You are on page 1of 9

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN _______________________________________________________________________ _ HBIS2203 AKIDAH SEPTEMBER 2013 _______________________________________________________________________ _ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1.

Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line . Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. 7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 5hb 15hb November 2013. Serahan selepas 15hb November 2013 TIDAK akan diterima. 8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

PENILAIAN Tugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik. Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30% : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50% : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN

Akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan Rasul-Nya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan. Setiap umat Islam perlu menjaga akidah masing-masing agar tidak terpesong daripada melakukan sesuatu perkara yang haram dan sesat. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan akidah umat Islam rosak, antaranya ialah kerana perbuatan syirik, kufur, khurafat, riddah dan nifaq. Ajaran syiah contohnya merupakan suatu fahaman agama yang sangat merbahaya kerana melakukan amalan-amalan yang sesat dan menyimpang daripada akidah Islam. Oleh yang demikian, anda diminta untuk menerangkan maksud dan perbezaan antara syirik, kufur, riddah, khurafat dan nifaq secara terperinci menurut perspektif Islam. Selain itu, anda juga perlu mengkaji latar belakang siapakah golongan Syiah. Dan apakah amalan dan ajaran Syiah yang jelas bertentangan dengan akidah Islam.

[Jumlah: 40 markah] _______________________________________________________________________ MUKA SURAT TAMAT

Garis panduan tugasan (Isi kandungan dan pemarkahan) HBIS2203

Kriteria Pengenalan

Wajaran 1

Tidak Menepati Piawai 0 Tidak membincangkan maksud Akidah Islam berdasarkan dalil-dalil Quran dan Hadith. Tidak memberi gambaran awal tentang isi kandungan kajian. Tiada perbincangan maksud syirik, kufur,riddah, khurafat dan nifaq dengan dalil yang sahih.

Menepati Sebahagian Piawai 1 2 Membincangkan Membincangkan maksud Akidah secara umum Islam berdasarkan tentang maksud dalil-dalil Quran Akidah Islam dan Hadith.Tidak berdasarkan dalilmemberi dalil Quran dan gambaran awal Hadith. Memberi tentang isi gambaran awal kandungan kajian. tentang isi kandungan kajian.

Lemah

Menepati Piawai 3 Pengenalan yang menarik, membincangkan dengan baik tentang maksud Akidah Islam berdasarkan dalil-dalil Quran dan Hadith. Memberi gambaran awal tentang isi kandungan kajian.

Melebihi Piawai 4 Pengenalan yang menarik, membincangkan dengan terperinci tentang maksud Akidah Islam berdasarkan dalildalil Quran dan Hadith. Memberi gambaran awal yang menarik tentang isi kandungan kajian. Perbincangan yang terperinci maksud syirik, kufur,riddah, khurafat dan nifaq dengan dalil yang sahih. Memberi contoh yang sangat baik bagi setiap satu isi. Penerangan yang terperinci tentang latar belakang Syiah. Hujah yang sangat menarik dengan merujuk sumber yang sahih. Kesimpulan yang kukuh dan menjawab persoalan tugasan. Keterangan disusun

Markah Maksimum

Isi Penerangan tentang syirik,kufur,ridda h,khurafat dan nifaq

Perbincangan yang lemah maksud syirik, kufur,riddah, khurafat dan nifaq dengan dalil yang sahih. Tanpa memberi contoh yang sesuai. Penerangan yang lemah tentang latar belakang Syiah. Hujah yang kurang baik dengan merujuk sumber yang sahih. Kesimpulan yang tidak jelas dan tidak menjawab persoalan tugasan. Kebanyakan

Perbincangan yang umum maksud syirik, kufur,riddah, khurafat dan nifaq dengan dalil yang sahih. Memberi contoh yang memuaskan bagi setiap satu isi. Penerangan yang memuaskan tentang latar belakang Syiah. Hujah yang memuaskan dengan merujuk sumber yang sahih. Kesimpulan yang boleh diterima tetapi tidak menjawab persoalan tugasan dengan baik. Beberapa

Perbincangan yang baik maksud syirik, kufur,riddah, khurafat dan nifaq dengan dalil yang sahih. Memberi contoh yang baik bagi setiap satu isi.

20

Siapakah Syiah? Apakah ajaran Syiah yang menyimpang daripada akidah Islam?

Tiada penerangan tentang latar belakang Syiah. Tiada hujah yang bernas.

Penerangan yang baik tentang latar belakang Syiah. Hujah yang menarik dengan merujuk sumber yang sahih..

12

Kesimpulan

0.5

Tiada kesimpulan.

Kesimpulan yang boleh diterima. Ia menjawab persoalan tugasan. Keterangan disusun

Organisasi

0.5

Kebanyakkan

PANDUAN PELAJAR Anda dinasihatkan: 1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. 2. Buat pencarian di internet berkaitan Akidah Islam dan Syiah untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan. 3. Membuat temubual dengan pakar-pakar rujuk dalam Islam untuk mendapatkan maklumat yang terperinci. 4. Membincangkan dengan guru atau pensyarah Pengajian Islam yang sesuai bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan.

PANDUAN TUTOR 1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan penulisan. 2. Mencadangkan Format Kajian Kes yang sesuai bagi setiap sub tajuk. 3. Memeriksa tugasan pelajar dan seterusnya memberi nasihat sebelum dimuatkan ke dalam OMES. 4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar. Sila cadangkan buku-buku rujukan yang sesuai. 5. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan. Cetak serta lampirkan artikel bersama tugasan. 6. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman web dengan betul. Guna gaya APA.

CADANGAN RUJUKAN 1. Hanafi Mohamed (2009). 40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah. Pustaka Haji Abdul Majid. 2. Jabatan Mufti. (2011). Membendung perkara syiah di Malaysia. Kuala Lumpur : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 3. Sabiq, al-Sayyid. (2005). Akidah Islam : menurut al-Quran dan hadis. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. 4. Abul Yazid Abu Zaid Al-Ajami. (2007). Akidah Islam Menurut Empat Madzhab. Pustaka Al-Kautsar 5. Said Ibrahim. (1996). Aqidah ahlussunnah wal jamaah. Kuala Lumpur: Dar Marifah.

You might also like