You are on page 1of 50

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

MODUL EKSPLORASI MULTIMEDIA: 1.0 Mengkaji Multimedia

TAHUN 4
Terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum

2013

Cetakan Pertama 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iv

Draf 020413

MODUL EM1
Standard kandungan: Standard pembelajaran: 1.0 1.1 1.2 Mengkaji Multimedia Menyenaraikan elemen multimedia (teks, imej, audio, video dan animasi) Membuat perbandingan saiz format fail bagi setiap elemen multimedia seperti untuk teks, imej (*.jpeg,*. bmp,*. tiff), audio (*.midi, *.wav, *.mp3) dan video (*.avi,*.mpeg).

Masa:

60 minit

Draf 020413

NOTA RUJUKAN
MULTIMEDIA Multimedia merujuk kepada gabungan dua atau lebih elemen multimedia iaitu teks, imej, audio, video dan animasi.

TEKS Contoh: buku cerita

IMEJ Contoh: gambar air terjun

AUDIO Multimedia Contoh: bunyi burung

VIDEO Contoh: rakaman berita

ANIMASI Contoh : Boboi Boy

Draf 020413

ELEMEN TEKS DALAM MULTIMEDIA Teks ialah sebarang aksara yang di taip pada komputer. Aksara terdiri daripada:
Abjad (A hingga Z) Nombor (sebarang nombor 0 hingga 9)

Aksara

Contoh simbol:

, ; : ) -Tanda-tanda ( $ + - =)
Teks merupakan asas utama penyaluran sesuatu maklumat. Teks berada dalam bentuk perkataan, ayat atau perenggan. Ia digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea atau fakta. 1. Mukataip (Typeface) Mukataip (typeface) ialah rekabentuk sesuatu aksara. Terdapat pelbagai jenis mukataip di dalam komputer. Antaranya ialah: 1.1 Arial 1.2 Comic Sans MS 1.3 Times New Roman Perbagai jenis mukataip (typefaces) dan fon (font) memberi daya tarikan kepada sesuatu teks dalam sesuatu persembahan multimedia yang dibuat. Fon (Font) Fon (font) ialah saiz-saiz yang tertentu bagi mukataip. Contohnya: 2.1 14 point Times New Roman bermaksud muka taip berjenis Times New Roman dan saiznya ialah 14.
3

-Tanda bacaan (.

2.

Draf 020413

2.2

20 point Lucida Handwriting bermaksud mukataip berjenis Lucida Handwriting dan saiznya ialah 20.

3.

Kategori Teks Terdapat dua kategori teks iaitu: 3.1 Serif (ada dekoratif) Serif merujuk kepada dekoratif pada hujung sesuatu aksara. Contoh: x Times New Roman x Ravie x Book Antiqua x Palatino Linotype 3.2 San Serif (tiada dekoratif) Maksudnya tiada dekoratif pada hujung aksara. Contoh: x Arial x Tahoma x Calibri x Century Gothic

TIADA DEKORATIF
(perhatikan

ADA DEKORATIF
(perhatikan pada hujung aksara)

TAHUKAH ANDA?

Perkataan sans bermakna tanpa dalam bahasa Perancis, maka fon sans serif bermakna fon yang tidak mempunyai serif atau tanpa serif.

Draf 020413

YANG MANA SATU? A. Kategori teks manakah yang sesuai untuk menulis KAD HARI JADI? B. Kategori teks manakah yang sesuai untuk menulis SURAT KIRIMAN RASMI? SERIF ATAU SANS SERIF?

4.

Struktur Teks Terdapat dua jenis struktur teks iaitu 4.1 Teks Linear Teks Linear ialah teks biasa 4.2 Teks Tidak Linear Teks Tidak Linear ialah teks yang menggunakan pautan (links). Ia juga dikenali sebagai Hiperteks.

5. Format Fail Teks Kamu akan mempelajari dua jenis format fail teks iaitu: 5.1 Text (*.txt) Merupakan format teks yang paling asas. Ia hanya memformat aksara asas tanpa sebarang gaya (style). 5.2 Rich Text Format (*.rtf) Merupakan format teks yang memformatkan aksara yang ditulis dalam pelbagai gaya (style). Maksudnya, aksara boleh ditaip dengan meletakkan pelbagai jenis mukataip, saiz mukataip dan kesan font seperti huruf tebal atau huruf condong. Teks dalam format ini juga boleh ditulis dalam bentuk perenggan dan boleh diletakkan penjajaran (align text- kanan, kiri, tengah atau kelarasan (justify).
5

Draf 020413

Tanpa Sebarang Gaya? Apa Maksudnya??? Maksudnya aksara yang ditaip tidak diletakkan sebarang kesan font seperti : -ditebalkan (bold) -digariskan (underline) -dicondongkan ( italic) -dipotong (strikeout)

.txt

.rtf
menggunakan perisian pemprosesan perkataan.

menggunakan perisian Notepad.

6.

Saiz Fail Saiz fail Text( *.txt) lebih kecil berbanding saiz fail Rich Text Format ( *.rtf).

Panduan Menggunakan Teks dalam Multimedia x Pastikan Teks yang Digunakan Boleh Dibaca x Pemilihan Warna Teks yang Bersesuaian x Pemilihan Stail Teks yang Bersesuaian x Gunakan Teks yang Ringkas tetapi Padat x Awasi Kuantiti Teks pada Paparan

Draf 020413

ELEMEN IMEJ DALAM MULTIMEDIA 1. Jenis Imej: 1.1 Fotograf atau gambar foto 1.2 Lukisan 1.3 Kartun 1.4 Graf atau carta 1.5 Ikon, simbol, garis dan butang 1.6 Diagram Peranan imej dalam multimedia 2.1 Menghiburkan 2.2 Memberi maklumat 2.3 Media komunikasi 2.4 Menyampaikan cerita 2.5 Memujuk 2.6 Menzahirkan perasaan dan emosi Imej terbahagi kepada 2 kategori 3.1 Imej vektor Imej vektor ialah imej jenis lukisan atau imej berasaskan objek. Imej ini dihasilkan menggunakan perisian tertentu.

2.

3.

3.2

Imej bitmap Imej bitmap juga dikenali sebagai imej raster. Imej ini merupakan imej sebenar dalam kehidupan seharian kita seperti gambar foto dari kamera digital,koleksi gambar yang diimbas dengan pengimbas imej dan sebagainya.

Draf 020413

4.

Perbezaan diantara imej vektor dan bitmap adalah seperti jadual 1.1 dibawah: Jadual 1.1 IMEJ VEKTOR Saiz fail kecil Mudah untuk diubahsuai Terhasil melalui lakaran atau lukisan Sesuai untuk carta, graf dan diagram. IMEJ BITMAP Saiz fail besar Susah untuk diubahsuai Mudah dihasilkan menggunakan kamera digital, pengimbas dan sebagainya Sesuai untuk memaparkan imej dalam kualiti yang realistik seperti foto.

5.

Perbezaan diantara format fail imej digital dan bitmap adalah seperti jadual 1.2 dibawah: Jadual 1.2 Format fail imej vektor Format fail imej bitmap x *.cgm/CGM ( Computer x *.bmp/BMP (Windows Graphics Metafile) Bitmap) x *.dxf/DXF (Computer-Aided Design) x *.eps/EPS (Encapsulated PostScript) x *.png/PNG (Portable Network Graphicd) x *.tga/TGA (Targa) x *.tiff/TIFF (Tagged Image File Format) x *.jpeg/JPEG(Joint Photographic Experts Group) x *.gif/GIF (Graphics Interchange Format)

6.

Warna dalam imej Imej boleh diwakili dengan warna 4 bit, 8 bit, 16 bit sehingga bermillion warna.

Draf 020413

ELEMEN AUDIO DALAM MULTIMEDIA Audio ialah gelombang bunyi yang boleh ditafsir oleh telinga manusia. Melalui audio, pengguna boleh menjadikan persembahan mereka lebih interaktif dengan memasukkan suara latar, muzik atau lagu. 1. Tujuan audio dalam multimedia Penggunaan audio dalam multimedia dapat membantu proses penyampaian lebih mantap dan berkesan. Ini kerana audio boleh menjadi medium bahan bantu sekiranya murid tidak berkeupayaan untuk melihat dengan baik. Di samping itu, penggunaan audio juga boleh menimbulkan suasana yang menarik dan ceria. Audio juga dapat meningkatkan motivasi di kalangan murid-murid agar lebih berminat mengikuti sesuatu penyampaian maklumat. TAHUKAH ANDA? Terdapat dua jenis audio di dalam multimedia iaitu: Mono menggunakan satu saluran audio sahaja. Contohnya fail berformat MIDI. Stereo menggunakan dua saluran audio. Contohnya fail berformat mp3.

Draf 020413

2.

Jenis-jenis fail format audio Perbezaan diantara tiga jenis format audio adalah seperti jadual 1.3 dibawah: Jadual 1.3 Fail wave Fail MIDI Fail MP3 Moving picture waveform audio musical instrument expert group level file digital interface 3 *.wav *.mid *.mp3 Boleh mengecilkan Boleh dibuat Boleh dibuat saiz fail bagi penyuntingan penyuntingan format MIDI dan wave Saiz fail kecil dan Saiz fail kecil dan Saiz fail besar padat padat Contoh : Contoh : Contoh : negaraku.wav negaraku.mid negaraku.mp3 Penggunaan audio dalam multimedia Walaupun kesan audio di dalam multimedia mempunyai banyak kelebihan, namun penggunaannya perlu dirancang dengan teliti. Berikut merupakan beberapa asas bagaimana audio dapat digunakan dengan berkesan dalam sesebuah persembahan multimedia. 3.1 3.2 Audio hanya digunakan jika bersesuaian dengan isi kandungan persembahan. Pastikan pengguna mempunyai kawalan yang penuh terhadap audio yang digunakan. Contohnya, pengguna berupaya untuk mengawal ketinggian bunyi audio, memberhentikan audio dan sebagainya. Gunakan saiz fail yang tidak terlalu besar bagi tujuan rakaman atau semasa menyimpan fail audio. Elakkan penggunaan audio yang sama di dalam sesuatu persembahan untuk mengelakkan kebosanan.

3.

3.3 3.4

10

Draf 020413

3.5

Elakkan menggunakan audio sekiranya boleh mengganggu persembahan. Contohnya, slaid untuk memberikan penerangan tentang sesuatu maklumat.

ELEMEN VIDEO DALAM MULTIMEDIA Video ialah satu siri imej yang disusun dan dimainkan dengan pantas. Susunan imej ini dibuat secara beberapa siri imej dalam satu saat (frame per second atau fps). Semakin banyak fps semakin jelas paparan videonya. Walau bagaimanapun kejelasan video bergantung kepada kepada piksel ataupun bit warnanya. Antara resolusi warna yang biasa digunakan ialah 8 bit, 16 bit, 24 bit. Semakin tinggi resolusi warna semakin menarik dan jelas warnanya. Rakaman video digunakan untuk hiburan, drama, muzik, dokumentari, kartun, gambar animasi dan sebagainya. Video dalam sistem operasi window disimpan dalam bentuk; Jadual 1.4 Fail AVI Audio Video Interleave *.avi Saiz fail yang besar Contoh: pakmamat.avi Fail MPEG Motion Picture Expert Group *.mpg / *.mpeg Saiz fail yang kecil Contoh: pakmamat.mpeg atau pakmamat.mpg.

11

Draf 020413

ELEMEN ANIMASI DALAM MULTIMEDIA Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Ia merupakan suatu proses menjadikan sesuatu objek kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik. Penggunaan animasi mampu menceriakan proses penyampaian dimana persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik. Ia juga mampu menarik minat murid dengan mudah dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan. 1. Animasi GIF (Animated GIF) Animasi GIF (Animated GIF) merujuk kepada siri imej statik berformatkan gif dan ianya disusun berurutan dengan menggunakan perisian-perisian animasi gif. Apabila dimainkan menggunakan pelayar web, imej-imej statik akan kelihatan bergerak mengikut susunan yang telah ditetapkan. Ia digunakan terutamanya bagi tujuan penghasilan papan pengiklanan.

2.

Animasi Berkomputer Animasi berkomputer merujuk kepada animasi yang dibentuk dan dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer dan elektronik. Kategori animasi berkomputer terdiri daripada animasi 2 Dimensi (2D) dan animasi 3 Dimensi (2D).

12

Draf 020413

3.

Animasi 2 Dimensi Animasi 2 dimensi merujuk kepada pergerakan objek yang mudah merentasi skrin sesebuah skrin paparan. Ia juga dikenali sebagai animasi linear. Antara kaedah yang digunakan ialah: 3.1 Animasi Laluan (Path Animation) x Pergerakkan objek disepanjang laluan yang telah ditetapkan pada skrin sama ada garisan lurus atau lengkungan. x Biasanya objek yang bergerak tidak akan berubah kepada objek yang lain namun berubah dari segi saiz dan bentuk. x Contohnya: Pergerakan bentuk segitiga dari saiz kecil ke besar dalam perisian MS Power Point. Animasi Sel (Cell Animation) x Satu siri frame atau sel yang mana objeknya akan dilukis berulangkali bagi menghasilkan satu ilusi pergerakan. x Biasanya merujuk kepada subobjek dalam sesuatu frame animasi. x Contohnya: pergerakan kaki, kaki dianggap satu sel. Animasi Skrin atau Transaksi Objek x Merujuk kepada kaedah paparan sesebuah skrin yang dipersembahkan. x Contohnya: Skrin berterbangan dari satu arah atau skrin semakin kabur sebelum digantikan skrin persembahan yang baru. Animasi Fon dan Ikon x Animasi Fon merujuk kepada animasi kepada aksara dan mampu menghidupkan persembahan elektronik. x Animasi Ikon dikenali sebagai animasi sprite yang melibatkan pertukaran ikon yang sedia ada kepada ikon lain. x Contohnya: Pergerakan yang bergoyang-goyang, berkelip-kelip.
13

3.2

3.3

4.3

Draf 020413

4.

Animasi 3 Dimensi (3D) Animasi 3 dimensi merujuk kepada objek tiga dimensi terbentuk menerusi permodelan atau formula matematik yang mampu dipapar dari setiap sudut pandangan. Antara kaedah yang digunakan ialah: 4.1 4.2 4.3 4.4 Penghasilan Papan Cerita (Storyboarding) Pemodelan (Modelling) dan Pencahayaan (Lighting) Pemetaan (Mapping) Rendering dan Animasi

Antara fail format animasi ialah format daripada perisian AutoDesk 3D Studio & Animator (*.fli, *.flc) dan Macromedia Director (*.dir). Animasi juga disimpan sebagai klip video yang mempunyai format fail Quick Time (*.mov) dan Video untuk format Windows (*.avi).

KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer Multimedia

KEPERLUAN PERISIAN
MS Paint, Real Player, MS PowerPoint, Notepad, MS Word

14

Draf 020413

AKTIVITI 1.1
Objektif: Membezakan antara huruf Serif dan Sans Serif Langkah 1: Tulis satu perkataan dengan menggunakan mukataip ciptaan anda sendiri dalam ruangan yang disediakan di bawah atau menggunakan kertas lain.

Langkah 2: Cuba tentukan sama ada mukataip ciptaan kamu itu berjenis Serif atau Sans Serif. Kenapa?

15

Draf 020413

AKTIVITI 1.2
Objektif: Membuat perbandingan saiz format fail rtf dantxt Langkah 1: Murid membina satu folder dan diberi nama SAIZ FAIL TEKS. Langkah 2: Murid membuka perisian MS Word dan menaip satu huruf menggunakan fon Calibri saiz 24. Contohnya huruf s.

RAJAH 1.1

Langkah 3: Simpan fail tersebut dengan nama Contoh Fail Teks di dalam folder yang dibina tadi. (semasa menyimpan fail pastikan kamu memilih Plain Text (*.txt) pada ruangan Save as type).

16

Draf 020413

Langkah 4: Murid membuka perisian MS Word dan menaip huruf yang sama.

RAJAH 1.2 Langkah 5: Simpan (save) fail tersebut dengan nama Contoh Fail RTF di dalam folder SAIZ FAIL TEKS. (semasa menyimpan fail pastikan kamu memilih Rich Text Format (*.rtf) pada ruangan Save as type). Langkah 6: Buka folder SAIZ FAIL TEKS dan gerakkan kursor pada fail Contoh Fail Teks. Klik tetikus sebelah kanan. Perhatikan saiz fail pada ruangan properties yang tertera. Langkah 7: Gerakkan pula kursor kepada fail Contoh Fail RTF. Klik tetikus sebelah kanan. Perhatikan saiz fail pada ruangan properties yang tertera. Langkah 8: Guru akan bertanya fail mana yang lebih besar dan mana yang lebih kecil.

17

Draf 020413

AKTIVITI 2.1
Objektif: Murid mengkategorikan imej mengikut format imej.

10

11

12

13

14

15

16

17

18

RAJAH 1.3
18

Draf 020413

Langkah 1: Perhatikan imej di atas. Langkah 2: Pilih imej yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam persembahan multimedia anda berdasarkan tajuk Sekolahku dan masukkan nombor gambar-gambar tersebut ke dalam jadual di bawah. Jadual 1.5 Tulis nombor imej seperti dalam Rajah 1.3 mengikut jenisnya. Vektor Bitmap

Langkah 3: Berdasarkan koleksi imej di atas, pilih beberapa keping gambar. Langkah 4: Berdasarkan gambar tersebut, fikirkan satu tajuk persembahan dan jalan cerita yang sesuai.

19

Draf 020413

Jadual 1.6 Nombor bagi setiap imej Tajuk persembahan

AKTIVITI 2.2
Objektif: Murid membuat perbandingan kualiti dan saiz mengikut format imej. Langkah 1: Murid akan mencari satu imej menggunakan enjin carian. Langkah 2: Salin dan tampal imej tersebut ke dalam perisian MS Paint. Langkah 3: Simpan imej tersebut ke dalam 3 format berlainan iaitu * .bmp, *.jpeg dan *.tiff. Langkah 4: Bandingkan ketiga-tiga fail tersebut dari segi: a) kualiti format imej b) saiz fail setiap format

20

Draf 020413

AKTIVITI 3.1
Objektif: Murid membuat penyesuaian antara imej dan audio untuk memberikan kesan bermakna kepada persembahan multimedia. Langkah 1: Murid menonton slaid PowerPoint audio.ppt yang mengandungi elemen imej dan audio. Langkah 2: Murid memberi pendapat tentang slaid yang ditonton. Langkah 3: Murid diminta membuat penambahbaikan untuk fail audio.ppt dan memilih elemen imej dan audio yang terdapat dalam folder imej_akt3.1dan folder audio_akt3.1. Langkah 4: Murid boleh menggunakan kreativiti masing-masing bagi menghasilkan satu persembahan yang menarik dan bermakna.

AKTIVITI 3.2

Objektif: Murid membuat perbandingan kualiti dan saiz mengikut format audio. Langkah 1: Guru meminta murid membuka folder em1 yang mengandungi sekumpulan fail.

21

Draf 020413

Langkah 2: Murid mencari format fail audio. Langkah 3: Murid mencari saiz fail dengan mengelik kanan tetikus kepada fail-fail audio bagi membuka properties. Langkah 4: Murid mengisi butiran yang didapati ke dalam jadual 1.7 di bawah. Jadual 1.7 negaraku_1 negaraku_1 negaraku_1 Nama Fail Jenis format fail Saiz fail Langkah 5: Murid membandingkan saiz fail-fail audio berpandukan pada jadual yang diisi. Langkah 6: Murid membuat rumusan berkenaan format fail dari segi: a) kualiti format fail audio b) saiz fail setiap format fail audio

22

Draf 020413

AKTIVITI 4
Objektif: Murid membuat perbandingan kualiti dan saiz mengikut format video.

Langkah 1: Guru memaparkan kedua-dua fail video pakmamat.mpeg dan pakmamat.avi) di skrin menggunakan aplikasi windows media player. Langkah 2: Murid mencatat maklumat yang diperoleh daripada paparan video berdasarkan maklumat dan diisi di dalam jadual 1.8 di bawah: Jadual 1.8
Perbandingan pakmamat.avi pakmamat.mpeg

Saiz Fail Kualiti Paparan (Jelas / Kurang Jelas) Peratus (%) perbezaan penjimatan saiz Kesimpulan

23

Draf 020413

AKTIVITI 5
Objektif: Murid membuat lakonan dan teknik selak kertas untuk memahami konsep animasi. Lakonan Animasi Langkah 1: Murid dibahagi kepada empat kumpulan. Langkah 2: Guru menyerahkan kad tugasan yang mengandungi arahan kepada setiap kumpulan. Langkah 3: Berpandukan kad tugasan yang diberi oleh guru, murid berbincang tentang apa yang perlu dilakukan. Langkah 4: Setiap kumpulan perlu mencipta dan membuat pergerakan berpandukan kad tugasan. KUMPULAN 1 ANDA DIKEHENDAKI MELAKONKAN PERGERAKAN KAPAL TERBANG MENDARAT KUMPULAN 2 ANDA DIKEHENDAKI MELAKONKAN PERGERAKAN PROSES BUNGA BERKEMBANG

24

Draf 020413

KUMPULAN 3 ANDA DIKEHENDAKI MELAKONKAN PERGERAKAN KAD BERLAINAN WARNA YANG BERTERBANGAN

KUMPULAN 4 ANDA DIKEHENDAKI MELAKONKAN PERGERAKAN ALUNAN OMBAK BAGI KAD HURUF

Langkah 5: Sesi persembahan dijalankan. Langkah 6: Murid perlu menyatakan jenis animasi yang dipersembahkan. Langkah 7: Berdasarkan animasi yang telah dilakonkan, murid perlu mencipta satu pergerakan yang melambangkan animasi setiap kumpulan. Langkah 8: Terjemahkan Langkah 1 hingga Langkah 7 dengan menggunakan teknik selak kertas.
Nota guru: 1. Guru perlu menyediakan kad huruf dan kad yang berwarna sebelum aktiviti dijalankan. 2. Guru akan meminta murid menyediakan kertas selak.

25

Draf 020413

AKTIVITI 6
Objektif: Murid membuat NEMONIK elemen multimedia yang telah dipelajari. Langkah 1: Guru menerangkan elemen multimedia menggunakan kaedah NEMONIK untuk memudahkan murid mengingat. Contoh: a. Teks b. Imej c. Audio d. Video e. Animasi Contohdalam bentuk ayat : Toyota Grandis Adalah Van Ayah Langkah 2: Secara berkumpulan, murid cuba kaedah NEMONIK sendiri yang lebih mudah untuk diingat. Langkah 3: Secara berkumpulan, murid cuba pula buat kaedah NEMONIK sendiri untuk mengingat.

26

Draf 020413

PENILAIAN 1
1. Senaraikan lima elemen multimedia yang telah anda pelajari. a) _____________ b) _____________ c) _____________ d) _____________ e) _____________

1. Tandakan () pada teks berjenis Serif dan (X) pada teks berjenis Sans Serif. a) b) c) d) EKSPLORASI MULTIMEDIA EKSPLORASI MULTIMEDIA EKSPLORASI MULTIMEDIA EKSPLORASI MULTIMEDIA

2. Nyatakan 2 kategori imej. a) ___________________ b) ___________________

27

Draf 020413

3. Suaikan fail audio di bawah dengan jenis format audio yang sesuai. negaraku.mid Moving picture expert group level 3

negaraku.mp3

waveform audio file

negaraku.wav

musical instrument digital interface

4. Namakan 2 format video. a) ___________________ b) ___________________

5. Berikan 2 kategori animasi 2 dimensi (2D) yang telah anda pelajari. a) ___________________ b) ___________________

28

Draf 020413

PENILAIAN 2
Langkah 1: Klik folder elemen imej. Langkah 2: Di dalam kumpulan, perhati dan rekodkan saiz fail imej (bmp, jpeg, tiff) di dalam folder imej, saiz fail audio (wav, mp3, midi) di dalam folder audio dan saiz folder video (mpeg dan avi) di dalam folder video ke dalam jadual yang disediakan di bawah. Langkah 3: Setelah murid merekodkan hasil, guru menunjukkan perbandingan imej dengan 3 format fail berlainan (bmp,jpeg,tiff), audio (midi,wave,mp3) dan video (avi,mpeg) menggunakan slaid persembahan (em1.ppt) untuk menunjukkan perbezaan sebenar setiap fail dalam format yang berlainan. Perbandingan saiz format fail yang berlainan ELEMEN FORMAT FAIL *.bmp Imej *.jpeg *.tiff *.wav Audio *.mp3 *.mid *.mpeg Video *.avi
29

SAIZ FAIL

Draf 020413

Langkah 4: Setelah murid merekodkan hasil, guru menunjukkan Perbandingan saiz format fail yang berlainan dengan menggunakan simbol (>) untuk lebih daripada dan (<) untuk kurang daripada kedalam kotak yang disediakan ELEMEN *.bmp FORMAT FAIL *.jpeg

Imej

*.bmp

*.tiff

*.tiff

*.jpeg

Audio

*.wav

*.mp3

*.wav

*.mid

*.mp3

*.mid

Video

*.mpeg

*.avi

30

Draf 020413

LAPORAN PENCAPAIAN MURID


Nama Murid: Tahun: Kelas

Modul: Standard Kandungan:

Eksplorasi Multimedia 1.0 1.1 Mengkaji Multimedia Menyenaraikan elemen multimedia (teks, imej, audio, video dan animasi) Membuat perbandingan saiz format fail bagi setiap elemen multimedia seperti untuk teks, imej (jpeg, bmp, tiff), audio (midi,wav,mp3) dan video (avi,mpeg). Pencapaian Ya Tidak Catatan

Standard Pembelajaran:

1.2

Bil 1 2

Perkara yang dinilai Menyenaraikan elemen multimedia Membuat perbandingan saiz format fail bagi setiap elemen multimedia

KEPUTUSAN TARIKH Nama Guru: Disahkan oleh:

(CAPAI / TIDAK CAPAI) Tandatangan & Tarikh Tandatangan & Tarikh


31

Draf 020413

MODUL EM2
Standard kandungan: Standard pembelajaran: Masa: 1.0 Mengkaji Multimedia

1.3 Membezakan persembahan linear dan tak linear 60 minit

32

Draf 020413

NOTA RUJUKAN
REKABENTUK ASAS MULTIMEDIA Dua rekabentuk utama multimedia ialah persembahan linear dan persembahan tak linear. Persembahan linear adalah pada rajah 1.4 dan tak linear pada rajah 1.5. 1. Persembahan Linear

SLAID 1

SLAID 2

SLAID 3

SLAID 4

TAMAT

Mula

Berterusan RAJAH 1.4

Tamat

2.

Persembahan Tak Linear

SLAID 2

SLAID 4

SLAID 1

TAMAT

SLAID 3

SLAID 5

RAJAH 1.5

33

Draf 020413

3.

Perbezaan Antara Persembahan Linear Dan Tak Linear Persembahan Linear PersembahanTak Linear

Pengguna tidak mempunyai Pengguna boleh mengawal kawalan sepenuhnya terhadap persembahan persembahan Persembahan linear biasanya akan bermula dari awal hingga akhir dan ia akan mengulang semula maklumat Persembahan ini digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada sekumpulan orang ramai ke atas skrin besar atau monitor televisyen Tidak interaktif Contoh : video, animasi dan papan iklan digital (billboard) Pengguna bebas untuk pergi ke mana-mana bahagian maklumat yang dikehendaki melalui butang navigasi Persembahan ini disusun dalam bentuk menu dan pengguna boleh pergi ke mana-mana bahagian secara terus. Interaktif Contoh : perisian kursus, laman web dan portal.

KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer Multimedia

KEPERLUAN PERISIAN
MS PowerPoint

34

Draf 020413

AKTIVITI 1
Objektif: Membuat perbandingan antara persembahan linear dan persembahan tak linear. Langkah 1 : Guru menunjukkan dua jenis persembahan menggunakan MS PowerPoint iaitu (em2-1.ppt) dan (em2-2.ppt) Langkah 2: Murid menentukan yang mana satu persembahan linear dan persembahan tak linear. Langkah 3 : Catatkan perbezaan yang terdapat pada kedua-dua persembahan tersebut ke dalam jadual 1.9 yang disediakan. Jadual 1.9 Persembahan 1 Jenis Persembahan Jenis Pergerakan (searah / pelbagai arah) Butang (ada / tiada) Menu (ada/tiada) Interaktiviti (ada/tiada) Persembahan 2

35

Draf 020413

AKTIVITI 2
Objektif: Melakarkan idea persembahan tak linear ke dalam rajah ranting. Langkah 1 : Gambarajah di bawah disediakan berdasarkan persembahan dalam aktiviti 1 (em-2-2.ppt). Isikan tempat kosong berdasarkan slaid persembahan tersebut.

Elemen Multimedia Teks Imej Audio Video Animasi

Tamat

RAJAH 1.6 Langkah 2 : Bina satu persembahan tak linear berpandukan kepada contoh em2-2.ppt dan bentangkan di dalam kelas.
36

Draf 020413 Nota guru: 1. Guru hendaklah menunujuk cara bagaimana membuat pautan(hyperlink) dalam persembahan.

AKTIVITI 3

Objektif: Murid memahami konsep persembahan linear melalui permainan atau sukan. Langkah 1 : Guru memanggil satu kumpulan murid yang terdiri daripada 6 orang. Langkah 2 :Murid perlu berdiri dalam satu bulatan. Setiap murid diberikan tag nombor untuk dikalungkan di leher. Langkah 3 : Guru memberikan 1 baton kepada murid pertama. Langkah 4 : Murid pertama perlu menghantar baton tersebut kepada rakan di sebelah dan seterusnya sehingga murid yang terakhir. Contoh:
Murid 6 (slaid 6)

Murid 5 (slaid 5)

baton

Murid 1 (slaid 1)

Murid 4 (slaid 4)

Murid 2 (slaid 2)

Murid 3 (slaid 3)

37

Draf 020413

Langkah 4 : Semua murid diminta meneka jenis persembahan yang dilakonkan oleh rakan mereka itu. Langkah 5 : Guru menjelaskan kaitan lakonan murid dengan konsep persembahan linear. Langkah 6: Murid memberikan contoh permainan atau sukan yang menggambarkan konsep persembahan linear.
Nota guru: Contoh konsep persembahan linear dalam permainan atau sukan ialah: lari berganti-ganti dan lari dalam guni.

AKTIVITI 4

Objektif: Murid memahami konsep persembahan tak linear melalui permainan atau sukan. Langkah 1 : Guru memanggil 6 orang murid dan berdiri secara rawak. Langkah 2 : Setiap murid diberikan tag nombor untuk dikalungkan di leher. Langkah 3 : Sebiji bola diberikan kepada seorang murid. Murid tersebut perlu membaling bola itu kepada manamana rakan yang disukai. Langkah 4 : Rakan yang mendapat bola perlu membaling semula bola kepada mana-mana rakan yang disukai. Begitulah seterusnya sehingga guru mengarahkan murid untuk berhenti.

38

Draf 020413

Contoh:

Murid 6 (Slaid 6)

Murid 1 (Slaid 1) Murid 5 (Slaid 5)

Murid 2 (Slaid 2)

Murid 4 (Slaid 4) Murid 3 (Slaid 3)

Langkah 5: Murid memberikan contoh permainan atau sukan yang menggambarkan konsep persembahan tak linear.
Nota guru: Contoh konsep persembahan tak linear dalam permainan atau sukan ialah: bola sepak dan ular dan tangga (snake and ladder).

39

Draf 020413

PENILAIAN

Suaikan jawapan yang betul.

Menu

Tidak interaktif Persembahan Linear

Mempunyai butang navigasi

Pengguna bebas kemana-mana slaid.

Pergerakan pelbagai arah PersembahanTak Linear Tiada butang navigasi

Interaktif

Penggunatidakmempunyaik awalansepenuhnya
40

Draf 020413

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

NamaMurid: Tahun: Kelas Eksplorasi Multimedia 1.0 Mengkaji Multimedia. 1.3 Membezakanpersembahan linear dantak linear.

Modul: Standard Kandungan: Standard Pembelajaran:

Bil 1

Perkara yang dinilai Membezakanpersembahan linear dantak linear

Pencapaian Ya Tidak

Catatan

KEPUTUSAN TARIKH Nama Guru:

(CAPAI / TIDAK CAPAI)

Tandatangan&Tarikh

Disahkanoleh:

Tandatangan&Tarikh

41

You might also like