You are on page 1of 5

NAMA : NASURAH BINTI MAZLAN

UNIT : PPG PSV AMBILAN FEBRUARI 2012


SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS

SOALAN 3
Sumbangan UNESCO terhadap pembangunan pendidikan di Malaysia.
UNESCO merupakan sebuah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB. Ia
juga dikenali sebagai UN Educational, Scientific and Cultural Organization dalam
Bahasa Inggeris. Ia adalah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB.
UNESCO telah ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk
menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dunia. Antara lima program utama
UNESCO adalah Pendidikan, Sains semula jadi, Sains manusia dan sosial,
Kebudayaan dan Komunikasi dan maklumat.
Sejak tahun 1996 UNESCO telah menetapkan 4 (empat) pilar pendidikan yang
harus diperhatikan secara sungguh-sungguh oleh pengelola dunia pendidikan.
Keempat-empat pilar pendidikan tersebut adalah :
i.
ii.
iii.
iv.

Belajar untuk Menguasai Ilmu ( learning to know )


Belajar untuk Menguasai Kemahiran ( learning to do )
Belajar untuk Menjadi Insan Berguna ( learning to be )
Belajar untuk Harmoni dan Bekerjasama ( learning to live together )

Ia dibentuk UNESCO pada tahun 1993, dengan beranggotakan 14 orang dari


berbagai belahan. Pendidikan formal kini seharusnya merancang kurikulum
yang memberi ruang dan masa untuk pelajar melibatkan diri dalam projek
kolaboratif sama ada dalam aktiviti sukan atau budaya. Sekolah dan guruguru boleh merancang program amal atau aktiviti dalam gerak kokurikulum.
Pelajar menjalankan kerja-kerja amal atau komuniti di luar bandar dan juga
di kawasan orang asli untuk memahami cara hidup mereka.
Manusia perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling mereka
supaya

dapat

memperkembangkan

kemahiran

kerjayanya

serta

berkomunikasi dengan orang lain. Termasuk Belajar Cara Belajar (Learning

how to learn) dengan memperkembangkan tumpuan, kemahiran ingatan dan


kebolehan untuk kanak-kanak. Guru perlu menggunakan ICT dalam pengajaran
sebagai aktiviti pengajaran yang menarik. Guru juga perlu mengikut trend
perubahan dalam dunia ledakan maklumat dan mengemas kini pengetahuan
supaya murid menerima pengetahuan terkini untuk bersaing setanding
dengan orang lain dalam

dunia

yang berteknologi tinggi.

Dari segi Belajar Untuk Menguasai Kemahiran pula terbahagi kepada empat
bahagian

iaitu

kemahiran interpersonal,

kemahiran berpasukan

dan

kemahiran berkomunikasi,

kemahiran menyelesaikan

masalah.

Guru

mengadakan Aktiviti berbentuk Hands-On seperti membuat eksperimen,


membuat model dan lain-lain. Dalam aktiviti Kokurikulum. (Kelab atau
Persatuan) pula, guru sebagai pembimbing sahaja.
Belajar

Untuk

Menjadi

Insan

Berguna

pula

pendidikan

harus

menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal,


intelek, rohani, emosi, kepekaan & penghargaan estetika. Pembentukan
modal insan berpandanan dengan saranan yang diusulkan di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan mengenai gagasan JERIS dalam melahirkan individu
seimbang. Kurikulum di Malaysia dapat membantu perkembangan potensi
murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS). Setiap individu perlu menerima didikan awal sejak kanakkanak sehinggalah dewasa dalam semua aspek sehingga mereka boleh
berfikir secara kritis, berdikari dan berupaya membuat keputusan. Guru perlu
mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan
praktis

dan

mesti

bijak

membina

pengetahuan

dan

kemahiran

secara development mengikut kadar pembelajaran bagi mencapai hasrat


kritis, kreatif dan inovatif.
Manakala Belajar Untuk Harmoni dan Bekerjasama pula pendidikan
berperanan penting dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain

supaya rakyat dapat hidup aman damai di dalam negara berbilang kaum dan
budaya. Tonggak pendidikan di mana pelajar belajar untuk bekerjasama dan
hidup secara harmoni tanpa mengira bangsa dan latar belakang.
Implikasi Tonggak Pendidikan ini terhadap sistem pendidikan dapat
memberi peluang kepada murid meneroka dan memahami orang lain diawal
persekolahan. Pendedahan kepada kepelbagaian budaya rakyat negara &
kesedaran tentang saling memahami serta saling memerlukan antara sama
lain. Pendidikan menjadi wadah untuk belajar tentang budaya, agama dan
tingkah laku setiap etnik. Contohnya, Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab
mereka dalam masyarakat dan negara, melahirkan anggota masyarakat dan
warganegara yang bersatu padu, patriotik & boleh menyumbang ke arah
kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia, menjadikan ikatan dan nilai
yang sama menerusi projek seperti sukan, merancang kurikulum yang
melibatkan murid di dalam projek kolaboratif sama ada aktiviti sukan atau
budaya.

Sumbangan

PEMADAM

dalam

membanteras

masalah

penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja di Malaysia.


PEMADAM ditadbirkan oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti Dadah
PEMADAM Kebangsaan; dan untuk melicinkan lagi jentera pengurusan dan
pelaksanaan program dan aktivitinya, biro - biro telah diwujudkan. Sebagai
satu badan yang bercorak kebangsaan, PEMADAM juga bergerak di peringkat
negeri,

daerah

dan

unit.

Peranan dan tugas utama PEMADAM adalah pendidikan pencegahan dan


penyebaran maklumat mesej anti dadah. Untuk mencapai matlamat ini,
PEMADAM memberi fokus kepada belia, pelajar, pekerja, pendidik dan
ibubapa. Berbagai kursus, seminar, bengkel diadakan supaya mesej anti
dadah dapat tersebar meluas dan kemahiran mengendalikan kerja-kerja
pencegahan dadah dapat dipertingkatkan.
Dadah adalah musuh nombor satu negara yang perlu ditangani segera
kerana

ia

boleh

melumpuhkan

merosakkan

pembangunan

masa

depan

fizikal

generasi

dan

rohani

muda
rakyat.

sekaligus
Usaha

mencegahpenyalahgunaan dadah tidak hanya terletak kepada bahu kerajaan


malah

semua

rakyat

di

negara

ini

yang

cintakan

kesihatan

dan

kesejahteraan hidup.
Gejala dadah bukansahaja merosakkan fizikaldan rohani penagih
malahmenyumbang

kepada jenayah

lain

yang

sukardikawal

termasuk

keskecurian, rompakan dan pembunuhan. Walaupun pelbagai usaha sudah


dilakukan beberapa dekad lalu, namun penyalahgunaan dan pengedaran
dadah di negara ini masih berleluasa.
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Mencegah
Dadah Malaysia (Pemadam) sentiasa menjalankan tugas berat ini kerana
masih wujud penagih baharu terutama remaja di bangku sekolah dan
lepasan sekolah.

Peranan agensi ini dapat membantu memulihkan penagih dadah dan


meluaskan kempen anti musuh nombor satu negara ini. Namun begitu
mereka mempunyai pendekatan dan cara tersendiri melakukan kerja
kebajikan ini. PEMADAM juga memastikan semua proses pencegahan,
pemulihan dan pembanterasan dadah dapat diselaraskan dengan lebih
berkesan.
Jabatan PEMADAM memainkan peranan besar dalam badan baharu
nanti. Badan baharu itu dijangka dapat membanteras gejala dadah di negara
ini dengan lebih berkesan apabila semua tenaga dan kepakaran masingmasing disatukan dibawah satu bumbung.
Badan

berkenaan

juga

lebih

memudahkan

kerajaan

melakukan

pemantauan dan penyelarasan aktiviti. Masalah-masalah dadah mampu


dihapuskan kerana terdapat beberapa wakil pelbagai parti politik berada
dalam kepimpinan Pemadam dan ia merupakan satu kombinasi yang baik.
Sekiranya badan tunggal ini diwujudkan ianya juga akan mendapat sokongan
daripada mereka. Pemadam menjalankan peranannya di peringkat akar umbi
sekiranya tiada peruntukan yang diberikan.
Masalah penyalahgunaan dadah di negara ini adalah serius dan
memerlukan perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak. Pemadam
selaku NGO perlu dilibatkan di semua peringkat. Oleh itu, jalinan kerjasama
yang sedia ada perlu diperkemas dan ditingkatkan. Semua agensi kerajaan
yang terlibat dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah khususnya
pihak JSJN, PDRM, Kastam, Imigresen, AADK dan Majlis Keselamatan Negara
(MKN) perlulah meneruskan jalinan pintar bersama Pemadam supaya
permasalahan yang kita hadapi boleh dikawal, katanya. Ini adalah usaha
menangani masalah sosial khususnya berkaitan dengan dadah, tidak ada
satu kaedah induk. Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan
permasalahan ini dibendung dan di sini datangnya peranan NGO.

You might also like