You are on page 1of 1

Bangunan Sultan Ibrahim merupakan Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan

menempatkan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Johor.Pembinaannya dicetus oleh Duli

Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim bagi melambangkan keagungan Kerajaan Negeri

Johor berkembang dan makmur.

Pada tahun 1937,Kerajaan Johor telah mempersetujui agar pembinaan bangunan

Sultan Ibrahim berdasarkan pelan dan reka bentuk yang dihasilkan oleh Syarikat Palmer

dan Turner.Senibina yang dihasilkan itu adalah gabungan senibina melayu johor ,islam

dan colonial.Sekali gus,upacara pecah tanah telah dilakukan oleh Duli Yang Amat

Mulia Tunku Mahkota pada 7 November 1938.

Bangunan yang telah menelan belanja RM2,000,000.00 ini telah siap sepenuhnya

pada tahun 1942.luas kawasan adalah 68,000meter persegi.Satu Majlis Jamuan Makan

Malam di Istana Besar telah diadakan pada 3 November 1942 bagi majlis pembukaan

pejabat di Bukit Timbalan.

You might also like