You are on page 1of 6

SOALAN-SOALAN LAZIM

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang bertujuan untuk membantu Pengguna SPPBS dalam mengambil tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi semasa menggunakan SPPBS.

1 SPPBS 2 SUP 3 GMP 4 GK 5 APDM 6 PPD 7 JPN 8 LP 9 KPM 10 JK PBS 11 SEGAK 12 PAJSK

- Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Setiausaha Peperiksaan - Guru Mata Pelajaran - Guru Kelas - Aplikasi Pangkalan Data Murid - Pejabat Pelajaran Daerah - Jabatan Pelajaran Negeri - Lembaga Peperiksaan - Kementerian Pelajaran Malaysia - Jawatankuasa PBS - Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Ko-Kurikulum

A UMUM
1 Apakah keperluan perisian melayari SPPBS? IE 7 ke atas dan perisian Acrobat PDF Reader. 2 Bagaimanakah pengguna login ke SPPBS? SUP : Masukkan supXXXXXX (kod sekolah) dan kata laluan yang diperolehi pada skrin login. Pengetua/Pentadbir/GK/GMP : Masukkan NO IC dan kata laluan yang diperolehi pada skrin login. 3 Apakah yang harus saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan? SUP : Hubungi PPD/JPN masing-masing. Pengetua/Pentadbir/GK/GMP : Hubungi SU untuk dijana kata laluan baru. Tidak perlu menghubungi LP. 4 Apakah yang harus saya lakukan sekiranya kata laluan disekat? SUP : Hubungi PPD/JPN masing-masing. Pengetua/Pentadbir/GK/GMP : Hubungi SU untuk dijana kata laluan baru. Tidak perlu menghubungi LP. 5 Bolehkah ibubapa melihat prestasi anak di SPPBS sekarang? Ibubapa dijangka dapat melihat prestasi anak apabila akses ibubapa dibuka pada penghujung tahun.

B SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
1 Mengapakah SUP tidak dapat mencetak surat login SPPBS? Surat login pengguna boleh dicetak sebaik sahaja kata laluan dijana. Surat login tidak boleh dicetak kali kedua selepas pengguna telah mengemaskini kata laluan. Walau bagaimanapun, apabila kata laluan baharu dijana, surat login yang baharu boleh dicetak semula. 2 Mengapakah ikon tong sampah tidak kelihatan semasa saya mengemaskini maklumat guru dan BATAL prestasi murid? Pastikan anda menggunakan IE versi 7 ke atas. 3 Mengapa terdapat nama pelajar sekolah lain dalam senarai murid? Mungkin berlaku kesilapan maklumat pada APDM. Kemaskini murid yang berkenaan di APDM. 4 Bagaimanakah mendaftarkan guru yang tiada dalam senarai pengguna guru? Daftarkan guru tersebut dalam Tiada dalam Senarai dan tandakan peranan guru tersebut samada GMP, GK dan/atau Pengetua/GB 5 Perlukah saya laksanakan HAPUS GURU apabila guru berkenaan berpindah? Ya. Jika tidak, guru ini tidak boleh didaftarkan di sekolah baharu. 6 Seorang guru baru telah bertukar ke sekolah saya. Apabila saya ingin mendaftarkan guru berkenaan, skrin memaparkan Guru telah didaftarkan di sekolah lain. Apakah yang harus dilakukan? Hubungi Sekolah lama guru berkenaan dan mohon agar data guru berkenaan dihapuskan dari sekolah lama. Kemudian daftar guru tersebut dalam Menu Guru Tiada dalam Senarai. 7 Bagaimanakah saya mengemaskini mata pelajaran yang diajar/tidak diajar oleh guru? SUP perlu klik pada menu Guru Kemaskini Guru Mata Pelajaran Tambah MP/Kelas atau klik pada ikon tong sampah.

8 Perlukah saya mendaftar semua guru di sekolah saya ke dalam SPPBS? Tidak perlu. SUP hanya mendaftar guru yang mentaksir murid dan Pentadbir sahaja. 9 Bagaimanakah murid tiada KP bolehkah didaftarkan? (Bagi kes sekolah swasta) Jika murid tiada nombor mykid, daftarkan dahulu sebagai murid tiada mykid. Kemudian, lakukan kemaskini pada murid berkenaan dengan menggunakan ID murid yang diperolehi.

C GURU MATA PELAJARAN


1 Apabila GMP mendaftar murid, mengapakah ada murid yang tiada dalam senarai? Kemaskini murid yang tercicir berkenaan di APDM. Barulah nama murid akan muncul di SPPBS. 2 Mengapa terdapat nama pelajar sekolah lain dalam senarai murid? Mungkin berlaku kesilapan maklumat pada APDM. Kemaskini murid yang berkenaan di APDM. 3 Mengapa terdapat nama pelajar kelas lain dalam senarai murid kelas saya? Mungkin berlaku kesilapan maklumat pada APDM. Kemaskini murid yang berkenaan di APDM. 4 Apabila saya ingin melaksanakan kemasukan prestasi, bilangan murid dalam skrin tidak sama dengan bilangan murid di kelas saya seperti di APDM? Semak samada murid ini telah didaftarkan oleh GMP berkenaan. Murid harus didaftarkan terlebih dahulu oleh GMP. 5 Mengapakah nama seorang murid ini hanya wujud dalam mata pelajaran tertentu tetapi tidak wujud dalam beberapa mata pelajaran lain? Semak samada murid ini telah didaftarkan oleh GMP berkenaan. Murid harus didaftarkan terlebih dahulu oleh GMP.

Mengapakah saya tidak boleh memilih butiran tahun, bulan, darjah, kelas dan Mata Pelajaran apabila saya ingin melaksanakan kemasukan prestasi murid? Semak samada anda telah didaftarkan oleh SUP sebagai Guru Mata Pelajaran berkenaan dalam SPPBS.

Guru yang tersilap memasukkan prestasi murid ke dalam sistem SPPBS. Butang KEMASKINI dan BATAL diwujudkan pada panel Pentadbir di mana guruguru yang ingin mengemaskini atau membatal prestasi murid mereka perlu pengesahan daripada Pentadbir.

Guru yang tersilap mendaftar murid. Contoh Pend. Islam/ Moral. BATAL mata pelajaran murid boleh dilaksanakan oleh SU.

Mengapakah tiada data dapat dicetak untuk pelaporan kumulatif walaupun saya telah memasukkan prestasi murid saya? BAND diautojana dari SPPBS apabila semua Eviden bagi setiap Deskriptor pada BAND berkenaan ditanda oleh guru.

10 Beberapa GMP telah melaksanakan pentaksiran dan menanda prestasi murid ke dalam SPPBS sehingga Band 6, walau bagaimanapun pelaporan kumulatif yang dicetak hanya memaparkan murid mencapai Band yang lebih rendah atau TIADA BAND. BAND diautojana dari SPPBS apabila semua Eviden bagi setiap Deskriptor pada BAND berkenaan ditanda oleh guru.

C GURU KELAS
1 Bagi menu Non-Akademik, bagaimanakah saya boleh membetulkan kesilapan tarikh lahir dan umur murid yang dipapar di SPPBS? Klik butang KEMASKINI pada skrin kemasukan prestasi SEGAK murid berkenaan. 2 Bagaimanakah saya boleh membetulkan kesilapan memasukkan berat dan tinggi murid serta 4 aktiviti SEGAK? Klik butang KEMASKINI pada skrin kemasukan prestasi SEGAK murid berkenaan.

3 Saya merupakan seorang Guru Kelas. Walau bagaimanapun saya tidak dapat melihat Menu Non-Akademik untuk pengisian data PAJSK. SU perlu mendaftar Guru Kelas pada menu Kemaskini Guru. 4 Mengapakah saya tidak dapat melihat Menu Non Akademik untuk pengisian data PAJSK? Menu Non-Akademik hanya boleh dilihat oleh Guru Tingkatan (yang didaftar di APDM) sahaja.

D PENGETUA/GB/GPK
1 Saya merupakan Pentadbir di sekolah saya. Walau bagaimanapun saya tidak dapat melihat menu STATISTIK pencapaian murid di sekolah saya. SUP perlu mendaftar Pentadbir pada menu Kemaskini Guru.

(kemaskini 28 Februari 2013)

You might also like