You are on page 1of 16

THE TORCH

MMM

[SIDEBAR TITLE]

EDISI PERTAMA

SMK GAJAH BERANG, MELAKA

TAHUN 2016

ISI KANDUNGAN
Kata-kata Aluan Pengerusi

*Ucapan Pengerusi The


Torch
*Latar belakang The
Torch
*Sejarah SMK Gajah
Berang, Melaka
*KURIKULUM
*KOKURIKULUM
*BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
* HASIL KARYA
KREATIF
SIDANG REDAKSI
PENYELARAS
PN. HJH. ZUBAIDAH AB.
RAZAK
SETIAUSAHA
PN. ZAIMAH MOHAMED

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah kerana buat julung kalinya saya berkesempatan untuk mengabdikan kata alualuan dalam buletin keluaran Pertama SMK Gajah Berang The TORCH .Terlebih dahulu ,saya ingin
merakamkan setinggi penghargaan kepada jawatankuasa buletin yang berjaya menerbitkan semula
catatan peristiwa dalam catatan sejarah GBS yang masyhur ini.
Saya percaya usaha murni tuan puan daripada kalangan murid, guru dan pentadbir akan
mempercepat pembudayaan penulisan dan penerbitan secara e-Pembelajaran yang seiring dengan
perkembangan Pendidikan Abad ke 21 ini .Hasrat menghasikan kelompok bakal pekerja berilmu
pada masa depan yang bercirikan inovatif, kreatif, dahagakan ilmu, menguasai kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi juga pembelajaran sepanjang hayat, mudah-mudahan akan berhasil
bermula dengan kerja yang kita laksanakan pada peringkat sekolah lagi.
Akhir kata saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan mengucapkan sekalung penghargaan
terima kasih kepada semua tenaga penggerak penghasilan The TORCH sulung ini dan seharusnya
semua warga GBS terus memberi sokongan padu dalam meneruskan agenda e-Pembelajaran di
Malaysia.

PEN. SETIAUSAHA
CIK WONG ZEE YI
AJK
PN. HJH. NOORAINI
HARUN
PN. DE KWEE POH
PN. EVELINE WONG ING
LING
PN. CHU SIEW LENG
EN. VIVAKANANDAN
A/L SINNATHAMBY
REKA LETAK (LAYOUT)/PENYUNTING
PN. ZAIMAH MOHAMED

LATAR BELAKANG THE TORCH


THE TORCH merupakan nama bagi majalah pertama terbitan tahun 1958 untuk SMK Gajah
Berang yang pada ketika itu dikenali sebagai Gajah Berang Secondary Modern School. Atas idea
En. Roszelan bin Majid selaku Pengerusi Buletin Sekolah dan merupakan Pengetua SMK Gajah
Berang , beliau telah menncadangkan agar The Torch diberi penjenamaan semula dan dijadikan
sebagai nama buletin sekolah ini
Logo asal telah diberikan nafas baru bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan
peredaran masa. Penerbitan buletin ini , merupakan satu lagi medium untuk warga SMKGB
memperkembang penyebaran ilmu dan perkongsian maklumat dalam aktiviti yang
dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah, negeri , kebangsaan maupun antarabangsa.
Oleh: Pn. Zaimah Mohamed

Kelolaan Pn. Zaimah Mohamed

THE TORCH
SEJARAH SMK GAJAH BERANG, MELAKA
Pada awal penubuhannya, nama sekolah ini ialah
Gajah Berang Secondary Modern School dan
kemudian bertukar kepada Gajah Berang Secondary
English School (GBSES). Pada masa masa sekarang
sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah
Kebangsaan Gajah Berang (SMKGB) terletak kirakira 1.5 km dari pusat Bandar Melaka. Nama sekolah
ini juga ada berkaitan dengan nama jalan yang
berhadapan dengan sekolah iaitu Jalan Gajah Berang
yang menghubungkan Jalan Tengkera di baratnya
dan Jalan Hang Tuah, Bachang di timurnya. Keluasan
kawasan sekolah ini ialah 7.5 ekar.

Sekolah ini ditubuhkan oleh kerajaan British pada


tahun 1956 dan sesi persekolahan bermula pada 9
Januari 1956. Pada ketika itu, sekolah ini hanya
mempunyai satu blok bangunan batu 2 tingkat yang
mempunyai 6 bilik darjah ( 3 di tingkat bawah dan 3 di
tingkat atas). Pada masa kini, bangunan asal sekolah
ini telah dijadikan perpustakaan sekolah. Bilangan
pelajar pada ketika itu hanya berjumlah 150 pelajar
lelaki dengan tenaga pengajar seramai 6 orang.

DAHULU

GAJAH BERANG SECONDARY ENGLISH SCHOOL, MALACCA


( FRONT VIEW )
Showing Decorations In Commemoration of Malaysia Day

SEKARANG

Pengetua pertama sekolah ini ialah Encik Tan Gim


Ann yang berkhidmat sehingga tahun 1958 dengan
bantuan perintisnya iaitu Encik M.C OOmen, Encik
Tan Teng Chee, Encik A.M Narayanan dan Encik
Yoong Cheong Pin. Pelbagai masalah terpaksa
dihadapi oleh pengetua dan guru-guru semasa awal
penubuhannya seperti bilangan bilik darjah yang
terhad, tiada kemudahan padang permainan dan
pelajar hanya menjalankan aktiviti permainan seperti
ping pong dan catur sahaja. Selain itu kawasan
sekolah bertanah rendah serta berpaya dan jalan
penghubung ke sekolah, hanya jalan kecil sepanjang
50 meter ke Jalan Gajah Berang. (sumber artikel dan
gambar dari majalah sekolah The Gajah Berang 2015)
Sumber imej dari Google Image

THE TORCH

KURIKULUM
GBS MENCIPTA KECEMERLANGANSTPM 2015

Too Hon Lin menerima Anugerah Kecemerlangan STPM 2015 Peringkat Kebangsaan daripada Dato Seri Mahadzir bin Khalid,
Menteri Pendidikan Malaysia.

Terbitan akhbar Cina tentang kejayaan pelajar STPM 2015


Too Hon Lin dari SMK Gajah Berang, Melaka dan 6 pelajar yang telah mencapai PNGK 4.0 dan kelulusan 100% .

Putrajaya Mac 2016 - Seorang pelajar dari SMK Gajah Berang, Too Hon Lin, 19, telah melakar sejarah buat
negeri Melaka khususnya SMK Gajah Berang kerana telah mencapai kejayaan cemerlang dalam STPM 2015
sebagai pelajar terbaik negeri Melaka bahkan juga telah dinobatkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang
STPM 2015 di peringkat kebangsaan. Beliau telah menerima anugerah kecemerlangan tersebut daripada YB
Dato Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.
Pelajar ini juga merupakan Ketua Pengawas SMKGB yang berdedikasi dan tidak menjadikan tanggungjawab
sebagai ketua pengawas sebagai penghalang untuk cemerlang dalam bidang akademik.
Kejayaan pelajar ini diharap akan menjadi contoh
kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
(Sumber gambar dari akhbar )

kepada pelajar-pelajar lain untuk mencapai


Laporan oleh: Pn. Dee Kwee Poh 3

THE TORCH

KOKURIKULUM
SMK GAJAH BERANG- Aktiviti musketry telah
diadakan pada 23 Februari 2016 dengan
kerjasama Cawangan Persenjataan Polis di Raja
Malaysia. 3 orang pegawai dari PDRM, Koperal
Zainuddin, Koperal Azri dan Koperal Faizan telah
menjadi jurulatih bagi ahli Persatuan Kadet Polis
SMKGB sepanjang aktiviti berkenaan
berlansung.
Turut sama dalam aktiviti berkenaan ialah guruguru penasihat Pasukan Kadet Polis sekolah
SMK Gajah Berang.

PENGLIBATAN AHLI BADAN BERUNIFORM KADET POLIS


(Sumber gambar dari arkib sekolah)

TAKLIMAT DAN TUNJUK CARA PENGGUNAAN SENJATA

THE TORCH

KOKURIKULUM
Kejohanan Golf MSSN Melaka 2016
AYER KEROH- Kejohanan Golf MSSN Melaka telah diadakan di Ayer Keroh
Country Club pada 4 Feb yang lalu. Teo Kok Ping, 17, dari SMK Gajah Berang telah
mendapat tempat ketiga bagi Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun. Kejayaan beliau ini
akan menjadi perangsang untuknya lebih cemerlang dalam bidang sukan ini.
Warga sekolah SMK Gajah Berang sangat-sangat berbangga akan kejayaan beliau
dan seterusnya akan terus mencatat kejayaan yang cemerlang dalam sukan elit ini.

GEMBIRA DENGAN KEJAYAAN YANG DIRAIH


KEJAYAAN BERSAMA PEMENANG-PEMENANG
(Sumber gambar dari arkib sekolah)

THE TORCH

KOKURIKULUM
Genap 100 Tahun Persatuan Pandu
Puteri Malaysia

JOHAN PERTANDINGAN NYANYIAN


PERINGKAT KEBANGSAAN- PANDU
PUTERI SMK GAJAH BERANG.

KUALA LUMPUR- Seramai 6 orang ahli


Pandu Puteri SMK Gajah Berang, Melaka
telah menghadiri Majlis Pelancaran 100
Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia
pada 30 Januari 2016 di Wisma Pandu Puteri,
Kuala Lumpur.

AYER KEROH - Pasukan nyanyian Pandu


Puteri SMK Gajah Berang telah menjuarai
Pertandingan
Nyanyian
Berkumpulan
Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan
Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri
Malaysia. Pentandingan ini telah diadakan
pada 27 Februari 2016 bertempat di Dewan
Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka.

Ahli Pandu Puteri berkenaan ialah Ng Hui


Chin, Lim Shi Qi, Tan Yoke Teng, Queek Fang
Qing, Sim Jia Ying dan Annie Tan dengan
diiringi guru pengiring, Pn. Sio Pek Suan.

Peserta Pandu Puteri yang mewakili SMK


Gajah Berang ialah Sim Jia Ying, Annie Tan,
Lim Sue Wern , Tan Ejin , Lee Hui Joo, Queek
Fang Ying dan Tan Wei Yee.

PEMENANG PERTANDINGAN NYANYIAN BERSAMA


GURU-GURU PENASIHAT
(Sumber gambar dari arkib sekolah)
GAMBAR KENANGAN BERSAMA GURU PENGIRING

Kelolaan Pn. Eveline Wong

THE TORCH

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


PAMERAN PENDIDIKAN &
KERJAYA UNIT BIMBINGAN &
KERJAYA
SMK GAJAH BERANG - Unit Bimbingan dan
Kaunseling
SMK
Gajah
Berang
telah
menganjurkan Pameran Pendidikan & Kerjaya
bertempat di Dewan SMK Gajah Berang pada 17
April lepas. Guru Kaunseling sekolah, Puan Ee
Bee Fong berkata bahawa sambutan terhadap
pameran ini amat-amat memberangsangkan
daripada pelajar yang akan menghadapi SPM
dan STPM pada tahun ini. Pameran ini mendapat
sokongan padu daripada kolej-kolej dan
universiti-universiti swasta dengan penyertaan
30 buah institusi berkenaan.

Ceramah Motivasi oleh Dale


Carnegie
SMK GAJAH BERANG - Unit Bimbingan & Kaunseling
SMK Gajah Berang telah menganjurkan ceramah
motivasi bertajuk Personal Development pada 20
April 2016 di Dewan Sekolah SMK Gajah Berang.
Kumpulan sasarannya ialah murid-murid dari
Tingkatan 4. Pelajar-pelajar dari kelas 4 Sains 1, 4
Sains 2, 4 Sains 3 serta 4 Akaun 1 telah menghadiri
ceramah ini bermula 12.00 tengah hari hingga 1.30
petang. untuk membina moral insan mereka. Menurut
penceramahnya, Encik Darly Chiew dari Dale Carnegie,
perkembangan diri para pelajar yang merupakan
golongan remaja harus diutamakan dan diberi
perhatian yang khusus. Beliau berharap ceramah ini
dapat membawa perubahan yang positif dalam
pembentukan perwatakan murid-murid.
Encik Darly Chiew juga telah menyampaikan
ceramahnya kepada ahli Persatuan Bahasa Cina pada
waktu Kokurikulum dilaksanakan.

(Sumber gambar dari arkib sekolah)


KERJASAMA YANG BERMANFAAT DAN SAMBUTAN YANG
MENGGALAKKAN DARIPADA MURID-MURID

(Kelolaan Pn. De Kwee Poh)

THE TORCH

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH BERSAMA-SAMA POLIS


DI RAJA MALAYSIA

PEMBERIAN BUAH LIMAU UNTUK PENGAWAS


SMK GAJAH BERANG SEMPENA TAHUN BARU CINA

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TAK NAK PONTENG


2016

HARI PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1


(Sumber gambar dari arkib sekolah)
Kelolaan Cik Wong Sze Yi
PEMBERIAN BANTUAN AWAL RM100.00

THE TORCH

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN
KEMERIAHAN SAMBUTAN TAHUN BARU
CINA 2016 DI SMKGB
Persatuan Bahasa Cina SMKGB telah
menganjurkan beberapa aktiviti sempena
sambutan Tahun Baru Cina 2016. Aktiviti ini
diadakan pada hari Rabu, 17 Februari dengan
mengadakan Station aktiviti Seni Kebudayaan
Cina yang turut disertai oleh Persatuan
Kebudayaan India, Persatuan Bahasa Melayu,
Kelab Seni Visual dan Kelab Muzik SMK Gajah
Berang.

Kaligrafi (Tulisan)

STATION AKTIVITI PERSATUAN BAHASA CINA

Kirigami

Rekacipta Sampul Ang Pau


(Sumber gambar dari arkib sekolah)
Kelolaan Pn. Eveline Wong

Kaligrafi (Lukisan)

THE TORCH

HASIL KARYA KREATIF


Puisi
BUKU
Buku, meja dan kerusi,
Semua dijaga dengan rapi,
Ilmu pedang tajam di sisi,
Ke mana jua sentiasa dilindungi.
Walau bebas merantau ke negeri,
Muka pucat tanpa rezeki,
Wajar dijaga orang disayangi,
Diri dikasih jangan lukai.
Pokok cengal dengan meranti,
Tidak tumbuh dalam sehari,
Jaya tidak dicapai dengan menanti,
Berkat payah dan dedikasi.
Menambat lembu dengan tali,
Tidak tahu penat menyusuli,
Beringat pasal jangan dicari,
Supaya kelak tidak menyesali.

Sumber imej dari Google Image

Oleh: Kok Shiong Huey

Oleh Kok Shiong An

10

THE TORCH

HASIL KARYA KREATIF


RENCANA
PEMBUANGAN BAYI
Kebelakangan ini, kes pembuangan bayi
meningkat secara drastik dan sering dipampang
di dada akhbar.Fenomena ini biasanya
melibatkan golongan remaja yang bertindak
terburu-buru ketika mengambil tindakan,
Kejadian ini bukan sahaja menyusahkan pelbagai
pihak malah nyawa seorang bayi telah diancam.
Kemelut yang semakin serius ini bagai bangkai
gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru.
Sebelum mencari penyelesaian , kita mesti
mengenal pasti sebab dan faktor yang
menyebabkan masalah pembuangan bayi ini.

Masalah ini berlaku akibat kekurangan


didikan agama dalam kalangan remaja. Remaja
yang mempunyai pegangan agama yang rapuh
mudah terpengaruh dalam pelbagai masalah
sosial. Tanpa pendidikan agama, mereka tidak
dapat membezakan perbuatan yang betul dan
salah. Hal ini dapat dilihat apabila remaja
perempuan mudah terlibat dalam kancah
perzinaan yang haram di sisi agama. Selain itu,
keruntuhan institusi kekeluargaan juga salah
satu faktor yang menyumbang kepada masalah
pembuangan bayi. Ibu atau bapa tunggal sibuk
bekerja untuk mencari nafkah dan mereka telah
mengabaikan tanggungjawab yang dipikul. Anakanak yang kurang mendapat perhatian dan
kasih sayang akan melibatkan diri dalam masalah
sosial untuk menarik perhatian dari ibu bapa.
Keadaan inilah yang menyebabkan masalah
pembuangan bayi semakin menjadi-jadi.
Tambahan pula, arus kemodenan melalui media
massa telah mengakibatkan masalah ini.
Rancangan televesyen atau program dari Negara
Barat yang berkaitan pergaulan bebas
menyebabkan remaja mudah dikuasai oleh
perasaan ingin mencuba dan mereka akan
meniru aksi-aksi panas yang terdapat dalam

filem barat. Sebagai akibatnya, masalah


pembuangan bayi semakin sukar dikawal.
Bagi membanteras masalah yang serius
ini, pihak sekolah mesti mengadakan ceramah
atau kempen kesedaran. Melalui prigram
tersebut, masyarakat terutamanya golongan
remaja dapat mengetahui keburukan pergaulan
bebas. Sebagai contoh, kempen dan ceramah
haruslah dilancarkan secara besar-besaran
supaya remaja akan mengelakkan diri daripada
unsur negative yang membawa kesan kesan
buruk. Selain daripada itu, pihak kejaraan
haruslah menguatkuasakan undang-undangan.
Pesalah yang mencabul kehormatan wanita
perllu dujatuhkan hukuman berat supaya
hukuman tersebut dapat menjadi peringatan atu
amaran kepada orang lain. Di samping ituk, ibu
bapa mesti menitikberatkan anak anak. ibu
bapa mesti memberi kasih sayangdan perhatian
dalam kehidupan anak-anak di sekolah. Ibu bapa
mestilah mengamalkan nilai kesederhaan dalam
pekerjaan dan keluarga.
Kesimpulannya, setiap warga masyarakat
tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu
menggembleng tenaga dalam mencegah dan
membanteras masalahini supayapenyakit sosial
ini tidak menular dengan lebih serius. Golongan
remaja merupakan tonggak negara, bak kata
pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Golongan remaja mesti mengamalkan
nilai harga diri dalam pergaulan seharian dan
menjauhkan diri daripada gejala yang akan
menghancurkan imej sendiri dan keluarga.
Oleh:Ng Hui Chin

Sumber imej dari Google Image

11

THE TORCH

HASIL KARYA KREATIF


RENCANA
Jasa tokoh-tokoh negara

Sumber imej dari Google Image

Tanah indah pusaka moyang ,


di bawah sinar kebesaran ,
gahnya tersebar seluruh alam ,
agungnya dalam ukiran cetera .
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Perkataan ini
telah dilaung oleh ummah Malaysia buat kali
pertama di Dataran Merdeka pada 31 Ogos
1957.Sebelum ini , tanah air kita telah
terperangkap
dalam
belenggu
penjajah.Rakyat Malaysia pada masa itu
hidup dalam kesengsaraan,kemiskinan dan
kesedihan yang berpanjangan. Namun , di
sebalik penderitaan yang dialami , wujudnya
tokoh-tokoh negara kita yang enggan tunduk
kepada nasib mereka. Mereka telah
mengalami heterogen kepayahan dan
kesusahan demi tujuan tunggal yakni untuk
membebaskan watan kita daripada belenggu
kuasa
asing.Alang-alang
menyeluk
perkasam,biar sampai ke pangkal lengan
kerana berkat usaha tokoh-tokoh ini , negara
kita telah berjaya menggapai kemerdekaan

yang dimiliki kita.Kendatipun begitu, adakah


kita benar-benar menghargai jasa tokohtokoh negara kita? Tepuk dada tanyalah
selera.
Tokoh merujuk kepada pemimpin yang
berkebolehan dan berjasa kepada masyarakat
bahkan negara.Mereka sentiasa dijadikan
role model dan diingati selama-lamanya atas
pengorbanan yang dicurahkan oleh mereka
bak kata pepatah harimau mati meninggalkan
belang , manusia mati meninggalkan nama.
Salah seorang tokoh yang amat berjasa
kepada tanah air kita ialah Almarhum Tunku
Abdul Rahman Putra al-Haj.Semasa zaman
penjajahan British, beliau telah mewakili
negara kita dalam perundingan kemerdekaan
8 Februari 1956 di London. Beliau telah
berikhtiar menggabungkan semenanjung
tanah
melayu
dengan
Sabah
dan
Sarawak.Gagasan Malaysia juga dirancang
dan dijayakan oleh beliau supaya Malaysia
dapat menjadi sebuah negara yang mantap
dari segi ekonomi , politik mahupun
social.Tegal itu , beliau acap kali dikenali
sebagai bapa kemerdekaan negara kita.

12

THE TORCH

HASIL KARYA KREATIF


Sudah menjadi pengetahuan umum
bahawa Tun Abdul Razak yang sering kali
dikenali sebagai bapa pembangunan negara
merupakan perdana menteri yang kedua di
negara kita.Beliau telah mengemudi tampuk
pemerintahan dan menerajui pucuk pimpinan
negara kita dari tahun 1971 hingga
1976.Dalam
tempoh
pemerintahan
beliau,Penyata Razak yang menetapkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
negara kita telah diperkenalkan.Penyata
Razak bukan sahaja telah memantapkan
sistem pendidikan negara kita malah langkah
tersebut juga telah mengeratkan tali
silaturahim antara masyarakat pelbagai
kaum. Air yang tenang jangan disangka tiada
buaya kerana tanah air kita telah mengalami
ancaman pihak komunis pada tahun 1942
hingga 1945.Pada masa itu ,Tun Abdul
Razak telah menyelesaikan kemelut tersebut
dengan bijak lagi rasional iaitu melalui
wahana perundingan.Tegal itu,ketenteraman
masyarakat terjamin dan perjuangan pihak
komunis di tanah air kita dapat disekat sama
sekali bak kata pepatah menarik rambut dari
dalam tepung,rambut tidak putus,tepung
tidak berselerak.
Pada tahun 1976 pula, Tun Hussein
Onn telah menjadi perdana menteri Malaysia
yang ketiga.Beliau sedar bahawa perpaduan
rakyat merupakan paksi , cerucuk dan
tonggak kemajuan negara yang paling
penting lagi vital.Oleh demikian , beliau
mendapat reputasi sebagai Bapa Perpaduan
dengan bertindak keras kepada sesiapa yang
cuba untuk membangkitkan kekacauan
perkauman dan mengeratkan hubungan
antara kaum di negara kita dari semasa ke
semasa.
Demi mengubah nasib masyarakat India
sebelum negara kita menggapai kemerdekaan
,Mendiang
Tun
Sambanthan
telah
menubuhkan MIC dan menjadi presiden parti

politik tersebut yang pertama. Beliau


berazam dan bertekad untuk mewujudkan
kerjasama dengan Tunku Abdul Rahman.
Hasil daripada sinergi tersebut , Parti
perikatan telah ditubuhkan dan beliau telah
memegang jawatan sebagai Menteri Buruh
Pertama di Malaysia.Natijahnya , maruah
masyarakat India telah berjaya dikembalikan.
Pengorbanan Tun Tan Cheng Lock
juga tidak patut diabaikan kerana beliau
merupakan
presiden
MCA
yang
pertama.Dalam perjuangan beliau , berbagaibagai kempen telah diadakan bagi
mempertingkatkan keahlian MCA dalam
kalangan pemuda Cina. Kerjasama antara
MCA dengan UMNO dalam pilihanraya
Perbadanan Kuala Lumpur pula telah
menjadi perintis kepada penubuhan Parti
Perikatan. Nama beliau terus terpahat sebagai
tokoh Cina yang berhati waja, yang kuat
semangat dan bercita-cita tinggi.
Biarlah matahari terus bersinar, biarlah
pepohon terus menghijau dan biarlah
Malaysia terus gemilang.Jasa-jasa tokoh
wajar kita hargai dan dijadikan iktibar supaya
kedaulatan watan kita dapat dipelihara
selama-lamanya.Merekalah yang menjadi
panduan dan ikutan kepada generasi kini
terutamanya dalam aspek perpaduan
masyarakat agar pencapaian negara kita
dalam heterogen bidang dapat kita tingkatkan
bersama-sama tanpa mengira agama,budaya
dan bangsa bak kata pepatah yang berat sama
dipikul ,yang ringan sama dijinjing dan ke
bukit sama didaki , ke lurah sama dituruni
.Oleh itu ,barulah matlamat wawasan 2020
dapat dicapai sehingga kita dapat berdiri
sama tinggi,duduk sama rendah dengan
negara-negara atas angin.
Tan Hong Ann - 5 Sains 1
Kelolaan Pn. Nooraini Harun

13

THE TORCH

14

THE TORCH

15

THE TORCH

16

You might also like