You are on page 1of 9

SENARAI FUNGSI & TUGAS JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) FUNGSI DAN TUGAS JKKK 1.

Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan. 2. 3. Mengurus kemajuan dan keselamatan kampung bagi membentuk kampung yang maju, berdaya saing dan berdaya tahan. Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mendukung dasar-dasar dan harapan kerajaan.

FUNGSI KHUSUS 1. PENGERUSI / TIMBALAN PENGERUSI JKKK Sebagai ketua dan pemimpin jawatankuasa di peringkat kampung yang bertanggungjawab dalam merancang, menggunakan sumbersumber yang ada, menyatu-padukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang sejahtera.

a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN 1. Bertanggungjawab kepada penghulu dan pentadbiran daerah. 2. Mempengerusikan mesyuarat JKKK dan memantau aktiviti biro-biro yang ditubuhkan. 3. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan di peringkat mukim, daerah dan negeri. 4. Memanggil dan mengadakan mesyuarat JKKK sekurang-kurangnya sekali sebulan. 5. Menentukan pengagihan tugas-tugas JKKK melalui penubuhan biro-biro. 6. Sebagai penasihat kepada badan-badan sukarela yang ada di kampung. 7. Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari semasa ke semasa.

PEJABAT DAERAH MARANG

SENARAI FUNGSI & TUGAS JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

b. TUGAS-TUGAS PEMBANGUNAN 1. Perancangan Mengetuai, merancang dan menyelaras Pelan Tindakan Kamajuan dan Keselamatan Kampung mengikut keutamaan. Mengetuai, menyelaras dan mengemaskini segala maklumat terperinci profil kampung.

2. Pelaksanaan Menyediakan senarai tugas biro-biro yang dipertanggungjawab dan memastikan kesempurnaan pelaksana tugasan tersebut. Menentukan pelaksanaan projek-projek pembangunan dan keselamatan kampung dari semasa ke semasa. Memastikan segala program / aktiviti yang dirancang oleh kerajaan dan JKKK berjalan dengan lancar.

3. Pemantauan Membantu agensi pelaksana memantau kemajuan projek-projek di kampung. Memberi maklumbalas kepada agensi terlibat mengenai projek-projek yang dikenalpasti bermasalah untuk tujuan penambahbaikan. Mengawal-selia pengurusan kewangan dan harta benda (aset) JKKK. Memberi maklumbalas kepada pihak kerajaan berkaitan (impak) projek ke atas kumpulan sasaran.

4. Dokumentasi

PEJABAT DAERAH MARANG

SENARAI FUNGSI & TUGAS JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) Merekodkan segala maklumat mengenai projek atau aktiviti yang telah dijalankan sebagai rujukan.

c. TUGAS-TUGAS LAIN 1. Perancangan Melaksanakan hasrat dan dasar-dasar kerajaan serta menyampaikan kepada penduduk. Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan. Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Menjalin kerjasama dan memberi khidmat kebajikan kepada JKKK antara kampung, penghulu dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

2. Keselamatan Mengawasi dan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan individu atau kumpulan yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan kampung. 3. Perpaduan Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat. Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bermuafakat, persefahaman dan tolong-menolong di kalangan masyarakat.

4. Agama Memelihara kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara.

PEJABAT DAERAH MARANG

SENARAI FUNGSI & TUGAS JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) Bertanggungjawab memelihara keharmonian beragama dalam masyarakat berbilang kaum.

5. Kebersihan Menggalakkan penduduk kampung menjaga kebersihan persekitaran dan kemudahan awam melalui penganjuran aktiviti-aktiviti bersesuaian. 6. Kesihatan Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung. Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit. 7. Hal-hal tanah Membantu penduduk kampung menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tanah. Melaporkan kepada pejabat tanah jika terdapat tanah-tanah kerajaan di dalam kampung yang telah diceroboh. Memberi sokongan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari jabatan-jabatan berkaitan berhubung dengan usaha memajukan tanah.

8. Pendidikan Bekerjasama dengan institusi pendidikan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan dalam usaha untuk mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan. Mendapatkan maklumat daripada jabatan-jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), dan swasta berkenaan dengan peluang latihan kemahiran dan kerjaya.

PEJABAT DAERAH MARANG

SENARAI FUNGSI & TUGAS JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

9. Sukan Memberi galakan kepada semua lapisan masyarakat untuk bergiat dalam sukan bagi melahirkan generasi yang sihat. Berusaha menyediakan peralatan dan kemudahan sukan untuk keperluan masyarakat kampung. Mengenalpasti penduduk kampung yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai atlit sukan.

10. Kemudahan Awam Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan awam.

PEJABAT DAERAH MARANG

SENARAI FUNGSI & TUGAS JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) 2. SETIAUSAHA JKKK Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kesetiausahaan dalam institusi JKKK. a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN i. Membantu pengerusi dalam pentadbiran dan pengurusan JKKK. ii. Menjalankan tugas-tugas Pengerusi JKKK dan tugas lain yang diamanahkan. iii. Merekodkan maklumat kampung dan menyimpan minit-minit mesyuarat serta semua rekod di tempat yang selamat serta diurus dengan sistematik. iv. Mengeluarkan surat penggilan mesyuarat. v. Memaklumkan keputusan mesyuarat kepada pihak yang berkenaan / jabatan untuk tindakan / makluman. vi. Membuat makluman dan hebahan kepada penduduk kampung mengenai aktiviti / kempen / isu semasa melalui saluran komunikasi yang sesuai. vii. Membantu Pengerusi menyelia dan mengatur tugas-tugas setiap biro dalam JKKK viii. Mengemaskini maklumat dalam bilik gerakan JKKK dari semasa ke semasa. ix. Menyelenggara bilik gerakan supaya sentiasa kemas, ceria dan teratur. x. Mengawal dan menyelia harta awam di kampung supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunapakai. b. TUGAS-TUGAS PEMBANGUNAN i. Menyediakan kertas cadangan projek / program pembangunan untuk mendapatkan peruntukan. ii. Membantu pengerusi dalam merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai program / projek yang dilaksanakan di kampung.

PEJABAT DAERAH MARANG

SENARAI FUNGSI & TUGAS JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) 3. BENDAHARI JKKK Menguruskan hal ehwal kewangan dengan telus dan membentangkannya dalam mesyuarat JKKK. a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN i. Membantu biro-biro menyediakan kertas cadangan untuk mendapatkan sumber kewangan bagi tabung JKKK. ii. Menyediakan penyata kewangan dan dibentangkan dalam mesyuarat JKKK. iii. Menandatangani dokumen kewangan. iv. Menyediakan dan menjelaskan tuntutan bayaran yang diluluskan oleh jawatankuasa. v. Memegang dan menyimpan buku akaun, buku cek bank, dan rekod-rekod kewangan yang lain. vi. Menyimpan dan menyelenggara buku akaun, buku cek dan rekod-rekod kewangan yang lain. vii. Memastikan segala urusan kewangan mematuhi peraturan kewangan yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah / JKKK. b. TUGAS-TUGAS PEMBANGUNAN i. Merancang dan melaksanakan program / projek / aktiviti biro. ii. Melaksanakan program / projek/ aktiviti yang telah diputuskan dalam mesyuarat JKKK. iii. Membuat penilaian keberkesanan program / projek / aktiviti biro

PEJABAT DAERAH MARANG

SENARAI FUNGSI & TUGAS JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) 4. AHLI JKKK Menerima dan melaksanakan arahan serta tugas yang diberikan oleh pengerusi dalam keputusan mesyuarat JKKK. a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN i. Memberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal kampung dalam mesyuarat JKKK. ii. Bersedia menerima dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab termasuk mengetuai biro-biro yang ditubuhkan. iii. Menghormati dan akur terhadap keputusan mesyuarat JKKK. iv. Membantu pengumpulan maklumat kampung dan memaklumkan kepada JKKK. v. Menyimpan rahsia rasmi mesyuarat JKKK.

PEJABAT DAERAH MARANG

SENARAI FUNGSI & TUGAS JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) 5. BIRO-BIRO JKKK Jawatankuasa kecil yang dibentuk bagi tujuan merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN i. Menerima arahan dan melaksanakan keputusan JKKK ii. Mengenalpasti keperluan program / projek/ pembangunan berasaskan kepada maklumbalas daripada penduduk. iii. Mengadakan mesyuarat biro dan menyimpan maklumat dengan selamat.

PEJABAT DAERAH MARANG

You might also like