You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST PATRICK,

MUKAH
Sinopsis Dan Skrip Drama
Tajuk Drama : BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Tajuk Drama: Berkhidmat Untuk Negara


Sinopsis
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang murid yang berusia 16 tahun yang memberikan pelbagai
alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN). Oleh sebab berasal
daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan. Aiman beranggapan
bahawa PLKN mungkin akan mengugat zon keselesaannya.
Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun
ayahnya Khir Ghazali memberikan galakan dan kata-kata perangsang kepada Aiman untuk
menyertainya. Selain Khir Ghazali, watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan
Cikgu Dahari turut memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Program Latihan
Khidmat Negara.
Akhirnya, setelah melayari laman sesawang yang memaparkan kejayaan kejayaan pelajar senior
yang menyertai dan menerima anugerah PLKN, hati aiman terbuka untuk menyertai PLKN dan
bertekad untuk membuktikan sikap berdikari dan semangat cinta akan tanah air.

Skrip Drama
(Sudah menjadi satu kebiasaan bagi Aiman, cuti hujung minggu merupakan masa yang terbaik
untuknya bersantai dan melakukan segala perkara yang dimahukannya. Lahir daripada
keluarga yang dilimpahi kemewahan harta benda dan wang ringgit, telah menjadikan dia manja
serta malas. Segala kerja di rumah akan dibantu oleh orang gaji. Pada tengah hari itu, sedang
AIMAN duduk bersantai, muncul Posmen menyampaikan sepucuk surat yang akan merubah
kehidupannya. Kelihatan POSMEN muncul dan menyerahkan surat kepada AIMAN )
Posmen

: Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah Bin Khir Ghazali di rumah ini?

Aiman

: Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?

Posmen

: Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih
untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus Program itu. Kalau
umur abang macam adik, pasti abang tak akan lepaskan peluang ini.

Aiman

: Abang buang saja surat ini. Saya tak berminat langsung. Buat apa nak bersusah
payah sertai program macam ni. Ayah saya banyak duit. Apa yang saya nak,
semua boleh dapat. Buang masa dan tenaga saja program macam ni. Untuk
orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam kali sehari,
tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi
haha..ha.

Posmen

: Tak baik cakap macam tu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba jangan
fikir tentang duit dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan
pengalaman yang akan diperoleh nanti.

Aiman

: Abang ini cakap banyak pula, macamlah abang pernah sertai program itu.

Posmen

: Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Tapi, hasil daripadanya, dah
banyak yang abang nampak.

Aiman

: Tak fahamlah saya, bang.

Posmen

: Maksud abang. Remaja yang dah menyertai program ini, apabila tamat latihan,
banyak kesan positif yang akan wujud dalam diri mereka. Anak jiran abang dulu
pemalas. Kalau balik rumah cuma tahu tidur dan makan saja. Tapi selepas tamat
program itu, abang tengok dia dah rajin tolong keluarganya dan baru nampak
rasa hormat kepada orang tua. Hasil yang paling dekat dengan diri abang ialah
adik abang sendiri. Memang bagus program itu. Banyak perubahan positif dalam
diri dia.

Aiman

: Apa sajalah. Doakanlah, mana tahu terbuka hati saya untuk sertainya kelak.

Posmen

: Terpulang, tak ada siapa yang akan rugi kalau adik tak pergi kecuali diri adik
sendiri. Fikirkanlah baik-baik. Abang banyak lagi surat yang hendak dihantar
ini. Amanah orang semua surat ini.

Aiman

: Terima kasih.

(Posmen berlalu. Tinggal Aiman sendirian memikirkan sesuatu)


Aiman

: Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja? Hmm, kalau aku buang, nanti
ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar! Tak ada kesannya nanti. Baik
aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.

(Oleh sebab AIMAN langsung tidak berminat untuk menyertai program itu, maka surat tawaran
PLKN langsung tidak dibukanya, malah sesampai di biliknya terus dicampakkan sahaja surat
itu).
Nek Sinah

: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam
masak asam pedas.

Aiman

: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu
cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi.
Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan dengan dia.

Nek Sinah

: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu
yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam
baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.

Aiman

Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sibuk
saja. Macamlah esok nak kiamat.

Nek Sinah

: Tak baik cakap begtu. Mereka pastinya ada urusan penting.

Aiman

: Sudahlah. Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nraanti kalau saya lapar,
saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya buat.
Saya bukannya budak kecil lagi

(Nek Sinah meninggalkan Aiman dengan rasa kesal. Kesal dengan sikap Aiman yang tidak
menghormatinya dan ahli keluarga tersebut hanya mementingkan wang ringgit)
Aiman

: Bosan betul aku dengan Nek Sinah. Semua perkara nak diberitahu kepada aku.
Suruh aku buat macam ini, macam itu. Hish, rimas aku dengan orang tua itu!
Daripada aku fikir fasal Nek Sinah, baik aku tidur.

(Sudah menjadi tabiat AIMAN, apabila punya masalah dia akan tidur. Ada kalanya dia akan tidur
semalaman. Namun, dalam mimpinya kali ini dia merasakan bahawa dia sudah menyertai
program PLKN dan berada dalam kem latihan. Aiman terjaga daripada mimpi. Barulah dia
menyedari bahawa dia telah tidur hingga pagi dan sudah terlewat untuk ke sekolah. Setibanya
AIMAN di sekolah, terasa seperti ada sesuatu yang menarik pada hari itu. NORA muncul dan
menerpa ke arahnya).
Nora

: Aiman, cepat pergi tengok kat papan kenyataan sekolah. Ada perkara menarik.

AIMAN

: Apa yang menarik sangat. Ada berita tentang aku keluar kat surat khabar, ke?

Nora

: Bukanlah. Kau ni memang gila glamour betul. Ini tentang nama pelajar yang
terpilih untuk menyertai PLKN. Kalau tak silap aku tadi, aku ada nampak nama
kau juga.

Aiman

: Malaslah aku fasal itu. Aku nak pergi kantin cari makan lagi bagus.

Nora

: Kau ni teruklah. Langsung tak ada semangat cinta akan Negara sendiri. Jahanam
Negara kita ini kalau ramai yang berfikiran macam kau. Malu aku ada kawan
macam kau.

Aiman

: Janganlah merajuk. Tak baik kau cakap macam tu kepada aku. Hmm, apa kata
aku belanja kau sarapan pagi ini?

Nora

: Tak payahlah kau gunakan wang kau untuk pujuk aku. Jangan ingat dengan
wang kau boleh dapat semua perkara yang kau mahukan.

(Aiman terkejut dengan tindakan NORA kepadanya. Selama ini mereka sentiasa bersependapat
dalam pelbagai perkara. Tetapi tidak pada kali ini. AIMAN kehairanan, lalu terus menuju ke
kantin).
Sundarani

: Kau dapat masuk kem mana?

Aiman

: Kem? Kem Majidi. Ha..ha..haa

Sundarani

: Sejak bila kem itu jadi Kem Latihan Khidmat Negara? Setahu aku, itu kem askar
saja. Macam Kem Pulada.

Aiman

: Kau ni lurus bendul betullah. Aku bergurau saja. Cepat betul kau percaya
perkara yang aku cakap. Bahaya orang macam kau ni, senang kena tipu. Kau
sibuk Tanya aku, kau dapat kem mana?

Sundarani

: Kem De Bana, Jempol.

Aiman

: Di mana kem itu? Tak pernah dengar pun nama tempat itu.

Sundarani

: Buta sejarah betul kau ini. Jempol kan dalam kawasan Negeri Sembilan.

Aiman

: Manalah aku tahu. Aku biasa berjalan ke luar Negara. Kalau dalam Malaysia
manalah aku tahu. Tak ada apa-apa yang menarik pun sama saja

Sundarani

: Pernah dengar peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri? Tahu maknanya?

Aiman

: Tahu.

Sundarani

: Kalau tak tahu mengaku saja, jangan jadi bodoh sombong pula.

(AIMAN menjadi tidak selesa dengan persoalan SUNDARANI. Kemunculan AH TIAU


menyelamatkan suasana daripada menjadi tegang)
Ah Tiau

: Kamu berdua dapat masuk kem mana? Saya terpilih untuk masuk Kem Paya
Indah Wetland, Hulu Langat, Selangor. Seronoknya. Dapat juga saya tengok
kawasan lain.

Sundarani

: Saya akan ditempatkan di Kem De Bana, Jempol, Negeri Sembilan.

Ah Tiau

: Awak pula Aiman, kem mana?

Sundarani

: Dia dapat masuk Kem Majidi.

Ah Tiau

: Hah, sejak bila kem itu menjadi kem untuk PLKN?

Syuhada

: Aiman . Kita dapat kem yang sama.

Sundarani

; Kem mana? Kem Majidi?

Syuhada

: Mana boleh, aku baca senarai penempatan kem tadi, nama Aiman tersenarai di
Kem Teluk Sari, Mersing.

Aiman

: Mersing? Hmmm.

Syuhada

: Kenapa? Kan bagus tempat itu. Kawasannya di tepi pantai menghadap Laut
China selatan lagi.

(Sedang mereka rancak berbincang tentang PLKN, kedengaran loceng yang menandakan waktu
bermulanya sesi persekolahan untuk hari itu berdering. Mereka semua menuju ke kelas masingmasing. Semasa dalam kelas mereka telah mendapat maklumat yang sangat berguna daripada
Cikgu Dahari berkaitan tentang PLKN)
(Setibanya Aiman di rumah dia mendapati ayahnya berada di rumah).

Khir Ghazali : Awal balik hari ini? Selalunya lewat petang baru sampai rumah. Ini mesti ada
hajat, sebab itulah lepas sekolah terus balik ke rumah.
Aiman

: Mana ada, daddy. Kan saya memang suka duduk di rumah. Daddy tu yang pelik
hari ini. Biasanya, malam baru sampai rumah.

Khir Ghazali : Kan daddy baru selesai daripada kerja luar. Hari ini daddy bercadang nak
berehat di rumah. Tak payahlah nak soroklah, daddy tahu ada sesuatu yang
Aiman fikirkan. Cakaplah, mana tahu daddy dapat bantu.
Aiman

: Daddy pasti dapat membantu saya kali ini. Saya yakin daddy dapat selesaikan
masalah saya. Daddykan selalu menjadi penyelamat saya.

Khir Ghazali : Masalah apa? Cuba terangkan satu persatu. Ini tidak, terus yakin. Aiman fikir
daddy ada kuasa sakti yang sekali sebut terus bertukar menjadi permintaan yang
dimahukan. Apa masalahnya?

Aiman

: Sebenarnya nama saya terpilih untuk menyertai PLKN selepas selesai SPM.

Khir Ghazali : Baguslah, apa pula masalahnya?


Aiman

: Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong dapatkan
pengecualian untuk saya. Sayantak suka program macam itu!

Khir Ghazali : Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata tidak. Daddy mahu
Aiman pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan Aiman dapat.
Aiman

: Lecehlah berbincang dengan daddy. Semua keputusan daddy akan tentukan dan
Aiman hanya kena ikut. Baik Aiman minta tolong mummy pula.

(Sedang Aiman mahu berlalu meninggalkan daddynya, muncul pula MASNAH, mummy
AIMAN. AIMAN terus mendapatkannya).
Masnah

: Apa yang dua beranak ini bincangkan? Dari tadi mummy dengar macam hangat
saja?

Khir Ghazali : Anak awak ini, dah besar panjang pun asyik nak manja saja. Cuba awak ajar
supaya dia tahu berdikari. Buat malu saja kalau anak lelaki macam ini.
Masnah

: Apa masalahnya?

Aiman

: Aiman terpilih untuk penempatan pelatih PLKN nanti. Aiman minta daddy
dapatkan pengecualian tapi daddy tak mahu tolong.

Masnah

: Hah abang, bukanlah itu masalah kecil sahaja? Abang boleh gunakan kedudukan
dan pengaruh abang untuk dapatkan pengecualian untuk Aiman ini. Abang tak
sayangkan Aiman? Sanggup abang biarkan dia masuk kem latihan?

Khir Ghazali : Sebab saya sayang akan Aimanlah saya nak dia terlibat dengan PLKN.
Masnah

: Bahayakan nyawa anak kita nanti.

Khir Ghazali : Apa yang awak merepek? Daripada dia terlibat dengan perkara yang tak
berfaedah pada masa cuti sekolah nanti, ada baiknya dia terlibat dengan PLKN.
Bukan lama pun, tiga bulan saja. Sudahlah, hari ini saya bercadang untuk
berehat di rumah dengan aman tenteram. Kalau macam ini baik saya berehat di
kelab golf.

(Khir Ghazali berlalu diikuti dengan MASNAH. MASNAH berasa bersalah dengan tindakannya
tadi dan cuba memujuk semula hati suaminya untuk berehat sahaja di rumah bersama-samanya
dan anak-anak. AIMAN berlalu dan segera ke biliknya. Dia terus menghadap computer ribanya.
Sedangkan dia leka melayari pelbagai laman sesawang yang ada, dia dikejutkan dengan satu
berita).
Aiman

: Eh, kalau tak silap aku, ini Syufia! Murid yang sentiasa mengasingkan diri dan
tidak bercampur dengan orang alin. Tapi macam mana dia boleh terpilih untuk
menjadi pelatih terbaik WIRAWATI untuk Kem Gerakhas, Desaru, Johor?
Pelik, pelik. Ini pula ada gambar Ziman, senior di sekolah aku. Setahu aku, dia
ni kuat makan dan tidur, tapi dia pun dah berjaya menyertai PLKN. Ini mesti ada
sesuatu yang istimewa semasa program dijalankan sehingga kawan-kawan aku
boleh berubah. Kalau begitu, aku juga akan sertai PLKN dan buktikan bahawa
aku juga mampu berdikari. Ya, aku akan menyahut seruan berkhidmat untuk
negara tercinta.

TAMAT -

You might also like