kucing, Papan Kenyataan Berkurap dan Kotor, Pendawaian letrik yang tidak selamat dan setiap kali hujan letrik selalu mati mungkin adalah diantara yang menyebabkan kebakaran Pejabat berkenaan beberapa tahun yang lalu. Sistem keselamatan yang longgar telah menyebabkan pejabat ini dimasuki oleh pencuri beberapa kali walaupun laporan polis dibuat setiap kali namun kesan yang lebih teruk Fail Fail penting dalam simpanan bilik rasmi kerajaan ditakuti hilang kerana kecurian berkali-kali. Bersama ini kami ingin memberikan gambaran kepada umum berdasarkan Gambar yang kami ambil pada 29hb. Nov. 2012 bagi pernilaian pihak awam menilai sendiri bahawa wajarkah rakyat memiliki Pejabat Pentadbiran Tanah yang amat penting berkeadaan seperti ini ? Wal hal Daerah ini di wakili oleh wakil Rakyat bertaraf Menteri Penuh baik diperingkat Negeri dan Peringkat Persekutuan lebih lebih lagi wakil rakyat ini sudah duduk disana berpuluh tahun dan menjadi menteri kanan kepada pentabiran kerajaan Sabah dan Malaysia yang dianggap maju, gemilang dan cemerlang tetapi nampaknya Cuma cakap temberang.

4|Page

Laporan khas JTU Semporna 29hb.Nov.2012

Laporan Bergambar : GAMBAR 1 PEJABAT TANAH & UKUR SEMPORNA

Inilah Pejabat Tanah dan Ukur Semporna yang terdapat di Pekan Semporna yang digunakan secara rasmi untuk menguruskan hal ehwal Tanah Adat dan Tanah Awam Semporna. Bau Najis Kencing kucing setiap kali orang awam memasuki pejabat Tanah dan Ukur Semporna yang ditadbir oleh PPHT Semporna AM. Ibnu Baba seperti yang kami laporkan diatas mungkin boleh dilihat melalui gambar ini yang kami ambil pada 29hb.Nov.2012 dimana Tanah Lumpur, Lantai Kotor, Dinding berkurap dan bumbung berlubang menyambut kunjungan orang awam yang ingin menguruskan tanah mereka dengan Pejabat berkenaan. Minta PPHT Semporna bertanggungjawab terhadap kebajikan kerja dan kepentingan Awam yang berurusan dengan pejabat berkenaan supaya mengambil tindakan membersihkan kotoran, menghilangkan bau Najis Kencing yang ada supaya dapat memberikan keselesaan kepada pihak awam dan Pelancongan yang berkunjung.

5|Page

Laporan khas JTU Semporna 29hb.Nov.2012

GAMBAR 2

KEADAAN BANGUNAN DEPAN BERKURAP JTU SEMPORNA

Kata orang First impression terhadap sesuatu tempat adalah perkara yang amat penting bagi mentafsir keadaan dan pengurusan pentadbiran serta keadaan pengurusan yang Cekap Bersih dan Amanah bagi menilai keadaan seterusnya, Namun Pejabat JTU Semporna telah memperlihatkan kedudukan seperti dalam gambar 2 diatas dimana dinding yang berkurap ini menyambut orang Awam, Pelancong dan Pengunjung ke pejabat berkenaan dengan Peta Kurap Pejabat yang terpampang dihadapan Pejabat Tanah dan Ukur Semporna seperti diatas. Siapa yang seharusnya membuat tindakan untuk membetulkan keadaan ini?.

6|Page

Laporan khas JTU Semporna 29hb.Nov.2012

GAMBAR 3

PUSAT MENTERNAK IKAN AIR TAWAR DAN SWIMMING POOL JTU SEMPORNA

Pejabat ini terletak dikawasan Bandar dan berhampiran Pusat Pelancongan Pemporna, Dewan Mesyarakat Semporna, Padang Bandaran, Pejabat Kerajaan yang lain serta laluan ke Jalan Kastam Semporna bagi pengunjung luar Negeri ke Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Mataking dan Taman Marine Tun Sakaran namun pejabat Tanah nampaknya ditadbir dengan sedemikian rupa seolah-olah JTU Semporna sedang menternak ikan Air Tawar dihadapan Pejabatnya apabila jalan masuknya mempunyai longkang dan lubang besar seperti yang anda lihat di gambar 3 diatas mungkin juga kanak kanak Tadika boleh menjadikan hadapan Pejabat Tanah dan Ukur Semporna sebagai Swimming Pool untuk mandi manda jika tidak diperbaiki dengan segera.

7|Page

Laporan khas JTU Semporna 29hb.Nov.2012

GAMBAR 4 TANGGA BAU KENCING KUCING JTU SEMPORNA

Tangga naik ke tingkat 1, JTU Semporna seperti yang anda lihat dalam gambar 4 diatas dimana orang awam dan pelancong perlu melaluinya sangat kotor serta lantainya tidak pernah dibersihkan hitam dan berlicak , Adalah amat tidak selesa bagi pengunjung Awam berhadapan dengan bau najis dan kencing kucing dikawasan itu dan mungkin telah dijadikan oleh kucing dan anjing untuk mereka membuang najis sebab tandas JTU Semporna juga tidak selesa. Tangga ini didalam dalam Bangunan Pejabat Tanah ini bererti Bangunan Pejabat Tanah dan Ukur Semporna berbau Najis Kencing Kucing dan Anjing, sepatutnya pihak berkuasa tempatan mengambil perhatian kerana ianya adalah Bangunan Kerajaan yang digunakan oleh pihak awam setiap hari.

8|Page

Laporan khas JTU Semporna 29hb.Nov.2012

GAMBAR 5 PAPAN KENYATAAN JTU SEMPORNA

GAMBAR 6

Bagi rakyat dan orang awam yang ingin melihat laporan tanah atau Jadual 13 Tanah mereka akan melihat Papan kenyataan JTU Semporna seperti dalam gambar 5 dan 6 diatas dimana keadaan Kurang selesa dan Amat kotor yang terdapat dalam pejabat Tanah dan ukur Semporna ini memperlihatkan bahawa pihak kakitangan awam menghadapi masalah keusangan pejabat berkenaan yang bocor dan boleh merosakan dokumen kerajaan.

9|Page

Laporan khas JTU Semporna 29hb.Nov.2012

GAMBAR 7

TANDAS UMUM JTU SEMPORNA

Keadaan tandas umum pejabat tanah yang berlumpur dan kotor ini amat menjijikan serta memalukan kepada pengunjung dan pelancong yang mengunakannya, sepatutnya Tandas kegunaan awam sentiasa bersih dan terjaga dengan sewajarnya.

10 | P a g e

Laporan khas JTU Semporna 29hb.Nov.2012

GAMBAR 8

SISTEM PENGHAWA DINGIN ZAMAN KASTILA JTU SEMPORNA

Sistem hawa dingin bagi pejabat kerajaan adalah perkara yang wajib diberi perhatian bagi memberikan keselesaan kepada pihak Awam dan Pengunjung yang datang ke Pejabat JTU Semporna untuk memberikan perkhidmatan dan kesejetraan kepada kakitangan Awam untuk menjalankan tugas dengan cekap dan teratur , namun Pejabat JTU Semporna yang menjadi pusat pentadbiran Tanah Daerah dan menjadi Daerah distinasi pelancongan taraf dunia ini hanya mampu menyediakan aircon zaman Kastila yang sudah tidak berfungsi seperti mana yang terdapat dalam gambar 8 diatas, walaupun daerah ini diwakili oleh wakil rakyat yang amat berkuasa dan boleh menyerdiakan kemudahan ini dengan wajar kepada Pejabat JTU. Semoga Laporan khas ini akan membuka mata, membuka telinga dan diambil perhatian wajar oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap Jabatan berkenaan. Sekian.
11 | P a g e

You might also like