You are on page 1of 5

Contoh Karangan: Punca-punca Berlakunya Kemalangan Jalan Raya

Hanya gelengan kepala menjadi jawapan bagi setiap persoalan. Adakah masyarakat kita masih
belum sedar dari tidur panjang yang lena? Hampir setiap hari, kita di hidangkan dengan berita mengenai
kemalangan jalan raya didada-dada akhbar. Peranan media massa dalam mendedahkan satu persatu
kemalangan jalan raya yang semakin meruncing. Mana tidaknya, kemalangan jalan raya yang berlaku
telah meragut banyak nyawa selain membawa kecederaan yang serius kepada pengguna. Sebagai
memperkukuhkan lagi pernyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu di
perincikan demi kebaikan bersama.

Umum mengetahui bahawa 80% faktor kemalangan jalan raya atas faktor kelalaian pemandu.
Negara baru-baru ini di kejutkan dengan tiga sekawan yang terkorban dalam satu nahas jalan raya di
Kota Bharu. Usia baru setampuk pinang, tiga sekawan in maut di tempat kejadian apabila merempuh
kenderaan lain dan di percayai telah memandu laju. Kebanyakan pemandu mahupun penunggang
motorsikal yang bersifat delinkuen gemar memandu melebihi had laju. Ini mungkin sesuai bagi mereka,
'ikut hati mati, ikut rasa binasa'. Dalam pada itu, segelintir pemandu juga banyak ddi cekup dalam
kebanyakan operasi yang di jalankan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol. Jelaslah
bahawa kesalahan yang selama ini di tunding kepada pihak berkuasa perlu di perbetulkan kerana
terbukti kemalangan jalan raya yang berlaku disebabkan kecuaian pemandu.

Dalam pada itu, kemelut yang di hadapi pengguna jalan raya perlu di beri perhatian. Kondisi jalan
raya yang tidak memuaskan turut menyumbang kepada peningkatan korban jalan raya. Jalan raya yang
berlubang dan tidak rata telah menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas. Keadaan yang
makin di pandang enteng oleh pihak berkuasa sering menjadi paparan utama media massa. Kini menjadi
persoalan, ke manakah pihak berkuasa yang patut membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan
mereka terhadap kekangan ini sementelah menghitung nyawa yang melayang setiap hari? Jangan di
ambil mudah akan hal ini lebih-lebih lagi ketiadaan lampu jalan di kebanyakan jalan kampung yang
suram dan kelam. Tindakan yang proaktif perlu di ambil!

Daripada perspektif yang lain, fenomena bencana alam turut menjadi punca yang menyumbang.
Kebanyakan kes jalan raya yang berlaku berkemungkinan atas faktor kejadian alam. Hujan yang turun
lebat boleh mengaburkan pandangan pemandu lebih-lebih lagi pada waktu malam. Sementelahan pula,
pemandu yang egois, tidak mengabaikan nyawa sendiri dan orang lain sengaja memandu laju padahal
mereka sudah maklum tentang keadaan jalan raya yang licin. Tidakkah mereka fikir sikap nafsi mereka
bakal memakan diri dan insan tersayang? Ini di tambah lagi dengan cuaca buruk yang melanda seperti
kabus tebal atau jerebu yang telah menghad jarak penglihatan mereka.

Bagi sesetengah pendapat pula, mereka juga mendapati kebanyakan pemandu sesuka hati
mengubah suai kenderaan mereka sesuka hati tanpa mematuhi piawai yang di tetapkan. Hampi
keseluuhan anggota kenderaan mereka di ubah suai termasuk bahagian enjin yang menghasilkan bunyi
yang bingit. Dalam konteks ini, pihak polis perlu mengenal pasti golongan muda yang di dominasi
budaya hedonistik yang tidak befaedah untuk terlibat dalam pelumbaan haram kereta di sekitar ibu
kota. Kebanyakan pemandu juga tidak menghiraukan keadaan kenderaan mereka yang tidak konsisten
dengan tayar yang tidak berbunga dan brek yang tidak berfungsi. Seharusnya, golongan pemandu ini
pelu peka dengan kondisi kenderaan mereka supaya di servis dengan lebih kerap.

Dari tembok ini, kita selaku masyarakat yang juga majoriti pengguna jalan raya perlu mengikat
sinergi untuk meminimumkan korban kemalangan jalan raya. Kerajaan sudah acap kali menagih simpati
dan komitemen semua pihak agar sama-sama kita bergerak sederap, senada dan setempo, mengalun
rentak tari mengikut gendang yang di palu agar kemelut ini dapat di basmi sehingga ke akar umbi.
Senario ini tidak mungkin kita warisi kepada generasi akan datang. Jangan kita bersikap 'bagai enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing' atau kita mahukan polemik ini sentiasa memomokkan
kita? Tepuk dada, tanya iman!
Soalan:
Kemalangan di jalan raya menyebabkan ahli keluarga kehilangan anggota yang tersayang. Tulis satu
karangan tentang usaha-usaha yang perlu diambil untuk menangani masalah ini.

Contoh Karangan Pelajar:
Pemandu tertidur mengakibatkan lorinya melanggar sebuah kereta.
Pembonceng motosikal meninggal dunia akibat kecuaian penunggang.
Pelanggar peraturan jalan raya mesti dikenakan hukuman yang lebih berat.

Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa sama ada
media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran masyarakat.
Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun, terutamanya pada musim
perayaan. Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar berterusan dan mesti ditangani dengan
secepat mungkin. Apakah usaha-usaha yang patutdiimplementasikan bagi menyelesaikan masalah yang
merunsingkan dan mengacau-bilaukan minda masyarakat ini?

Kemalangan jalan raya tidak harus dipandang enteng,
Mesti dibanteras ke akar umbi,
Kudrat semua pihak mesti digembleng,
Azam janganlah berbelah bagi.

Pada pendapat saya, kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini. Kerajaan
mesti menguatkuasakan undang-undang. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani
melanggar peraturan di jalan raya. Bak kata peribahasa, "setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya
pasti jatuh ke tanah". Tamsilnya, saya mencadangkan agar pesalah laku trafik haruslah didenda
sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selama enam bulan. Dengan ini, pengguna jalan raya
tidak akan berani memperlekeh amaran kerajaan lagi.

Selain itu, kerajaan mesti memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu
kenderaan. Oleh sebab itu, usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan. Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada para pemandu dengan mudah. Rentetan itu,
kerajaan mesti sentiasa membiayai ongkos untuk mengadakan pelbagai kempen kesedaran. Kempen-
kempen ini haruslah diadakan dengan objektif menyedarkan para pengguna jalan raya tentang
kepentingan mematuhi peraturan jalan raya.Inisiatif ini mampu membantu meminimumkan
kemalangan di jalan raya yang terus berlaku.

Seterusnya, polis trafik mestlah menjalankan tugas dengan dedikasi. Mereka mesti menjalankan tugas
masing-masing dan memberkas golongan yang melanggar undang-undang di jalan raya. Saman mesti
sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar peraturan jalan raya. Kelengkapan
polis trafik mestilah sempurna. Di samping itu, polis trafik yang amanah amat diperlukan. Mereka tidak
harus menerima rasuah sebaliknya mesti bersikap adil dan saksama. Sikap berdiri di atas pagar mestilah
dipraktikkan oleh anggota polis trafik.Implikasinya, polis-polis trafik juga turut memainkan peranan yang
agak penting.

Lain daripada itu, segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Jika
didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang seperti mengadakan perlumbaan
haram dan sebagainya, kita mesti segera membuat laporan kepada pihak berkuasa. Dengan
bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan.

Kata orang tua-tua, malang tidak berbau. Pengguna jalan raya sendiri mesti memahami maksud
bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-papan tanda di tepi jalan. Papan
tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan keselamatan para pengguna di jalan raya.
Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat dijamin jika arahan telah dipatuhi. Akhir sekali,
pemandu kenderaan mesti sentiasa memusatkan perhatian semasa memandu. Mereka tidak harus
memandu sambil membuat perkara lain seperti menggunakan telefon, bergosip dengan orang lain dan
sebagainya.

Kesimpulannya, kemalangan yang di jalan raya berlaku tidak diimpikan oleh setiap orang. Bak kata
pepatah, pandu cermat jiwa selamat. Pengguna-pengguna jalan raya mestilahmengimplementasikan
kewajipan masing-masing. Dengan ini, barulah keselamatan setiap pengguna dapat dijamin. Usaha-
usaha kolektif yang telah saya cadangkan mestilah dilaksanakan dengan segera. Ingat, hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih!
Contoh karangan. (Siti Munirah Kamarudin, Tingkatan 3I, SMK Tun Mutahir, 2011)

Media massa sering memaparkan berita mengenai peningkatan kadar kemalangan jalanraya. Isu ini
sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat terutamanya pada musim perayaan.

Terdapat beberapa langkah yang bole diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan yang sentiasa
meningkat dari tahun ke tahun ini. Antara langkah-langkah bagi menangani peningkatan kadar
kemalangan jalanraya ialah peranan pihak polis. Peranan polis amat penting dalam memastikan
peningkatan kadar kemalangan dapat dikurangkan terutamanya pada musim perayaan iaitu dengan
mengadakan Ops Sikap atau sekarang dikenali pula dengan Ops Selamat. Ops Sikap ialah satu operasi
keselamatan jalan raya yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia bagi memastikan keselamatan
pengguna jalan di Malaysia semasa musim-musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari
Natal dan Tahun Baru Cina.

Selain itu, pihak media massa juga sering mengiklankan di kaca-kaca tv dan radio supaya pemilik
kenderaan menghantar kenderaan mereka untuk penyelenggaraan sebelum memulakan perjalanan
balik ke kampung. Penyelenggaraan enjin dan tayar amat penting untuk memastikan kenderaan anda
berada pada tahap terbaik agar perjalanan anda menjadi lancar.

Sikap pemandu yang lalai dan terburu-buru seringkali menjadi faktor utama berlakunya kemalangan
jalanraya. Sikap pemandu yang lalai dapat dilihat apabila seorang pemandu bas tertidur kerana letih
mencari nafkah untuk diberi kepada anak dan isteri. Dalam hal seperti ini, pemandu bas sepatutnya
berhenti sebentar di hentian rehat dan rawat yang banyak disediakan di sepanjang lebuhraya. Akibat
sikap pemandu tersebut yang lalai dan terburu-buru untuk meneruskan perjalanan boleh menyebabkan
berlakunya kemalangan hingga menyebabkan kecederaan parah atau kematian. Sehubungan itu,
pemandu-pemandu amat digalakan untuk memastikan diri sentiasa cergas dan tidak mengantuk semasa
memandu. Janganlah diikutkan sangat perasaan bak kata pepatah, 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'.

Seterusnya keadaan jalanraya yang berlubang-lubang dan tidak rata juga sering menyebabkan
berlakunya kemalangan. Dalam hal ini, Jabatan Kerja Raya atau lain-lain jabatan yang terlibat dalam
penyelenggaraan jalanraya perlulah menjalankan peranan masing-masing dengan membaikpulih
jalanraya yang rosak. Janganlah tunggu sehingga berlaku kemalangan baru hendak dibaikpulih.

Konklusinya, semua pihak harus memerah keringat dalam mencapai matlamat kita yang satu iaitu
mengurangkan kadar kemalangan jalanraya terutamanya di musim perayaan. Oleh itu, kita semua
hendaklah berusaha dan berganding bahu dalam membendung kemalangan jalanraya yang semakin
berleluasa.

ajuk : Kemalangan jalan raya
Skop : Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya
Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa,
terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri-sendiri
atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari setahun
ke setahun, khususnya pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan berlaku? Mengapakah
kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal dan bas ekspres berbanding dengan kenderaan
lain? Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Adakah
dengan mengadakan kempen keselamatan kita dapat mengawal kadar kemalangan jalan raya? Mungkin
ada anatara kita yang mengatakan bahawa kemalangan jalan raya hanya disifatkan sebagai takdir
daripada Allah. Persoalannya, apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan
raya berlaku?

You might also like