You are on page 1of 14

KERTAS CADANGAN

HARI KANTIN
SK DATUK
ABDULLAH

Tarikh Cadangan:
NOVEMBER 2016
Tempat Cadangan:
Kawasan sekolah
Anjuran:
Unit Hal Ehwal Murid (HEM)
SK DATUK ABDULLAH
Cadangan Anjuran Bersama:
-Unit Kurikulum, SK Datuk Abdullah
-Unit Kokurikulum, SK Datuk Abdullah
-Kelab Kebajikan Guru & Staf, SK Abdullah

KERTAS CADANGAN HARI KANTIN SEKOLAH, SK DATUK ABDULLAH 2016

1.1 NAMA PROGRAM:


Cadangan 1 : Hari Kantin Sekolah

2.1 PENGENALAN
Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan
murid-murid yang kreatif dan kritis serta mempunyai kemahiran dalam pelbagai
bidang termasuklah bidang perniagaan dan keusahawanan. Program seperti ini akan
memberikan peluang, pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid untuk
memahami perkara asas dalam bidang perniagaan dan keusahawanan dengan cara
melibatkan diri dalam secara aktif dalam pengurusan perniagaan kecil-kecilan.
Seterusnya dapat mencungkil minat murid dalam bidang perniagaan dan boleh
menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan apabila tamat persekolahan
kelak.
Bagi pihak guru pula, program seperti ini merupakan peluang untuk
memindahkan ilmu serta pengetahuan mengenai selok-belok pekerjaan kepada murid.
Dalam masa yang sama membolehkan guru untuk membuat penilaian terhadap
perkembangan murid semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, khususnya
untuk penilaian murid dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup dan penilaian murid
untuk aktiviti Kokurikulum.
Bagi pihak komuniti pula, program seperti ini akan mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim antara pihak luar seperti ibubapa/penjaga murid serta pihak lain
dengan pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru SK Datuk Abdullah. Dalam masa
yang sama memberikan kesedaran kepada mereka bahawa anak-anak mereka yang
terlibat dalam program ini secara langsung mempunyai keupayaan dalam bidang
perniagaan.

KERTAS CADANGAN HARI KANTIN SEKOLAH, SK ABDULLAH 2016

3.1 OBJEKTIF PROGRAM


Pelaksanaan Hari Kantin ini diharapkan memberi peluang kepada guru-guru dan
murid-murid untuk;
2.1 mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan
dan keusahawanan.
2.2 mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru, murid, ibubapa/penjaga,
pihak luar lain yang berkaitan dengan sekolah dan pihak pentadbiran sekolah.
2.3 mencungkil

bakat-bakat

baru

di

kalangan

murid-murid

dalam

bidang

keusahawanan.
2.4 memberikan peluang kepada murid untuk menonjolkan diri untuk tujuan penilaian
kurikulum dan kokurikulum.
2.5 memberikan kesedaran kepada murid untuk melaksanakan tugasan yang
diamanahkan dengan lebih baik demi kecemerlangan akademik dan sahsiah.
2.4 mengumpul dana bagi melancarkan aktiviti sekolah.
4.1 KUMPULAN SASARAN
Pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, staf-staf sokongan, kakitangan kontrak, semua
murid, ibu bapa / penjaga murid, dan warga komuniti SK Datuk Abdullah.
5.1 PESERTA
Guru, Staf dan murid SK Abdullah sahaja.

KERTAS CADANGAN HARI KANTIN SEKOLAH, SK DATUK ABDULLAH 2016

6.1 JAWATANKUASA PENGELOLA


Penaung

: Pn Russita Binti Latip


Guru Besar SK Datuk Abdullah

Pengerusi

: Pn. Sharifah Binti Omar


PK HEM, SK Datuk Abdullah

Naib Pengerusi 1

: En. Ahmad Nizam Bin Dzulkifli

PK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2

: Pn.Mariah Binti Rani


PK Ko-kurikulum

Setiausaha

: Pn.Norhaida Binti Ibrahim

Bendahari

: Pn. Siti Zubaidah Binti Alias

Ahli Jawatankuasa
Promosi / penyewaan tapak

: Pn. Siti Zubaidah Bt Alias

Kawalan Murid

: En. Azman Bin Abd Aziz

Keceriaan/Kebersihan

: Pn.Norlaila Bt Karim

Pertandingan/Hadiah

: Pn. Azliana Bt Abdul Rahman

7.1 DOKUMENTASI DAN FOTOGRAFI


Setiap untuk yang menyertai jualan dikehendaki untuk menyediakan laporan
aktiviti jualan masing masing berserta 6 keping gambar (sofcopy) sepanjang aktiviti
jualan berlangsung. Dicadangkan juga pelaporan yang dibuat oleh setiap unit yang
menyertai aktiviti jualan boleh digunakan sebagai laporan aktiviti panitia atau unit
gerak kerja kokurikulum untuk tujuan penilaian aktiviti pada akhir tahun.
8.1 SYARAT DAN TERMA
Lampiran I

KERTAS CADANGAN HARI KANTIN SEKOLAH, SK DATUK ABDULLAH 2016

9.0 KEKANGAN
Modal:
Modal jualan adalah tanggungan sendiri pihak yang menyertai aktiviti jualan.
Kehadiran:
Mohon kerjasama PIBG untuk mewar-warkan aktiviti ini bagi menggalakkan
kehadiran murid dan ibu bapa / penjaga pada hari pelaksanaan program.

10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar cadangan pelaksanaan program Hari Kantin Sekolah ini
dipersetujui oleh majoriti ahli mesyuarat yang hadir.

Disediakan oleh:
..

(SHARIFAH BINTI OMAR)


Pen. Kanan HEM,
SK.Datuk Abdullah.

Disahkan oleh,
..

(RUSSITA BINTI LATIP )


Guru Besar,
SK.Datuk Abdullah.

KERTAS CADANGAN HARI KANTIN SEKOLAH, SK DATUK 2016

LAMPIRAN I
SYARAT DAN TERMA
1. Pihak yang boleh menyertai aktiviti jualan:
1. Panitia mata pelajaran, SK Datuk Abdullah
2. Unit-unit dalam gerak kerja kokurikulum, SK Datuk Abdullah
3. Kelab kebajikan guru dan staf, SK Datuk Abdullah

2. Cara menyertai jualan:


1. Menyewa tapak jualan

3. Kadar sewa tapak:


1. RM 20 per tapak

4. Bilangan tapak jualan:


1. 8 lot
*akan ditambah sekiranya penyertaan menggalakkan

5. Jenis jualan yang dibenarkan:


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Makanan yang dimasak atau dibungkus


Minuman yang dimasak atau dibungkus
Barangan bukan makanan I (alat tulis, pakaian)
Barangan bukan makanan II (main dan menang)
Dan lain barangan yang berfaedah
Perniagaan yang HALAL dan menepati Syariat Islam dan Undang-undang Malaysia

6. Jenis jualan yang tidak dibenarkan:


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Makanan ringan
Minuman ringan
Makanan dan minuman yang berbahaya atau memabukkan
Barangan bukan makanan (alatan yang berbahaya)
Barangan bukan makanan (mainan, unsur judi)
Dan lain-lain barangan yang tidak berfaedah

KERTAS CADANGAN HARI KANTIN SEKOLAH, SK DATUK ABDULLAH 2016

7. Persiapan gerai jualan:


1. Peralatan dan kemudahan adalah dibawah tanggungjawab peserta jualan.
2. Sekiranya peserta jualan hendak menggunakan peralatan seperti dapur gas @ peralatan
elektrik, peserta jualan hendaklah memohon dan mendapatkan kebenaran secara
bertulis daripada pengerusi pengelola sebelum penggunaan peralatan tersebut.
3. Penggunaan peralatan elektrik dengan menggunakan sumber tenaga daripada aset
sekolah adalah diluar dari syarat penyewaan tapak. Cas elektrik kemungkinan akan
dikenakan kepada peserta jualan.
4. Senarai nama petugas hendaklah dipamerkan, dan hanya nama petugas yang dicatat
dalam senarai sahaja yang dibenarkan berada di kawasan penjual dan sekitar gerai.
8. Pakaian:
1. Bersih dan kemas serta menepati syarat penyediaan makanan yang
baik. 2. Memakai apron (jika ada) dan bertutup kepala.
9. Tanda harga:
1. Tanda harga untuk setiap barang jualan hendaklah dipamerkan dengan jelas dan tidak
mengelirukan serta menggunakan bahasa Melayu.
2. Digalakkan membuat senarai harga untuk dipamerkan.
10. Had harga jualan per barang.
Untuk murid :

1. Minimum = RM 0.50
2. Maksimum = RM 2.00

Untuk guru, staf dan orang awam


1. Minimum = RM 0.50
2. Maksimum = Tidak terhad (harga yang munasabah dan berpatutan)

KERTAS CADANGAN HARI KANTIN SEKOLAH, SK DATUK ABDULLAH 2016

11. Promosi:
1. Promosi jualan boleh dilakukan secara bertulis atau verbal sahaja dengan menggunakan
bahasa yang jelas dan tidak mengelirukan serta menggunakan Bahasa Melayu .
2. Perbuatan menipu dalam promosi juga dilarang.
12. Cara urusniaga:
a) Urusniaga akan menggunakan sistem kupon sepenuhnya. Urusan pembayaran
atau pengembalian wang baki hendaklah menggunakan kupon khas yang dijual
oleh pihak penganjur.
b) Kaunter kupon akan dibuka bermula 3 hari sebelum tarikh pelaksanaan
program sehingga pada akhir pelaksanaan program.
c) Kupon dijual secara set dengan harga RM 10.00 untuk setiap set.
d) Kupon hanya dijual secara set dan tidak dijual secara kepingan.
e) Setiap set kupon akan mengandungi nilai RM 0.50 x 4, RM 1.00 x 3, RM 5.00 x 1.
f) Pengunjung boleh mendapatkan seberapa banyak set kupon yang dikehendaki.
g) Kupon yang telah dibeli tidak boleh ditukarkan kembali kepada wang.
h) Pembelian berbaki tidak boleh dikembalikan atau ditambah dengan wang tunai.
i) Urus niaga tunai adalah dilarang sama sekali.
j) TUNTUTAN KUPON OLEH PESERTA JUALAN:
a. Pihak yang menyertai jualan boleh membuat tuntutan apabila tamat program
yang dijalankan.
b. Bukti tuntutan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan tuntutan yang
dibuat.
c. Tuntutan hendaklah dibuat oleh wakil sah untuk setiap peserta jualan (dua
orang pada 1 masa). Tuntutan yang dibuat melalui orang perorangan tidak akan
dilayan.
13. Cas tambahan yang mungkin dikenakan
1. Cas penggunan elektrik dari bangunan sekolah
2. Cas penggunaan air dari paip/sumber air sekolah

KERTAS CADANGAN HARI KANTIN SEKOLAH, SK DATUK ABDULLAH 2016

14. Sumbangan tetap atas nilai jualan (untung kasar):


1.1. Sumbangan tetap atas nilai jualan akan dikenakan kepada peserta jualan dengan mengikut
kaedah berikut:
1.1.1. Nilai jualan melebihi RM100.00 hingga RM 150.00 = 5%
1.1.2. Nilai jualan melebihi RM 151.00 hingga RM 200.00 = 6%
1.1.3. Nilai jualan melebihi RM 201.00 hingga RM 250.00 = 7%
1.1.4. Nilai jualan melebihi RM 251.00 hingga RM 300.00 = 8%
1.1.5. Nilai jualan melebihi RM 301.00 hingga RM 350.00 = 9%
1.1.6. Nilai jualan melebihi RM 351.00 dan ke atas = 10%

15. Pertanyaan dan kemusykilan


1. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai aktiviti jualan boleh berhubung terus
kepada AJK induk penganjur.
16. Penafian
1. Pihak penganjur tidak bertanggung jawab sekiranya berlaku sebarang kerugian atau
kemalangan atau kecelakaan kepada mana-mana pihak akibat daripada salah
pemahaman terhadap syarat-syarat yang dikemukkan.
2. Pihak penganjur juga tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku sebarang
kerugian atau kemalangan atau kecelakaan kepada mana-mana pihak akibat
daripada perlanggaran syarat yang dikemukakan oleh pihak penganjur.

KERTAS CADANGAN HARI KANTIN SEKOLAH, SK SILAM 201

LAMPIRAN II
PELAN TAPAK JUALAN (KANTIN SEKOLAH)

KERTAS CADANGAN HARI KANTIN SEKOLAH, SK DATUK ABDULLAH 2016

LAMPIRAN III
PROGRAM SELITAN DAN SYARAT PENYERTAAN
1. GERAI PALING BANYAK UNTUNG
a. Semua gerai layak dinilai
b. Mencatatkan keuntungan tertinggi
2. GERAI PALING TINGGI NILAI JUALAN
a. Semua gerai layak dinilai
b. Mencatatkan nilai jualan tertinggi
3. GERAI PALING BERSIH
a. Semua gerai layak dinilai
b. Kebersihan bahan jualan, tapak.
4. GERAI INNOVASI
a. Semua gerai layak dinilai
b. Innovasi dalam urusniaga
c. Innovasi barangan
d. Innovasi gerai

KERTAS CADANGAN HARI KANTIN SEKOLAH, SK SILAM 2015

LAMPIRAN IV

KERTAS CADANGAN HARI KANTIN SEKOLAH, SK SILAM 2015

LAMPIRAN V

You might also like