You are on page 1of 7

Jabatan Teknologi Pendidikan,

IPG Kampus Dato Razali Ismail,


Kuala Terengganu, Terengganu.

______________________________________________________________________

TUGASAN PROJEK (INDIVIDU DAN KUMPULAN)
EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


TAJUK PROGRAM:
PISMP


NAMA PELAJAR :


NAMA KURSUS :
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

KOD KURSUS :
EDU 3053


SEMESTER :
4/2014
(Ambilan Jan 2013)


TARIKH MULA :


TARIKH HANTAR :



I. HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
1. Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan.
2. Menghasilkan pelbagai media pengajaran secara berkesan.
3. Mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbagai media
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.
5. Menilai keberkesanan media dan sumber pendidikan dengan cekap.


Tugasan projek ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1,2, 3 dan 4.




II. OBJEKTIF PROJEK

1. Membina bahan media interaktif berasaskan Learning Object yang sesuai.
2. Merakam gambar dengan syot dan komposisi yang betul.
3. Menganalisis literatur dan membentangkan isi kandungan pelajaran yang dipilih
berdasarkan topik yang diberi.

III. TUGASAN PROJEK (100%)

Sebagai seorang guru alaf baru, kepentingan menguasai kemahiran teknologi
pendidikan terkini adalah amat penting. Pengetahuan asas berkenaan medium
teknologi amat membantu guru menggunakannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.


TUGASAN 1

Pembentangan berkumpulan (20%)

Kursus Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran membincangkan konsep,
teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan; pemilihan, penghasilan,
penggunaan dan penilaian media pengajaran; aplikasi kemahiran teknikal
menggunakan pelbagai media pengajaran; pengintegrasian teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran; pengurusan media dan sumber
pendidikan.

Berdasarkan kenyataan di atas, dapatkan maklumat-maklumat berkaitan satu tajuk
kursus yang diberikan kepada kumpulan anda daripada pelbagai sumber
(bercetak/elektronik). Hasilan kumpulan dipersembahkan menggunakan MS Power
Point.

Persembahan akan dinilai berdasarkan reka letak fizikal, penguasaan isi
kandungan yang menyeluruh dan mendalam, persembahan idea yang jelas dan
konsisten dan perkaitan yang sesuai dengan tajuk dan hasil pembelajaran.



TUGASAN 2

Fotografi (20%)

Kemahiran menghasilkan media pengajaran yang berkualiti amat penting kepada
seorang pendidik. Penggunaan imej adalah merupakan komponen utama di dalam
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Seni fotografi adalah merupakan
sumber utama untuk menghasilkan imej yang baik dan berkualiti.

Oleh itu anda dikehendaki membuat rakaman fotografi yang mengandungi dua
belas keping (12) gambar komposisi dan sepuluh keping (10) gambar syot model
yang anda pilih dan diambil dengan menggunakan kamera digital. Rakaman
fotografi perlu dihantar dalam satu album mengikut susunan seperti dibawah.

(a) Dua belas (12) keping gambar berdasarkan beberapa komposisi seperti di
bawah :

1. Latar Depan (Foreground)
2. Latar Belakang (Background)
3. Bingkai (Frame)
4. Tidak berbingkai (No Frame)
5. Bayang (Shadow)
6. Tanpa Bayang (No Shadow)
7. Garisan
8. Panning
9. Rules of third
10. Pengukuran
11. Perspektif
12. Tekstur

(b) Sepuluh keping (10) gambar model yang anda pilih berdasarkan syot-syot
seperti di bawah :

1. Syot 1 - Extreme Close-Up (XCU/ECU) - Detail shot.
2. Syot 2 - Very Close-Up (VCU) - Face Shot.
3. Syot 3 - Big Close-Up (BCU) - Full Face.
4. Syot 4 - Close-Up (CU) Head + Shoulder.
5. Syot 5 - Medium Close-Up (MCU) - Bust / Chest shot.
6. Syot 6 - Medium Shot (MS) / Close Medium Shot (CMS) / Waist Shot (WS).
7. Syot 7 - Knee Shot (KS).
8. Syot 8 - Medium Long Shot (MLS).
9. Syot 9 Long Shot (LS).
10. Syot 10 Extreme Long Shot (XLS).

Setiap gambar perlu disertakan maklumat (metadata) berikut :

1. Jenis Syot atau Komposisi.
2. Jenis dan model kamera yang digunakan.
3. Waktu dan masa gambar diambil.
4. Cuaca atau suasana persekitaran semasa gambar diambil.
5. Apertur (FStop) yang digunakan.
6. Kelajuan pengatup (Shutter Speed / Exposure Time) yang digunakan.
7. Kelajuan ISO (ISO Speed).
8. Piksel yang digunakan.

TUGASAN 3


Penghasilan Bahan Bantu Mengajar Interaktif (Tugasan Individu) (60%)

Penggunaan bahan media interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
membantu guru membentuk pelajar ke arah pembelajaran terarah kendiri. Ini akan
merangsang pelajar untuk belajar melalui sumber bahan yang mudah difahami dan
menerima gambaran pengetahuan dengan lebih terperinci.

Berdasarkan pernyataan di atas, pelajar dikehendaki menghasilkan satu
persembahan elektronik dengan menggunakan microsoft powerpoint. Anda
dikehendaki membangunkan bahan mengajar interaktif untuk satu jam sesi
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan matapelajaran dan tajuk yang
ditentukan. Gabungkan semua kemahiran audio,video,fotografi dan intergrasi TMK
dalam membina pakej bahan bantu mengajar interaktif ini. Sila rujuk panduan
pelaksanaan projek untuk maklumat lengkap


ITEM DINILAI Perincian WAJARAN
Learning Object
(LO)


Menggunakan pelbagai learning Object
yang sesuai dan persembahan yang sangat
mesra pengguna. Contoh :-
Teks
Grafik
Imej
Audio

15%
Video
Gunakan Trigger Button untuk objek yang
bergerak dan perlukan mouse click



Navigasi
Mempunyai butang navigasi yang lengkap
dan berfungsi dengan betul seperti :-
Main button (main,menu dan exit)
Topic button ( Intro,Content,Quiz dan
Closure)
Subtopic button(previous,home,next dan
counter)
** Fungsi lock screen perlu di aktifkan




15%

Rekabentuk
Latihan dan
Aktiviti

Menghasilkan latihan dan aktiviti murid yang
boleh melibatkan sekurang-kurangnya 20
murid. Latihan dan Aktiviti ini perlu lah
interaktif dengan menggunakan 3 teknik
seperti berikut: -
Hot Spot
Playsound
Fill In The Blank ( Menggunakan
Developer)

15%
CASPER dan
Rekabentuk
Antaramuka
Rekabentuk antaramuka yang sangat
menepati seni reka letak CASPER.

Rekabentuk antaramuka yang sangat
menarik dan bersesuaian dengan umur
pengguna.
15%

JUMLAH

60%









IV. PANDUAN PELAKSANAAN DAN MENGHANTAR TUGASAN PROJEK


A . Panduan Pelaksanaan Tugasan Pembentangan.

1. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan yang tidak melebihi 3 orang.
2. Hasilan tugasan hendaklah dipersembahkan menggunakan MS Power Point di
hadapan pensyarah anda.
3. Persembahan akan dilakukan pada waktu tutorial.
4. Setiap kumpulan diperuntukan masa setengah jam untuk persembahan.
5. Setiap ahli kumpulan wajib melibatkan diri semasa persembahan.
6. Slaid-slaid persembahan perlu dicetak tidak melebihi 4 slaid dalam satu muka
surat dan dibinding bersama cetakan-cetakan lain.

B . Panduan Pelaksanaan Tugasan Penghasilan Fotografi

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Tugasan perlulah dihantar dalam bentuk album dan disertakan softcopy (format
CD).
3. CD softcopy mengandungi:

i. folder komposisi - 12 keping gambar digital
ii. folder syot - 10 keping gambar digital

4. Maklumat metadata foto adalah seperti arahan soalan tugasan fotografi.
5. Album gambar terdiri daripada album berpelekat (sticky album) dan mempunyai
saiz album yang seragam bagi setiap kelas/unit, dengan CD/DVD dilekatkan di
belakang bersampulkan poket kertas.
6. Perlulah ditegaskan plagiarisme (tiru, salin, cetak) dalam apa jua bentuk adalah
dilarang sama sekali. Sekiranya berlaku tugasan tidak akan diterima.


C. Panduan Pelaksanaan Penghasilan Bahan Bantu Mengajar Interaktif.
1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Tugasan perlulah dihantar dalam bentuk CD/DVD dan tugasan bercetak.

i. CD/DVD yang dihantar perlu mengikut format berikut :
Mempunyai bilangan slide sekurang-kurangnya 16 slide atau lebih.
Fail powerpoint yang dihasilkan perlu di simpan dengan menggunakan fungsi
Package for CD/Publish.
Folder yang di pakej perlu di burn kedalam CD/DVD. Nama folder hendaklah
mengunakan nama anda.
Maklumat lengkap pelajar seperti nama,unit,ambilan perlu di tulis diatas
CD/DVD dengan menggunakan pen dakwat kekal.
ii. Bahan bercetak ( Cetakan Slide ) :
a. Muka Depan
b. Maklumat Projek
c. Cetakan Slide yang menggunakan cetakan berwarna.

iii. Tugasan bercetak diatas perlu dijilid menggunakan pita pelekat
(Binding tape) dan CD/DVD perlulah dilekatkan di kulit belakang.

iv. Kulit depan dan belakang perlulah menggunakan kertas A4 100g ke
atas,

V. KRITERIA PENTAKSIRAN

Tugasan projek akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala
Terengganu, Terengganu.


Tugasan disediakan oleh: Disahkan oleh:


.......................................... ..............................................
(ROSELI BIN MAT NOR) ( BIAMIN AHMAD)
Penyelaras EDU 3053 Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan
Jabatan Teknologi Pendidikan Jabatan Teknologi Pendidikan
IPG Dato Razali Ismail, IPG Dato Razali Ismail,
Kuala Terengganu, Terengganu. Kuala Terengganu, Terengganu.

You might also like