Professional Documents
Culture Documents
yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.
2.2 MEMILIH AKUARIUM /BEKAS DAN AKSESORI 1) PEMILIHAN BEKAS Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:
Jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan). Jenis ikan hiasan. Bilangan ikan hiasan. Saiz ikan hiasan. Saiz akuarium. Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakansaiz yang lebih besar.
contoh bekas/akuarium
2) MEMILIH AKSESORI penyediaan aksesori adalah seperti berikut:
rak
akuarium
lampu
tumbuhan akuatik
filter
pam
kayu
termometer
2.3 MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM Langkah 1 Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebih kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip. Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah diatas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin.
Langkah 2 Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp.Ikan akar tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir.
Langkah 3 Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik.
Langkah 4 Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.
Langkah 5 Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam akuarium.
Langkah 6 Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk
menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.
Kiri atas:Jenis-jenis pam dan penapis, Kiri bawah:Pemasangan penapis 'Under gravel filter', Kanan atas:Masukkan hiasan dan aksesori, Kanan bawah:Masukkan air.
2.4 MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM
Langkah 1 letakkan plastik beg yang mengandungi ikan hiasan kedalam akuarium selaa 20 - 30 minit. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air didalam akuarium dengan air didalam plastik beg.
Langkah 2 buka ikatan plastik beg dan biarkan ikan berenang keluar dengan sendirinya bersama air ke dalam akuarium.