You are on page 1of 8

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAD KREDIT

Tanpa disedari, kad kredit atau 'kad plastik' kian menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Kita bukan sahaja dapat membeli barangan keperluan harian atau barangan impian dengan sekelip mata, malah juga berpeluang membayarnya pada akhir bulan dan boleh membayar dengan amaun yang minimum iaitu lima peratus daripada jumlah keseluruhan hutang. Walau apa pun yang dikatakan tentang itu atau sekadar untuk menyedapkan hati, soal pinjaman, pembelian atau wang yang digunakan dengan kad kredit tetap dipanggil hutang. Oleh itu, apabila seseorang mencatatkan bajet bulanan atau merancang kewangan bulanan dan tahunan, amaun yang diambil daripada kad kredit akan dimasukkan ke dalam bahagian hutang. Dalam keadaan ekonomi lembap yang bukan sahaja dihadapi di negara ini bahkan di seluruh dunia, anda hendaklah bijak menahan nafsu ketika membeli-belah. Apatah lagi apabila ingin membayarnya dengan menggunakan kad kredit. Paling penting, anda seharusnya memahami kebaikan dan keburukan kad kredit yang dibawa bersama di dalam dompet walau ke mana anda berada. Tujuannya, agar anda dapat memahami segala informasi dan tahu mengguna dan mengurusnya dengan baik.

Kebaikan dan keburukan kad kredit


Terdapat beberapa kebaikan atau faedah apabila seseorang mempunyai kad kredit.Faedah paling ketara ialah apabila kita menghadapi kecemasan. Contohnya, anda atau ahli keluarga sakit tenat pada waktu tengah malam, dan perlu dimasukkan ke hospital. Pada saat itu juga, anda tidak menyimpan wang dengan jumlah yang banyak di rumah. Tetapi apabila anda mempunyai kad kredit, masalah kemasukan ke wad dapat diselesaikan dengan sempurna. Bukan itu sahaja, disebabkan persaingan yang mendadak di antara bankbank dan institusi kewangan, anda sebagai pengguna sememangnya beruntung kerana setiap kali ingin membuat pembelian atau pembayaran melalui kad kredit, anda juga dapat insentif atau perangsang. Di antaranya ialah ganjaran-ganjaran yang hebat daripada barangan elektrik sehinggalah baucer untuk percutian di dalam atau luar negara dan sebagainya. Satu lagi faedah yang dapat membantu anda pada waktu mencabar ini adalah dengan menggunakan kad kredit yang ditawarkan pada kadar faedah yang rendah dan kadar faedah sifar (0% interest). Hanya satu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan, iaitu apabila kadar faedah rendah atau kadar faedah sifar telah ditawarkan, bayaran balik terhad kepada enam bulan, 12 bulan atau 18 bulan dengan jumlah bayaran ansuran telah ditetapkan.

Dalam kebaikan ada keburukannya. Apabila api itu kecil, ia akan menjadi kawan, apabila api menjadi besar, ia akan menjadi lawan. Begitu juga dengan penggunaan kad kredit. Apa yang penting ialah sebagai pengguna,

baik pengguna yang baru ataupun yang lama, anda hendaklah mengetahui cara penggunaannya. Cara itu akan mendatangkan kebaikan kepada anda dan bukan menjahanamkan diri anda dan keluarga. Oleh itu, sebelum dilanda masalah besar, anda sebaik-baiknya mempelajari beberapa perkara mudah yang dapat membantu anda mengurus kad kredit. Kalau diberikan pilihan di antara kad kredit dan kad debit, pilihlah kad debit. Ini kerana, setiap kali anda membuat pembelian atau pembayaran, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar pada hujung bulan akan ditolak daripada akaun simpanan atau semasa. Oleh itu, anda akan selalu berfikir sebelum membuat pembelian kerana anda tidak ingin semua wang yang disimpan itu habis ditolak pada hujung bulan. Satu lagi cara terbaik untuk menyelesaikan masalah menyalahgunakan kad kredit adalah jangan sesekali menggunakannya. Walaupun bukan satu perkara yang realistik untuk kebanyakan orang tetapi jika anda tidak mempunyai kad kredit, anda dapat mendisiplinkan diri dan komitmen terhadap diri serta keluarga. Nasihat saya kepada pengguna kad kredit yang baru terutama mereka yang baru memulakan alam pekerjaan ialah sebelum menggunakan kad kredit, baca dan fahamilah kontrak yang dihantar dengan kad kredit. Sekiranya masih was-was, jangan malu dan segan, pergilah berjumpa dengan wakil bank atau institusi kewangan dan dapatkan penjelasan dengan terperinci. Jangan lupa, sebaik-baiknya apabila anda mula menggunakan kad kredit, perkara terbaik yang harus dilakukan adalah dengan membayar jumlah keseluruhan secara penuh pada setiap hujung bulan. Katakan, anda tidak dapat membayarnya secara penuh, anda harus sedar bahawa bakinya akan dikenakan faedah sebanyak 18 peratus setahun atau 1.5 peratus sebulan. Kebanyakan bank dan institusi kewangan membenarkan anda membayar jumlah sebanyak lima peratus kadar minimum daripada jumlah keseluruhan.Apabila membuat pembayaran, cubalah sedaya upaya membayarnya lebih daripada lima peratus kerana ini akan mengurangkan lagi faedah yang akan dikenakan ke atas baki bulan hadapan. Dalam mendapatkan kesenangan dan kenikmatan hidup untuk hari ini dan esok, janganlah menyalahgunakan segala peluang yang boleh didapati di bank-bank tempatan dan institusi kewangan. Marilah kita menjadi seorang insan yang bijak dalam menguruskan wang.

dahulu. Apabila tiba penghujung bulan, pemegang kad kredit perlu menjelaskan segala bayaran kepada bank ataupun syarikat kewangan. Ini menyebabkan pengguna bolehmembeli-belah tanpa perlu memikirkan harga. Ini sangat penting sekiranya penggunatidak mempunyai sebarang wang tunai bila memerlukannya atau bila keadaan yangterdesak. Pengguna juga boleh menambah nilai had penggunaan pada bila-bila masasahaja dan di mana-mana jua. Melalui cara yang cukup mudah untuk menambah nilai had penggunaan iaitu dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan pengeluar kad tersebutyang biasanya beroperasi 24 jam sehari, pengguna sudah boleh membeli barangan yangdiinginkan. Walaubagaimanapun, untuk menambah nilai had penggunaan pengguna perlumematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh bank ataupun syarikat kewangan.Membawa wang tunai kadang-kala merumitkan bagi sesetengah orang dan ini ditambah pula sekiranya mempunyai banyak duit syiling. Bagi mereka, membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah merupakan suatu beban wang syiling akan memberatkantas tangan atau dompet, terutamanya lelaki yang biasanya tidak suka dompet merekadiisikan dengan benda-benda yang memberatkan. Kini terdapat hampir 50 peratusdaripada pengguna yang membeli-belah di pasar raya-pasar raya dengan menggunakankad kredit. Pengguna kad kredit juga tidak perlu membawa wang yang banyak di dalamdompet atau pun tas tangan, ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kes ragut,rompak dan kecurian yang semakin berleluasa kini. Biasanya pengguna akan lebih selesamenggunakan kad kredit daripada menggunakan wang tunai kerana kad kredit lebihringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan pada bila-bila masa yangdifikirkan perlu.- 2 -

Pengguna kad kredit juga biasanya berasa lebih selamat bila menggunakan kadkredit berbanding dengan penggunaan wang tunai. Ini adalah kerana penggunaan kadkredit dapat disekat sekiranya kad tersebut hilang seperti berlakunya kes kecurian,rompakan atau ragut. Pengguna boleh menghubungi pihak bank untuk menyekatsebarang transaksi yang berlaku selepas kehilangan kad kredit tersebut. Ini akanmengelakkan pengguna menanggung kos perbelanjaan selepas berlakunya kes kecurianitu. Sekiranya berlaku transaksi berlaku selepas kecurian, pihak bank boleh mengenal pasti di mana dan bila kad kad kredit itu digunakan, ini membolehkan pihak berkuasamenyiasat pengguna yang tidak sah itu dan disabitkan dengan kesalahan. Berlainan puladengan wang tunai, sekiranya berlaku kes kecurian tiada apa-apa yang boleh dilakukanuntuk mendapatkan wang tersebut. Penjenayah akan terlepas dengan mudah tanpadikenakan sebarang tindakan yang sepatutya. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar kad kredit American Express , jumlah pemegang kad kredit tersebut bertambahhampir 40 peratus pada setiap tahun. Menurut kebanyakan pemilik kad kredit tersebut,mereka berasa lebih selamat menggunakan American Express

kerana mereka cepatmendapatkan kad ganti yang baru dengan cepat apabila berlaku kehilangan. Inimenunjukkan faktor keselamatan merupakan salah satu teras mengapa kad kredit menjadi pilihan pada masa kini.Selain dari itu, pengguna kad kredit tidak perlu membuat tukaran wang asingapabila mereka melancong ke luar negara. Pada kebiasaannya, bila melawat ataumelancong ke luar negara, pelancong perlu membuat tukaran wang asing terlebih dahulu.Ini adalah kerana negara luar biasanya tidak menerima sebarang pembelian atau memberi- 3 -

perkhidmatan dengan mata wang asing. Hal ini tidak perlu sekiranya menggunakan kadkredit. Ini kerana pertukaran nilai mata wang asing akan dilakukan secara terus setiap kalikad kredit tersebut digunakan. Ini akan menjimatkan masa pelancong kerana merekatidak perlu ke kaunter untuk membuat pertukaran wang asing. Ada juga dalam kalangan pelancong berpendapat, mereka mendapat layanan yang lebih istimewa bila berurusanmenggunakan kad kredit terutamanya di hotel-hotel yang terkemuka dan bertaraf antarabangsa. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh imej kemewahan yang seringdikaitkan dengan pemegang kad kredit tersebut. Ini membuatkan pelancong lebih selesamenggunakan kad kredit dari wang tunai.Kad kredit juga boleh digunakan untuk membuat pembelian melalui internet,seperti yang diketahui kini perniagaan melalui internet semakin berleluasa. Sebagaicontohnya, laman web e-bay yang memberi kemudahan kepada pemegang kad kredituntuk membeli belah melalui laman web tersebut. Ini akan menjimatkan masa para pengguna kad kredit kerana mereka boleh mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu bersusah payah ke pusat membeli-belah dan terpaksa beratur. Ini daitambah pula dengan jaminan yang telah diberikan kepada pengguna kad kredit. Contohnya, para penggunakad kredit seperti VISA dan Mastercard tidak akan menghadapi sebarang masalah apabilamereka menggunakan kad kredit mereka untuk membeli-belah menerusi Internet. Dengankehadiran teknologi enkripsi data seperti Secure Sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET) maka pengguna akan lebih selamat untuk melakukan pembelian menerusi Internet. Selain membeli belah, pemegang kad kredit juga bolehmembuat tempahan melalui Internet. Sebagai contohnya, pemegang kad kredit boleh- 4 -

membuat tempahan tiket penerbangan dan harga tiket tersebut akan dicaj pada kad kredittersebut. Ini akan memudahkan urusan seharian pemegang kad kredit kerana merekatidak perlu beratur dan boleh membuat tempahan lebih awal sekiranya mereka tiada masauntuk ke kaunter penjualan tiket.Pada masa kini, terdapat banyak kemudahan pembelian secara ansuran yangdiperkenalkan oleh peniagapeniaga yang biasanya melibatkan syarikat yang besar dengan kerjasama bank. Pengguna kad kredit boleh membuat pembelian secara ansurandan bayaran akan dicajkan pada akaun penyata bulanan kad kredit. Bagi pembeli yangtidak mempunyai kad kredit mereka juga boleh membuat pembelian secara ansurannamun ia sedikit merumitkan. Ini kerana pembeli tersebut perlu pergi ke syarikat danmembuat pembayaran setiap bulan kepada peniaga tersebut secara tunai. Hal ini tidak akan berlaku kepada pengguna kad kredit kerana mereka akan menerima penyata akaun bulanan. Di dalam penyata tersebut, akan dinyatakan setiap transaksi yang dilakukan danini termasuklah caj untuk pembelian ansuran tadi. Pengguna kad kredit hanya perlu ke bank atau membuat transaksi melalui sistem perbankan menerusi Intenet untuk menjelaskan segala caj yang telah dinyatakan di dalam akaun penyata tersebut.Banyak bank dan syarikat kewangan menawarkan mata ganjaran sekiranya pemegang kad menggunakan kad kredit mereka. Pengguna akan mendapat mata ganjarantersebut bila membeli-belah dan sekiranya mata ganjaran tersebut sudah mencapai satutahap yang ditetapkan, pengguna akan dapat menukarkan mata tersebut dengan berbagai- bagai hadiah yang ditawarkan oleh pihak bank atau syarikat kewangan. Ini akan- 5 -

membolehkan pengguna kad kredit mendapatkan barangan tanpa mengeluarkan wangyang lebih. Mata ganjaran ini bagi kad kredit ini adalah bertujuan untuk menarik minat pengguna kad kredit membelibelah menggunakan kad kredit, secara tidak langsung iniakan menarik minat orang awam untuk menggunakan kad kredit. Selain mata ganjaran, bank dan syarikat kewangan juga selalu mengadakan peraduan untuk menarik minat pengguna kad kredit membeli-belah menggunakan kad kredit. Sebagai contohnya, peraduan yang telah diadakan oleh syarikat pengeluar kad kredit yang terkemuka baru- baru ini, dalam peraduan tersebut sekiranya jumlah yang dibelanjakan adalah samadengan nombor resit yang dikeluarkan maka pengguna tersebut akan mendapat hadiahyang telah ditetapkan.Di samping kemudahan yang boleh dinikmati oleh pemegang kad kredit, mereka juga sering menghadapi beberapa masalah. Hal ini kerana tidak semua para peniaga mahumenerima pembelian secara kredit, terutamanya kedai biasa atau kedai-kedai kecil yang jumlahnya lebih banyak daripada kedai-kedai yang besar atau pusat-pusat membeli-belahyang terkenal. Ini kerana peniaga perlu membuat sedikit pelaburan untuk meyediakankemudahan pembayaran melalui kad kredit. Ada dalam kalangan peniaga yangmengganggap ia merumitkan kerana melibatkan kos dan beberapa prosedur yang perludipatuhi sekiranya mahu menyediakan khidmat tersebut. Oleh hal yang demikian, tempat-tempat penginapan dan pusat membeli-belah yang boleh dikunjungi oleh pemegang kadkredit adalah terhad. Sekiranya pemegang kad kredit mengunjungi sebarangan tempat,mereka akan menghadapi masalah kerana mungkin pusat membeli-belah atau kedai dangerai yang mereka kunjungi tidak menerima sebarang pembayaran melalui kad kredit.- 6

Urusniaga di kedai menggunakan kad kredit biasa bukanlah percuma, pihak bank atau syarikat kewangan akan mengenakan faedah untuk urusniaga tersebut. Kadar faedahitu akan dikenakan mengikut peratus yang telah ditetapkan. Sekiranya pemegang kadkredit gagal menjelaskan jumlah yang dihutang maka kadar tersebut akan meningkatsetiap bulan, ini menyebabkan ia semakin bertambah dari sehari ke sehari. Mengikutlaporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara, jumlah hutang tertunggak kad kredit padasuku pertama tahun 1998 ialah RM696 juta. Pada suku pertama tahun 2000, hutangtertunggak kad kredit di negara kita telah meningkat kepada RM5 bilion. Peningkatan itu juga dapat dilihat pada jumlah belian menggunakan kad kredit ialah dari RM 1710 jutakepada RM2.8 bilion dalam tempoh yang sama. Berdasarkan kepada statistik, perbelanjaan menggunakan kad kredit didapati telah meningkat dengan begitu ketara.Sekali gus membuktikan bahawa langkah kerajaan untuk menggalakkan orang ramai berbelanja menggunakan kad kredit bagi merancakkan semula pertumbuhan ekonominegara telah berjaya. Namun begitu dari segi yang lain, ia telah mewujudkan bentuk budaya hidup yang kurang sihat dalam kalangan rakyat iaitu sindrom suka berhutang.Walaupun kadar perbelanjaan menggunakan kad kredit mempunyai had tertentu tetapi penggunaan kad kredit secara berleluasa sering mendorong seseorang berbelanja secara berlebihan tidak setimpal dengan gaji dan pendapatannya. Berbelanja menggunakan kadkredit sememangnya menyeronokkan sehingga kadang kala membuat seseorang terlupakemampuan kewangan mereka.Sebagai kesimpulannya, para pemegang kad kredit tidak sepatutnya merasa bangga dengan wang plastik yang dimiliki. Terdapat kecenderungan dalam kalanganorang ramai untuk memiliki kad kredit sebagai tanda status sosial dan bukannya untuk - 9 -

keperluan perniagaan ataupun kemudahan mudah tunai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kad kredit mempunyai banyak kebaikan tapi perlu diingatkan bahawaketerlanjuran menggunakan kad tersebut boleh menjebak si pemilik ke dalam kancahhutang yang berpanjangan dan tidak berkesudahan. Dapatlah dikatakan bahawa penggunaan kad kredit membawa kepada kebaikan dan keburukan. Namun begitu ia bergantung kepada individu itu sendiri, sekiranya menggunakan kemudahan tersebutsecara bijak, mereka akan mendapat faedah yang banyak. Sebaliknya, jika kad kredittersebut tidak digunakan secara berhati-hati pemiliknya akan menderita akibat bebanhutang yang terpaksa ditanggung sehingga bertahun-tahun. Oleh itu, setiap pengguna kadkredit seharusnya pandai mengimbangi antara perbelanjaan dengan pendapatannyasupaya ia tidak menjadi satu bebanan pada masa akan datang. Walaupun penggunaanwang plastik ini didapati semakin popular dari setahun ke setahun namun ia tetap dan pasti tidak mungkin dapat menggantikan wang tunai yang sebenar. Pihak kerajaan perlumengambil langkah-langkah segera untuk memastikan supaya penyelewengan terhadapkad kredit tidak berlaku dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Antaranya ialahmemperketatkan pengeluaran dan pemilikan kad kredit dengan memastikan hanyamereka yang benar-benar layak sahaja dan mempunyai pendapatan yang tinggi bolehmemilikinya. Sebagai contohnya, had minimum kelayakan perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM3500 dan ke atas

Kini pemilikan kad kredit bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Banyak jenis kad kredit yang terdapat di pasaran, antara yang popular ialah MasterCard dan Visa. Kad kredit mengetepikan keperluan menggunakan wang tunai dalam sesuatu urus niaga. Pemegang kad kredit hanya perlu menurunkan tandatangannya pada skrip perbelanjaan untuk menyempurnakan sesuatu urusan perniagaan. Pada hujung bulan, syarikat kad kredit akan menghantar penyata akaun kepada pemegang kad kredit. Penyata akaun itu menyenaraikan butir-butir perbelanjaan dan jumlah hutang pemegang kad bagi bulan berkenaan. Kad kredit memang penting dan mendatangkan kebaikan kepada kita. Namun kad kredit juga dapat disalahgunakan. Kad kredit lebih mudah digunakan berbanding dengan wang tunai. Jika kita hendak berbelanja dalam jumlah wang yang banyak, kita terpaksa membawa wang tunai yang banyak. Mengira wang tunai yang banyak juga menjadi masalah. Penggunaan kad kredit mengelakkan semua kesulitan ini. Kita hanya perlu menurunkan tandatangan pada skrip kecil yang mencatatkan jumlah perbelanjaan kita. Selain itu, jika melancong ke luar negara, kita terpaksa menukar wang tunai kita kepada mata wang aging. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan kad kredit, kita boleh membuat bayaran dalam apa jua mata wang di seluruh dunia. Kita juga boleh mendapatkan mata wang asing melalui mesin juruwang (ATM) di seluruh dunia. Kad kredit juga lebih selamat digunakan berbanding dengan wang tunai. Kemungkinan wang tunai tercicir atau dicuri amat besar, lebih-lebih lagi kalau kita terpaksa membawa wang tunai yang banyak ketika berbelanja di luar negara. Wang tunai yang tercicir atau dicuri tidak mungkin dapat diperoleh semula. Sebaliknya, kehilangan atau keciciran kad kredit mudah diatasi. Pemegang kad kredit hanya perlu menghubungi syarikat kad kredit untuk melaporkan kehilangan kad kreditnya. Syarikat kad kredit akan membatalkan kad kredit tersebut dengan serta-merta, menjadikan kad kredit itu tidak laku digunakan lagi. Ini akan melindungi pemegang kad kredit itu daripada menanggung kerugian atau meminimumkan kerugian yang ditanggungnya. Pemegang kad kredit juga menikmati pelbagai kemudahan istimewa. Dengan menyebut nombor kad kredit, kita dapat membeli-belah dengan mudah melalui pos atau Internet tanpa perlu keluar dari rumah. Kita juga dapat menempah hotel dengan memberikan nombor kad kredit kita melalui telefon. Selain itu, tawaran harga dalam pembelian barang dan perkhidmatan dinikmati oleh pemegang kad kredit dari semasa ke semasa. Pada masa ini, kebanyakan syarikat kad kredit menyediakan kemudahan pembayaran bil, premium insurans, dan bayaran berkala lain. Pemegang kad kredit hanya perlu memberikan butir-butir pembayaran kepada syarikat kad kredit dan syarikat kad kredit akan membuat pembayaran itu bagi pihak pemegang kad. Semua bayaran ini akan dicatatkan dalam penyata akaun bulanan pemegang kad. Pemegang kad kredit juga mendapat perlindungan insurans kemalangan diri percuma. Sekiranya pemegang kad kredit membayar tambang perjalanan dalam kenderaan awam dengan kad kreditnya, dia akan mendapat pampasan jika dia mengalami kecelakaan semasa menggunakan kenderaan awam itu. Begitu juga, barang-barang tertentu yang dibeli dengan kad kredit juga diberikan perlindungan insurans. Sekiranya barang-barang yang dibeli itu rosak, hilang, atau dicuri dalam tempoh tertentu, pemegang kad kredit boleh menuntut ganti rugi daripada syarikat kad kredit.

Narnun bagitu, penggunaan kad kredit yang kurang bijak dapat menimbulkan masalah kewangan kepada pemegang kad. Bagi golongan tertentu, kad kredit dijadikan simbol status. Mereka memohon beberapa kad kredit untuk berlagak di hadapan kawan-kawan mereka. Mereka akan menayangkan kemampuan kewangan mereka dengan berbelanja besar menggunakan kad kredit. Ada pula yang memohon beberapa kad kredit untuk menikmati kemudahan kredit yang didapati daripada setiap kad kredit itu. Mereka tidak teragak-agak membeli barang-barang mahal atau berbelanja berlebihan kerana mereka boleh membayar secara ansuran kepada syarikat kad kredit, walaupun faedah yang dikenakan oleh syarikat kad kredit sangat tinggi. Akibatnya, mereka terjerat dalam masalah kewangan apabila mereka berbelanja lebih daripada kemarnpuan mereka untuk menjelaskan bayaran ansuran bulanan. Mereka mungkin tidak dapat menjelaskan hutang mereka kepada syarikat kad kredit. Hal ini menyebabkan syarikat kad kredit akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Ada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap kerana tidak mampu membayar hutang kad kredit mereka. Inflasi juga akan berlaku jika pengeluaran kad kredit tidak dikawal. Dengan memiliki kad kredit, kita cenderung berbelanja lebih, misalnya membeli barang mahal, melancong ke luar negara, dan sebagainya. Selain itu, kemudahan kredit yang ditawarkan membolehkan pemegang kad berbelanja dahulu dan bayar kemudian. Sikap boros dan tidak cermat ini akan menyemarakkan inflasi, dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara. Kad kredit memang penting demi menyempurnakan kehidupan kita dalam dunia yang moden ini. Akan tetapi, kad kredit akan mendatangkan kesan negatif jika disalahgunakan. Oleh itu, kita harus bijak menggunakan kad kredit. Kerajaan juga perlu mengawal ketat pengeluaran kad kredit serta jenayah kad kredit yang mungkin muncul.

You might also like