You are on page 1of 1

SIARAN MEDIA

SEHATI SEJIWA DIKEKALKAN SEBAGAI TEMA SAMBUTAN


HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2016
PUTRAJAYA Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 27 Mei 2016
telah bersetuju untuk mengekalkan Sehati Sejiwa sebagai tema
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016.

Perkara ini diumumkan oleh YB Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia selaku Pengerusi
Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016
selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Angkasapuri hari ini.

Tema ini diakui mampu meningkatkan semangat patriotik dan cinta


negara rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan
rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia 2015 yang lalu. Selain tema, logo dan lagu sambutan juga
masih dikekalkan untuk tahun ini. Perincian mengenai logo dan lagu
sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia adalah seperti di
Lampiran 1.

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Media dan Publisiti
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
20 Jun 2016
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Merdeka, Kementerian Komunikasi dan
Multimedia di talian 03-8911 5679 / 5680 / 5683 / 5684

You might also like