You are on page 1of 3

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM:

PISMP

NAMA PELAJAR:

NAMA KURSUS: TENAGA DALAM KIMIA KOD KURSUS : SCE 3109

SEMESTER :

(Ambilan Januari 2011)

TARIKH MULA

10 FEBRUARI 2013

TARIKH HANTAR

21 MAC 2013

A.

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menunjukkan pengetahuan konsep asas dalam termokimia, elektrokimia dan kimia nuklear, dan kesesuaiannya dalam kehidupan seharian dan industri. 2. Menunjukkan kompetensi dalam penggunaan peralatan saintifik dan melaksanakan tugasan amali yang berkaitan dengan isi kandungan unit. 3. Menyelesaikan masalah berangka tentang perubahan tenaga. 4. Menghubungkaitkan teori, pengetahuan dan amali dalam Tenaga dalam Kimia melalui pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kurikulum sains sekolah rendah. Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4 B Objektif Kerja Kursus Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. 2. 3. 4. mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk Tenaga Dalam Kimia menghubungkait antara konsep sains Tenaga dalam Kimia dengan aktiviti sains yang dipilih mengikut kurikulum sekolah rendah melaksanakan aktiviti tersebut semasa projek Science Fair di SK Teaching School membuat refleksi bagaimana aktiviti yang dipilih dapat membantu seorang murid belajar dengan mendalam tentang satu konsep sains dan seterusnya membentuk warganegara yang kreatif dan inovatif sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, FPK dan Falsafah Sains Negara. 1

Tugasan Projek (100% : Wajaran 60 %) Learning science is something students do, not something that is done to them. (National Science Education Standards)

Bahagian A : Tugasan Individu (30%) a) Anda dikehendaki mengumpul dan menyusun maklumat tidak kurang daripada 3 sumber yang berkaitan dengan tajuk Tenaga Dalam Kimia. Sediakan pengurusan grafik bagi maklumat-maklumat yang telah diperolehi. Jalankan amali 1 - 5 di dalam makmal Kimia secara berkumpulan dan hantar laporan amali tersebut secara individu.

b)

Bahagian B : Tugasan Berkumpulan (4-5 orang) (50%) Projek Science Fair Anda dikehendaki : a) b) c) Memilih satu aktiviti sains yang mempunyai konsep tenaga yang bersesuai dengan kurikulum sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6. Laksanakan aktiviti ini bersama murid-murid di SK IPG Kampus Dato Razali Ismail semasa menjalankan projek Science Fair. Buat rakaman (gambar dan video) semua aktiviti yang telah dilaksanakan itu dan tulis satu laporan bergambar.

Bahagian C : Penulisan Refleksi (Individu)(20%) Berdasarkan pengalaman anda menjalankan tugas ini, tulis satu refleksi yang merangkumi kekuatan dan kelemahan aktiviti yang telah dilaksanakan. Terangkan bagaimana aktiviti yang telah dilaksanakan dapat membantu seorang murid belajar dengan mendalam tentang satu konsep sains dan seterusnya membentuk warganegara yang kreatif dan inovatif sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Sains Negara.

D. 1. 2. 3.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Projek Tugasan ini adalah tugasan individu. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i. Font Arial ii. Saiz huruf ialah 12 iii. Langkau satu setengah baris iv. Rujukan mengikut format APA v. Lampiran. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku, pelajar akan digagalkan kerja kursus. Panjang tugasan tidak kurang daripada 12-15 muka surat (tidak termasuk persembahan visual dan lampiran). Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal. Kriteria Pentaksiran

4. 5. 6. E. 1. 2. 3. 4. 5. F.

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh :

Disemak oleh :

(EN PAJUZI BIN AWANG ) Penyelaras Kursus SCE3109 Jabatan Sains IPG Kampus Dato Razali Ismail Kuala Terengganu Disahkan oleh Ketua Jabatan :

(BADRUL MUIN BT MUHAMAD ADAM) Pakar Bidang (SME) : Kimia Jabatan Sains IPG Kampus Dato Razali Ismail Kuala Terengganu

You might also like