You are on page 1of 2

SENARAI TUGAS

Peringkat : Sekolah Menengah/Rendah


Jawatan : Guru Data Sekolah DG41/DGA29
Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah dua sesi
waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi
kedua-dua sesi)

1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum


seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua.

2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah


yang diarahkan oleh Bahagian di KPM, JPN, PPG/D dan sekolah serta
lain-lain agensi kerajaan:

a) Bertanggungjawab bagi pengurusan data EMIS iaitu melaksanakan


pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan,
pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah
mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan berkaitan dengan:

• Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;


• Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
• Staf bukan guru;
• Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;
• Pendaftaran PTK;
• Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

b) Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan


maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM),
Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), peperiksaan, asrama,
kokurikulum, Buku Teks, e-GTukar, Pelabelan, dll.

c) Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer yang


digunakan untuk pengurusan data EMIS; namun bagi sekolah Bestari
tanggungjawab teknikal dibuat oleh penyelaras IT.

d) Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan


maklumat peringkat sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

3. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan


maklumat peringkat sekolah.
4. Menjadi setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah
(JPMS).

5. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang


diarahkan dari semasa ke semasa.

You might also like