You are on page 1of 8

Kajian Tindakan 2013

Pendidikan Muzik Tajuk Kajian KEBERKESANAN KAEDAH HAN YU PIN YIN DALAM P&P PENDIDIKAN MUZIK

Nama Penyelidik Fong Yoke Pui

Kumpulan Penyelidik / Nama Sekolah SJK(C) Chio Chiao

ISI KANDUNGAN

Subtopik Penghargaan / Abstrak

______

Muka surat 3

1. Refleksi Kajian

2. Fokus Kajian / Pernyataan Masalah / Isu Keprihatinan 3. Objektif Kajian

4 4

4. Kumpulan Sasaran 5. Pelaksanaan Kajian 6. RefleksI Kajian

5 5-7 7

7. Cadangan Kajian Seterusnya

Penghargaan
Dalam usaha menyempurnakan projek ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar atas usaha, bimbingan, nasihat serta panduan yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua semua guru-guru, pelajar-pelajar yang terlibat membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Segala bakti dan jasa serta kerjasama yang telah dicurah akan tetap dikenang. Akhir sekali untuk suami, sahabat handai yang bersama-sama membantu serta memberi nasihat dan dorongan setiap masa. Kenangan ini akan kekal buat selamalamanya.

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid supaya dapat menghafalkan lirik dalam Bahasa Cina agar pandai menyanyi lagu cina di kalangan murid bangsa Melayu. Kajian ini telah dijalankan terhadap 8 orang murid Tahun 3. Tinjauan awal dilakukan melalui pemerhatian dan soal selidik. Hasil dapatan awal menunjukkan ramai murid yang tidak fasih menyanyi dan kurang faham lagu Bahasa Cina . 1.0 Refeleksi kajian Saya telah mengajar pendidikan Muzik selama 5 tahun . Mengikuti pengalaman saya , saya mendapati murid mengalami masalah menghafal lirik lagu dengan baik, maka ada lagu yang tidak dapat nyanyi dengan betul walaupun lagu itu sedap didengar. Masalah ini biasanya berlaku pada murid-murid Melayu dan juga segelintir murid Cina

yang lemah dalam Bahasa Cina. Dengan ini, mereka tidak dapat mempersembahkan lagu dengan baik dan ia juga mengganggu P&P dalam kelas kerana ia mengambil masa yang panjang untuk menjalankan aktiviti. Di samping itu, murid juga kurang berminat akibat daripada kurang fasih dengan lirik. Maka, saya rasa masalah ini perlu ditangani dengan segera supaya semua murid berasa seronok semasa waktu Pendidikan Muzik. 2.0 Fokus Kajian Dengan ini, saya fokuskan kajian ini terhadap masalah tidak dapat menghafal lirik dengan baik di kalangan murid. Saya berharap kaedah yang akan didedahkan mendapat sambutan yang baik dan dapat membantu mereka.

3.0 Objektif Kajian Objektif Kajian Mendedahkan kaedah menghafal dan memahami lirik dengan berkesan.

Objektif Khusus: 1. Mengingati lirik dan memahami maksud lirik dengan baik. 2. Menanam minat menyanyi di kalangan murid .

4. 0 Kumpulan sasaran Kajian ini melibatkan 8 orang murid Tahun 3A yang terdiri daripada 5 lelaki dan 3 perempuan.

5.0 Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan masalah akan dibuat. Ia bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Satu sesi soal selidik telah dilakukan dan dicatat dalam jadual berikut: Bil 1 2 3 4 Alasan Tidak pandai membaca Tidak faham maksud lagu Tidak berminat menyanyi Berasa bosan Ya 8 8 1 2 Tidak 0 0 7 6

Soal selidik tentang murid kurang aktif dalam P&P 5.2 Analisis Tinjauan masalah Hasil dapatan daripada soal selidik yang telah dijalankan ke atas murid-murid tersebut, saya dapati mereka memerlukan lebih perhatian,sebab faktor utama mereka ialah kurang mahir membaca dan tidak memahami maksud lagu yang mengakibatkan mereka berasa bosan dan tidak berminat menyanyi.

5.3 Tindakan Aktiviti : Han Yu Pin Yin Demi mencapai objektif supaya murid dapat menyanyi bersama, kaedah Han Yu Pin Yin digunakan untuk membantu murid membaca dan mengingati lirik. 5.4 Pelaksanaan Kajian Pada permulaan pengajaran, murid membaca lirik lagu bersama guru. Guru memberikan Han Yu Pin Yin kepada murid sasaran dan mengajar murid membaca dengan betul. Di samping itu, guru akan menerangkan maksud lirik supaya dapat membantu murid mengingatkan lirik dengan lebih berkesan. Guru akan memasangkan lagu berulang-ulang supaya murid dapat menyanyi dengan betul. Diharapkan kaedah Han Yu Pin Yin dapat membantu mereka. P&P akan dipanjangkan kepada 90 minit untuk 1 lagu pada permulaan kajian supaya murid dapat menguasai kemahiran membaca lirik. P&P akan dijalankan seperti biasa selepas murid sudah biasa dengan kaedah ini dan pada masa itu, murid sudah dapat menguasai banyak perkataan baru.

5.4.1 Pemerhatian Aktiviti Berdasarkan daripada pemerhatian pengkaji, murid-murid ini menunjukkan minat kerana mereka belajar dengan kaedah yang menarik. Mereka mulai suka

menyanyi lagu Bahasa Cina kerana mereka mulai memahami lirik lagu dan mampu menyanyi dengan sebutan yang betul.

5.4.2 Refleksi Aktiviti Pengkaji merasakan pendekatan ini dapat membantu murid yang tak dapat menguasai lagu Bahasa Cina. Murid berasa suka hati selepas bimbingan dibuat oleh guru dengan kaedah ini, kerana mereka sudah dapat menyanyi dengan betul bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain di dalam kelas. 6.0 Refleksi Kajian Soal selidik dijalankan pada semua sasaran selepas aktiviti dijalankan. Jadual berikut merupakan pendapatan daripada soal selidik. Bil 1 2 Perkara Adakah anda suka menyanyi Adakah anda faham maksud lagu dengan sepenuhnya 3 4 Adakah kaedah ini membantu Adakah anda rasa bosan semasa waktu Muzik 6 0 2 8 Ya 7 6 Tidak 1 2

Berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan melalui soal selidik selepas tempoh kajian, didapati bahawa majoriti sasaran ada peningkatan pencapaian individu dalam menguasai sesebuah lagu Bahasa Cina. Aktiviti ini dapat dijalankan dengan baik

dan dalam keadaan yang ceria, murid amat gembira dengan pencapaian mereka. Pada permulaannya, murid-murid nampak muram dan tidak aktif, tetapi selepas aktiviti ini dijalankan, mereka berasa suka hati dan bersifat aktif walaupun mereka terpaksa belajar dalam tempoh masa yang lebih panjang dari cara belajar biasa . Pengkaji amat berpuas hati atas perubahan ini. Syukur kepada Tuhan, kerana mengizinkan usaha yang sedikit ini mampu membantu mengubah persepsi murid bahawa setiap sesuatu itu akan menjadi mudah seandainya kita lebih tekun dan bersungguh-sungguh. Kaedah ini telah berjaya membantu murid menyanyi dengan betul,mengingati lirik dengan lebih mudah dan seraca tidak langsungnya meningkatkan kefahaman mereka terhadap perkataan-perkataan Bahasa Cina.

7.0 Cadangan Kajian Seterusnya Setelah melihat hasil kajian ini, pengkaji bercadang untuk membantu murid-murid yang lemah dan mempunyai masalah seperti ini. Dengan ini, berharap guru-guru Muzik yang lain boleh menggunakan kaedah ini supaya murid ceria pada setiap waktu Muzik. Prosedur kajian: Disediakan oleh: _______________________ (Pn. FONG YOKE PUI)

Disemak dan disahkan :

You might also like