You are on page 1of 5

ADAT MENGHIAS DIRI

INAI

TATU

Nama saintifik inai ialah


Lawsonia Inermis

Diamalkan oleh masyarakat


pribumi Sabah & Sarawak seperti
kaum IBAN dan PENAN

Daun inai ditumbuk / kisar


halus dan dilekapkan pada
kulit. Kesan warna merah
akan melekat selepas
beberapa jam inai dipakai.

Ketahanan lebih lama daripada


pemakaian inai

Kaum wanita Melayu dan


India mengamalkan
pemakaian inai dalam
upacara perkahwinan

Meninggalkan kesan pada kulit si


pemakainya.

Motif yang biasa dilukis


ialah bunga-bungaan,
bentuk simetri dan awan
larat

Menjadi lambang keberanian

CARA-CARA MENGHORMATI ADAT RESAM PELBAGAI KAUM


1.
2.
3.
4.

Kunjung-mengunjungi apabila menjelang hari perayaan.


Mengenali dan mempelajari adat resam kaum lain.
Tidak mengejek-ejek adat resam kaum lain.
Tidak membuat bising ketika kaum lain melakukan sesuatu upacara.

KEBAIKAN MENERIMA ADAT RESAM PELBAGAI KAUM


1

1.
2.
3.
4.

Dapat berkongsi pendapat serta menambah kenalan dalam kaum lain.


Dapat mempelajari adat resam yang diamalkan oleh kaum lain.
Dapat mewujudkan perpaduan kaum dan keharmonian negara.
Menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik yang mempunyai pelbagai
adat dan kebudayaan.

KEUNIKAN MALAYSIA
1. Berbilang kaum: penduduk Malaysia yang berbilang kaum hidup aman
dan harmoni.
2. Pelbagai agama: Penduduk Malaysia bebas menganut agama masingmasing.
3. Adat resam dan kepercayaan yang pelbagai: penduduk Malaysia
mempunyai adat resam mengikut kepercayaan agama masing-masing.
4. Bebas daripada bencana: Malaysia bebas daripada bencana alam yang
boleh mengancam kehidupan rakyat di negara ini. Contohnya gempa bumi
dan gunung berapi.

Adat resam yang ada sekarang adalah diwarisi daripada nenek moyang kita.
Generasi muda sebagai waris bertanggungjawab meneruskan kesinambungan ini.

PERKENALKAN ADAT RESAM KITA

A. MAKSUD HOMESTAY
Satu kawasan penempatan tradisi kaum-kaum di Malaysia yang
membolehkan pelancong melihat cara hidup masyarakat di negara ini.

B. TUJUAN HOMESTAY DIWUJUDKAN

1. Mengenali adat resam dan pantang larang di negara ini.


2. Mengenali kesenian masyarakat di negara ini.
3. Mengenali kebudayaan masyarakat di negara ini

C. TUJUAN MEMPERKENALKAN ADAT RESAM KEPADA PELANCONG


ASING
1. Mempromosikan budaya dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia.
2. Untuk menunjukkan keunikan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia yang
majmuk.

D. CONTOH KAMPUNG YANG TERLIBAT


1.
2.
3.
4.

Kampung Mengkuang Titi, Seberang Prai (Pulau Pinang)


Kampung Hulu Chuchu, Sepang (Selangor).
Kampung Labu (Negeri Sembilan)
Kampung Pulau Tuba, Langkawi (Kedah).

PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM


A. ASAL-USUL PANTANG LARANG SECARA UMUM
i.
Bagi masyarakat Bumiputera, pantang larang diwarisi daripada
ii.
iii.

nenek moyang sejak dahulu lagi.


Pantang larang kaum Cina berasal dari negara China
Pantang larang kaum India bermula dengan perkembangan agama
Hindu di India.

Pantang larang adalah suatu bentuk peraturan yang diwarisi


turun temurun sejak berkurun-kurun lamanya. Tujuan
pantang larang adalah untuk mengelakkan kejadian yang
tidak diingini berlaku ke atas anak-anak mereka.
B. CONTOH PANTANG LARANG YANG BIASA DIAMALKAN

i.
ii.

Kaum Melayu: tidak boleh duduk di atas bantal


Kaum Melayu: tidak digalakkan menyapu di sebelah malam,

iii.

bimbang rezeki akan berkurangan.


Kaum Melayu: anak dara dilarang duduk di tangga kerana ditakuti

iv.

orang lelaki tidak datang meminang.


Kaum Melayu: anak dara dilarang menyanyi di dapur kerana akan

v.

mendapat jodoh lelaki tua.


Kaum India: bayi hendaklah dipeluk oleh ibunya ketika hujan lebat

vi.

supaya semangat bayi tidak hilang.


Kaum Melanau: Ibu yang mengandung tidak boleh memarut
ruyung batang rumbia, takut kandungannya mati.

C. PENGAJARAN DARIPADA PANTANG LARANG YANG PERLU


DIPATUHI
Pantang larang

Pengajaran

Bayi hendaklah dipeluk ketika

Ketika guruh, bayi mungkin terkejut jika

guruh

ditinggalkan oleh ibunya.


Suasana pada waktu malam adalah agak

Dilarang mengetip kuku pada

gelap. Ditakuti orang yang mengetip kuku

waktu malam

pada waktu malam tidak dapat melihat


dengan jelas dan akan terketip isi kuku.

Dilarang menghadiahkan pisau


kepada orang lain.

Pisau bukanlah barang yang sesuai untuk


dijadikan hadiah. Selain untuk kegunaan di
dapur, ia juga berbahaya.
Tangga adalah tempat orang berjalan.

Anak dara duduk di tangga

Sekiranya anak dara duduk di tangga, ia akan


menghalang perjalanan orang lain.

Setiap pantang larang yang dibuat sebenarnya mempunyai pengajaran


dan kebaikan yang tersirat agar kita terhindar daripada melakukan
perkara-perkara yang boleh membahayakan diri.

D. MENGHORMATI PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM

i.

Jangan mengejek kaum lain yang menjalankan upacara dan adat

ii.

mereka.
Menghormati pantang larang kaum lain boleh membawa kepada

iii.

perpaduan masyarakat
Kita tidak digalakkan menghina pantang larang yang diamalkan

iv.

kaum lain.
Menghormati pantang larang kaum lain boleh membawa
kesejahteraan

E. CARA-CARA MENYESUAIKAN DIRI DENGAN PANTANG LARANG


MASYARAKAT PELBAGAI KAUM
i.

Mengenali pantang larang masyarakat pelbagai kaum.

ii.

Menghormati pantang larang masyarakat pelbagai kaum.

iii.

Menghayati pantang larang masyakarat pelbagai kaum.

iv.

Memandang suatu pantang larang sebagai sesuatu keistimewaan


dan unik serta mengandungi pengajaran tertentu.

F. KESAN PANTANG LARANG KEPADA GENERASI MUDA


i.

Generasi muda akan mengingati adat resam dan amalan nenek

ii.

moyang mereka.
Dapat menghindarkan generasi muda lupa akan asal usul amalan

iii.

nenek moyang mereka.


Generasi muda akan lebih berdisiplin dengan menghormati
pantang larang yang ada di Malaysia.

You might also like