You are on page 1of 38

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012






HBEF 1403


SENI DALAM PENDIDIKAN












MATRICULATION NO : 770218015450002
IDENTITY CARD NO. : 770218-01-5450
NAMA : ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
TELEPHONE NO. : 013-7018071
E-MAIL : znas77@yahoo.com.my
LEARNING CENTRE : JOHOR BAHRU







PENGENALAN

Sejarah Sekolah

Pada tahun 1899, sebuah sekolah telah dibina di sebuah kampong yang bernama
Kampung Makam. Ianya terletak kira kira 1.5 km dari Bandar Kota Tinggi. Pengasasnya
ialah Encik Awang Perancis. Memandangkan perkembangan dan pertambahan penduduk yang
begitu pesat, maka ia telah dipindahkan ke Jalan Idris pada tahun 1900. Kemudian, sekolah
tersebut telah dinamakan Sekolah Melayu Kota Tinggi. Dari sinilah bermulanya perkembangan
sekolah ini.
Pada tahun 1926, pihak kerajaan telah membina sebuah sekolah di Jalan Omar bagi
menampung murid murid lelaki dan perempuan. Kemudian, pada tahun 1939, sebuah sekolah
telah dibina khas untuk murid perempuan. Namun, pada tahun kedua, sekolah tersebut telah
dicantumkan di bawah pentadbiran Allahyarham Encik Mohd Zain bin Hamzah dan sekolah ini
telah dikenali sebagai Sekolah Melayu Bandar Kota Tinggi.
Kini, pada tahun 2012, ia baru ditabdir dalam masa tiga bulan oleh Puan Nurlia binti
Mohamad setelah Tuan Haji S. Othman bin S. Nong bersara pada 13 November 2011 yang
lalu. Beliau dibantu oleh Puan Hajah Sauma binti Mohamad sebagai Guru Penolong Kanan 1,
Puan Hajah Noraarshidah binti Sarpan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan
Puan Aazizah binti Hassan sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Lokasi Sekolah

Lokasi Sekolah Kebangsaan Bandar dengan Bandar Kota tinggi hanya 1.5 km. Sekolah
ini terletak di pesisiran Sungai Johor berhampiran Balai Polis Trafik Kota Tinggi yang telah
terbiar dan berada di sebelah kanan sebelum melalui jambatan ke Bandar Kota Tinggi.








Logo Sekolah



Makna Disebalik Logo Sekolah
Obor Penyuluh hidup
Pen Melakarkan pelajar berinisiatif, kreatif dan inovatif
Keris Sedia menghadapi cabaran
Bunga Padi Bermuafakat dan kerjasama

Visi

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Objentif Kualiti Sekolah

1. Pelaksanaan 100% Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Rancangan Pelajaran
Tahunan kecuali berlaku perkara perkara yang di luar kawalan sekolah.
2. Memastikan Pencapaian Murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Bandar Mencapai 65%
Lulus Keseluruhan atau Peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam peperiksaan
pertengahan tahun, akhir tahun dan UPSR.
3. Memastikan 1005 murid Sekolah Kebangsaan Bandar mendapat perkhidmatan
Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya
melainkan berlaku perkara perkara yang di luar kawalan sekolah.
4. 100% Aduan dan Maklumbalas Pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan
dalam Prosedur Kualiti Aduan Pelanggan.
5. Melaksanakan Pengurusan Kewangan tanpa teguran Audit.

Kemudahan Sekolah

Antara kemudahan kemudahan yang dapat disediakan oleh pihak Sekolah
Kebangsaan Bandar, ialah:
a) Kantin
b) Padang Serbaguna
c) Pusat Sumber
d) Makmal Komputer
e) Bilik Sains
f) Dataran Perhimpunan
g) Bengkel Kemahiran Hidup
h) Bilik Pendidikan Seni Visual
i) Bilik Akses Kendiri
j) Bilik Tayang
k) Bilik Gerakan
l) Bilik Kaunseling
m) Bilik Linus
n) Surau
o) Bilik Pemulihan Khas
p) Bilik PJK
q) Tandas
r) Taman Permainan
s) Bilik JQAF
t) Bilik Kokurikulum
u) Pejabat Guru

PELAN BANGUNAN SEKOLAH DAN LOKASI BILIK SENI VISUAL































Stor Am

B. Pengawas

6 Terbilang 6 Gemilang B. Servis

Tandas

Tandas

Bilik JQAF

Stor Am

Stor Am

Tandas

Tandas

Bilik Seni

SPBT

Bilik Sukan

Dewan

Dewan

Dewan

B. Servis

Tangga

Tandas

Tandas

Bilik Seni

SPBT

Bilik Sukan

Tangga

Dewan

Dewan

Dewan

Dewan

B. Servis

Persalinan

B. Kesihatan

Kedai Buku

B.
Keselamatan

B. Servis

Tandas

Tandas

Pejabat Guru

Pejabat Guru

B. Akses
Kendiri

P. Akses

P. Akses

Kelas
Pemulihan

6 Cemerlang

B. Servis

Kantin
Guru

Kelas
Pemulihan
2 Bijak

1 Cerdik 1 Bijak Stor

Tandas
Bilik Jamuan Bilik Jamuan

Dewan
Makan
Dewan
Makan
Kantin

Kedai Buku
Tangga

Tangga

Pra Sek 1 B. PPSMI

Makmal
Komputer
Bilik LINUS Tangga

5 Gemilang
Tandas Stor

B. Sukan Pra Sek 2 Tangga

5 Terbilang
Tangga

Tandas B. Pekerja

5 Cemerlang Bengkel KH Makmal Sains

Tangga
Surau

Tangga

Tandas B. Muzik

Makmal
Komputer
B. Gerakan Bilik Cetak

Tangga
Tandas Pejabat SK Bandar Perpustakaan B. Tayang

Tangga

4 Terbilang 4 Gemilang 4 Cemerlang

Tangga
Taman
Orkid
Sekolah



GELANGGANG
PERMAINAN SERBAGUNA





S
U
S
U
R

G
A
J
A
H

SUSUR

GAJAH

Pos
Pengawal

P
I
N
T
U

M
A
S
U
K

Pondok
Wakaf

G
a
r
a
j

B
a
s
i
k
a
l
Rumah Pam

Pondok
Wakaf

Pondok
Wakaf

G
a
r
a
j

K
e
r
e
t
a
DATARAN ILMIAH / TAPAK PERHIMPUNAN

S
U
S
U
R

G
A
J
A
H
PELAN LOKASI SEKOLAH























J
L
N

K
G

T
E
M
B
I
O
H

J
L
N

K
G

T
E
M
B
I
O
H

S
U
N
G
A
I

J
O
H
O
R

DARI JALAN KOTA TINGGI DARI JOHOR BAHRU







J
A
L
A
N

T
A
J
U
L
JALAN TAJUL







J
A
L
A
N

O
M
A
R







J
A
L
A
N

I
D
R
I
S



SJK (T)
JALAN TAJUL
PADANG JALAN JOHOR
JLN KG TEMBIOH

R
U
M
A
H

K
A
K
I
T
A
N
G
A
N




SJK (T)
JALAN TAJUL
BALAI POLIS TRAFIK
BANGUNAN
TERBIAR
KEDAI BASUH
KERETA







J
A
L
A
N

T
A
Y

K
I
A

H
E
N
G



DEWAN
WARISAN


KEDAI
MAKAN


KEDAI
MAKAN
PELAN BILIK SENI VISUAL
























A
B
C
D
E

PETUNJUK:



MEJA DAN KERUSI

SUDUT PAMERAN


KABINET

RODA PEMUTAR TEMBIKAR


PARA GANTUNG TEKSTIL

MEJA GURU


PINTU MASUK

TANUR ELEKTRIK


SINGKI
PAPAN PAMERAN GANTUNG
A PEJABAT GURU SENI B STOR
C BILIK CETAKAN D BILIK TEMBIKAR
E BILIK TEKSTIL PAPAN TULIS
KOMPUTER MESIN PENCETAK



PENGURUSAN BILIK SENI

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan
penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama
guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana
dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja
kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.
Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang
sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah
disusun mengikut jenisnya seperti:
unsur seni
menggambar / melukis
warna
lukisan alam semulajadi
seni huruf dan sebagainya.
Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia atau guru kanan juga perlu
mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai
kemudahan yang lengkap, menarik dan menekankan aspek aspek keselamatan. Di dalam
pengurusan bilik seni, aspek aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah
seperti berikut:

1. Aspek Fizikal
Aspek fizikal adalah merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang
disediakan di sekolah:

a) Trapuitik
Bilik seni hendaklah menarik apabila masuk, mempunyai ciri ciri keindahan ,
mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik seni perlulah menampilkan suasana yang
menyeronokkan apabila kita masuk. Ia akan terjelma suasana yang harmonis, ceria
dan semangat kepada murid murid dan guru untuk berada lebih lama kerana
terasa seolah olah berada dalam sebuah rumah sendiri, serta wujudnya perasaan
saling bekerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari iaitu berusaha bersama
dalam memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.
Contoh:

Suasana Dalam Bilik Yang Trapuitik

b) Perabot dan Papan Maklumat
Bilik seni yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam
atau papan putih, papan kenyataan untuk memaparkan notis semasa, jadual waktu,
jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan , sudut mata pelajaran, sudut
bacaan atau rujukan, kata kata motivasi termasuklah cara cara penggunaan
laman web, komputer, CD dan LCD. Selain itu, ruang yang selesa, perabot yang
sesuai dengan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual seperti
meja dan kerusi kerja untuk guru dan murid murid serta ianya sesuai untuk
semua aktiviti pendidikan seni visual yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah
murid. Ia juga hendaklah mempunyai ciri ciri yang ada bahagian pengajaran dan
pembelajaran teori, bengkel kasar dan bengkel halus. Jika boleh, jangan guna
kerusi plastik tetapi lebih baik guna bangku yang tidak bersandar. Susunan meja
dan kerusi dalam bilik seni hendaklah memberi kemudahan kepada murid murid
untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti
berkumpulan. Murid akan mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah
berinteraksi dengan guru.





Contoh:

Pintu Masuk Bilik Seni Yang Terdapat Papan Maklumat dan Hiasan.

c) Cahaya
Cahaya yang mencukupi sama ada cahaya semula jadi atau cahaya sumber
daripada lampu yang dipasang. Cahaya juga hendaklah dapat menerangi ruang
bilik seni. Saiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan menentukan keadaan
pencahayaan dalam bilik.
Contoh:

Pintu dan tingkap dapat beri kesan pencahayaan kepada sesuatu ruang.

d) Peredaran Udara
Bilik seni juga perlu mempunyai peredaran udara yang baik dan secukupnya
supaya dapat menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan murid. Pintu dan
tingkap yang terbuka membolehkan peredaran udara yang secukupnya. Arah
pergerakan angin dan udara juga harus diketahui.
Contoh:

Tingkap dapat memberi peredaran angin dan udara ke dalam dan luar sesebuah
bilik.


Tingkap akan menghasilkan pengaliran udara yang baik dalam sesebuah ruang.

e) Stor
Stor adalah tempat terkawal untuk menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan
pengajaran dan pembelajaran. Ia juga boleh dijadikan tempat menyimpan hasil
kerja murid sama ada di dalam bilik stor atau di dalam almari.

f) Panel dan Rak Pameran
Bahagian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satu lagi
semasa hasil dari kerja kerja murid. Sebaiknya semua bidang perlu ada
dipamerkan iaitu Bidang Seni Halus, Komunikasi Visual, Kraf dan Reka Bentuk.

Contoh:
Bahan Pameran Hasil Kerja Murid
Bahan Pameran Kraf
Panel pameran murid.

Panel dan rak pameran hasil kerja murid


g) Kemudahan Asas
Beberapa sinki air dan punca elektrik hendaklah diubahsuai agar dipasangkan di
tempat yang sesuai dengan aktiviti pendidikan seni visual.

h) Poster Keselamatan
Poster keselamatan perlulah ada agar guru dan murid sentiasa berhati hati
semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.

i) Warna
Warna dinding dan lantai haruslah harmoni. Untuk menonjolkan bahagian
bahagian tertentu dalam bilik, warna yang kontra dengan warna dinding atau
lantai digunakan. Warna yang cerah akan menyebabkan bilik kelihatan terang.
Warna yang terang juga menambahkan keluasan sesebuah bilik dan sebaliknya.

j) Bahan dan Alat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Di dalam bilik seni juga hendaklah disediakan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai seperti carta, buku buku dan lain lain. Alat pengajaran dan
pembelajaran seperti LCD projektor, komputer, pencetak dan lain lain juga perlu
ada.
Contoh:


Tempat penyimpanan pelbagai media dan alatan.

k) Pejabat Guru PSV
Sebaik baiknya, di bilik seni juga terletaknya pejabat guru PSV. Ini adalah
supaya ia dapat memudahkan segala pengurusan PSV sama ada dari segi
Pengurusan Fail dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
















2. Aspek Sosial
Aspek sosial pula merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid
dengan murid, terutamanya di dalam bilik darjah.

a) Interaksi Murid
Pada kebiasaannya, murid murid di dalam sebuah bilik darjah mempunyai latar
belakang dan sifat yang berbeza beza. Ada murid yang pendiam atau pemalu
serta tidak suka untuk bergaul dengan murid yang lain. Guru hendaklah bijak
dalam merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid murid
dengan menunjukkan sikap yang baik dan adil semasa melaksanakan peraturan
bilik darjah. Bilik seni ini pula hendaklah dapat memudahkan murid dapat
bergerak dengan bebas serta menggalakkan interksi murid dengan murid dan
murid dengan guru.
Dalam pendekatan pemusatan bahan, interaksi akan berlaku di antara guru
kepada murid yang lebih dikenali sebagai komunikasi sehala dan interaksi guru
dengan murid yang dikenali sebagai komunikasi dua hala. Selain itu, interaksi
interaksi guru dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan murid dikenali
sebagai komunikasi pelbagai hala.

b) Kemudahan Aktiviti Kumpulan
Ruang di dalam bilik seni perlulah selesa supaya aktiviti dalam kumpulan dapat
dijalankan dengan baik dan berkesan. Selain daripada itu, aspek sosial ini juga
dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik seni di
mana guru menetapkan perkara atau rutin pergerakan yang murid boleh atau tidak
boleh lakukan dengan sistematik seperti, cara murid masuk atau keluar bilik seni.
Contohnya, keluar ke tandas. Cara murid bergerak untuk melakukan tugasan
dalam aktiviti berkumpulan. Contohnya, murid mestilah berada di dalam
kumpulan masing masing dan tidak merayau rayau di dalam bilik seni serta
cara murid untuk mendapatkan bahan bahan pembelajaran. Contohnya,
mendapatkan pensel warna dan lembaran kertas dari guru.




3. Aspek Emosi
Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid murid terhadap guru mereka.
Suasana ini akan menimbulkan jenis jenis tingkah laku murid yang ditentukan
oleh gaya guru mengajar dan sifat guru itu sendiri. Mengikut kajian, suasana
emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang
mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta
menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, adil, mengamalkan sikap
demokrasi dan tidak memilih kasih. Suasana emosi ini boleh diwujudkan dan
disenangi oleh murid dengan:
I) memenuhi kehendak mental untuk keperluan berfikir.
II) memenuhi kehendak fisiiologi iaitu memuaskan deria.
III) membentuk suasana yang meransang kreativiti.

a) Hiasan Dalaman
Seni hiasan dalaman ialah seni menyusun atur perabot dan mereka hiasan
dalaman supaya ia lebih selesa, harmoni dan sesuai dalam bilik darjah serta
membantu suasana pengajaran dan pembelajaran dan juga dapat
menggalakkan lagi interaksi antara murid.

b) Ruang
Luas dan tinggi bilik perlu diketahui bagi menentukan jenis perhiasan serta
jenis dan jumlah perabot yang akan digunakan. Saiz perabot juga perlu
diambil kira kerana perabot yang terlalu besar tidak sesuai untuk bilik seni
yang kecil. Susunan dan pemilihan perabot akan menentukan ruang dalam
bilik. Bentuk bilik juga perlu sama ada bentuk segi empat sama atau segi
empat tepat dan sebagainya. Ini adalah supaya susunan yang di hasilkan dapat
menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan kondusif
supaya dapat merangsang pembelajaran murid.






c) Peragaan Hasil Kerja
Guru hendaklah menyediakan ruang dan kelengkapan yang bersesuaian untuk
memperagakan dan mempamerkan hasil kerja murid. Cara ini akan dapat
membina kepuasan dan keyakinan dalam diri murid dalam menghasilkan kerja
seni.





























PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

Empat Bidang Dalam Pendidikan Seni Visual

1. Menggambar
Menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan
kemahiran murid. Ia dapat membina pengetahuan dan kemahiran menggambar
melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar.
Melalui asas asas menggambar, guru seharusnya dapat menghasilkan pelbagai
jenis aktiviti menggambar.

a) Definisi Menggambar
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang
dihasilkan di atas permukaan rata.
Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi
warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan
pemberitahuan imej mental seseorang. Illustrasi yang digunakan untuk
menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu
artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau
objek.

b) Teknik Teknik Menggambar



Teknik Kolaj
Teknik kolaj adalah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan
dari gubahan bahan bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan
manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaaan seperti kertas
atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan
yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada
kandungan dan penyampaian gambar.
Contoh:


Teknik Catan
Apabila kita mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara untuk
menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat
poster, cat emulsi, cat gloss dan lain lain. Berbagai jenis berus atau alat
improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu
permukaan.
Contoh :



Teknik Stensilan
Dalam teknik stensilan, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil
dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil
tersebut. Apabila bahan warna disapu atau stensil yang diletakkan atas kertas,
bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap
oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar
rupa bentuk yang dihasilkan.
Contoh:


Teknik Cetakan
Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya
cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau
skrin. Ada pelbagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan
boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan
dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh
bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard dan polyfoam.
Polyfoam adalah bahan yang mudah untuk diukir. Cara gambar diukir dan
sifat bahan yang diukir akan memberi kesan yang berlainan.







Contoh:


Teknik Gosokan
Krayon boleh digunakan untuk digosok di atas kertas yang diletakkan di atas
sesuatu permukaan yang kasar. Contohnya diatas objek dengan jalinan yang
berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan.
Kita boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk
mendapat gambar yang menarik. Lubang itu memberi kesan kepada sifat garis
luar rupa bentuk yang dihasilkan.
Contoh:


Teknik Resis
Teknik resis ini menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama
lain. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin atau pun cow gum.
Teknik ini boleh menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan
untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti
kertas. Warna air boleh disapukan diatasnya.
Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Proses membuat
batik adalah satu contoh teknik resis.
Contoh:


Teknik Gurisan
Teknik gurisan dihasilkan dengan menggunakan satu alat yang tajam untuk
mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis lapis
supaya bahan krayon yang tebal terlekat di atas kertas. Alat yang keras atau
tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada
krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras
dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang
dihasilkan.
Contoh:



Teknik Mozek
Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun dan menambah bahan bahan
seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain lain ke atas sesuatu
permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan
tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih akan
memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan
yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang
dihasilkan.
Contoh:


Teknik Percikan
Teknik percikan ini adalah dengan memercikkan bahan warna dari sesuatu
alat. Contohnya, warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan
bertitik titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh
digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau
kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan
berlaku apabila warna kedua dipercikkan.







Contoh:

2. Membuat Rekaan dan Corak
Corak bermaksud struktur susunan ulangan pada cetakan atau pada jalinan kain .
Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan serta
dibuat secara terkawal atau bebas. Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara.
Corak boleh didapati daripada:
Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan.
Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting.
Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat.
Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
Abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka.

a) Jenis Susunan Corak
Penuh
Turun satu suku
Turun tiga suku
Turun separa
Sisik ikan



Selang seli


Tapak dam dan tapak catur


Siku keluang

Pucuk rebung

Orgee


Batu bata

Tunggal
Berpusat

Sendeng
Berombak
Jidar
Berjalur

Cerminan




b) Teknik Corak
a. Corak Terancang












b. Corak Tidak Terancang



3. Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang ini menjelaskan tentang aktiviti - aktiviti membentuk yang ditujukan
kepada murid sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail,
stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Ia akan dapat dilihat
bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan persembahan hasil kerja.
Bidang ini juga menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek
seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan
CORAK
TERANCANG
LUKISAN
KALIGRAFI
CATAN
CETAKAN
KOLAJ
RESIS
CAPAN
LIPATAN DAN GUNTINGAN
aspek aspek ini, murid dapat memahami dengan lebih jelas apabila mereka
bentuk dan membina sesuatu model.
Bidang ini juga mendedahkan murid kepada penggunaan pelbagai bahan, alat
dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara
kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan. Bidang
kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti
seperti:
a. Arca timbul

b. Arca asemblaj

c. Arca mobail



d. Arca stabail

e. Origami

f. Model








g. Diorama


h. Boneka

i. Topeng


Tema dan Subjek
a. Alam semulajadi
b. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis
c. Aliran dan tema sejagat
d. Keperluan dan pengalaman harian

4. Kraf Tradisional
a) Definisi
Perusahaan atau kerja kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran
kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang
diwarisi turun temurun mengikut kaum masing masing.

b) Jenis Kraf Tradisional
Alat domestik
Merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi
kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat
tradisional pada ketika itu.
Contoh:

Alat permainan
Wau adalah salah satu contoh permainan tradisi yang dimainkan untuk
mengisi masa lapang. Pada kebiasaannya, wau dimainkan selepas
menuai padi. Sehingga kini, wau masih dimainkan di Kelantan,
Terengganu, Kedah, Perlis, Selangor, Pahang dan Johor. Terdapat
pelbagai nama wau di Malaysia termasuklah Wau Barat dan Wau
Bayan.








Contoh:

Alat mempertahankan diri
Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut
keperluan masyarakat Melayu tradisional terutama di Zaman Kerajaan
Melayu Melaka dan hingga kini masih menggunakan senjata seperti
keris, pedang, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, rencong Aceh, Sewar,
Badik, Beladau, Jembiah Lading, lembing dan sumpit.
Contoh:

Batik
Batik sudah terkenal di seluruh gugusan Melayu dan dianggap sebagai
bidang kraf tangan tradisional terunggul. Batik tradisi dan moden
mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan
kesenian Malaysia. Batik tulis, batik canting dan batik lukis merupakan
kaedah membuat batik dan diminati ramai.
Contoh:

Seni tekat
Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau
tekat bersuji dan sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama
ada ditekat, disulam atau disuji, hiasannya dibentuk dalam keadaan
timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi
dengan mempulur.
Contoh:

Tembikar
Seni ini telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan
penemuan tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai
Perak. Ia dihasilkan dengan berbeza dari segi bentuk, corak dan teknik
pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si
pembuat. Bentuk persamaannya hanyalah dari segi susunan motif,
ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah dengan permukaan
berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap.





Contoh:

Anyaman
Ia merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuan,
bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku pakis ribu ribu atau bahan
bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu
menggunakan teknik selang seli helaian antara satu sama lain.
Contoh:

Kelarai
Ia adalah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui
proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang
tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang
lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra
digunakan untuk menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah
dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan
tepat.
Kelarai ini diantaranya ialah:
i. Kelarai berakar
ii. Kelarai beras patah
iii. Kelarai bunga cengkih
iv. Kelarai tampuk manggis
v. Kelarai bunga mempelas
vi. Kelarai anak ikan
vii. Kelarai kepala lalat
viii. Kelarai mata punai
ix. Kelarai sisik kelah
x. Kelarai tapak harimau
Contoh:

Ukiran
Seni ukiran kayu adalah sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang
digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi
kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran ini adalah hasil
kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat
yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Ia diperlihatkan
melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, sampan, perabot,
senjata dan peralatan untuk kegunaan harian.
Contoh:


5. Kesimpulan
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah
untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke
arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4 bidang dalam seni visual iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional adalah bertujuan
untuk memperkembangkan dan menyelaras persepsi dan konsep visual murid
untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Ia juga selaras dengan
perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi,
psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan
persepsi visual.
Murid akan dapat memiliki pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik.
Mereka juga mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran,
kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan, proses pembuatan, kaedah
dokumentasi, integrasi maklumat dan aplikasi perisian komputer. Apa yang guru
perlu pentingkan dan ambil berat ialah pemerhatian secara aktif, interaksi yang
kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan
menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.



RUJUKAN

You might also like