You are on page 1of 29

Kerja Kursus Sejarah

21/2

5.1 PENGENALAN

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan.Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu.Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi,di mana ikatan itu terus diperkukuhkan dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan.Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisonal yang dipertandingkan.

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita.Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama.Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian.Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba,pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan.Kerja- kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah.Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampong,penduduk kampong berdekatan turut berkunjung untuk mengambilbahagian atau sekadar member semangat.Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampong-kampung yang mengambil bahagian.Oleh yang demikian,permainan tadisional juga dikenali sebagai permainan rakyat.

Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibubapa dan datuk nenek kita sahaja.Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak- kanak sehingga hari ini.Di antara permainan itu termasuklah guli,congkak,gasing,wau,sepak raga dan lain-lain.

Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Ini telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk mencipta permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang. Pelbagai faedah boleh

Kerja Kursus Sejarah

21/2

didapati daripada permainan gasing ini. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kemahiran dan kebolehan ini diaplikasi secara sistematik dalam gelanggang gasing. Kepantasan dan ketepatan amat jelas dalam permainan gasing dan ia juga memupuk semangat kekitaan yang tinggi. Permainan gasing harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah mengekalkan daya kreatif bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan serpihan kayu. Jika usaha gigih diteruskan pasti

suatu ketika nanti gasing akan menjadi permainan yang digemari. Pemulihan permainan ini diharap dapat memaparkan kepada umum tentang warisan bangsa Melayu yang telah dilupakan agar terus berkekalan.

Gasing kepada orang-orang Melayu ialah kayu berbentuk cakra,pada salah satu permukaannya terdapat paksi besi ditengah-tengahnya.Gasing mempunyai ukuran yang berbeza- beza tetapi tertakluk kepada ukuran biasa iaitu 28.5 inci bagi kelilingnya dan 9 inci bagi garis pusatnya.Di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu membuat gasing merupakan satu seni yang memerlukan kemahiran (keterampilan) dan kesabaran.Keseluruhan proses membuatnya dari mula sehinggalah siap mungkin mengambil masa enam minggu.Main gasing adalah sukan untuk orang-orang dewasa di beberapa tempat di semenanjung,khususnya di Kelantan dan Tereangganu.Terdapat dua bentuk pertandingan yang diadakan iaitu sama ada pertandingan

Kerja Kursus Sejarah

21/2

menentukan gasing yang berputar paling lama sebagai pemenang ataupunsatu permainan yang agak agresif dimana dua pasukan akan mengmbil bahagian dialam pertandingan yang juaranya akan ditentukan apabila pemain dari satu pasukan dapat mengetuk dan mengeluarkan gasing lawannya dari gelanggang pertandingan.

Seperti juga permainan wau permainan gasing biasanya diadakan selepas musim menuai padi yang selalunya selama tiga bulan.Pertentangan diantara kampung-kampung yang mengambil bahagian hanyalah merupakan satu hiburan dan pertandingan dua pasukan yang sama-sama kuat memberikan kepuasan dan tentunya mengembirakan para penonton.

Apabila gasing berputar ligat,ia dipanggil “gah” bermaksud tegak dan kuat ketika berpusing.Mengikut cerita masyarakat di Kedah,Ia berasal daripada permainan laga telur yang kerap dimainkan di kalangan kanak-kanak.Di situ timbul idea megikut kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi.Bagi memastikan ia berputar ligat,tali digunakan untuk memusingkan.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru,kemuning,merbau,rambai,durian dan kundang.Bemula dengan tiga bentuk asas gasing,iaitu gasing telur,jantung dan berembang,kemudian pelbagai rekaan dicipta pereka gasing di seluruh negara.Nama gasing diberikan mengikut kepada sifatnya yang berbeza dan setiap negeri ada bentuk,jenis dan nama tersendiri.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.

5.3 Jenis-jenis gasing

Kerja Kursus Sejarah

21/2

5.4

Melilit tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit

Kerja Kursus Sejarah

21/2

pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

  • 5.5 Melilit gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing.

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

Kerja Kursus Sejarah

21/2

  • 5.6 Memusing gasing

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

Kerja Kursus Sejarah

21/2

  • 5.7 Memangkah gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

  • 5.8 Pangkah totok

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

  • 5.9 Pangkah hentak

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia

Kerja Kursus Sejarah

21/2

boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

  • 5.10 Pangkah layang

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

  • 5.11 Pangkah tebang

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

  • 5.12 Mengangkat gasing

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu

ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.

  • 5.13 Peraturan-peraturan permainan gasing

PERATURAN I ATURAN BERMAIN

Pasukan : Satu pasukan mempunyai tiga regu

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Fasa 1

a)

Tiap-tiap regu mengandungi empat puluh orang pemain.Pasukan-pasukan boleh mengadakan pemain simpanan.

b)

Tiap-tiap pemain dibenarkan bermain sekali sahaja untuk pasukannya.

c)

Penukaran pemain dalam seluruh permainan dibenarkan 3 orang sahaja.

Fasa 2

 

Masa bermain dihadkan dalam masa 40 minit bagi tiap-tiap satu regu.

Fasa 3

 

Cara bermain adalah dengan cara Retek Dara (retek dara ialah ratok atau tergesel gasing pemusing dengan gasing pemusing disebabkan pangkahan gasing pemangkah.Jika berlaku ratok itu pemangkah dikira batal.)

Gasing pemangkah terantuk dengan dua atau lebih gasing pemusing,maka dikira ratok pihak pemangkah batal.

Fasa 4

 

Tiap-tiap seorang pemain dibenar menggunakan sebuah gasing sahaja untuk seluruh permainan,kecuali gasingnya rosak dan disahkan oleh pihak pengadil.(Gasing rosak adalah gasing yang tidak boleh digunakan lagi kerana pecah dan sebagainya)

Fasa 5

 

Regu pemusing : Regu pemusing hendaklah memusing gasing empat-empat biji ke dalam bulatan dalam had masa yang ditentukan.

Fasa 6

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Jika dua buah gasing yang dipusing tidak termasuk dalam bulatan,dikira faul – satu mata untuk pihak pemangkah.

Fasa 7

 

Jika satu gasing terkeluar bulatan (Borot) pengadil berhak mengambil gasing tersebut diberikan kepada salah seorang pemain regu pemangkah untuk diletakkan kedalam bulatan dan dipangkah oleh pemangkah yang akhir.

Fasa 8

 

Regu pemusing hendaklah memusing keempat-empat gasing tidak lewat daripada 20 saat,setelah diperintah oleh pengadil untuk memulakan pusingan.Jika melengahkan masa lebih 20 saat dikira faul dan satu masa bagi pemangkah.

Fasa 9

Regu pemangkah dikehendaki memangkah keepat-empat gasing pemusing dalam tempoh 30 saat setelah diperintah oleh pengadil.Jika melengahkan masa lebih daripada 30 saat dikira batal kepada regu pemangkah (Peraturan ini dikecualikan kepada gasing borot yang mana masanya tidak dihadkan) Fasa 10 Pemangkah hendaklah melilit talu gasing sekurang-kurangnya tiga lilitan.Jika tidak regu pemangkah dikira batal.

Fasa 11

Regu pemangkah dibebaskan memangkah mana-mana gasing dalam bulatan. Fasa 12

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Jika pemain regu pemangkah memijak garisan semasa mara memangkah atau masuk kawasan yang dilarang dikira faul dan satu mata diberi kepada regu pemusing.(Selepas memangkah dibenarkan memijak garisan)

Fasa 13

Masa memangkah tangan dikehendaki atas paras pinggang.Jika tangan bawah paras pinggang dikira batal regu pemangkah.

Fasa 14 Memangkah debus dikira batal kepada egu pemangkah.

Fasa 15

Membela uri dibenarkan kepada pemusing dan pemangkah selepas keempat-empat gasing dipangkah.Jika didapati pemangkah membela uri sebelum masanya,dikira batal regu pemangkah.Jika pemusing membela uri sebelum masanya dikira faul dan satu mata untuk regu pemangkah. Fasa 16 Membela uri dibolehkan kepada pemangkah dan pemusing dengan tidak menggunakan cokok atau penyodok tetap. Fasa 17 Dua mata diberikan kepada pasukan pemangkah jika keempat-empat pemangkah dapat memangkah gasing pemusing tanpa ratok dan menang dalam perlawanan uri. Fasa 18 Menentukan kemenangan adalah dikira dari kemenangan regu.

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Fasa 19 Jika didapati permainan seri,kemenangan diberikan kepada pasukan yang jumlah mata yang lebih.Jika jumlah mata seri juga,maka keputusan muktamad adalah seri. Fasa 20

Semasa perlawanan dijalankan dan masa telah cukup,maka mata tidak diberikan kepada pemangkah.Jika seri urinya satu markah kepada pemangkah.

Fasa 21

Jika regu pemangkah dan regu pemusing sama-sama menag uri atau mati uri maka dikira regu pemangkah yang menang dengan mendapat satu matu sahaja.Jika pemusing regu menang uri,maka gelaran regu pemusing dan regu memangkah bertukar. Fasa 22 Menentukan kemenangan adalah dikira dari kemenangan regu.

PERATURAN I I Tata Tertib

Fasa 23

Tidak dibenarkan bersungut-sengut dan ajar-mengajar semasa pertandingan dijalankan.

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Fasa 24 Patuh kepada keputusan pengadil

Fasa 25

Pakaian hendaklah kemas dan tiada pakaian yang merbahaya. Fasa 26 Dikehendaki meminta kebenaran pengadil untuk membetulkan sesuatu kerosakan tali gasing dan lain-lain. Fasa 27 Tidak dibenarkan merokok dan seumpamanya semasa bermain.

PERATURAN I II Perkara AM

Fasa 28

Gasing boleh diwarnakan seragam bagi satu pasukan untuk memudahkan pengadil mengenalinya. Fasa 29 Istilah gasing keluar bulatan atau gasing dalam ialah dikira pada kedudukan paksi gasing.Kalau paksinya keluar garisan bermakna gasing itu keluar. Fasa 30

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Perlawanan antara pasukan dikehendaki tiap-tiap pasukan menyediakan bilangan ragu yang ganjil,umpamanya 3 regu,5 regu.7 regu dan seterusnya.

Fasa 31

Pengadil bolehlah member 5 minit rehat dalam masa 40 minit permainan tiap-tiap regu.Tindakan pengadil ini mestilah diberitahu kepada tiap-tiap regu sebelum permainan dimulakan.

  • 5.15 Gasing Toyol

Ciri-ciri Bentuk : Tinggi Berat : 0.6 kg Lilitan : 36 cm Tinggi : 12 cm

Ciri-ciri

Bentuk : Tinggi

Berat

: 0.6 kg

Lilitan : 36 cm Tinggi : 12 cm

Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan berat

Kerja Kursus Sejarah

21/2

sekitar 6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian sekitar 12 cm. Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing- gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau.Itulah cerita sebuah gasing bom pemusnah yang bakal memusnahkan sebuah negara kelak.

  • 5.16 Gasing Bergelen

Kerja Kursus Sejarah 21/2 sekitar 6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggianMelaka . Seperti juga toyol yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing- gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau.Itulah cerita sebuah gasing bom pemusnah yang bakal memusnahkan sebuah negara kelak. 5.16 Gasing Bergelen Ciri-ciri Bentuk : Rendah Berat : 0.5 kg Lilitan : 30cm Tinggi : 8cm 21/2 Sila Lihat Sebelah " id="pdf-obj-17-17" src="pdf-obj-17-17.jpg">

Ciri-ciri

Bentuk : Rendah

Berat

: 0.5 kg

Lilitan : 30cm Tinggi : 8cm

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Gasing Begelen merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 0.5 kg. Gasing begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian sekitar 8 cm. Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei. Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja.

5.17

Gasing Uri

Gasing Begelen merupakan sejenis <a href=gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 0.5 kg. Gasing begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian sekitar 8 cm. Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan gasing uri . Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei . Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja. 5.17 Gasing Uri Ciri-ciri Bentuk : Rendah Berat : 6 kg Lilitan : 60cm Tinggi : 8cm " id="pdf-obj-18-33" src="pdf-obj-18-33.jpg">
 

Ciri-ciri

Bentuk : Rendah

Berat

: 6 kg

Lilitan : 60cm Tinggi : 8cm

 

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Gasing uri merupakan sejenis gasing yang popular di negeri Kelantan. Gasing uri mempunyai badan asas yang kecil sahaja dan dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai dengan menggunakan timah, besi, atau plumbum. Jika simpai diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat. Gasing uri mempunyai bentuk yang rendah dan agak leper dengan berat sekitar 6 kg. gasing uri mempunyai lilitan sekitar 60 cm dengan ketinggian 8 cm.

   

5.18

Gasing Pangkah

Gasing uri merupakan sejenis <a href=gasing yang popular di negeri Kelantan . Gasing uri mempunyai badan asas yang kecil sahaja dan dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai dengan menggunakan timah , besi , atau plumbum . Jika simpai diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat. Gasing uri mempunyai bentuk yang rendah dan agak leper dengan berat sekitar 6 kg. gasing uri mempunyai lilitan sekitar 60 cm dengan ketinggian 8 cm. 5.18 Gasing Pangkah Ciri-ciri Bentuk : Rendah Berat : 6 kg Lilitan : 60cm Tinggi : 8cm Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. " id="pdf-obj-19-30" src="pdf-obj-19-30.jpg">
 

Ciri-ciri

Bentuk : Rendah

 

Berat

: 6 kg

Lilitan : 60cm Tinggi : 8cm Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut

   

5.19

Gasing Jantung

Ciri-ciri:

Bentuk: Jantung Berat: 0.25 kg Lilitan: 20 cm Tinggi: 12 cm

Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan sepetir.

Kerja Kursus Sejarah

21/2

  • 5.20 Gasing Leper Kelantan

Kerja Kursus Sejarah 21/2 5.20 Gasing Leper Kelantan Ciri-ciri: Bentuk: Rendah dan juga leper Berat: 8

Ciri-ciri:

Bentuk: Rendah dan juga leper

Berat: 8 kg Lilitan: 48 cm Tinggi: 6 cm

Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain

tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat

dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga

kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi

harganya terlalu mahal

Kerja Kursus Sejarah

21/2

  • 5.21 Gasing Tanjung

Ciri-ciri:
Ciri-ciri:

Bentuk: Tinggi dan berembang Berat: 0.6 kg Lilitan: 30 cm Tinggi: 10 cm

Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan

oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk

memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini

diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.

  • 5.22 Gasing Baba

Kerja Kursus Sejarah 21/2 5.21 Gasing Tanjung Ciri-ciri: Bentuk: Tinggi dan berembang Berat: 0.6 kg Lilitan:

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Ciri-ciri:

Bentuk: Tinggi dan seperti

telur

Berat: 0.6 kg

Lilitan: 38 cm

Tinggi: 20 cm

Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan

oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis, Negeri

Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur.

  • 5.23 Gasing kuno

Kerja Kursus Sejarah 21/2 Ciri-ciri: Bentuk: Tinggi dan seperti telur Berat: 0.6 kg Lilitan: 38 cm

Ciri-ciri:

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Bentuk: Sederhana dan berembang

Berat: 0.6 kg

Lilitan: 30 cm

Tinggi: 8 cm

Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terenggganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor.

Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia

hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan

keranji.

  • 5.24 Gasing Pacitan

Kerja Kursus Sejarah 21/2 Bentuk: Sederhana dan berembang Berat: 0.6 kg Lilitan: 30 cm Tinggi: 8
Ciri-ciri: Bentuk: tinggi Berat: 0.8 kg
Ciri-ciri:
Bentuk: tinggi
Berat: 0.8 kg

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Lilitan: 40 cm

Tinggi: 10 cm

Gasing Pacitan merupakan sejenis gasing yang berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini

hanya boleh diperoleh di kalangan pemain Jawa dari Pacitan. Di negeri Selangor pula, gasing ini

banyak terdapat di kawasan Lembah Kelang, tetapi di sini ia dikenali sebagai gasing bunut.

Gasing pacitan agak tinggi berbentuk berembang dengan berat 0.8 kg. Gasing pacitan

mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian 10 cm.

Gasing jenis ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi, mudah

mencelah dan melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai binaan yang kukuh dan

agak melengkung, ia mampu menahan pangkahan. Di Pahang, gasing jenis ini banyak didapati di

Kuala Lipis, terutama di mukim – mukim pedalaman di sepanjang Sungai Jelai.

  • 5.25 Gasing Leper

Ciri-ciri: Bentuk: rendah dan leper Berat: 8 kg Lilitan: 48 cm Tinggi: 6 cm

Ciri-ciri:

Bentuk: rendah dan leper

Berat: 8 kg

Lilitan: 48 cm

Tinggi: 6 cm

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Gasing leper merupakan sejenis gasing yang juga salah satu alat permainan tradisional. Jenis ini

hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini

berbentuk rendah dan juga leper. Beratnya yang lebih kurang 8 kg mempunyai lilitan 48 cm dan

ketinggian 6 cm.

Gasing ini berat dan mempunyai simpaian logam, biasanya timah disekelilingnya, itulah

sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal

gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya

terlalu mahal. Ia biasanya dimainkan dalam 2 cara iaitu pangkah dan lama berputar

  • 5.26 Gasing Lang Laut

Kerja Kursus Sejarah 21/2 Gasing leper merupakan sejenis <a href=gasing yang juga salah satu alat permainan tradisional . Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berbentuk rendah dan juga leper. Beratnya yang lebih kurang 8 kg mempunyai lilitan 48 cm dan ketinggian 6 cm. Gasing ini berat dan mempunyai simpaian logam , biasanya timah disekelilingnya, itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal. Ia biasanya dimainkan dalam 2 cara iaitu pangkah dan lama berputar 5.26 Gasing Lang Laut Ciri-ciri: Bentuk: sederhana dan berbentuk berembang Berat: 0.6 kg Lilitan: 30 cm Tinggi: 12 cm 21/2 Sila Lihat Sebelah " id="pdf-obj-26-34" src="pdf-obj-26-34.jpg">
Ciri-ciri: Bentuk: sederhana dan berbentuk berembang Berat: 0.6 kg Lilitan: 30 cm Tinggi: 12 cm
Ciri-ciri:
Bentuk: sederhana dan berbentuk berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 12 cm

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Gasing Lang Laut merupakan sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor, tetapi

kini ia lebih mudah didapati di Selangor.

Gasing lang laut berbentuk sederhana dengan bentuk berembang dengan berat 0.6 kg. Ia

mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 12 cm.

Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu

hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas. Di

Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek.

5.27

Gasing Pinang

Gasing Lang Laut merupakan sejenis <a href=gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor , tetapi kini ia lebih mudah didapati di Selangor . Gasing lang laut berbentuk sederhana dengan bentuk berembang dengan berat 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 12 cm. Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas. Di Klang , Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek. 5.27 Gasing Pinang " id="pdf-obj-27-42" src="pdf-obj-27-42.jpg">
Ciri-ciri: Bentuk: sederhana Berat: 0.3 kg Lilitan: 1.75 Tinggi: 4-5 cm
Ciri-ciri:
Bentuk: sederhana
Berat: 0.3 kg
Lilitan: 1.75
Tinggi: 4-5 cm

Kerja Kursus Sejarah

21/2

Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya,

dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui

pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan

sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan

gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit

jambuhnya direnggut