You are on page 1of 11

SKOP KERJA

UMUM 1.1 Kontraktor dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang berkaitan di sekolah semasa membuat kerja-kerja pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengkonfigurasian, pengujian, pentauliahan, penyelenggaraan dan latihan di sekolah yang terlibat. Sebarang kecacatan/kerosakan yang berlaku yang disebabkan oleh pihak Kontraktor semasa kerja-kerja pembekalan dan pemasangan dibuat oleh Kontraktor hendaklah dibaikpulih tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan. Kontraktor hendaklah menyediakan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran, pengetahuan teknikal dan mengetahui skop kerja yang perlu dilakukan. Setiap peralatan yang dibekalkan hendaklah diselaraskan dengan perubahan umum teknologi komunikasi dan rangkaian yang berasaskan Web Based Cloud Technology tanpa sebarang penambahan kos dan boleh digunakan sepanjang tempoh jaminan selama tiga (3) tahun. Cadangan tersebut mestilah memenuhi lima (5) elemen penting iaitu: (a) Sistem yang ditawarkan mestilah memenuhi segala keperluan dengan mengambil kira keperluan masa hadapan dan bertahan lama (system of the future) sekurang-kurangnya teknologi tidak berubah dalam tempoh lama (tiga (3) tahun); Proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih baik dari segi penyampaian pembelajaran kepada murid (better system) dari sistem sedia ada dan diterima pakai oleh guru/sekolah; Sistem mudah untuk diurus, diselenggara dan mudah dilaksanakan (easy to manage, maintain and implement); Tidak membebankan guru untuk mengurus dan menyelenggara peralatan; dan Harga dan kos pelaksanaan bagi cadangan penyelesaian (cost effective)

1.2

1.3

1.4

1.5

(b)

(c) (d) (e) 1.6

Mana-mana skop kerja yang tidak diperincikan hendaklah dirujuk kepada pendekatan yang dilaksanakan semasa Proof Of Concept (POC).

SKOP KERJA

2.1

Pembekalan (a) (b) Kontraktor hendaklah membekalkan peralatan mengikut kuantiti dan spesifikasi yang dinyatakan di Kuantiti Bil (Bill of Quantity). Semua peralatan yang dibekalkan hendaklah daripada pengeluaran yang terbaru, tulen dan bebas daripada sebarang kecacatan. Kontraktor hendaklah menggantikan peralatan yang dibekalkan dengan peralatan yang baru sekiranya didapati peralatan yang dibekalkan semasa penghantaran tidak berfungsi dengan baik atau rosak. Tempoh pembekalan keseluruhan peralatan adalah selama seratus lima puluh (150) hari kalendar bermula dari tarikh pesanan tempatan dikeluarkan. Kontraktor hendaklah menyediakan jadual pelaksanaan dan senarai pegawai untuk dihubungi semasa pelaksanaan projek ini. Kontraktor hendaklah memastikan pekerja-pekerja Kontraktor mematuhi etika pakaian dan peraturan-peraturan yang ditetapkan di premis pengguna. Kad pekerja hendaklah dipakai dan dipamerkan sepanjang tempoh berada di tapak. Kontraktor hendaklah memberikan jadual pembekalan untuk setiap lokasi kepada Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum pembekalan dibuat supaya premis pengguna dapat dimaklumkan terlebih dahulu. Kontraktor hendaklah menyediakan dan melengkapkan kad daftar harta modal bagi peralatan yang dibekalkan mengikut format kewangan Kerajaan KEW-PA2 dan diserahkan kepada guru ICT di sekolah untuk semakan dan pengesahan. Format ini akan diberikan oleh Kerajaan kepada Kontraktor. Bagi hal pembekalan yang lewat diserahkan, dipasang, diuji, ditauliahi (mana-mana yang berkenaan) oleh Kontraktor, Kerajaan boleh melaksanakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih tindakan yang berikut: (i) (ii) Menolak pembekalan itu, menamatkan Perjanjian ini dan merampas Bon Pelaksanaan; atau Membeli pembekalan yang dikehendaki itu daripada punca-punca lain dan menolak pembekalan yang dibuat oleh Kontraktor. Bagi hal yang sedemikian, jika kos memperolehi pembekalan itu daripada punca-punca lain melebihi harga dalam Perjanjian ini, Kontraktor dikehendaki membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada Kerajaan; atau

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(iii)

Setuju menerima pembekalan yang lewat itu dan mengenakan denda lewat seperti formula atau kaedah yang berikut: Denda V T D = = = = V(T+D) x 5% T

Nilai pembekalan yang lewat Tempoh masa pembekalan (dalam hari) Bilangan hari lewat

2.2

Penghantaran (a) Waktu dan hari penghantaran hendaklah menepati waktu dan hari bekerja di negeri/lokasi yang terlibat. Waktu bekerja adalah bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Hari bekerja mengikut negeri adalah seperti berikut: BIL (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) (xii) (xiii) NEGERI Kedah Kelantan Terengganu Perlis Pulau Pinang Perak Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Sabah Isnin - Jumaat (Kecuali cuti am negeri atau kebangsaan) HARI BEKERJA Ahad - Khamis (Kecuali cuti am negeri atau kebangsaan)

BIL (xiv)

NEGERI Sarawak

HARI BEKERJA

(b)

Lokasi penghantaran adalah mengikut lokasi yang dinyatakan di dalam Senarai Agihan. Sebarang perubahan lokasi adalah tertakluk kepada arahan Kerajaan dari semasa ke semasa. Kontraktor perlu menyerahkan senarai semak peralatan atau salinan pesanan Kerajaan kepada pegawai penerima yang berada di lokasi penghantaran. Sijil Akuan Penerimaan hendaklah ditandatangani oleh pegawai penerima di lokasi penghantaran dan disahkan oleh guru besar/pengetua/pegawai yang diberi kuasa hanya setelah peralatan dipasang, diuji dan ditauliah.

(c)

(d)

2.3

Pemasangan (a) Perkakasan yang dibekalkan hendaklah dipasang dengan sistem operasi yang ditetapkan. Kontraktor hendaklah memastikan sistem operasi yang dipasang lengkap dengan patches terkini. Kontraktor hendaklah menyediakan Virtual Desktop Infrastructure (VDI) dan memberikan kemudahan kepada pembekal perisian untuk membuat pemasangan perisianperisian lain yang diperolehi oleh Kerajaan antaranya seperti perisian-perisian berikut: (i) Microsoft Corporation (Office, Project, Visio dan lain-lain yang berkenaan) atau setara atau lebih tinggi (equivalent or higher); Adobe System (Photoshop, Illustrator, InDesign, Dreamweaver dan lain-lain yang berkenaan) atau setara atau lebih tinggi (equivalent or higher); Autodesk Incorporation (AutoCad, 3D MaxDesign. CoralDraw dan lain-lain yang berkenaan) atau setara atau lebih tinggi (equivalent or higher); dan Apa-apa perisian yang diperlukan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian dengan kurikulum semasa.

(b)

(ii)

(iii)

(iv)

(c)

Kos bagi pelesenan, pengurusan, penyelenggaraan dan pengendalian bagi perisian yang tersebut di atas tidak termasuk dalam skop Kontraktor dan disediakan oleh pihak pembekal perisian yang akan diperolehi oleh Kerajaan. Perisian asas yang perlu disediakan oleh Kontraktor bagi pembekalan ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Kuantiti Bil (Bill of Quantity). Sebarang perubahan perisian adalah tertakluk kepada keperluan Kerajaan dari masa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada Kontraktor. Skop Kontraktor hanya melibatkan membenarkan akses kepada para pembekal dan/atau pemasang perisian/aplikasi berkenaan agar mereka boleh membuat pemasangan di VDI yang disediakan. Kontraktor dikehendaki menyediakan Wireless Local Area Network (WLAN) bagi menghubungkan perkakasan-perkakasan yang berada di dalam rangkaian setempat. Skop kontraktor adalah terhad kepada menghubungkan suis rangkaian setempat sedia ada yang berfungsi kepada peralatan WLAN yang dibekalkan. Kontraktor hendaklah melaksanakan pengkabelan dan memasang peralatan tambahan seperti router, switch, wireless AP, network management system atau apa-apa perkakasan lain yang bersesuaian yang diperlukan bagi memastikan WLAN berfungsi secara menyeluruh tanpa melibatkan sebarang kos tambahan kepada Kerajaan. Skop ini adalah terhad kepada pembekalan Standard Lab Configuration yang merangkumi seperti berikut : (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Virtual Desktop Infrastructure (VDI) License; Thin Client Teacher; Thin Client Student; Server; Network Switch; Wireless AP; dan UTP Cabling CAT6

(d)

(e)

(f)

(g)

Setiap perkakasan yang dibekalkan hendaklah boleh akses kepada aplikasi atau perisian yang dipasang di cloud atau di dalam rangkaian setempat tanpa had pada bila-bila masa tertakluk kepada penggunaan bersepadu sebagai satu Standard Lab Configuration.

2.4

Pengkonfigurasian (a) Semua perkakasan dan perisian yang dibekalkan dan dipasang oleh Kontraktor hendaklah dikonfigurasi supaya boleh digunakan oleh pengguna tanpa sebarang pembetulan atau modifikasi. Semua perkakasan dan perisian yang dibekalkan oleh kontraktor hendaklah dikonfigurasi supaya boleh dihubungkan kepada WLAN dan rangkaian internet. WLAN hendaklah dikonfigurasi supaya boleh menghubungkan semua perkakasan dan perisian yang dibekalkan oleh Kontraktor yang berada dalam rangkaian setempat. Setiap perkakasan yang dibekalkan hendaklah dikonfigurasikan supaya boleh mendapat akses kepada internet di mana-mana kawasan di premis sekolah tanpa had tertakluk kepada penggunaan bersepadu sebagai satu Standard Lab Configuration. Setiap perkakasan hendaklah dikonfigurasikan supaya boleh akses kepada aplikasi pembelajaran maya di mana-mana kawasan di premis sekolah tanpa had tertakluk kepada penggunaan bersepadu sebagai satu Standard Lab Configuration. Kontraktor juga dikehendaki mengkonfigurasi dan menghubungkan segala perkakasan yang dibekalkan oleh pihak Kontraktor kepada perkhidmatan cloud computing sepanjang tempoh jaminan iaitu selama tiga (3) tahun. Kontraktor hendaklah memastikan data storan di cloud diurus dan diselenggara serta disesuaikan dengan 1BestariNet. ID pengguna sedia ada hendaklah dikonfigurasi selaras dengan ID Virtual Learning Environment (VLE) 1BestariNet.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g) (h)

2.5

Pengujian Dan Pentauliahan (a) Kontraktor dikehendaki melakukan pengujian dan pentauliahan ke atas semua perkakasan, perisian serta peralatan yang dipasangkan di premis pengguna dalam tempoh masa satu (1) hari selepas penghantaran dibuat. Kontraktor perlu menyediakan senarai semak pengujian dan diserahkan kepada Kerajaan untuk semakan sebelum pengujian dibuat. Senarai semak pengujian hendaklah diserahkan kepada pegawai penyemak di premis pengguna bersama-sama Sijil Pengujian dan Pentauliahan untuk pengesahan.

(b)

(c)

Kontraktor hendaklah menggantikan mana-mana perkakasan, perisian, sistem aplikasi atau mana-mana kerja pemasangan yang tidak berfungsi dengan baik atau tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan semasa pengujian dibuat. Sijil Pengujian dan Pentauliahan hanya akan ditandatangani oleh guru besar/pengetua/pegawai yang diberi kuasa setelah perkakasan, perisian, sistem aplikasi serta segala kerja-kerja pemasangan telah diujilari dan didapati berfungsi dengan sempurna.

(d)

2.6

Taklimat Penggunaan, Latihan Dan Pengemaskinian Teknologi (a) Kontraktor dikehendaki menyediakan modul latihan, jadual latihan serta kaedah pelaksanaan latihan dan diserahkan kepada Kerajaan dalam bentuk hardcopy dan softcopy untuk persetujuan sebelum latihan dilaksanakan. Taklimat penggunaan (dua (2) orang per lokasi) hendaklah dibuat di premis pengguna merangkumi perkara-perkara berikut: (i) (ii) (iii) Penggunaan peralatan; Penggunaan sistem operasi; Fungsi pentadbir (Administrator) atau guru untuk mengawal dan memantau penggunaan aplikasi serta perisian oleh setiap pengguna; Penggunaan aplikasi cloud computing dan rangkaian setempat; dan Cara pengendalian terbaik (best use practice)

(b)

(iv) (v)

Sebagai penjelasan, latihan ini akan dilaksanakan semasa penghantaran & pentauliahan perkakasan di sekolah dan hanya akan merangkumi latihan persediaan perkakasan, fungsi-fungsi & ciri-ciri asas perkakasan. (c) Kontraktor dikehendaki menyediakan dokumen latihan kepada semua peserta secara atas talian (online) dan boleh dicetak oleh pengguna pada bila-bila masa diperlukan. Sebarang perubahan kandungan latihan adalah tertakluk kepada keperluan semasa. Kontraktor juga dikehendaki melaksanakan pengemaskinian teknologi (Technology Update) kepada Bahagian / Jabatan / Agensi yang terlibat merangkumi perkara-perkara berikut: (i) Pengenalan kepada produk;

(d)

(ii) (iii) (iv) (v)

Maklumat-maklumat semasa ke semasa;

terkini

berkenaan

produk

dari

Program kesedaran (Awareness Program) kepada pihak pengurusan KPM; Technology Route Map oleh pihak Principle bagi tempoh tiga (3) tahun; dan Technology Update kepada pihak Kerajaan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun di dalam negara dan dua (2) kali setahun di luar negara dengan jumlah enam (6) orang bagi setiap sesi.

(e)

Kontraktor dikehendaki menyerahkan cadangan pelan pemindahan teknologi kepada Kerajaan untuk persetujuan selewat-lewatnya dalam tempoh masa empat belas (14) hari sebelum bengkel tersebut dilaksanakan. Segala kos yang terlibat bagi pemindahan teknologi termasuk jurulatih, tempat latihan, nota, penginapan, makan-minum dan lain-lain adalah tertakluk kepada peruntukan di dalam Kuantiti Bil (Bill of Quantity) di Lampiran A.

(f)

2.7

Penyelenggaraan Dalam Tempoh Jaminan (a) Waktu dan hari meja bantuan (helpdesk) hendaklah boleh dihubungi mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam (Isnin hingga Jumaat) Kontraktor dikehendaki memberikan penyelenggaraan pembaikan yang merangkumi penghantaran penggantian peranti/peralatan yang terlibat tertakluk kepada Standard Manufacturer Warranty secara percuma bagi segala peralatan yang rosak sepanjang tempoh jaminan (warranty). Jaminan adalah termasuk kos alat ganti, peralatan, pengangkutan dan tenaga kerja. Tempoh jaminan bagi peralatan yang dibekalkan adalah selama tiga (3) tahun daripada tarikh Sijil Pengujian Dan Pentauliahan (SPP) ditandatangani. Jika berlaku kerosakan semasa dalam tempoh jaminan, Kontraktor dikehendaki memperbaiki peralatan tersebut tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan. Kontraktor hendaklah memastikan segala aplikasi dan perisian yang dipasang di cloud atau rangkaian setempat diselenggara dengan baik supaya aplikasi dan perisian tersebut boleh digunakan sepanjang masa.

(b)

(c)

(d)

(e)

Kontraktor dikehendaki menyediakan meja bantuan secara online dan talian telefon yang boleh dihubungi oleh pengguna untuk membuat aduan kerosakan sepanjang tempoh jaminan selama tiga (3) tahun. Kontraktor hendaklah menyediakan online supporting portal yang boleh diakses oleh Kerajaan pada bila-bila masa untuk tujuan aduan dan pemantauan sepanjang tempoh jaminan selama tiga (3) tahun. Portal tersebut hendaklah mempunyai keupayaan untuk mencetak rekod. Tempoh membaik pulih peralatan yang rosak di lokasi adalah seperti berikut:(i) Response Time : Tiga (3) jam dari masa laporan dibuat (Telefon/e-mel/faks/sistem aduan online) Jika turnaround time lebih daripada satu (1) hari bekerja Empat Belas (14) hari waktu bekerja dari masa laporan dibuat

(f)

(g)

(ii)

Loaner unit

(iii) Turnaround Time :

(h)

Jika kerosakan tidak dibaiki dalam tempoh masa empat belas (14) hari (Turnaround Time), maka Kontraktor hendaklah menggantikan Peralatan yang rosak tersebut dengan peralatan baru yang sama atau lebih spesifikasi, keupayaan dan kegunaan. Sekiranya Kontraktor gagal mengganti / membaiki peralatan berkenaan dengan memuaskan maka Kerajaan boleh sama ada: (i) Mendapatkan mana-mana orang berkelayakan bagi mengganti / membaiki alat-alat itu di mana semua kos yang kena bayar bagi tujuan tersebut hendaklah ditanggung oleh Kontraktor; dan/atau Memulangkan alat berkenaan dan Kontraktor hendaklah membayar denda, pampasan dan kos-kos yang terlibat dengan pemulangan itu; dan/atau Sekiranya kelambatan penggantian / pembaikan manamana alat yang tidak mengikut spesifikasi dengan memuaskan maka Kerajaan boleh mengenakan denda terhadap Kontraktor seperti jadual berikut:-

(i)

(ii)

(iii)

Bil 1. 2. 3.

Perkara Lewat 1 7 Hari Lewat 8 14 Hari Lewat > 14 Hari

Denda 5 % daripada harga peralatan 10 % daripada harga peralatan Peralatan perlu diganti baru. Jika tidak, Kontraktor akan didenda bersamaan dengan nilai peralatan tersebut.

*Kelewatan dikira bermula dari tarikh tamat tempoh turnaround time. (j) Laporan-laporan mengenai kerosakan berserta kerja-kerja pembaikan dan penggantian hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan setiap bulan. Kontraktor hendaklah mendapatkan jaminan daripada pihak principal bagi setiap peralatan yang dibekalkan.

(k)

2.8

Pemantauan dan Dokumentasi (a) (b) (c) Mesyuarat pemantauan akan diadakan pada setiap minggu untuk tiga bulan pertama. Pihak kontraktor hendaklah menyediakan satu pasukan khas sepanjang tempoh kontrak ini selama tiga (3) tahun. Kontraktor hendaklah memastikan bahawa segala rekod berkenaan pembekalan ini diselenggara dengan baik dan diserahkan kepada Kerajaan. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut: (i) Project Charter diserahkan semasa mesyuarat kick-off iaitu selepas empat belas (14) hari dari tarikh surat setuju terima; Manual pengguna bagi setiap peralatan yang dibekalkan diserahkan semasa taklimat penggunaan; Dokumentasi teknikal bagi membolehkan kerajaan menguruskan peralatan-peralatan yang dibekalkan oleh Kontraktor antaranya konfigurasi IP, aplikasi, ID pengguna (user ID), kata laluan (password) dan lain-lain yang berkenaan selepas kerja-kerja pemasangan, pengujian dan pentauliahan selesai bersama-sama Sijil Akuan Penerimaan dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan;

(ii) (iii)

(iv)

Rekabentuk dan diagram rangkaian setempat serta sambungan internet di setiap premis pengguna selepas kerja-kerja pemasangan, pengujian dan pentauliahan selesai dikemukakan bersama-sama Sijil Akuan Penerimaan dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan; Senarai peralatan yang dibekalkan diserahkan selepas kerja-kerja pemasangan, pengujian dan pentaulihan selesai bersama-sama Sijil Akuan Penerimaan dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan; Laporan Kemajuan Projek dikemukakan setiap bulan kepada pihak Kementerian; dan Laporan-laporan kerosakan dan pembaikan diserahkan pada setiap bulan.

(v)

(vi) (vii) (d)

Sekiranya dokumentasi diserahkan lewat melebihi tempoh yang ditetapkan oleh Kerajaan, Kontraktor boleh dikenakan denda dengan amaun sebanyak RM100 sehari bagi setiap bilangan hari kelewatan sehingga dokumen tersebut diserahkan oleh Kontraktor kepada Kerajaan.

Pembayaran 3.1 Pembayaran bagi setiap pembekalan yang telah disempurnakan akan dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh invois dan semua dokumen sokongan lengkap diterima. Tuntutan kontraktor hendaklah disokong oleh dokumen-dokumen berikut:(a) Sijil Akuan Penerimaan (SAP) sebagai pengesahan bahawa peralatan telah diterima berada dalam keadaan baik dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan; dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) sebagai pengesahan bahawa kerja-kerja pemasangan, pengkonfigurasian, pengujian dan pentauliahan telah dibuat dan peralatan tersebut boleh berfungsi dengan sempurna serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

(b)

3.2

Pembayaran kepada Kontraktor tidak boleh dianggap sebagai perakuan bahawa pembekalan yang telah dibuat adalah mengikut kualiti yang dikehendaki dan tidak melepaskan Kontraktor daripada tanggungjawab yang berkaitan.

You might also like