You are on page 1of 3

Adab hamalatul quran

Hamalah dalam bahasa melayu bermaksud pembawa manakala al-quran pula


bermaksud kitab suci. Oleh itu dapat didefinisikan bahasa pengertian halamatul
quran ialah pembawa kitab suci ataupun pembawa al-quran. Gelaran hamalatul
quran ini diberikan kepada mereka telah sempurna ingatannya dengan hafalan
al-quran.

Satu perkara yang amat penting bagi seseorang yang menghafal alQuran ialah kewajibannya untuk mengajar dan menyampaikannya
kepada masyarakat. Hamalatul Quran ini akan menyebabkan
masyarakat menjadi lebih dekat dan berpegang teguh dengan ajaran
al-Quran. Disebutkan dalam sebuah hadith Sahih riwayat al-Bukhari:

... ...
"Sebaik-baik di kalangan kamu ialah yang belajar al-Quran dan
mengajarkannya."
Oleh itu, sebagai seorang guru yang, adab hamalatul quran hendaklah
diterapkan kepada anak-anak murid serta diaplikasikan untuk dijadikan panduan.
Terdapat beberapa adab hamalutl quran yang boleh diaplikasi oleh murid
disekolah mahupun dirumah sebelum membaca atau menghafal al-quran. Antara
abad-abad hamalatul quran ini ialah :

1. bersugi atau bersiwak.


Bersugi atau bersiwak ini adalah satu perbuatan membersihkan mulut dan gigi.
Hokum bersugi adalah sunat namun sangat dituntut untuk bersugi dalam
keadaan tertentu seperti setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan
sembahyang, ketika hendak membawa al-quran dan ketika berubah bau mulut.
Oleh itu, sebagai seorang guru, sebelum memulakan kelas membaca atau
menghafaz al-quran, guru boleh mengarahkan murid untuk bersugi atau
bersiwak terlebih dahulu. Amalan bersugi juga telah menjadi amalan rasulullah
seperti dalam sabda rasulullah yang bermaksud :
Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk .
( Riwayat Ahmad )

2. berada dalam keadaan suci.

Suci bermaksud bebas daripada hadis kecil mahupun hadas besar. Jika membaca alquran dalam keadaan berhadas, maka hukumnya adaalah harus. sebelum membaca
al-quran, diharuskan untuk memastikan seseorang itu sentiaasa menjaga kebersihan
badan dengan dengan menghilangkan kotoran-kotoran yang melekat pada tubuh
terlebih dahulu. Guru hendaklah memastikan murid murid sentiasa berada dalam
keadaan yang bersih. Da sekiranya didapati murid tersebut dalam keadaan yang
kotor, maka eloklah kiranya meminta muridd tersebut untuk membersihkan kotoran
tersebut terlebih dahulu.

3. berwuduk
Seperti yang kita sedia maklum, disunatkan mengambil wuduk terlebih dahulu
sebelum membaca atau memegang al-quran. Oleh itu, sebelum memulakan kelas
membaca dan menghafaz al-quran, guru boleh memberikan masa selama beberapa
minit kepada murid untuk mengambil wuduk terlebih dahulu. Sekiranya terdapat
murid yang masih tidak tahu bagaimana cara untuk berwuduk, maka guru boleh
membimbing murid tersebut sehingga mereka dapat mengambil wuduk tanpa
bantuan daripada guru.

4. membaca al-quran ditempat yang bersih.


Membaca al-quran disunatkan ditempat yang bersih dan terpilih. Oleh itu,
disunatkan membaca al-quran didalam masjid ataupun surau. Sekiranya disekolah
terdapat kemudahan seperti surau, maka lebih elok sekiranya diadakan kelas
membaca didalam surau tersebut. Terdapat sejumlah ulama yang menganjurkan
membaca al-quran di masjid atau disurau kerana ia meliputi kebersihan dan
kemuliaan tempat serta dapat beriktikaf sama ada lama ataupun sekejap. Guru juga
boleh berpesan kepada murid, sebelum memasuki masjid atau surau, murid boleh
berniat iktikaf. Guru seharusnya melarang murid membaca al-quran di tempat yang
kotor. Ini kerana ia akan mengganggu focus murid sewaktu membaca al-quran.

5. membaca taawuz dan basmallah


Membaca taawuz ialah auzubillahi minassyaiton nirrojim bertujuan untuk memohon
perlindungan daripada allah dari gangguan syaitan. Sebelum membaca al-quran,
disunatkan membaca taawuz seperti dalam dalil firman allah taala daripada surah
an-nahl ayat 98:

Setelah membaca taawuz, disunatkan pula membaca basmalla kecuali pada surah
at-taubah. Para ulama menerangkan bahawa ucapan basmallah ini sangat berguna
bagi seseorang yang hendak melakukan sesebuah pekerjaan yang mulia seperti
membaca al-quran. Selain itu, membaca basmallah juga merupakan sunnah
rasulullah sejak turunnya wahyu pertama lagi. Guru boleh menceritakan keppada
murid tentang kepentingan membaca taawuz dan basmallah setiap kali sebelum
membaca al-quran supaya menjadi amalan mereka.

6. membaca al-quran dengan tartil


Al-quran hendaklah dibaca dengan tartil atau perlahan-lahan sambil memerhatikan
huruf-huruf dan barisnya. Membaca al-quran secara tartil ada disebut didalam firman
allah dalam surah al-muzammil ayat 4

Disunatkan juga membaca al-quran dengan tartil untuk mengetaahu makna sesuatu
ayat yang dibaca. Semasa membaca al-quran juga, harus diambil berat akan hokum
tajwidnya. Oleh itu, seagai seorang guru ketika mengajar murid membaca al-quraan
hendaklah disebut satu persatu perkataan terseut dengan tajwid yang betul. Apabila
guru membaca al-quran dengan bacaan dan tajwid yang salah, maka murid akan
terikut-ikut akan bacaan daripada gurunya.

7. tidak boleh membaca al-quran selain daripada bahasa arab.


Al-quran diturunkan dalam bahasa arab oleh itu membacanya juga hendaklah dalam
bahasa arab. Tidak boleh membaca al-quran dalam bahasa melayu ataupun
menggunakan bahasa ibunda lainnya. Ini kerana sekiranya kita membaca ayat-ayat
al-quran ketika solat menggunakan bahasa asing, maka solat tersebut tidak sah.

8. menjauhkan diri daripada ketawa dan bercakap kosong ketika membaca al-quran.
Semasa membaca al-quran, guru harus member peringatan kepada murid supaya
tidak ketawa ataupun bercakap kosong. Sekiranya murid melakukan perkara
tersebut, guru bole bertindak dengan menegur murid tersebut. Ini kerana situasi ini
akan mengganggu murid lain semasa membaca al-quran. Ayat-ayat al-quran juga
adalah kalam suci allah dan kita sebagai umat islam wajib menghormatinya.
Perbuatan ketawa dan bercakap kosong semasa membaca al-quran adalah tidak
beradab.

You might also like