You are on page 1of 13

INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA

PROGRAM SEHARI BERSAMA MURID ORANG ASLI


SEKOLAH KEBANGSAAN (ASLI) BUKIT KEMANDOL
KELOLAAN JABATAN PENDIDIKAN
BERSAMA-SAMA PELAJAR-PELAJAR
PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN RENDAH
PENGAJIAN EMPAT TAHUN (PPPRPET), TAHUN 1.

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan mengadakan
Program Sehari Bersama Murid Orang Asli di SK (Asli) Bukit Kemandol, di bawah
kelolaan Jabatan Pendidikan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan tentang pengalaman semasa berada di sekolah orang asli dan
suasana baru di sana.
2.2 Meningkatkan pengalaman di dalam pelbagai bentuk tugas, seterusnya
menambahkan ilmu untuk mentadbir dan melaksanakan program-program yang
bakal dijalankan.
2.3 Memahami perkaitan teori yang dipelajari dengan situasi sebenar sekolah
2.4 Menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara pihak IPBA dan komuniti sekolah
orang asli.
2.5 Mengeratkan hubungan antara pelajar, pensyarah dan warga sekolah.
2.6 Menanam semangat tolong menolong antara pelajar semasa menjalankan aktiviti di
sekolah berkenaan

3.0 TARIKH/TEMPOH PROGRAM

Program ini akan diadakan pada hari Khamis, 25 Oktober 2007. Program Sehari Bersama
Murid Orang Asli di SK (Asli) Bukit Kemandol ini dijangka bermula pada pukul 8.00 pagi
dan dijangka tamat pada 1.00 petang.
4.0 PENYERTAAN

Para peserta yang terlibat ialah dalam kalangan pelajar-pelajar PPPRPET Tahun1 yang
dikendalikan oleh Puan Zuraidah Abd. Majid, pensyarah matapelajaran Murid & Alam
Belajar yang juga merangkap sebagai penyelaras kepada program ini.

5.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Senarai AJK Kerja Program Sehari Bersama Murid Orang Asli di SK (Asli) Bukit
Kemandol adalah seperti dalam Lampiran 1. Manakala Senarai AJK Pelaksana pula adalah
seperti dalam Lampiran 2.

6.0 AKTIVITI

Berdasarkan perbincangan yang telah dijalankan, terdapat dua aktiviti utama yang akan
dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung, iaitu;
i. Aktiviti Sukaneka – Murid Tahap 1
ii. Ujian Konservatif Piaget – Murid Tahap 2

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan bagi menjayakan Program Sehari Bersama Murid Orang Asli di SK
(Asli) Bukit Kemandol ini adalah seperti dalam Lampiran 3.
8.0 PERTIMBANGAN

Kami amat mengharapkan jasa baik dari pihak tuan sekiranya pihak tuan dapat
mempertimbangkan supaya permohonan kami ini dapat diluluskan. Kerjasama daripada
pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

8.0 PENUTUP

Diharapkan kertas kerja Program Sehari Bersama Murid Orang Asli di SK (Asli) Bukit
Kemandol ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan dan seterusnya
meluluskan program ini.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

……………………….. ..………………………
(Taiebah Mohamad Sagir) (Pn. Zuraidah Abd. Majid)
Setiausaha Pelaksana Penyelaras Program/Pensyarah Jabatan Pendidikan

Diluluskan oleh ,

….……………………
(Dr. Mohd Sofi Bin Ali)
Pengarah,
Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa
Kuala Lumpur.
LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA KERJA


PROGRAM SEHARI BERSAMA MURID ORANG ASLI,
INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA

Penaung : Dr.Mohd Sofi Bin Ali

Penasihat : Y.Bhg. Datin Dr. Hjh Fowzia bt. Osman

Pengelaras : Pn. Zuraidah bt. Abd. Majid

AJK :

1. En. Baseni b. Jantra


2. Pn. Rosalyn Gelunu
3. En. Awab b. Said
LAMPIRAN 2

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


PROGRAM SEHARI BERSAMA MURID ORANG ASLI
SEKOLAH KEBANGSAAN (ASLI) BUKIT KEMANDOL,
PPPRPET, TAHUN SATU,
INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA

Penaung : Dr.Mohd Sofi Bin Ali

Penyelaras : Pn. Zuraidah Abd. Majid

Pengerusi : Ahmad Bin Jaafar

N/Pengerusi : Wan Mohd Nor Amali Bin Wan Ismail

Setiausaha : Taiebah Binti Mohd Sagir

Ajk Sukaneka : 1. Mohd Hanif Bin Mahpot


2. Mohd Taufik Bin Osman
3. Taiebah Binti Mohamad Sagir
4. Mohd Azrizad Bin Noor

Ajk Piaget Conservation Task: 1. Shahrizan Bin Zakaria


2. ‘Aizat Fikri Bin Jamaludin
3. Mazlinda Bt Adnan @ Nan
4. Wan Mohd Nor Amali Bin Wan Ismail
5. Khairul Idzhar Bin Abdullah
6. Shazatul Shima Binti Zamani

Ajk Hadiah & : 1. Nurul Shamimi Binti Ismail


Cenderahati 2. Noor Nadihah Binti Hj. Salleh
3. Ahmad Bin Jaafar

Ajk Alatan : 1. Muhammad Syafiq Bin Muhamad Zulkiflee


2. Mohd Nor Fadzli Bin Osman @ Abd Rahman
3. Hasfatasha Binti Halim
4. Hamzah Bin Mohamad

Ajk Pengangkutan : 1. Muhamad Ikhwan Bin Mohd Hanapi

Ajk Makanan : 1. Shamsiah Binti Masnan


2. Siti Nurzahira Binti Mohd Basarudin
LAMPIRAN 3

Anggaran perbelanjaan untuk Program Sehari Bersama Murid Orang Asli di SK (Asli) Bukit
Kemandol.

Perkara Anggaran
perbelanjaan

Barang-barang keperluan untuk aktiviti


yang akan dijalankan:
- Sketal RM50
- Manila kad
- Belon
- Alat-alat tulis
- Kertas majong
- Dam aji
- Dam ular

Hadiah & Cenderahati


- Hamper RM200
- Cenderahati IPBA

Makanan RM150

JUMLAH KESELURUHAN RM400

LAMPIRAN 4
Prosedur pelaksanaan aktiviti Piaget Conservation Task.

Melalui Progam Sehari Bersama Murid Orang Asli pada 2 November 2007, yang
dijalankan di Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol ini, kami telah mengaturkan
beberapa ujian yang bersandarkan kepada Model Ujian Kognitif Jean Piaget.
Ujian yang kami jalankan ini adalah untuk murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Setiap
tahun atau darjah akan dipilih 3 orang untuk menjadi wakil darjah dan melaksanakan
setiap ujian yang telah disusun untuk mereka. Terdapat 3 stesen yang berlainan yang
mempunyai jenis ujian yang berlainan. Ketiga-tiga stesen akan berada dalam sebuah
kelas dan semua murid-murid yang akan melaksanakan ujian tersebut akan berada
dalam kelas tersebut bersama dengan para pelajar-pelajar PPPRPET yang bertindak
sebagai pemerhati dan penguji. Setiap murid akan dibekalkan dengan sehelai borang
ujian yang akan diisi oleh pemerhati apabila mereka sampai di setiap stesen.
Ujian-ujian yang akan dilaksanakan ialah:

1. Ujian Duit Syiling

i. Dengan menggunakan beberapa keping duit syiling, pada Kawasan A duit syiling
tersebut akan disusun di atas meja supaya dapat dilihat oleh murid. Susunan duit
syiling yang dibuat akan kelihatan teratur.

ii. Apabila selesai, dengan jumlah duit syiling yang sama banyak seperti dalam
Kawasan A, buat serakan duit syiling dalam Kawasan B bersebelahan dengan
Kawasan A. Keadaan duit syiling dalam Kawasan B adalah transformasi dari
keadaan duit syiling dalam Kawasan A.

iii. Setelah itu, minta murid yang melihat supaya memberitahu apakah jumlah dalam
kedua-dua kawasan iaitu Kawasan A dan Kawasan B mempunyai jumlah yang
sama banyak, atau ada antaranya yang lebih banyak.

iv. Sekiranya jawapan murid tersebut adalah duit syiling dalam Kawasan A lebih
banyak dari duit syiling dalam Kawasan B, atau sebaliknya, minta murid tersebut
memberikan sebab mengapa dia berkata demikian.

v. Setiap jawapan akan dicatat dalam borang yang telah disediakan.


2. Ujian Tali

i. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama jenis dan panjang diperlukan.

ii. Tali A akan diletak di atas meja secara lurus. Manakala Tali B diletakkan di atas
meja dalam keadaan bengkok. Pastikan kedua-dua tali diletakkan bersebelahan
antara satu sama lain.

iii. Seterusnya, murid akan diajukan dengan soalan berdasarkan pemerhatian


mereka, adakah tali tersebut kelihatan sama panjang atau ada tali yang kelihatan
lebih panjang.

iv. Segala jawapan dan alasan yang diberikan akan direkodkan dalam borang ujian
tersebut.

3. Ujian Air @ Pengekalan Isipadu

i. Dua buah bekas air yang ditandai dengan Bekas A dan B yang mempunyai saiz
dan ketinggian yang sama akan diisikan dengan air denga isipadu yang sama.
Situasi ini merupakan Situasi A.

ii. Melalui keadaan air dalam Situasi A, murid akan ditanya adakah kedua-dua
bekas air tersebut mempunyai isipadu air yang sama banyak?

iii. Selepas murid memberikan jawapan mereka, transformasi akan dibuat.


Transformasi dibuat dengan menggantikan salah satu bekas air yang berada
dalam Situasi A iaitu Bekas B, dengan bekas air yang mempunyai saiz dan
ketinggian yang berbeza yang ditandai dengan Bekas C. Air dari Bekas B akan
dimasukkan dalam Bekas C. semasa melakukan transformasi ini, pastikan murid
dapat memerhatikan prosedur tersebut.

iv. Kemudian Bekas A dan C yang telah diisikan dengan air akan diletakkan secara
bersebelahan.

v. Murid akan ditanyakan dengan soalan yang sama, iaitu adakah isipadu air dalam
kedua-dua bekas tersebut sama banyak ataupun sebaliknya.
vi. Setiap jawapan dan alasan yang diberikan oleh murid akan dicatat oleh
pemerhati dalam borang yang telah disediakan.

Nama:
Umur:
Kelas:
Masa pemerhati:

UJIAN KEADAAN AWAL KEADAAN SELEPAS


TRANSFORMASI
Duit
Syiling

Kawasan A Kawasan B
Tanyakan: Adakah duit syiling dalam Kawasan A sama banyak dengan duit
syiling dalam Kawasan B?

Jawapan: Sama ( )
Tidak ( )

Alasan/Sebab:
Tali

Tali A Tali B

Tanyakan: Adakah Tali A sama panjang dengan Tali B?

Jawapan: Sama ( )
Tidak ( )

Alasan/Sebab:
Air

A B A C

Situasi A Situasi B
Tanyakan:
1) Dalam Situasi A, adakah isipadu dalam kedua-dua bekas air A dan B
sama?

Jawapan: Sama ( )
Tidak ( )

Alasan/Sebab:

Tanyakan:
2) Dalam Situasi B, adakah isipadu dalam kedua-dua bekas air A dan C
masih sama?

Jawapan: Sama ( )
Tidak ( )

Alasan/Sebab:

Pengesahan anggaran perbelanjaan.

Disediakan oleh,
………………………..
(Taiebah bt Mohamad Sagir)
Setiausaha Pelaksana,
Projek Lawatan ke SK (Asli) Bukit Kemandol

Disemak oleh,

………………………….
(Pn. Zuraidah Abd. Majid)
Penasihat Projek,
Projek Lawatan ke SK (Asli) Bukit Kemandol

Disahkan oleh,

……………………………
(Dr.Mohd Sofi Bin Ali)
Pengarah,
Ins.Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa
“PROGRAM SEHARI BERSAMA
MURID ORANG ASLI”
SEKOLAH KEBANGSAAN (ASLI)
BUKIT KEMANDOL
Kelolaan
Pelajar Program Perguruan
Pendidikan Rendah
Pengajian Empat Tahun (PPPRPET),
Tahun 1
Institut Perguruan
Bahasa-bahasa Antarabangsa

You might also like