You are on page 1of 2

Tajuk

Adat Resam dan Panatang Larang Kaum India

Pengenalan
Pantang larang merupakan kepercayaan Masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan
dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang
menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukan disebaliknya. Ia selalunya
diamalkan oleh orang-orang tua di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India.
Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pentingnya pantang
larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah Biar mati anak,
jangan mati adat.
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun
tidak dapat dinafikan. Adat yang

merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran,

perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia.


Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang
dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.
Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik
masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik
yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian pantang larang sudah menjadi amalan
atau prinsip dalam kehidupan hari ini.

Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti
pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa menganudung.Sebenarnya
pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri
agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.
Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa
perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh
kaum-kaum adalah berbeza.Inilah menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.

Objektif Kajian
Kepentingan Kajian
Methodologi
Di manakah Dijalankan
Jangkaan Dapatan Kajian
Senarai Kumpulan

You might also like