You are on page 1of 5

HARI KANTIN 2016

SM SAINS TAPAH
35000 TAPAH
PERAK.

KERTAS CADANGAN
HARI KANTIN
2016
TEMPA
T:
SM Sains
Tapah
TARIK
H:
8 10 April
2016
HAR
I:
Jumaat - Ahad
ANJURA
N:
SM Sains
Tapah
SM Sains Tapah

HARI KANTIN 2016

1.0

NAMA PROGRAM :
HARI KANTIN 2016

2.0

PENGENALAN :

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid-murid


yang kreatif dan kritis serta mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan sebagai persediaan awal dan pengaplikasian mereka terhadap mata pelajaran
Kemahiran Hidup.
Program seperti ini juga diadakan bagi memberikan pendedahan dan pengalaman
kepada murid-murid dalam bidang perniagaan serta dapat mencungkil bakat yang terpendam
menerusi aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung.
Pengisian program seperti ini dapat memberikan kesan yang terbaik khususnya kepada muridmurid yang lemah dalam bidang akademik untuk menonjolkan dan melibatkan diri secara aktif.
Selain itu, hubungan ukhuwah di kalangan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid dapat disemai
dan dipertingkatkan dengan lebih baik.
3.0

OBJEKTIF PROGRAM :

Perlaksanaan Projek Hari Kantin ini diharapkan memberi peluang kepada guru-guru dan
murid-murid untuk:

4.0

Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan dan


keusahawanan.

Memberi kesedaran kepada murid-murid untuk melaksanakan tanggungjawab yang


diamanahkan dengan lebih baik demi kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.

Mewujudkan hubungan kekeluargaan, hormat-menghormati dan menghargai di antara


guru-guru, ibu bapa dan murid-murid.

Melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
sekali gus melahirkan insan yang cemerlang dalam hidup.
PENYERTAAN/KUMPULAN SASARAN :
Semua guru, ibu bapa, pihak pentadbiran sekolah, murid SM Sains Tapah dan komuniti
setempat.
SM Sains Tapah

HARI KANTIN 2016

5.0

ANJURAN :
SM Sains Tapah.

SM Sains Tapah

6.0

TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM :


SM Sains Tapah

7.0

TARIKH, HARI DAN MASA PROGRAM :


Berikut adalah butiran program yang dirancang :Tarikh
Hari
Masa

: 8-10/04/2016
: Ahad
: 8.00 pagi 5.00 ptg

8.0

PENUTUP

Program seperti ini perlu didedahkan kepada semua guru, murid dan ibu bapa.Ini kerana
aktiviti dan pengisian sepanjang program ini merupakan salah satu medium yang terbaik untuk
membentuk insan yang cemerlang. Semoga dengan adanya program ini akan dapat
mengeratkan lagi hubungan di antara semua guru, ibu bapa dan murid-murid SM Sains Tapah
dengan lebih akrab. Diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta
mendapat kerjasama dari semua pihak.

Disediakan
oleh :...................................
.........
(NADHIRAH
BINTI
RAMLI)
Setiausaha Program.

You might also like