You are on page 1of 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROJEK KELAS ABAD-21

NAMA PELAJAR

: ALIA FARHANA BT AB AZIZ


SHARIFAH NURUL HAFIZAH BT SYED OMAR

PROGRAM
NAMA SEKOLAH

: PISMP TESL 2 SEMESTER 8 AMBILAN JANUARI 2013


: SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT WAN

NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROJEK KELAS ABAD 21


TEMPOH PELAKSANAAN : 2 MINGGU ( 24 JULAI 2016 - 4 OGOS 2016)

OBJEKTIF :
1) Memberi

peluang

kepada

murid

menggunakan

prasarana

kelas

pembelajaran abad 21 secara optimum sekaligus dapat bersaing sejajar


dengan murid di sekolah bandar.
2) Memberi peluang kepada murid untuk menimba ilmu dalam persekitaran
yang kondusif dan selesa.
3) Meningkatkan kreativiti dan kemahiran guru dalam pedagogi abad 21
bagi menarik minat murid untuk belajar.
4) Membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) sebagai
strategi pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di sekolah.
STRATEGI PELAKSANAAN:
Minggu

Tarikh

Minggu

24 Julai 2016 hingga


28 Julai 2016

Perkara

Menyediakan kertas kerja


program.
Mendapatkan maklumat berkenaan
Kelas Abad 21 daripada Penyelaras
Kelas Abad21 yang telah
menghadiri kursus (Puan Zaleha)
Membincangkan perkara-perkara
penting yang perlu ada untuk Kelas
Abad 21
Mendapatkan bahan-bahan yang

berkaitan daripada sekolah

Minggu
2

31 Julai 2016
hingga
4 Ogos 2016

Mencari bahan untuk menghias


kelas Abad 21
Menghias dan menyiapkan
projek kelas Abad 21
Membuat laporan berkaitan
kelas Abad 21

REFLEKSI:
1) Kekuatan Projek/Aktiviti

Antara kekuatan projek Kelas Abad 21 ini ialah, kami mendapat


pengetahuan dan pengalaman baru berkenaan Konsep Kelas Abad 21 yang
sebelum ini sangat asing bagi kami. Konsep Kelas Abad 21 ini adalah untuk
memenuhi matlamat PPPM(Pelan Induk Pembangunan Malaysia) 2013-2025 di
mana murid-murid hendaklah dilengkapkan dengan segala kemahiran baharu
yang diperlukan untuk merebut peluang cabaran abad ke-21. Selain melayari
internet dan melihat contoh-contoh kelas Abad 21, pendedahan mengenai kelas
Abad 21 juga turut kami dapati melalui modul lengkap yang diberikan oleh
Penyelaras kami, iaitu Puan Zaleha binti Manaf yang menghadiri Bengkel Kelas
Abad 21 yang dianjurkan oleh PPD pada 18 Julai yang lepas. Modul-modul
tersebut amat berguna sebagai rujukan kami sepanjang menyiapkan projek
Kelas Abad 21 ini.
Selain itu, Projek Kelas Abad 21 ini, memberikan manfaat yang besar
kepada murid-murid kelas yang terlibat iaitu, 5 Arif. Dengan ciri-ciri perubahan
yang dilakukan secara fizikal kepada kelas tersebut, murid-murid dapat belajar

dalam suasana yang kondusif, selesa dan berinformatif. Antara perubahan besar
yang dilakukan ialah, susunan meja yang diatur dalam kumpulan, hiasan kelas
yang lebih menceriakan, langsir dan alas meja yang ditukar baharu, sudut hasil
kerja murid, Sudut Learning Objectives & Success Criteria, Parking Lot
dimana murid yang malu untuk bertanya dapat menampal soalan dalam bentuk
sticky notes untuk diberi tindakan segera oleh guru, Traffic Light untuk
mengetahui tahap kefahaman murid-murid, Reward Chart, dimana guru dapat
menilai setiap kumpulan berdasarkan pengajaran pada hari yang berkenaan,
jadual bertugas murid yang baharu, jadual waktu kelas yang lebih userfriendly, papan mini putih untuk setiap murid, sudut santai yang dipenuhi
dengan buku-buku berbentuk fiksyen dan non-fiksyen, Rules of 5A yang
mengandungi peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid ketika berada di
dalam kelas, kata-kata hikmah yang digantung untuk memberikan motivasi
kepada murid dan juga bekas-bekas alat tulis, dimana setiap alat tulis
disediakan di bahagian belakang kelas, bagi murid-murid yang tiada atau
kehilangan alat tulis tersebut.
Seterusnya, projek Kelas Abad 21 ini turut memberi peluang kepada
kami, guru pelatih IPG untuk membina hubungan yang lebih erat dengan guruguru SK Bukit Wan. Hal ini kerana, kami perlu mendapatkan banyak maklumat
sebelum menjalankan Projek Kelas Abad 21 tersebut. Justeru itu, kami perlu
bertanya dan berbincang dengan ramai guru yang sudah mempunyai
pengalaman serta cadangan membina yang dapat digunakan supaya projek kami
ini dapat diselesaikan dengan baik dan bertepatan dengan Konsep Kelas Abad
21 yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami amat
beruntung kerana guru-guru di SK Bukit Wan memberikan kerjasama yang amat
positif terutamanya Guru Kelas 5 Arif sendiri iaitu Puan Zaleha binti Manaf.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

Antara kelemahan Projek Kelas Abad 21 ini ialah, kekangan waktu untuk
kami, guru pelatih untuk melaksanakan projek ini. Hal ini kerana, kami tidak
boleh mengganggu waktu pembelajaran dan pengajaran bagi murid 5 Arif pada
sesi pagi. Kami perlu berbahagi masa dengan bijak untuk menyiapkan kajian
tindakan, projek individu dan projek kumpulan dalam waktu yang singkat, iaitu
4 minggu sahaja. Selain itu, terdapat banyak perkara yang perlu di ubah untuk
Projek Kelas Abad 21 ini dimana kami perlu merancang terlebih dahulu dan
meminta persetujuan daripada guru-guru yang terlibat. Kami percaya bahawa
akan dapat membuat yang lebih baik sekiranya diberi masa yang lebih lama.
Seterusnya, sumber kewangan yang tidak mencukupi juga antara
kelemahan lain sepanjang kami melaksanakan projek ini. Namun begitu, ia
membantu kami untuk menjadi lebih kreatif dan lebih banyak menggunakan
sumber yang terpakai untuk mengubah 5 Arif menjadi Kelas yang berkonsepkan
Abad 21. Antaranya, kami tidak perlu membeli papan mini putih kayu yang
perlu di miliki oleh setiap murid. Kami hanya menggunakan kertas A3 yang di
laminate dan marker bagi setiap murid, sebagai papan putih mini mereka.
Selain itu, kami juga hanya mengitar semula kotak yang digunakan untuk
mengisi air susu kotak sekolah dengan membalutnya untuk dijadikan bekasbekas untuk mengisi keperluan murid.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Jika diberi peluang dan masa untuk meneruskan projek Kelas Abad 21
ini, kami akan cuba mendapatkan sumbangan daripada pihak- pihak yang
berkenaan agar lebih banyak bahan yang dapat kami sediakan untuk
melengkapkan 5 Arif sebagai Kelas Abad 21. Hal ini adalah kerana, 5 Arif
merupakan kelas rintis bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Wan, yang dilengkapi
dengan ciri-ciri kelas Abad 21. Justeru, adalah penting untuk kami menjadikan
5 Arif sebagai contoh terbaik untuk diikuti oleh guru kelas yang lain di SK Bukit
Wan.
Selain itu, untuk menambaik Projek Kelas Abad 21 ini, kami amat
berharap agar guru-guru matapelajaran 5 Arif meneruskan kaedah pedagogi
Abad 21 menggunakan bahan yang telah kami sediakan. Adalah penting bagi
guru-guru untuk memanfaatkan sebaiknya bahan yang disediakan agar
pembaziran tidak berlaku dan projek yang kami jalankan tidak berakhir dengan
kosong. Antaranya cadangan untuk pedagogi Abad 21 ialah, melengkapkan
sudut Learning Objectives & Success Criteria sebelum pengajaran bermula,
menjawab pertanyaan murid yang ditampal pada Parking Lot, menggunakan
Traffic Light untuk mengetahui tahap kefahaman murid-murid, menggalakkan
aktiviti secara berkumpulan, menilai murid menerusi Reward Chart yang
disediakan, serta mempamerkan hasil kerja murid pada dinding kelas supaya
murid diberi penghargaan dan lebih bersemangat untuk melaksanakan sesuatu
tugasan.
KESIMPULAN :
Pengalaman belajar dan membuat perubahan kepada Konsep Kelas Abad
21 ini memberikan kami sesuatu yang amat bernilai yang dapat kami
manfaatkan apabila kami ditempatkan di sekolah kelak. Kami menimba begitu
banyak pengalaman baru dan pengetahuan berguna sepanjang melaksanakan
projek ini. Kami berharap agar projek ini dapat diteruskan di kelas-kelas lain di
SK Bukit Wan agar setiap murid mendapat peluang untuk menjalani proses

pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan semaksimum yang mungkin.

Disediakan oleh,

(ALIA FARHANA BT AB AZIZ)


Guru Pelatih Internship,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

Disemak oleh,

(PUAN ZAHIAN BT OSMAN)


Mentor,
Program Guru Internship SK Bukit Wan.

You might also like