You are on page 1of 25

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

TAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN


SINOPSIS HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI) KERANGKA TAJUK-TAJUK ( dengan peta minda yang sesuai seperti contoh di bawah)

KANDUNGAN ISI (Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar memahami tajuk tertentu, dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi) boleh diberikan pada akhir modul untuk menguji kefahaman pelajar. Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG. Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti. Aktiviti dan latihan yang diberi perlu mengambil kira beban pembelajaran pelajar.)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------CATATAN: 1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS. 2. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT: a) FONT : ARIAL b) SAIZ FONT : TAJUK UTAMA 14 SUB TAJUK 12 ISI KANDUNGAN 12 c) SPACING : 1.5 3. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

TAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN


1.1 SINOPSIS Tajuk ini membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Konsep Prabacaan Bentuk Aktiviti Prabacaan Aktiviti-Aktiviti Prabacaan

Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan seterusnya, peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat sebagai potensi seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu dan berkebolehan menyatakan semula maklumat yang diketahui. Kesediaan emosi dikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan, sama ada membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminat mendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada kemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan atau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagai bunyi seperti alat-alat muzik, haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula jadi dan buatan). Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Peringkat prabacaan dapat difahami berdasarkan maklumat di bawah. Meniarap (aktiviti kesediaan membaca) Merangkak (aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca)

Berjalan (kemahiran membaca peringkat rendah)

Berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca)

Berlari (kemahiran membaca peringkat tinggi) Rajah 1.1 Peringkat Kesediaan Membaca Menurut Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan, kemahiran pengamatan pendengaran, aktiviti pergerakan koordinasi psikomotor (mata dan tangan), latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) menetapkan bahawa tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Menegaskan istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Juriah Long et. al (1994) menjelaskan bahawa konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran secara khusus dan berterusan.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1979) telah mengenal pasti kemahiran kesediaan membaca, iaitu; I. Kemahiran melihat dan mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza. II. Kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan berbeza. III. Kemahiran menghubungkan bentuk huruf dan bunyi. IV. Kemahiran mengenal semua huruf. V. Kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan kemudiannya menjadi kata yang bermakna. VI. Kemahiran mencerakin bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi. VII. Kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan berbeza yang membandingkan perbezaan makna. VIII. Kemahiran pergerakan motor bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan murid. 1.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Menjelaskan konsep prabacaan. Memahami dan menghuraikan bentuk-bentuk prabacaan. Menyenaraikan aktiviti-aktiviti bagi setiap bentuk prabacaan. Membina dan menghasilkan bahan bantu mengajar serta melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA 1.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK Untuk memahami aktiviti prabacaan, sila teliti kerangka tajuk di bawah. Pengamatan Penglihatan BENTUK PRABACAA N Pengamatan Pendengaran Pergerakan Tangan dan Mata Membina dan Menggunakan Bahan Bantu

Laksanakan Latihan Rajah 1.2 Kerangka Tajuk 1.4 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi huraian dan penjelasan tentang konsep pengamatan, bentuk-bentuk pengamatan, jenis-jenis aktiviti bagi setiap pengamatan dan contoh-contoh aplikasi bahan. 1.4.1 Konsep Pengamatan Pengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Proses berlaku apabila wujudnya rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan organ-organ deria, hasil proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat (Janet W. Leaner, 1971). Menerima Rangsangan Merakam Maklumat

Bertindak Balas (Respon)

Memproses Maklumat

Rajah 1.3 Proses Pengamatan Janet W. Leaner

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Pengamatan juga bermaksud proses yang memberikan makna

kepadatugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman lalu yang berhubungan rapat dengan pemikiran kita.Oleh itu, pengamatan sebagai proses pengawasan dan penelitian. Memberi gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera (Noresah Baharom et al, 2002). Penerimaan Proses Data Tindak Balas

Rajah 1.4 Proses Pengamatan Noresah Baharom et al. 1.4.2 Berikut I. II. Komponen dan Bentuk Pengamatan ialah komponen dan bentuk-bentuk pengamatan yang dapat

diaplikasikan dalam melaksanakan aktiviti prabacaan. Penglihatan (diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi Pendengaran (diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran dan integrasi visual-motor dan visual-kinestetik) visual-pendengaran) III. Pergerakan tangan dan mata. 1.4.3 1.4.3.1 Jenis Aktiviti dalam Bentuk Pengamatan. Bentuk Pengamatan Penglihatan. Terdapat empat belas jenis aktiviti yang setiap satunya mempunyai tujuannya yang tersendiri dan langkah melaksanakannya, iaitu diskriminasi penglihatan, ingat kembali, orientasi kedudukan,turutanmenyudahkan atau melengkapkan, rajah ayau latar bertindih, kordibasi mata dan tangan, pertalian jarak (ruang), ketetapanbentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri, pembalikan, mazing atau mencari jalan keluar danbenda tersembunyi. (a) Diskriminasi Penglihatan.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Aktiviti visual ini melibatkan keupayaan murid untuk melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentuk geometri, gambar, huruf dan perkataan. (i) Aktiviti Mendiskriminasi yang Sama. Contoh 1: Bulatkan Gambar yang Sama

Contoh 2: Bulatkan Bentuk yang Sama

Contoh 3: Tandakan ( ) warna yang sama

(ii) Aktiviti Mendiskriminasi yang Tidak Sama.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Contoh 1: Tunjukkan saiz yang tidak sama

Contoh 2: Bulatkan bentuk yang tidak sama

Contoh 3: Tandakan (x) yang ganjil

(b) Ingat Kembali.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Bertujuan melatih murid supaya dapat mengingat kembali apa yang telah diamati. Guru boleh menggunakan himpunan bahan maujud dan keratan gambar. Murid meneliti bahan-bahan maujud dan menyebutnya kembali tanpa melihatnya. Guru boleh menggunakan kad imbasan yang mengandungi pelbagai gambar dan murid menunjukkan gambar lain yang sepadan dengan kad gambar. Contoh 1: Lihat dan ingat gambar

(c) Orientasi Kedudukan. Menguji kebolehan murid membezakan kedudukan sesuatu objek atau gambar. Berdasarkan beberapa keping gambar yang mempunyai ciri-ciri yang sama, murid-murid mengesan kedudukan gambar yang berbeza. Contoh 1: Tunjukkan gambar yang berbeza kedudukan

Contoh 2: Tunjukkan objek yang berbeza kedudukan

(d) Mazing atau Cari Jalan Keluar Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu mencari jalan keluar atau jalan pulang, ibu mencari anak atau mencari makanan dengan selamat. Tujuan aktiviti ini adalah

WAJ 3104 LITERASI BAHASA untuk menguji kesabaran dan pengamatan penglihatan sebagai kemahiran menyelesaikan masalah. Latihan Berdasarkan aktiviti di atas, bina satu bahan pengajaran yang sesuai dan hantar pada interaksi seterusnya. 1.4.3.2 Bentuk Pengamatan Pendengaran. Terdapat enam aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan pengamatan pendengaran, iaitu diskriminasi pendengaran, penerimaan pendengaran, perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran, melengkapkan pendengaran dan percantuman bunyi. (a) Diskriminasi Pendengaran Tujuannya adalah untuk melihat keupayaan murid-murid mengenali dan mengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar Contoh 1: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang sama Dengar bunyi dan namakan haiwan Ayam Betina Anak Ayam Ayam Jantan

Contoh 2: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang berbeza Dengar bunyi dan namakan haiwan

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

1.4.3.3 Bentuk Pergerakan Tangan dan Mata. Tujuannya adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan tangan secara kemas, berpandu, terarah dan berfokus. Terdapat dua yang boleh dilaksanakan untuk tujuan itu, iaitu menyambungkan titik dan menyalin corak. (a) Menyambung Titik. Aktiviti ini memerlukan murid menyambungkan titik-titik mengikut nombor atau abjad pada gambar dengan membuat garisan bagi menghasilkan sebuah gambar, objek atau huruf yang lengkap. Oleh itu, guru perlu menyedikan bahan pertama dengan banyak titik, diikuti dengan sederhana titik dan akhir sekali, kurang titik. BUAT BBM 1. HURUF 2. GAMBAR (b) Menyalin Corak.

TAJUK 2 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH FONETIK


2.1 SINOPSIS

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Secara ringkas bengkel asas membaca menggunakan kaedah fonetik menekankan beberapa aspek berikut: Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf. Latihan membatang suku kata dan perkataan. Latihan membaca frasa dan ayat. Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik. Bengkel asas membaca kaedah fonetik memerlukan pelajar membuat latihan membunyikan huruf dan mengasosiasikan benda/ objek dengan bunyi huruf. Pelajar juga dikehendaki membatang suku kata dan perkataan, membaca frasa dan ayat. Seterusnya bagi melaksanakan kaedah fonetik ini, pelajar dikehendaki menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai. 2.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Menjelaskan dan menghuraikan kaedah fonetik dalam kemahiran asas KIA2M. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan KIA2M.

Arahan Pembelajaran: 1. Anda perlu membina bahan bantu mengajar untuk melaksanakan setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA 2. 3. Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bukti di dalam portfolio anda. Segala hasil kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran Bahan Penulisan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ 3104. 2.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK Untuk memahami kaedah fonetik, sila teliti kerangka konsep berikut:

KAEDAH FONETIK

Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf

Latihan membatang suku kata dan perkataan

Latihan membaca frasa dan ayat

Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk 2.4 KANDUNGAN ISI melaksanakan kaedah fonetik Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dan diikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yang disediakan. 2.4.1 Konsep Membaca Kaedah Fonetik Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kaedah fonetik hanya mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf.

L a t i h a n

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Kaedah fonetik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonetik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan bunyi huruf konsonan, seperti berikut: Bunyi vokal a e i o u aaaa eeee iiiii oooo uuuu

Bunyi konsonan b c d f g h j k l m beh ceh deh feh geh heh jeh keh el em n p q r s t v w y z en peh qeh rer sss the vev weh yeh zez

Kemudian bunyi-bunyi huruf tersebut digabungkan untuk membentuk suku kata, dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Bagi menarik minat murid-murid kaedah ini amat sesuai menggunakan gambar sebagai sokongan. Contoh:

Perkataan baju dieja dengan bunyi huruf: [ b ] (beh), [ a ] (aaa) = [ ba ] [ j ] (jeh), [ u ] (uuu) = [ ju ] = [ ba ] + [ ju ] = [ baju ] Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina, kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataanperkataan. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan ini. Contoh:

Ini baju saya Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini: Kelebihan Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu yang bersifat fonemik.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Membolehkan murid-murid membaca perkataan-perkataan baharu,

walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat membunyikan huruf vokal dan konsonan dengan baik. Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. Memudahkan murid-murid menguasai kemahiran membaca serta

memberi keyakinan kepada murid-murid. Kelemahan: Murid-murid keliru antara kaedah fonetik dengan cara tradisional (kaedah abjad) tanpa memahami apa yang dibacanya. Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Peringkat awal bacaan murid-murid tidak lancar. Tidak menarik minat murid-murid kerana bunyi huruf yang diajar tidak mempunyai makna Sukar untuk membunyikan fonem diftong dan digraf

Perbincangan Pernah anda melaksanakan kaedah fonetik dalam pengajaran bahasa Melayu, bagaimana anda melaksanakannya?

2.4.2 BENGKEL ASAS MEMBACA KAEDAH FONETIK Dalam bengkel kaedah fonetik pelajar perlu melaksanakan beberapa

latihan/aktiviti berikut: 2.4.2.1 Latihan Membunyikan Huruf dan Asosiasi Benda dengan

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Bunyi Huruf Dengan menggunakan bahan bantu belajar, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut: (a) Latihan/aktiviti Membunyikan Huruf a z Contoh: i. Membunyikan huruf vokal: a e e i o u

ii. Membunyikan huruf konsonan b d f g h j

Kemudian,

selesai

membunyikan

kesemua

huruf,

pelajar

dikehendaki

melaksanakan latihan/aktiviti berikut: (b) Latihan Mengasosiasikan Benda dengan Bunyi Huruf . Contoh:

2.4.2.2 Latihan Membatangkan Suku Kata dan Perkataan Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut: (a) Latihan membatang suku kata

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Contoh: d g k a da ga ka e de ge ke i di gi ki o do go ko u du gu ku

(b) Latihan menyebut dan menyembunyikan perkataan tanpa membatang suku kata. Contoh: dada gigi dadu kuku daki dagu kaki kuda kaku duka

2.4.2.3 Latihan Membaca Frasa dan Ayat Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut: (a) Latihan membaca frasa. Contoh: ini kuda (b) Latihan membaca ayat yang lengkap. Contoh: kuda Ali lari laju

Ini kuda Ali Kuda Ali lari laju

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2.4.2.4 Latihan Menggunakan Bahan Bantu Belajar untuk Melaksanakan Kaedah Fonetik Setelah pelajar mahir melaksanakan latihan dan langlah-langkah dalam kaedah fonetik, dengan kreativiti tersendiri pelajar dikehendaki: (a) Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-langkah kaedah fonetik (b) Menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah fonetik seperti yang telah anda pelajari. Latihan

1. Cadangkan beberapa contoh bahan bantu belajar yang sesuai digunakan untuk melaksanakan kaedah fonetik, dan anda dikehendaki membina satu bahan bantu belajar tersebut. 2. Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan eletroni dan eletronikyang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah fonetik secara simulasi di dalam bilik darjah.

http://blog.cepatbaca.com.my/20070808/jom-kenali-kaedahmengajar-membaca-sukukata/ . http://cmslib.uum.edu.my/psb/index2.php? option=com_content&do_pdf=1&id=56 www.geocities.com/masihadayangsayang/kaedah_membaca

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

TAJUK 3 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJAD


3.1 SINOPSIS Tajuk ini membincangkan bengkel asas membaca kaedah abjad yang memerlukan pelajar memahami dan menguasai aspek-aspek berikut: Menyebut nama huruf abjad a hingga z: huruf kecil dan huruf besar. Latihan menyebut pola suku kata v dan kv. Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa. Latihan membaca ayat

3.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Memahami dan menguasai konsep membaca kaedah abjad. Memahami dan menjelaskan kemahiran asas dalam bengkel membaca kaedah abjad. Membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan murid. Melaksanakan langkah pengajaran dengan tepat, berkesan dan difahami.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

3.3 KERANGKA TAJUK Untuk memahami aktiviti bengkel kemahiran asas membaca, sila teliti kerangka tajuk di bawah. Kaedah Abjad

Menyebut nama huruf abjad a hingga z: huruf kecil dan huruf besar.

Latihan menyebut pola suku kata v dan kv.

Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa.

Latihan membaca ayat

Menggunakan Bahan Bantu Belajar Laksana Latihan

3.4 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dan diikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yang disediakan.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA 3.4.1 Konsep Membaca Kaedah Abjad. Kaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayu dan diikuti dengan menyebut nama huruf-huruf tersebut. Setelah itu diperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan. Murid-murid tidak perlu menghafal semua huruf, sebaliknya menguasai beberapa beberapa huruf sahaja untuk mempelajari suku kata, perkataan dan ayat. Menurut Juriah Long et. al (1994), murid-murid mempelajari dan menguasai huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan. Kaedah ini merupakan kaedah klasik yang paling tua digunakan oleh manusia untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak dan digemari oleh banyak guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula berpendapat bahawa kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Teknik latih tubi menyebut nama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid. Zulkifley hamid (1994) berpendapat, kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan. Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf sebelum didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah. Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini: Kelebihan Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik. Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid. Kelemahan: Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca. Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna. Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan. 3.4.2 Latihan Menyebut Nama Huruf A hingga Z. (a) Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil Contoh 1: Sebut huruf-huruf di bawah A B a b C c D d E F e f G H g h I J K i j k L M l m N n O o

P Q R S T U V W X Y Z p Menyebut q r s nama-nama t u v huruf w x y z (b) Contoh 1: Sebut nama-nama huruf. Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii =e = bi = si = di = ei = ef = gi = ech = ai Jj Ky Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr = jay = kay = el = em = en =o = pi = kiu = ar Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Yy = es = ti = yu = vi = dabliu = ex = wai = zek

3.4.3 Latihan Menyebut Pola Suku Kata V dan KV.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA (a) Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan Contoh 1: Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonsn Huruf Vokal Aa Ee Ii Oo Uu Ee Huruf Konsonan Bb Cc Dd Ff Gg Hh Jj Ky Ll Mm Nn Pp Qq Rr Ss Tt Vv Ww Xx Yy Zz

(b) Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kv Contoh 1: Sebut suku kata di bawah bu da ci lu ya ji bi da lu bu na tu sa

3.4.4 Latihan Menyebut Suku Kata, Perkataan dan Frasa. (a) Menyebut suku kata, perkataan dan frasa Contoh 1: Sebut suku kata, perkataan dan frasa i.....ni ka ...... ki a ..... bu ma ....... na i .....bu sa ...... ni ku ......ku sa..... na

na ....... si

na ...... ni

a....bu

i....bu

na.....si

na.....ni

ku....ku

ka....ki

sa....ni

WAJ 3104 LITERASI BAHASA ini ini abu ini abu abu ibu nasi ibu sani ibu sani nani kuku kaki nasi nani nasi nani sani kuku kaki kuku kaki

3.4.5 Latihan Membaca Ayat. (a) Membaca ayat ini ibu abu ini ibu abu. mana ibu abu sani mana ibu abu, sani. mana nasi sani ibu mana nasi sani ibu. ini nasi sani ini nasi nani. ini kuku kaki sani ini kuku kaki sani

You might also like