You are on page 1of 21

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBMT3303_V2
TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

PENGGUNAAN BAHAN HANDS ON BAGI TAJUK PANJANG

NAME :
WARDATUL FADILAH BT KAMARUZAMAN
MATRIC NUMBER : 841118065034001
NRIC: 841118 06 - 5034
TELEPHONE NUMBER : 017 - 9255884
EMAIL ADDRESS : wardiela_kss@yahoo.com

TUTORS NAME :
EN. ABDUL GHAFFAR BIN JAAFAR
LEARNING CENTRE :
MENTAKAB LEARNING CENTRE
SEPTEMBER 2015

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

1.0

PENGENALAN

34

2.0

PENERANGAN BAHAN HANDS ON

58

3.0

MANUAL PENGGUNAAN BAHAN HANDS ON

9 12

4.0

MAKLUMBALAS PENGGUNAAN BAHAN DARIPADA GURU

13 15

5.0

REFLEKSI PENGGUNAAN KE ATAS PELAJAR

16 17

6.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

7.0

PENUTUP

19 20

8.0

RUJUKAN

21

1.0

MUKASURAT

18

PENGENALAN
Di era teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), pengintegrasian bahan
berasaskan teknologi dalam pendidikan mampu membawa perubahan kepada pengajaran
guru. Menurut kenyataan Rozinah Jamaludin (2005), kewujudan kepelbagaian teknologi
2

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

sebagai alat bantu mengajar mampu membawa perubahan positif kepada kaedah
pengajaran guru. Perubahan ini mampu mewujudkan sistem pendidikan yang bertaraf
antarabangsa bagi bersaing di arena globalisasi yang sedang pesat membangun. Oleh itu,
guru perlu bersedia menggunakan bahan TMK bagi merealisasikan impian untuk
melahirkan generasi cerdik pandai yang bakal menerajui negara pada masa hadapan.
Kaedah pengajaran berasaskan komputer dan teknologi maklumat berupaya untuk
menggantikan kaedah konvensional dengan pelbagai cara, terutamanya di dalam
persekitaran bilik darjah yang menggunakan komputer (Nadzrah Abu Bakar, 2007). Guru
perlu lebih bijak mengambil peluang dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna. Hal ini sejajar dengan
tanggungjawab guru untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berfikir
kreatif dan inovatif, penyayang dan berakhlak mulia selaras dengan cabaran masa kini
dan akan datang. Di samping itu, pelajar juga dapat mengintegrasikan kemahiran
komputer secara tidak langsung dalam kehidupan mereka (Ashinida Aladdin, Afendi
Hamat & Mohd Shabri, 2004).
Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan
penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana sesuatu benda atau
perkara mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.
Pengukuran juga boleh didefinisikan sebagai suatu proses atau sistem yang digunakan
untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai kuantitatif
ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat
pengukuran yang berkaitan. Dengan kata lain, pengukuran ialah tindakan atau proses
untuk menentukan sejauh mana sesuatu perkara itu wujud, khususnya apabila perkara itu
dibandingkan dengan satu standard.
Dalam tugasan ini , satu bahan hands on telah dihasilkan dengan menggunakan
aplikasi TMK bagi membantu pelajar memahami tajuk pengukuran . Tajuk pengukuran
yang dipilih adalah pengukuran panjang dan bahan hands on yang saya pilih adalah
menggunakan Kotak Unit yang dihasilkan dengan aplikasi TMK .
Murid selalunya akan melakukan kesilapan semasa menukar unit ukuran panjang.
kerana tidak memahami konsep dan tidak menghafal formula. Murid
3

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

kebiasaannya akan tertukar formula penukaran unit antara setiap unit dalam
ukuran

panjang.

Justeru itu, bahan hands on ini dijalankan sebagai satu penambahbaikan terhadap amalan
pembelajaran dan pengajaran (PdP) untuk meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran menukar unit ukuran panjang.

2.0

PENERANGAN BAHAN HANDS ON


Saya telah menghasilkan satu bahan hand on dengan menggunakan aplikasi TMK seperti

Microsoft Word , Microsoft Excel , Microsoft Powerpoint dan juga aplikasi Paint . Bahan hands
on yang saya hasilkan adalah satu bahan bantu mengajar yang menarik , kreatif dan sesuai
digunakan oleh kepada pelajar menengah rendah bagi membantu pelajar meningkatkan
pemahaman mereka bagi tajuk Pengukuran Panjang . Bahan hands on saya dikenali sebagai
Kotak Unit .

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

Bahan Kotak Unit ini digunakan kepada pelajar bagi penukaran unit kilometer (km)
kepada meter (m) dan juga meter (m) ke kilometer (km) . Kata kunci utama bagi kaedah ini
adalah titik perpuluhan .
Penggunaan pelbagai warna pada hands on ini adalah bagi menarik minat pelajar .
pelajar akan dibekalkan satu set Kotak Unit ini bagi membantu mereka memahami tajuk
penukaran unit bagi panjang .

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

Contoh penggunaan Kotak Unit


6

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

Bahan yang dibekalkan kepada pelajar


7

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

Contoh lembaran kerja kepada pelajar


8

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

3.0

MANUAL PENGGUNAAN BAHAN HANDS ON


TAJUK
:
PANJANG
SUB TOPIK :
PENUKARAN UNIT PANJANG
OBJEKTIF :
Diakhir sesi pembelajaran pelajar dapat :
1. Menukarkan panjang dalam unit meter kepada kilometer
2. Menukarkan panjang dalam unit kilometer kepada meter
3. Menyatakan panjang dalam unit kilometer dan meter

Bagi mengaplikasikan Bahan Hands On ini kepada pelajar , beberapa langkah akan
diaplikasikan kepada pelajar . Langkah berikut akan dilakukan kepada pelajar .
Langkah 1
Guru menerangkan kepada pelajar tentang kaedah ini dengan menggunakan tanyangan
slaid Power Point . Tayangan slaid berikut akan dipaparkan kepada pelajar :
Slaid 1

Slaid 2

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

Slaid 3

Langkah 2
Seterusnya guru akan membimbing pelajar berpandukan tanyangan slaid yang
dipaparkan.

10

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

Satu set kotak unit bercetaka kan diedarkan kepada pelajar bagi membolehkan pelajar
melakukan aktiviti ini bersama guru .
Langkah 3
Seterusnya guru akan melakukan latihan bersama sama dengan pelajar .

Pelajar dibekalkan satu set soalan latihan bagi menjawab bersama sama dengan guru .

11

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

12

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

4.0

MAKLUMBALAS PENGGUNAAN BAHAN DARIPADA GURU


Bagi mengenalpasti keberkesanan kaedah pengajaran ini kepada pelajar , saya telah

meminta beberapa orang guru Matematik untuk mencuba kaedah ini kepada pelajar Tingkatan 1
yang diajar oleh mereka . Saya memberikan mereka peluang untuk mencuba kaedah ini bersama
sama pelajar mereka di dalam kelas .
Berikut adalah beberapa orang guru yang telah mencuba kaedah ini bersama sama
dengan pelajar mereka :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Puan Noraini Bt Derahaman


En. Zainidi bin Ismail
Cik Noraini Bt Aziz
En. Mohd Zamri Bin Abdullah
Puan Norazah Bt Mohd Yunus

SMK Kuala Lanar


SMK Kuala Lanar
SMK Kuala Lanar
SMK Kerambit
SMK Orang Kaya Haji

Setelah mengaplikasikan kaedah hands on ini kepada pelajar mereka , saya meminta
mereka mengisi borang kaji selidik keberkesanan kaedah ini . Borang kaji selidik adalah seperti
berikut :
Borang Kaji Selidik Keberkesan Bahan Hands On Kotak Unit

Item /
Peratus

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju

(1)

(2)

(3)

Bahan Hands On ini sangat mudah


dikendalikan
Isi pelajaran menarik dan mudah
difahami
Suasana pembelajaran lebih
menarik minat pelajar
Pelajar dapat menguasai tajuk yang
diajar dengan menggunakan bahan
hands on ini
Penggunaan hands on ini mudah
dikendalikan dan digunakan dalam
masa PdP yang diberikan
Penggunaan hands on ini
mendapat kerjasama sepenuhnya
13

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

daripada pelajar
Semua aktiviti dapat dijalankan
dalam masa yang di tetapkan
Pelajar memahami setiap aktiviti
yang dijalankan
Kaedah ini boleh digunapakai bagi
tajuk penukaran unit pengukuran
yang lain

Hasil kaji selidik yang dijalankan kepada guru selepas bahan Hands On Kotak Unit ini
digunakan kepada pelajar oleh guru guru .

Item /

Tidak Setuju ( 1 )

Peratus

Tidak Pasti ( 2 )

Setuju ( 3 )

Bil

Bil

Bil

100

100.00

100.00

100.00

40.0

60.00

dalam masa yang di tetapkan


Pelajar memahami setiap aktiviti

0.0

40.0

60.00

yang dijalankan
Kaedah ini boleh digunapakai bagi

100.00

tajuk penukaran unit pengukuran

100.00

Bahan Hands On ini sangat mudah


dikendalikan
Isi pelajaran menarik dan mudah
difahami
Suasana pembelajaran lebih
menarik minat pelajar
Pelajar dapat menguasai tajuk yang
diajar dengan menggunakan bahan
hands on ini
Penggunaan hands on ini mudah
dikendalikan dan digunakan dalam

masa PdP yang diberikan


Penggunaan hands on ini
mendapat kerjasama sepenuhnya

100.00

daripada pelajar
Semua aktiviti dapat dijalankan

yang lain
14

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

Hasil soal selidik ini , didapati bahawa semua guru bersetuju bahawa bahan hands on ini
sangat sesuai dijalankan kepada pelajar bagi mengajar tajuk pertukaran unit bagi Tajuk Panjang .
Semua guru menyatakan bahawa tahap pemahaman pelajar adalah meningkat selepas bahan
hands on ini digunakan kepada meraka . Semua guru bersetuju bahawa bahan ini sangat mudah
dikendalikan disamping ianya menarik dan mudah difahami oleh pelajar . Setiap aktiviti dalam
baha hands on ini dapat difahami oleh pelajar serta menarik minat mereka untuk menjawab
bahan latihan yang diberikan oleh guru .
Namun begitu , beberapa orang guru mendapati bahan hands on mengambil masa untuk
disediakan sehingga menyebabkan isi yang hendak disampaikan tidak dapat dijalankan dalam
jangka masa PdP yang ditetapkan . Hal ini kerana guru perlu menyediakan peralatan untuk
tayangan slaid dan mengganggu waktu pengajaran dijalankan .

5.0

REFLEKSI PENGGUNAAN KE ATAS PELAJAR


Hasil pemerhatian guru terhadap PdP yang dijalankan dengan bahan Hands On Kotak

Unit ini didapati :


i.

Bahan ini meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep penukaran unit ukuran
panjang .

15

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

Berdasarkan pemerhatian guru dan latihan yang diberikan , secara keseluruhannya


didapati bahawa telah berlaku peningkatan pemahaman pelajar terhadap tajuk penukaran
unit panjang ini. Ini membuktikan bahawa kaedah yang diperkenalkan

iaitu

menggunakan Kotak Unit sememangnya berjaya membantu peserta kajian dalam


memahami dan menguasai tajuk ini serta memahami konsep penukaran unit panjang .
ii.

Meningkatkan minat peserta kajian untuk belajar matematik


Selain itu, kaedah yang diperkenalkan juga berjaya menarik minat pelajar untuk
belajar subjek matematik. Ini kerana, sebelum kaedah ini diperkenalkan, pelajar didapati
kurang berminat untuk belajar matematik kerana mereka merasakan Matematik sangat
sukar untuk difahami .. Ini memberikan kepuasan kepada saya kerana matlamat yang
ingin dicapai selain membantu meningkatkan pemahaman peserta kajian tentang konsep
penukaran unit ukuran panjang, saya juga ingin meningkatkan minat pelajar untuk belajar
matematik. Jika pelajar mempunyai minat untuk belajar sesuatu subjek, sudah pasti dia
akan bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya.

iii.

Aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan .


Hasil temubual dengan pelajar selepas aktiviti ini dilaksanakan , saya mendapati
pelajar sangat menyukai pembelajaran dengan menggunakan TMK serta bahan hands on
Kotak unit ini . Ini kerana menurut mereka mereka lebih memahami tajuk penukaran unit
ini dengan kaedah pembelajaran ini . Mereka juga didapati tertarik dengan penggunakan
TMK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran .

iv.

Perubahan sikap pelajar.


Pelajar juga lebih menonjolkan diri untuk menjawab soalan yang diajukan setelah

memahami kaedah yang diajar guru. Ini berbeza dengan sebelum ini di mana mereka
lebih bersikap pasif dan berdiam diri semasa diajukan soalan. Ini menunjukkan bahawa
mereka sememangnya sudah menguasai konsep penukaran unit melalui kaedah Kotak
Unit. Pelajar juga lebih mudah untuk memberikan kerjasama apabila diperlukan. Ini
merupakan sesuatu yang positif yang seharusnya ada dalam diri setiap pelajar . Dengan

16

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

ini guru tidak hanya mengfokuskan pemahaman pelajar tetapi guru juga ingin melihat
sesuatu yang positif berjaya diterapkan dalam diri setiap pelajar.
v.

Kekangan masa guru untuk melaksanakan aktiviti ini .


Berdasarkan kaji selidik terhadap guru selepas mereka menjalankan bahan hands on

ini ke atas pelajar mereka didapati guru amat menyukai kaedah ini namun begitu mereka
mempunyai masalah kerana akses terhadap bahan TMK adalah terhad . Tidak seperti guru
sains mereka mempunyai makmal yang lengkap dengan kemudahan TMK dan juga
pembantu makmal bagi membantu mereka , guru Matematik perlu menyediakan sendiri
alatan TMK bagi membantu mereka menggunakan bahan hands on ini . Sehubungan
dengan itu , masa yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti ini tidak mencukupi
dalam masa PdP yang diperuntukkan .

6.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi membantu meningkatkan lagi keberkesanan bahan hands on ini , beberapa langkah

penambahbaikan perlu dilakukan terhadap bahan hands on Kotak Unit ini . Diantaranya adalah :
i.

Menambahkan elemen-elemen media yang terdapat dalam pengajaran dan


pembelajaran berasaskan multimedia seperti warna, muzik, animasi dan visual .
Elemen elemen ini boleh menambahkan realisme dalam pembelajaran secara
latih tubi, permainan simulasi dan sebagainya. Dengan hal ini, elemen multimedia dapat
menerangkan sesuatu pengajaran yang kompleks menjadi mudah untuk difahami dengan
contoh-contoh yang sebenar yang tidak dapat diterangkan dengan menggunakan teks.

17

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

ii.

Penggunaan perisian multimedia bagi menghasilkan bahan hands on ini .


Bagi menghasilkan bahan hands on yang lebih menarik, guru boleh membentuk
bahan hands on yang lebih bercorak interaktif . Ini penting bagi menyampaikan bahan
yang lebih menarik dan boleh difahami oleh pelajar .

iii.

Menambahkan penggunaan bahan hands on ini kepada tajuk pengukuran yang lain
seperti Isipadu , timbangan berat , masa dan lain lain .
Bahan hands on ini sangat berkesan kepada pelajar bagi tajuk ukuran panjang ,
justeru itu ianya sangat sesuai di aplikasikan kepada semua pelajar bagi setiap tajuk ini.
Ini dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar .

iv.

Membina aplikasi dan peralatan yang memudahkan guru .


Hal ini penting bagi memudahkan guru mengaplikasikan TMK dalam pembelajaran .

Alat bantu mengajar yang berkesan seperti bahan hands on Kotak Unit ini tidak
seharusnya dibazirkan hanya kerana kekangan masa . Sehubungan dengan itu sokongan
alatan dan kelengkapan yang lengkap serta membantu guru amat diperlukan agar guru
tidak membazirkan satu bahan yang baik ini . Pihak sekolah perlu menyediakan satu bilik
khas bagi guru Matematik mengajar dengan baik dan mudah

serta tidak merasa

terbeban .
7.0

PENUTUP
Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa Teori Kecerdasan Manusia sebagai satu

medium untuk memupuk minda murid untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Teori
ini menyokong bahawa pendidikan seni mempunyai peranan yang penting dalam kurikulum
yang ada. Oleh yang demikian, seseorang guru itu haruslah memberi galakan kepada muridmurid untuk mengenal potensi diri masing-masing seterusnya menggunakan kelebihan yang ada
dalam diri mereka. Dalam konteks ini, guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang
mempunyai variasi dan bersepadu bagi memenuhi keperluan murid yang lebih mencabar
ditambah lagi dengan persekitaran yang memberikan inspirasi dan motivasi.

18

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

Pendidikan hari ini tidak lagi hanya menggunakan kapur tetapi lebih kepada teknologi
multimedia dan TMK yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru. Pendidikan tidak
lagi hanya berada di bilik darjah semata-mata tetapi guru dan murid boleh melangkah keluar bagi
melihat pengajaran dan pembelajaran yang serba baharu. Berdasarkan kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam bukunya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 menyatakan
bahawa Misi Nasional dan Rancangan Malaysia ke Sembilan telah menetapkan Pembagunan
Minda insane kelas pertam sebagai salah satu teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020.
Sistem pendidkan dan kurikulum sekolah telah menerapkan teknologi dan maklumat ini dan
berusaha maju serta memupuk minat di samping memupuk minat dan mengukuhkan lagi sikap
positif dalam kalangan murid dan pelajar serta pendidik terhadap perkembangan teknologi
maklumat ini. Teknologi dan perisian komputer ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan
dan pentadbiran, tetapi memberi nilai tambah yang sangat berguna dalam proses pengajaran dan
pembelajaran secara total.
Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari ini sedang mengalami zaman penuh cabaran
terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz
Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan
menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam
pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai semua subjek
dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran
interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang
sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

Penggunaan bahan hands on yang menarik dan pelbagai dengan penambahan elemen
TMK wajar di tambah dan diaplikasikan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mereka . Ini bagi memastikan pemahaman pelajar dapar dipertingkatkan sekaligus menarik minat
mereka untuk mempelajari subjek yang dianggap sukar iaitu matematik. Guru haruslah bijak
mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka bagi meningkatkan mutu pengajaran masing
masing .

19

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

2,500 patah perkataan

8.0

RUJUKAN
1. Ahmad Sunawari Long, (2008), Metodologi Pendidikan, Kuala Lumpur,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Asiah Abu Samah. 1990. Ke arah Pendidikan Bermutu Melalui Penerapan
Teknologi Pendidikan. Jurnal Pendidikan Guru, Jilid 34 : 1 4.
3. Clements, D. H. (1999). Teaching length measurement: Research challenges.
School Science and Mathematic.
4. Ee Ah Meng.(1997). Amalan Dalam Bilik Darjah.Kuala Lumpur: Syarikat Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
5. Mohd Ghazali Bin Ismail. (2011). Meningkatkan Kemahiran Penukaran Unit
Dalam Sistem Metrik Bagi Murid Tahun 4 Dengan Menggunakan Ruler
Transformer: Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala
Terengganu.
6. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Sukatan Pelajaran Matematik. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
7. Zakwan Danial Zahir Rudin & Samsiah Hasan. (2013). Meningkatkan
Penguasaan Murid Tahun 5 dalam Topik Penukaran Unit Ukuran Panjang
Menggunakan Kotak Unit: IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu.
8. http://cikgumuhamadhanis.blogspot.my/2012/04/kotak-aku.html
9. https://prezi.com/axt8r_taeha7/bla-bla-bla/
10. http://saranaibubapa2013.blogspot.my/p/aplikasi-ict-dalam-pengajaran-dan.html
20

HBMT3303_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I

11. http://mylib.cakna.net/index.php/2013/article/viewFile/378/377
12. https://www.scribd.com/doc/252507805/Penukaran-unit-panjang-menggunakankotak-unit-pdf#download

21

You might also like