You are on page 1of 3

ELEMEN

3
Wawasan 2020 adalah satu usaha untuk meletakkan Malaysia supaya `duduk

sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan negara lain yang lebih maju. Justeru itu, kita

perlu memiliki insan yang berjiwa besardan bersemangat patriotik. Usaha memupuk

semangat patriotik dapat diterapkan melalui aktiviti harian dan juga di sekolah. Di

sekolah, kita diajar untuk membina modal insan patriotik kearan berbangga sebagai

rakyat Malaysia. Selain itu, kita juga diajar untuk menghormati Raja dan pemimpin

pemimpin negara. Kita dididik supaya menghormati lambang-lambang kemegahan

negara seperti Jalur Gemilang. Suakn dan permainan dapat memupuk modal insan

berpatriotik dan bersemangat setia negara. Ahli sukan yang tulen akan memiliki rasa

cinta akan bangsa dan negara. Selain itu, mereka sanggup membelakangkan kepentingan,

masa, tenaga dan kaluaraga demi untuk negara tercinta walaupun kalah dan menang adat

bertanding, mereka tetap akan bersungguh-sungguh untuk mangharumkan nama negara.

Mereka menjadi berani untuk betarung walaupun lawannya lebih hebat dan handal.

Mereka juga berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.


Sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan yang patriotik serta

bersemangat kekitaan. Acara sukan dan permainan seperti hoki, bola sepak, bola tampar,

bola baling dan sebagainya yang berkumpulan memerlukan semangat kekitaan untuk

menang. Mereka juga harus ada sikap bekerjasama. Sukan dan permainan juga mampu

melahirkan modal insan yang berdisiplin yang menjadikan seorang atlet sukan itu berjaya

dan disegani. Mereka perlu memiliki sikap disiplin yang tinggi contohnya Dato’ Lee

Chong Wei pemain badminton nombor satu negara dan Nicol Ann David, pemain squash

nombor satu negara, memiliki sikap disiplin yang amat tinggi walaupun banyak cabaran

yang menempuh. Jatuh bangunnya sebuah negara amat berkait rapat dengan modal

insannya dan semangat patriotik yang telah disemai di dalam diri masing-masing.

Menjadi tanggungjawab bagi semua pemimpin untuk menyemai modal insan dan

semangat dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda dan generasi nagara. Mereka

perlu berusaha dan produktif agar tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang

mendatang. Jika tiada wawasan 2020 akan tinggal menjadi ungkapan retorik dan sebuah

fatamorgana di mayapada ini.

You might also like