You are on page 1of 2

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam

tempoh yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan,

pegajaran, dan nilai telah saya pelajari.

Melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan

negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan

bangsa ini. Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi

masa hadapan, bermakna mereka juga mnyemai perasaan patriotik sekaligus

menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa.

Dalam erti kata lain, melalui prinsip penjaggan bangunan ini, kita dapat menunjukkan

bahawa kita berbangga dengan sejarah bangsa.

Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.

Rakyat kita hidup dengan mengamalkan budaya kekitaan atau semangat kekitaan.

Bangsa Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain di negara ini saling bekerjasama dan

tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan semangat muhibah

yang menjadikan negara kita sentiasa aman dan harmoni. Walaupun ada jurang seperti

perbezaan agama dan budaya, tetapi ini tidak menghalang daripada rakyat Malaysia

mengeratkan hubungan antara satu sama lain menyebabkan wujudnya sikap bertolak

ansur dan toleransi antara satu sama lain. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam

menjaga dan memelihara bangunan bersejarah seperti Muzium Sultan Abu Bakar, Istana

Besar Johor.

Saya berbangga menjadi salah seorang rakyat Malaysia dan menghargai jasa-jasa

pemimpin tanah air.


4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

17 18 19 20

You might also like