You are on page 1of 5

PERANCANGAN PEMASARAN

Bagi memulakan perniagaan ini, dijangkakan modal yang diperlukan adalah sebanyak RM50,000. Kami
menjalankan sistem penternakan sebanyak 2000 ekor sepusingan (12 pusingan setahun). Dari analisa kewangan,
cadangan projek ini berdaya maju dengan kadar pulangan pelaburan (ROI) yang tinggi iaitu 31% pada tahun 3
perniagaan. Tempoh pulang modal projek ialah pada bulan ke- 5 dan ini adalah projek yang mampu membawa
pulangan modal yang baik. Berdasarkan kepada hasrat kerajaan yang ingin membangunkan program pengeluaran
makanan, prospek industri Ayam Kampung mempunyai masa hadapan yang cerah. Kemudahan kredit yang
diberikan oleh kerajaan dan institusi kewangan menjadi faktor pemangkin kepada perkembangan industri ini. Selain
itu kurangnya saingan dan risiko yang rendah, boleh mempercepatkan kemajuan industri Ayam Kampung di negara
kita. Perusahaan Ayam Kampung yang dirancang di kawasan ini dapat menambah pendapatan kepada pengusaha di
samping memperbanyakkan lagi ternakan Ayam Kampung untuk masa depan negara. Selepas berjaya dengan fasa
pertama ini, kami cuba untuk memperkembangkan lagi produk melalui restoran kami sendiri, menjadikan ladang
sebagai tempat agrotourism dan lain-lain lagi yang berkaitan. Pengusaha berasa penuh yakin, projek yang telah
dirancang ini akan memberi pulangan yang menguntungkan kepada pengusaha.

SASARAN PASARAN

Kumpulan sasara utama PUREBREEDadalah seperti berikut:

Pengusaha Mini Market.


Pengusaha perniagaan Catering.
Pemborong.
Kantin-kantin sekolah.
Restoren-restoren.
Peniaga pasar-pasar tani dan pasar-pasar malam.

Lokasi Sasaran Pasaran:

Genting Highland.
Lembah Kelang.
Bentung/Raub.

SAIZ PASARAN

Saiz pasaran terhadap permintaan daging ayam masih lagi luas berdasarkan kepada permintaan semasa terhadap
daging tersebut. Permintaan yang tinggi bukan sahaja daripada restoren-restoren makanan segera tetapi juga
pengusaha-pengusaha makanan yang lain seperti kantin-kantin sekolah, restoren-restoren mamak, pemborong-
pemborong, peniaga pasar-pasar tani dan pasar-pasar malam. Ini tidak termasuk lagi apabila permintaan meningkat
secara mendadak apabila tiba musim perayaan.

Dengan kewujudan Halal Hub Center di Malaysia, pasaran ayam daging keluaran Malaysia menjadi semakin luas.
Ini ditambah dengan usaha kerajaan yang menekankan kepada pembasmian penyakit ayam telah meningkatkan
kepercayaan pengimpot negara-negara luar untuk mengimpot daging ayam dari negara ini.

SYER PASARAN

PUREBREEDmelihat bentuk saingan hanya tertumpu di antara pihak integrator yang sedia ada iaitu :

Goldkist
Leong Hup
Cargill
Malayan Flour Mills
Pertanian Charoen Pokphand

1
Pesaing Utama Dan Kekuatan. Jabor Poultry Kemaman Sebuah syarikat yang berpengalaman 20 tahun dalam
bidang memprosesan dan memasarkan ayam sembelihan dan keratan. Mempunyai mesin-mesin berteknologi tinggi
dan mampu mengeluarkan kapasiti ayam yang besar sepusingan. • Balok Poultry Sdn Bhd Kuantan Syarikat ini
mempunyai pasaran yang luas dalam pembekalan ayam daging dan telur ayam.

Walaubagaimanapun, pihak integrator yang dipilih oleh pihak kami iaitu Kentucky Fried Chicken merupakan
sebuah PUREBREEDyang besar dan mempunyai rangkaian pemasaran produk yang meluas di seluruh negara dan
dunia amnya. Rangkaian pemasaran yang utama adalah restoran makanan segera KFC, Pizza Hut dan Ayamas.
Pihak Purebreed yakin terhadap permintaan daging ayam yang semakin meningkat sehingga mendorong pihak
Kentucky Fried Chicken melantik penternak-penternak baru untuk menampung keperluan tersebut dari semasa ke
semasa.

Populasi Segmen Sasaran. Adalah dianggarkan Purebreed mampu menawan 3% dari jumlah saiz pasaran. Populasi
terperinci adalah seperti berikut:

Lembah Kelang - 30,000pax x 0.2kg x 24 x 3% = 4,320kg

Genting Highland -
5,000pax x 0.2kg x 24 x 3% = 720kg

Bentung
- 500pax x 0.2kg x 24 x 3% = 72kg

(Jumlah sasaran 5,112kg (2 bulan pertama). Formular: Jumlah populasi/market segment/etnik)

Sasaran Purebreed bagi bulan ke 3 akan bertambah 2% setiap 3 bulan sehingga pengeluaran mencapai kapasiti
maksima 40,000kg. Secara umumnya sasaran terhadap produk berasaskan ayam kacukan kampung dan daging
masih mampu memberi pulangan yang rumayan. Dengan pendekatan ayam kacukan dan daging diusahakan secara
bersepadu, diharap dapat memberi persekitaran ternakan yang seimbang dan lebih condusif. Teknik ini dirasakan
mampu menjanakan hasil yang bebas penyakit dan optima.

Harga

Menjual ayam kampung hidup atau siap proses di ladang (Harga ayam hidup di ladang RM9/kg) (Harga ayam
bersih/siap proses RM11.50/kg) * Membekalkan anak ayam kampung kepada penternak (baka campuran) Harga di
ladang RM2.00/ekor * Menyediakan perkhidmatan penghantaran (Caj tambahan dikenakan) * Menerima tempahan

RAMALAN JUALAN

Projek ini akan mengeluarkan hasil sebanyak 40,000 ekor ayam bagi setiap satu pusingan dengan kiraan enam
pusingan setahun. Kadar anggaran kematian adalah 3.5% maka jangkaan pengeluaran adalah 231,600 ekor setahun
atau bersamaan 417 metrik tan dengan nilai pendapatan berjumlah RM 1,225,626.00. Di samping itu penternak juga
mendapat hasil sampingan daripada tinja yang dijadikan baja pokok dengan anggaran 9,600 kampit setahun yang
bernilai RM 24,000 setiap tahun.

Secara purata pendapatan Purebreed adalah bergantung kepada kapasiti ternakan. Untuk kapasiti 40,000 eor
penternak akan mendapat pulangan sebanyak RM 122,874.00 setahun atau RM 10,239.50 sebulan setelah ditolak
pembiayaan kos berubah. Sekiranya pihak Purebreed ingin mencapai pendapatan yang lebih tinggi maka kapasiti
ayam perlu ditambah.

Asas Pengiraan Untuk Kapasiti 40 Ribu Ekor :

Jualan Ayam Setahun + RM 1,225,626.00


Jualan Cili Setahun + RM 24,000.00

2
(Kos Berubah) - RM 1,126,752.00

Keuntungan Tahunan = RM 122,874.00


Keuntungan Bulanan = RM 10,239.50

STRATEGI PEMASARAN

Pihak Purebreed boleh menjangkakan bahawa kadar pulangan yang tetap bergantung kepada saiz penternakan itu
sendiri. Denganinsentif yang diberikan oleh oleh pihak kerajaan yang cukup menarik seperti pengecualian cukai,
taraf perintis dan pembiayaan dana. Ini ditambah lagi dengan pembabitan pihak integrator yang menyediakan
khidmat nasihat, penggunaan peralatan berteknologi tinggi serta kestabilan politik di dalam negara juga membuka
lebih ruang bagi melaksanakan projek ini tanpa sebarang sekatan.

Faktor kekuatan terhadap pemilihan projek ini adalah seperti berikut :

Penggunaan teknologi terkini dalam penternakan. Kaedah bangunan tertutup dengan peralatan beroperasi secara
automatik yang dapat menjamin ketahanan projek kerana ianya tidak menimbulkan masalah alam sekitar dan
meningkatkan kecekapan projek.

Menggunakan kepakaran dan penyelidikan sepenuhnya daripada integrator. Bekalan anak-anak ayam yang diterima
daripada pihak integrator berkualiti baik.

Pasaran adalah terjamin kerana diuruskan oleh pihak integrator.

Tempoh matang untuk jualan hanya 35 hari bagi setiap pusingan dengan kadar 6 pusingan hingga 9 pusingan
setahun. Walaubagaimanapun, pihak Purebreed memilih 6 pusingan bagi memastikan kelancaran projek.

Projek ini hanya menggunakan tenaga pekerja yang minima disebabkan penggunaan sistem dan peralatan yang
terkini. Perkara ini dapat mengurangkan kos serta memudahkan pengurusan hal ehwal pekerja.

Promosi dan Iklan

Konsep. Pure memnumpukan teras seperti berikut:

Mencari pihak yang ingin menyumbang dana dalam bentuk JV atau mana-mana persefahaman yang mampu
menjana keuntungan kedua-dua pihak.
yang perlu terus hadir di persada dunia.
Bahagian Pemasaran Purebreed menumpukan usaha terhadap aspek mempromosi produk Purebreed. Antara usaha
pemasaran yang sedang diberi tumpuan adalah dengan merencanakan produk Purebreed melalui media maya. Usaha
ini diharap mampu membuka ruang pertumbuhan yang diperlukan untuk mencapai unjuran yang telah ditetapkan.
Tumpuan yang lebih akan diberi melalui usaha ini untuk mendapat exposure dan volume yang meluas terhadap
produk Purebreed.

Dengan mengenalpasti intergrator yang berdaya saing tinggi, Purebreed berharap dapat menguruskan promosi untuk
menjual hasil ladang memandangkan urusan pemasaran telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak integrator. Pihak
integrator mempunyai sistem pengiklanan yang sedia ada dan telah mampu memikat pelanggan untuk membeli hasil
keluaran mereka.

Struktur pemasaran yang cekap berasaskan kepada penternakan secara kontrak mampu memperluaskan pemasaran
Purebreed. Pihak integrator bertindak sebagai pemasar kepada produk yang dihasilkan melalui jaringan pemasaran
yang sedia ada baik dan terjamin.

IMPAK SOSIO EKONOM

3
Projek ternakan ayam kampung kacukan dan pedaging dengan kaedah pelaksanaan sepertimana yang telah
diterangkan adalah sesuai dijalankan di kawasan ini berpandukan kepada faktor-faktor berikut :

Hasil pulangan yang cepat, jaminan pasaran, penggunaan teknologi yang tinggi serta sokongan dari pihak kerajaan
dari segi kawalan harga dan sumber asas akan memastikan bidang usaha ini lebih berdaya saing dan berdaya maju.
Ini termasuk kepakaran teknikal dan khidmat nasihat yang diperolehi daripada pihak integrator.

Keberkesanan bandingan penggunaan tanah berdasarkan pendapatan sehektar tanah adalah tinggi. Ini
memandangkan nilai hasil yang dikeluarkan dari sehektar keluasan tanah adalah tinggi berbanding dengan lain-lain
komoditi dalam bidang bidang pertanian.

ASPEK KEWANGAN

Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi.

Lihat Kembaran A.

Lembaran Imbangan Dan Kunci Kira-Kira.

Lihat Kembaran B

ALIRAN TUNAI TAHUN PERTAMA

Lihat LAMPIRAN 6

Pro Forma Aliran Tunai Untuk 10 Tahun.bcfg

Lihat LAMPIRAN 7

Titik Pulang Modal. Hasil daripada semakan unjuran kewangan, titik pulangan modal akan
diperolehi pada tahun keenam operasi di mana entiti tersebut telah mencatat keuntungan terkumpul sebanyak
RM614,370.00.

Margin Keuntungan Kasar. Untung Kasar (316,890) / Jualan (1,249,626) X % = 25.4% @ 25.4 sen. Dalam setiap
RM1.00 jualan, keuntungan kasar ialah RM0.25 dan kos jualan RM0.75).

Margin Keuntungan Bersih. Untung Bersih (53,543) / Jualan (1,249,626) X % = 4.28% @ 4.28 sen. Dalam setiap
RM1.00 jualan, keuntungan bersih ialah RM0.043.

Pulangan Atas Pelaburan. Untung Bersih (53,543) / Jumlah Aset (519,469) = RM0.10 sen
Ukuran pulangan perniagaan dari setiap RM1.00 yang dilaburkan ialah RM0.10.

12. PENUTUP

Dengan adanya bantuan kewangan ini adalah diharapkan ianya akan dapat membantu perniagaan ini maju dan
meluaskan skop perniagaan dan dapat merealisasikan perniagaan yang komprehensif dan berdaya maju serta mampu
bersaing.

4
Industri penternakan ayam pedaging merupakan salah satu bidang perniagaan yang boleh memberi keuntungan
yang tinggi memandangkan permintaan terhadap daging ayam yang sentiasa meningkat.

Dengan adanya pula konsep ladang kontrak, pihak Purebreed tidak menghadapi masalah dari segi menjual hasil
ladang. Pihak integrator yang telah dipilih akan membeli keseluruhan hasil ladang setiap pusingan tuaian. Ini sudah
pasti dapat memberi keselesaan kepada pihak Purebreed untuk merancang membesarkan ladang. Dengan
kepercayaan berterusan daripada pihak integrator, pihak Purebreed dijangka dapat menggandakan hasil pengeluaran
ladang maka pulangan yang akan diperolehi kelak akan dapat mengukuhkan lagi kewangan Purebreed.

Adalah menjadi harapan supaya projek ini diberi perhatian dan pembiayaan secukupnya dari pihak bank
memandangkan projek yang akan diusahakan ini lebih menjurus kepada pengeluaran hasil makanan asasi selaras
dengan Dasar Pertanian Negara justru dapat mengurangkan impot dari luar negara.

You might also like