You are on page 1of 6

PROJEK SUDUT PETA I-THINK

2016

KERTAS KERJA
PROJEK INDIVIDU
INTERNSHIP 2016
PROJEK SUDUT PETA I-THINK
TARIKH
31 JULAI 2016 4 OGOS 2016
TEMPAT
BILIK SELF-ACCESS (SA ROOM)
ANJURAN
ALIA FARHANA BT AB AZIZ
GURU PELATIH IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL,
KUALA NERUS, TERENGGANU.
DENGAN KERJASAMA
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT WAN, KUALA NERUS,
TERENGGANU.

PROJEK SUDUT PETA I-THINK

1.0

2016

TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Bukit
Wan membuat pertimbangan dan meluluskan cadangan untuk membuat projek Sudut IThink bertempat di bilik SA (Self-Access Room) SK Bukit Wan. Pelaksanaan projek ini
juga untuk melunaskan tugasan individu guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato Razali Ismail sepanjang internship selama 1 bulan di SK Bukit Wan.

2.0

PENGENALAN/LATAR BELAKANG
Program I-THINK telah diperkenalkan oleh kerajaan Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) pada tahun 2011 di 10 buah sekolah dan
diikuti 1058 buah sekolah pada tahun 2013. Program ini merupakan satu program yang
bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam
kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang berinovatif dan mempunyai daya
kreativiti yang tinggi.
Pelaksanaan projek sudut I-Think di bilik Self-Access ini juga merupakan satu
langkah rintis untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran murid dan guruguru berkaitan peta minda I-Think di SK Bukit Wan .Projek ini diharap dapat membantu
pihak sekolah untuk memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran
sepanjang hayat; mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan
penyelesaian secara kreatif dalam kalangan murid sekolah.

3.0

OBJEKTIF
3.1

Memupuk kemahiran aras tinggi dan mampu berdaya saing dalam kalangan murid

3.2

sekolah
Melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran yang kreatif,

3.3

kritis dan inovatif.


Membimbing murid untuk mengaplikasikan peta I-Think dalam sesi pengajaran

3.4

dan pembelajaran dalam kelas.


Menceriakan persekitaran bilik

Self-Access supaya

lebih kondusif dan

bermaklumat untuk dikunjungi oleh murid-murid dan pelawat.

PROJEK SUDUT PETA I-THINK

2016

4.0

ANJURAN
Guru Pelatih IPG Kampus Dato Razali Ismail dengan kerjasama SK Bukit Wan.

5.0

KUMPULAN SASARAN
Semua murid dan guru SK Bukit Wan

6.0

BUTIRAN PELAKSANAAN
Tarikh : 31 Julai 2016 sehingga 4 Ogos 2016
Masa : Waktu Persekolahan
Tempat : Bilik Self-Access (SA) SK Bukit Wan

7.0

STRUKTUR ORGANISASI
(Rujuk Lampiran A)

8.0

ANGGARAN BELANJAWAN
(Rujuk Lampiran B)

9.0

SYOR/PENUTUP
Diharapkan agar kertas kerja ini mendapat kelulusan bagi mengelolakan serta
mendapatkan kerjasama dalam melunaskan Projek Individu Internship 2016: Projek
Sudut I-Think ini. Selain itu, pihak penganjur berharap projek ini mampu memberikan
pulangan yang besar kepada semua pihak yang terlibat terutamanya murid-murid SK
Bukit Wan dalam meningkatkan kemahiran murid dalam berfikir secara kreatif dan kritis
menggunakan Peta Minda I-THINK. Terlebih dahulu jutaan terima kasih diucapkan
kepada pihak tuan dalam mempertimbangkan kertas kerja ini dan diharapkan agar
permohonan ini mendapat kelulusan daripada pihak tuan dengan kadar segera.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh :-

.......................................................
(PUAN ZAHIAN BINTI OSMAN)
Setiausaha,
Program Pelaksanaan Kelas Abad 21

PROJEK SUDUT PETA I-THINK

Disemak oleh:-

...............................................
(PUAN HAYATI BINTI ALI)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Bukit Wan.

Disahkan oleh:-

...........................................
(PUAN ZAKIAH BINTI MOHAMMAD)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Wan.

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI PROJEK SUDUT PETA I-THINK


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT WAN 2016

PENGERUSI
Puan Zakiah Binti Mohammad

2016

PROJEK SUDUT PETA I-THINK

2016

NAIB PENGERUSI I
Encik Nor Shafizan Bin Husain
NAIB PENGERUSI II
Puan Hajah Hayati Binti Ali
NAIB PENGERUSI III
Puan Noryati Binti Yusoff
SETIAUSAHA
Puan Zahian Binti Osman
AJK DOKUMENTASI
Puan Alia Farhana Binti Ab Aziz
Cik Sharifah Nurul Hafizah Binti Syed Omar

LAMPIRAN B
ANGGARAN BELANJAWAN PROJEK SUDUT PETA I-THINK
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT WAN

BIL

ITEM

HARGA

JUMLAH

JUMLAH

PROJEK SUDUT PETA I-THINK

SEUNIT

UNIT

2016

Kertas A4 putih

RM0.058

50 helai

RM2.90

Kertas A4 warna

RM8.50

1 paket

RM8.50

Gam

RM 2.20

1 botol

RM2.20

Gunting (Saiz

RM3.00

1 biji

RM3.00

sederhana)
5

Kad manila

RM0.90

4 keping

RM3.60

Kertas pembalut

RM0.70

10 helai

RM7.00

hadiah

JUMLAH

RM 27.20

You might also like