You are on page 1of 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2013
HBIS 2203
AKIDAH

NAMA

NO. MATRIKS

NO. KAD PENGENALAN :


TELEFON

E-MEL

LEARNING CENTRE

1.0

PENGENALAN

AKIDAH Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap umat
kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu fardu
ain yang wajib dituntut dan dipelajari. Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami dan
dihayati, masih ramai umat Islam terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut
yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang terdahulu. Pada hal, amalan khurafat
adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman seseorang atau
menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak diampuni Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan
dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan
mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya
(menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan
sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar." Surah
al-Nisa, ayat 48)
Oleh demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati ketika menelusuri pentas kehidupan global
supaya tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di
samping mengenal pasti ciri amalan khurafat. Khurafat ditakrifkan sebagai cerita
mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi
mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama
ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau
kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam. Antara ciri amalan dan kepercayaan
khurafat, ia tidak bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis;
cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan kepada kepercayaan
lama dan adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan kepada
makhluk halus untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam;
mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada
unsur negatif pada akidah dan syariat Islam (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2010).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara
dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang
diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan
pahala)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam bab akidah Islam, setiap Muslim hanya wajib beriman dan percaya kepada Allah Yang
Maha Berkuasa Mutlak menguasai dan mentadbir alam semesta terbentang luas ini.Tiada
tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa. Ini bermakna kepercayaan
kepada benda yang dijadikan keramat yang dipercayai mempunyai kuasa selain daripada
Allah, bertentangan dengan konsep kepercayaan tauhid kepada Allah.
Selain itu, kepercayaan kepada sial juga menjejaskan akidah seseorang dan Rasulullah SAW
melarang keras perbuatan itu melalui sabdanya yang bermaksud: "Bukan dari golongan kami
sesiapa yang berasa sial atau meminta diramalkan kesialannya, ditenung nasib atau minta
ditenung nasibkan, menyihir atau minta disihirkan." (Hadis riwayat Tabrani)
Amalan memuja jin dan memohon pertolongan daripadanya seperti lazim dilakukan oleh
bomoh dan dukun adalah perbuatan syirik. Begitu juga bersahabat dan menggunakan jin
seperti tukang sihir dan tukang tenung. Oleh demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu
akidah untuk memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya
daripada amalan khurafat yang menyesatkan.
Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim
daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan
kesejahteraan hidup dunia akhirat.
Allah berfirman bermaksud: "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja
yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan
juga tidak mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan
yang demikian, maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri
sendiri dengan perbuatan syirik itu)." (Surah Yunus, ayat 106)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menemui tukang tilik dan menanyakan
sesuatu kepadanya, lalu terus percaya terhadap apa yang dikatakannya, maka dia telah
mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad." (Hadis riwayat Ahmad
dan Hakim). Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui perkataan,
perbuatan, adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah Islam.
Amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu menjejaskan akidah
seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun di sisi Allah.
Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara
kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat
yang menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan
seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan
Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2010).
2.0
i.

DALIL-DALIL NAQLI MENGENAI KHURAFAT


Perkara yang di lakukan ternyata menyanggahi hukum syara'

Mempercayai bahawa mandi safar dapat menolak bala'. Bala' seolah-olah dikaitkan dengan
binatang-binatang dan alam. Apakah perkara2 ini boleh mendatangkan bala'. Firman Allah
swt :-




"Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: Ini ialah hasil usaha
kami dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu
disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah,
sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi
kebanyakan mereka tidak mengetahui. " [al-'Araaf : 131].
contoh lagi :Bomoh-bomoh yang mengakui dimasuki roh wali, ternyata bercanggah dengan
hukum syara', Roh dialam barzah tidak boleh kembali ke bumi.

i.

Mempercayai akan kekuasaan lain selain dari Allah

Mempercayai bahawa sesuatu keris itu mempunyai kuasanya sendiri. Maka keris tersebut
hendaklah dipelihara.Ini menunjukkan selain dari Allah, ada perkara lain yang boleh memberi
kesan kepada manusia. Ini boleh membawa kepada syirik. Firman Allah swt :


"dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan
penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya
mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya"[al-Zumar :3].
Contoh lain seperti mentera-mentera bomoh yang memohon kekuatakan dari walik-wali atau
kuasa ghaib tertentu. Sebutan-sebutan mentera/jampi menyebabkan seseorang itu syirik.
ii.

Perkara yg tidak ada kena mengena dengan agama yang dimasukkan didalam
agama

Bersanding yang wujudnya penerapan-penerapan unsure-unsur agama. Terdapatnya selawat


dan upacara do'a. Begitu juga dengan ritual tepung tawar yang diadakan sempena membuka
kedai, bersanding, masuk ke rumah baru dan sebagainya. Ini menyamakan ritual buatan
manusia dengan apa yang Allah berikan kepada manusia. Firman Allah swt :

.

" Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam. Dan tiadalah yang
menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa. "[al-Syuu'ara' : 97-98].
iii.

Meramal masa depan sama ada baik dan buruk

Antara kepercayaan-kepercayaan khurafat yang diamalkan oleh masyarakat Jahiliyyah adalah


menilik masa depan mereka sama ada baik atau buruk. Apabila memulakan sesuatu
perjalanan atau pekerjaan juga, mereka akan memerhatikan keadaan sekeliling bagi
memastikan sama ada sangka baik (tafaul) atau sangka buruk (tasaum). Pada kebiasaannya,
mereka melihat arah burung terbang. Jika burung terbang di sebelah kiri, ia menandakan
perjalanan tidak selamat dan begitulah sebaliknya. Mereka juga mempercayai kekuasaan ahli
sihir dan kuasa azimat (Mahayudin Hj. Yahaya, 2005 : 4). Masyarakat Jahiliyyah juga
menyembah berhala kerana mengikuti kebiasaan nenek moyang mereka. Allah s.w.t

merakamkan kisah ini di dalam al-Quran ketika Nabi Ibrahim a.s berhadapan dengan
kaumnya yang menyembah berhala. Firman Allah s.w.t :







Maksudnya :
Dan bacakanlah kepada mereka kisah Ibrahim.

Ketika Ia berkata kepada ayahnya dan

kaumnya: "Apakah yang kamu sembah?" Mereka menjawab: "Kami menyembah berhalaberhala dan kami sentiasa tekun menyembahnya". Berkata Ibrahim: "Apakah berhala-berhala
itu mendengar (doa)mu sewaktu kamu berdoa (kepadanya)? Atau (dapatkah) mereka
memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?" Mereka menjawab: "(Bukan kerana
itu) Sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian".

Ibrahim berkata:

"Maka apakah kamu telah memerhatikan apa yang selalu kamu sembah, kamu dan nenek
moyang kamu yang dahulu? Kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah
musuhku, kecuali Tuhan semesta Alam.
(Surah as-Syuaraa : 69-71)
iv.

Kepercayaan yang berlebih-lebihan sehingga mengatasi kuasa Allah

Bahiirah adalah unta betina yang telah beranak lima kali dan anak kelima itu jantan, lalu unta
betina itu dibelah telinganya, dilepaskan, tidak boleh ditunggangi lagi dan tidak boleh diambil
air susunya. Saaibah adalah unta betina yang dibiarkan pergi ke mana saja lantaran sesuatu
nazar seperti jika seorang Arab Jahiliyah akan melakukan sesuatu atau perjalanan yang berat,
maka ia biasa bernazar akan menjadikan untanya saaibah bila maksud atau perjalanannya
berhasil dengan selamat. Washiilah seekor domba betina melahirkan anak kembar yang
terdiri dari jantan dan betina maka yang jantan ini disebut washiilah, tidak disembelih dan
diserahkan kepada berhala. Manakala Haam adalah unta jantan yang tidak boleh diganggu
gugat lagi kerana telah dapat membuntingkan unta betina sepuluh kali. Perlakuan terhadap

bahiirah, saaibah, washiilah dan haam ini adalah kepercayaan Arab Jahiliyah. Firman Allah
s.w.t :

Maksudnya :
Allah sekali-kali tidak pernah mensyari'atkan adanya bahiirah, saaibah, washiilah dan
haam. Akan tetapi orang-orang kafir membuat-buat kedustaan terhadap Allah

dan

kebanyakan mereka tidak mengerti.


(Surah al-Maidah : 50)
v.

Meletakkan sesuatu perkara yang hendak dilakukan kepada benda

Al Azlaam artinya: anak panah yang belum pakai bulu. Orang Arab Jahiliyah menggunakan
anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu
perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai
bulu. Setelah ditulis masing-masing yaitu dengan: lakukanlah, jangan lakukan, sedang yang
ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah.
Bila mereka hendak melakukan sesuatu maka mereka meminta supaya juru kunci Ka'bah
mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau
tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. Kalau yang
terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, maka undian diulang sekali lagi.

...
Maksudnya :
.. Dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. dan (diharamkan juga)
mengundi nasib dengan anak panah
(Surah al-Maidah : 3)

3.0

LIMA CADANGAN TERHADAP PERANAN GURU-GURU PENDIDIKAN

ISLAM SEBAGAI DAEI BAGI MENANGANI ISU KHURAFAT


Salah satu cabaran dalam pengembangan agama Islam sejak dahulu ialah wujudnya pengaruh
yang cuba memesongkan akidah penganut agama Islam. Sejak zaman Nabi Muhammad SAW
hinggalah kepada zaman kini, umat Islam secara amnya tidak pernah sunyi daripada

berhadapan dengan isu khurafat. Sejajar dengan perkembangan dakwah Islamiah di negara
inimasalah perbuatan khuraat dalam masyarakat Islam juga tidak sunyi daripada diberi
perhatian. Biarpun kerajaan berusaha menyemarakkan usaha dakwah menerusi pelbagai
medium dan perancangan di segenap peringkat, namun masih ada kelompok yang berjaya
menembusi golongan sasaran, terutama menerusi kaedah dan pendekatan tertentu mengenai
amalan khurafat yang diamalkan. Dalam keadaan ini guru-guru Pendidikan Islam dilihat
sebagai daei dalam menangani isu khurafat dalam masyarakat setempat. Antara langkahlangkah yang boleh di ambil untuk menangani permasalahan khurafat ini ialah:
i.

Dakwah

Dalam perkembangan dakwah masa kini perlu diteliti kembali bagaimanakah langkahlangkah yang dilaksanakan oleh badan-badan dakwah dalam mnyampaikan dakwah kepada
masyarakat iaitu dari segi keberkesanannya. Guru-guru perlu melihat peranan dakwah
melalui pengisian yang boleh diberikan kepada pelajar dan seterusnya meresap masuk dalam
masyarakat dalam mengatasi masalah khurafat ini dengan bebarapa objektif atau peranan
dalam mengtasi masalah khurafat iaitu:

Menegakkan agama Allah


Dalam memerkatakan tentang dakwah kepada masyarakat manusia, sebenarnya usaha
ini mempunyai matlamat agar apa yang dicita-citakan akan tercapai. Dakwah Islamiah
adalah risalah yang bertujuan mengubah jiwa dan masyarakat manusia supaya
mentauidkan Allah, melaksanakan ibadat dan berakhlak muli serta kasih sayang
antara satu sama lain yang terangkum keperluan-keperluan akliah, makrifat,

jasadiyyah, madiyyah dan sebagainya (Mohd Sabri Ismail, 2004).


Mentawhidkan Allah
Objektif lain penyebaran dakwah Islamiyah juga adalah untuk mengajak manusia
mentauhidkan Allah serta menjadikan Islam sebagai pegangan hidup. Kenyataan ini
perlu dibawa dengan jelas dan tidak kabur kerana ia merupakan matlamat dan tujuan
asal dakwah agar ia tidak tersasar dari yang sebenarnya.
Ia juga merupakan pembebasan jiwa manusia dari segala bentuk belenggu yang
mengikat mereka dari segala bentuk budaya dan kepercayaan khurafat dan
membentuk kefahaman baru yang berlandaskan Islam sebenar.

ii.

Pemahaman akidah Islam

Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia
merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah

menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang
terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus
kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan
jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai
daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia.
Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di
tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh
iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas
bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat
mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan
cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang
berkembang dengan begitu pesat sekali (Wan Mohd Hujjatullah Ghazali, 98).
Mengakui keesaan Allah swt
Matlamat utama pendidikan akidah Islam ialah mendidik manusia supaya mengakui keesaan
dan ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya. Ini
dijelakan oleh Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud :
"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan
sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan.
Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya"
(al-Ikhlas : 1-4)
Ayat di atas mendidik manusia supaya mengaku keesaan dan kekuasaan Allah swt. Ayat ini
diturunkan di Makkah di awal perkembangan Islam. Oleh kerana akidah merupakan asas
kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai al-Din maka wahyu-wahyu yang terawal yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menjurus kepada pendidikan Akidah bagi menanam
keyakinan yang teguh dalam jiwa manusia tentang keesaan Allah swt.
iii.

Pembabitan dalam masyarakat

Guru-guru Pendidikan Islam perlu lebih peka dan mengambil bert dengan keadaan sekeliling
mereka dengan mendedahkan diri dengan masyarakat setempat dengan memainkan peranan
memberikan maklumat kepada masyarakat mengani permasalah isu khurafat supaya
masyarakat dapat memahaminya dengan lebih baik. Keterbukaan dengan mendekati

masyarakat dapat memberikan satu penghormatan kepada guru supaya leboh dihormati oleh
masyarakat setempat dan kemampuan mereka dalam mengolah isu-isu agama dengan lebih
baik dan menyelesaikan masalah-masalah khurafat ini.
iv.

Perihatin dengan isu-isu khurafat

Keadaan ini juga dilihat penting, di mana guru Pendidikan Islam dapat memahami isu-isu
khurafat ini dengan lebih baik, keadaan boleh memberikan pengetahuan kepada masyarakat
luar sekolah dan melaporkannya dengan segera kepada pihak berkuasa. Perkara ini penting
supaya supaya guru-guru mendaji mata dan telinga kepada pihak berkuasa. Melalui rangkaian
dengan pejabat agama ini secara langsung dapat di ambil tindakan segera dari terus merebat
dan memesongkan akidah

pelajar dan umat Islam. Melalui keperihatinan ini segera

membentuk keadaan persekitaran baik dan bagus dari isu-isu berkaitan yang bermasalah.
v.

Menjadi pakar rujuk

Selaian daripada menjadi guru Pendidikan Islam guru sepatutnya menjadi pakar dalam
bidang agama. Keadaan ini secara langsung mampu menangani masalah khurafat. Dengan
menjadi pakar rujuk, ia akan memberikan satu penghormatan kepada guru terabit dan
masyarakat sekeliling. Pada masa kini guru Pendidikan Islam dan masyarakat sekeliling
dilihat dua entiti yang berbeza dan tidak bercampur, sedang guru-guru yang mengajar
Pendidikan Islam mempunyai kelayakan dan pengalaman yang luas dalam memahami isu-isu
berkaitan dengan masalah khurafat berdasarkan pengalaman dan juga pembelejaran mereka
yang mendalam semasa berada di universiti atau peringkat maktab perguruan. Mereka ini
seharusnya diberikan tauliah oleh majlis agama untuk menjadi tenaga pengajar di surau-surau
dan masjid, keadaan ini secara lansung dapat mengimarahkan lagi masjid.

4.0

KESIMPULAN

Sebagai sebuah negara yang membangun dengan pesat, masyarakat Islam Malaysia tidak
boleh lari dari permasalah khurafat, yang mungkin diubah dengan cara baru dan boleh
memesongkan akidah masyarakat. Apa yang penting kini peranan guru-guru Pendidikan
Islam, kini perlu lebih peka dan memberikan kefahaman yang jelas kepada setiap pelajar
diperingkat rendah sehingga menengah mengenai khurafat ini. Jika pemahaman pelajar sudah
kukuh ia dapat membantu menghindari masalah ini. Apa yang pasti peranan guru Pendidikan
Islam kini perlu diperluaskan skop pengajaran mereka bukan hanya mengajar di sekolah

tetapi juga dalam masyarakt itu sendiri supaya masyarakat akan lebih peka dan melihatnya
sebagai satu keperlun yang boleh membantu mereka menangani masalah-masalah berkaitan
dengan agama.

Rujukan
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2010). Pengertian Khurafat Dalam Islam, Faktor Kejadian
Tersebut Serta Jalan Penyelesaiannya. Atas talian 25 Februari 2013, dari
http://zainizainal.blogspot.com/2010/07/pengertian-khurafat-dalam-islam-faktor.html
Mahayudin Hj. Yahaya. (2005). Tamadun Islam. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Sabri Ismail. (2004). Isu-Isu Kontemporari Akodah dan Dakwah. Batu Pahat:
KUiTTHO.

Wan Mohd Hujjatullah Ghazali. (1989). Pendidikan Aqidah. Atas talian 25 Februari 2013,
dari http://www.angelfire.com/in/elcom98/akidah.htm

You might also like