You are on page 1of 15

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PRORAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBIS 3103
FIQH 1
SEMESTER MEI 2016

Nama

: ROHANA BT MOHD ZALI

No. Kad Pengenalan

: 771204-11-5412

Nombor Matrik

: 771204115412001

Nombor Telefon

: 019 9563172

Alamat E-mail

: rohanamohdzali@ymail.com

Pusat Pembelajaran

: TERENGGANU LEARNING CENTRE

SEMESTER MEI 2016

HBIS 3103

ISI KANDUNGAN

771204115412

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

3-4

2.0

Penerangan Tentang Maksud Puasa dalam Islam,

5-8

Hukum berpuasa dan Jenis Puasa

3.0

Perbincangan Perbezaan Konsep Puasa Antara Islam

9 - 12

Dengan Agama Selain Islam

4.0

Hikmah Berpuasa dalam Aspek Sosial Dan Ekonomi

13 - 14

5.0

Kesimpulan

15

6.0

Rujukan

16

1.0

Pengenalan

Amalan berpuasa telah lama menjadi ritual agama-agama penting di dunia. Tatkala
amalan ini menjadi perhatian dunia apabila umat Islam seluruh dunia berpuasa serentak
pada bulan Ramadhan.Sememangnya amalan berpuasa telahpun lebih awal menjadi amalan
lazim masyarakat bukan Islam terdahulu seperti di zaman Mesir kuno,Yunani Greek, bangsa
Romawi dan China kuno. Ritual ini masih dipraktikan oleh sesetengah agama seperti
Kristian, Judaism, Buddhism, Hindusim, Jainism dan sebagainya.
2

HBIS 3103

771204115412

Konsep puasa difahami oleh agama-agama umumnya sebagai satu kaedah penyucian
jiwa dan raga manusia, selain sebagai langkah penyatuan dan ketakwaan kepada Tuhan.
Secara konseptualnya puasa difahami sebagai suatu tindakan menahan diri daripada
melakukan sesuatu. Justeru walaupun amalan berpuasa ini terdapat dalam agama-agama
lain, puasa dari segi syariat dan pengisiannya adalah berbeza-beza.
Keutamaaan berpuasa ini sangat besar pahalanya yang berlipatganda bagi orang
yang berpuasa tanpa batas. Ini dishahihkan oleh hadis Al-

Bukhari

yang menyebut

maksudnya :
Kecuali puasa kerana adalah miliknya (bagiku) dan aku yang memberikan
pahalanya.

Daripada huraian di atas jelas menunjukkan bahawa puasa tiada tandingan kerana
doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah S.W.T. Mereka mempunyai dua
kebahagian iaitu apabila ia berbuka puasa ia gembira dan apabila ia bertemu dengan
tuhannya ia bahagia kerana puasa dapat memberikan syafaat pada hari kiamat. Puasa
merupakan perisai dan benteng yang paling kuat untuk mencegah dari api neraka kerana
sesiapa yang bepuasa fisabilillah nescaya dapat menjauhkan mukanya dari api neraka sejauh
tujuh tahun perjalanan dan barangsiapa berpuasa satu hari nanti mengharapkan keredhaan
Allah dan ia mati dalam keadaan berpuasa nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga.
Sesungguhnya Ramadhan merupakan pilar (rukun ) islam, Al-Quran diturunkan di
dalam bulan ini serta terdapat Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Apabila
bulan Ramadhan tiba pintu-pintu syurga akan dibuka, pintu-pintu neraka akan ditutup serta
setan-setan terbelenggu. Puasa di bulan Ramadhan sama dengan puasa sepuluh bulan
penuh.Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana Allah taala dan mengharapkan
pahala darinya nescaya aklah akan mengampuni dosa-dosanya yang lalu serta banyak orang
yang dibebaskan dari neraka setiap kali berbuka.
Puasa mengandungi banyak hikmah dan faedah agar manusia sentiasa bertaqwa
kepada Allah Taala di dalam firmannya agar kamu bertaqwa. Di sini jelas menunjukkan
apabila nafsu dapat menahan dirinya dari perbuatan yang halal kerana mendambakan
keredhaan Allah, maka sudah pasti tunduk untuk menahan diri dari yang haram.
3

HBIS 3103

771204115412

Sememangya berpuasa juga menampakkan prinsip kesatuan kaum muslimin di mana


seganap umat berpuasa dan berhari raya bersama pada bulan yang sama. Malahan, dapat
memupuk diri kita berdisiplin serta menepati masa.

2.0

Penerangan Tentang Maksud Puasa dalam Islam, Hukum berpuasa


dan Jenis Puasa
2.1

Maksud Puasa

Definisi puasa dari segi bahasa adalah MENAHAN sesuatu, baik makanan,
minuman, kata-kata atau gerakan. Manakala menurut istilah puasa ialah MENAHAN DIRI
dari hal-hal yang membatalkan puasa baik dari makan dan minum diserrtai dengan niat dari
terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari.

Menurut syara pula yang diperintahkan

dalam nash Al-Quran dan sunnah berpuasa bermaksud meninggalkan dan menahan diri
daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dengan niat dapat mendekatkan
diri kepada Allah Swt. Di sini dapatlah di rumuskan bahawa puasa dalam islam bermaksud

HBIS 3103

771204115412

menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang boleh membatalkan puasa di sertai
dengan niat dari terbit fajar hingga terbenamya matahari.
2.2

Hukum BerPuasa

Segenap umat islam sepakat bahawa puasa di bulan ramadhan itu hukumnya adalah
wajib. Ini dapat dijelaskan lagi perintah Allah bahawa puasa itu telahpun disyariatkan
kepada umat-umat terdahulu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, mogamoga kamu bertaqwa.

[al-Baqarah 2:183]

Hadis Rasulullah s.a.w. juga ditegaskan melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad ,
An NasaI dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah yang bermaksud :

Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh
Berkat, Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan
Ramadhan itu di buka segala pintu syurga dan di tutup segala pintu neraka serta
Di belenggu segala syaitan.

Barangsiapa yang tidak berpuasa sekalipun satu hari di siang hari dalam bulan Ramadhan
tanpa uzur yang dibenarkan oleh syara, maka ia telah melakukan satu dosa besar. Ini
diriwayatkan oleh Al- Hafidz

Adz- Dzahabi rahimahullah katanya, Sudah menjadi


5

HBIS 3103

771204115412

ketetapan kaum muslimin bahwa yang meninggalkan puasa tanpa udzur (syari) maka ia
lebih buruk daripada penzina dan pencandu khmar, bahkan mereka meragukan
keislamannya dan menganggapnya zindiq serta menyimpang dari agama.

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari iaitu masuk waktu sembahyang
fardhu maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq ( waktu subuh ). Oleh itu, bolehlah
dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut , walaupun semasa
berbuka. Lafaz niat puasa ramadhan sepenuhnya untuk sebulan iaitu lafaznya :
Niatnya : Sahaja aku berpuasa esok hari sebulan ramadhan pada tahun ini kerana
Allah taala.

3.3

Jenis Puasa

Pertama : Puasa wajib


1. Puasa Ramadhan
2. Qadha puasa Ramadhan
3. Puasa Kafarat ( tebusan hukuman ) iaitu kafarat kerana membunuh tidak sengaja,
kafarat zihar ( menyamakan punggung isteri dengan ibunya , maksudnya tidak mahu
menggaulinya lagi ), kafarat berhubungan badan di siang hari pada bulan ramadhan
dan kafarat sumpah.
4. Puasa orang yang menunaikan haji tamattu.
5. Puasa nazar.
Kedua : Puasa Sunnah
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Puasa Hari Asyura ( 10 muharram )


Puasa Hari Arafah
Puasa Isnin dan Khamis
Puasa 3 hari setiap bulan
Memperbanyakkan puasa di bulan Syaaban
Puasa enam di bulan syawal
Puasa pada bulan Muharram

HBIS 3103

771204115412

Ketiga : Puasa Makruh


1. Mengkhususkan berpuasa pada hari jumaat. Berdasarkan sabda nabi s.a.w :

Janganlah engkau semua (mengkhususkan) berpuasa pada hari jumaat kecuali


engkau berpuasa sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.
2. Mengkhususkan puasa hari sabtu. Berdasarkan sabda rasulullah s.a.w maksudnya
Janganlah kamu semua (mengkhususkan) berpuasa pada hari sabtu kecuali
apa yang Allah wajibkan kepada kamu semua. Kalau sekiranya salah seorang di
antara kamu tidak mendapatkan kecuali kulit anggur atau pelepah pohon ( untuk
berbuka, maka berbukalah dengannya ).
Keempat : Puasa Haram
1. Puasa pada Idul fitri, Idul Adha dan hari hari tasyriq iaitu 3 hari setelah hari
nahar ( Idul Adha ).
2. Puasa wanita yang sedang haid atau nifas.
3. Berpuasa pada hari yang meragukan iaitu hari ketiga puluh pada hari syaban,
saat di langit ada sesuatu yang menghalangi untuk melihat hilal ( bulan thabit
awal bulan).
Kelima : Puasa Mubah
Maksud mubah ialah berpuasa pada hari yang tidak diperintahkan dan tidak dilarang
untuk berpuasa secara khusus seperti hari selasa dan rabu. Meskipun asal dari berpuasa
adalah ibadah sunnah.

Perbincangan Perbezaan Konsep Puasa Antara Islam Dengan Agama Selain Islam

3.1

Puasa dalam agama Yahudi (Judaism)


7

HBIS 3103

771204115412

Dalam agama Yahudi, amalan berpuasa telah wujud dalam beberapa hari
berdasarkan kalender bulan Yahudi. Hal ini ada disebutkan di dalam Bible apabila Jesus
dirujuk kepada amalan pengikut Yohanes: Orang-orang berkata kepada Jesus, "Pengikut
Yohanes dan pengikut orang Farisi sering berpuasa dan berdoa. Tetapi pengikut-pengikutMu makan dan minum." [Luke 5:33]
Pihak synagogue juga berkuasa menyuruh penganut Yahudi untuk berpuasa apabila
ditimpa musibah. Namun amalan berpuasa yang wajib ialah pada hari yang dinamakan Yom
Kippur (Hari Penebusan atau Pembersihan Dosa), satu-satunya puasa yang diperintahkan
dalam hukum Taurat (Mosaic Law). Setelah menfokuskan 10 hari untuk tujuan bertaubat
sejak Rosh Hashanah (Tahun Baru mengikut kalender Yahudi), diikuti dengan berpuasa
pada hari Yom Kippur untuk memastikan taubat dan diampunkan dosa-dosa tahun
sebelumnya kerana mengikut kepercayaan mereka pada hari Yom Kippur itulah nasib semua
penganut Yahudi ditentukan untuk tahun berikutnya.
Selain Yom Kippur, ada yang menambah empat hari tambahan puasa masing-masing
satu hari di bulan Ab, Tammuz, Tebeth dan Tishri. Ini bertujuan untuk berkabung atas
bencana yang menimpa kaum Yahudi.
Dalam berpuasa, mereka tidak sahaja menahan diri daripada makan dan minum,
mereka juga dilarang berkerja, bersetubuh dan mandi, malahan menggunakan minyak
sapuan atau krim (ointment) dan kasut kulit juga adalah dilarang.

3.2

Puasa dalam agama Kristian


Memandangkan amalan berpuasa juga telah diamalkan oleh agama-agama sebelum

zaman kedatangan Jesus, amalan berpuasa juga dilakukan oleh Jesus dan Nabi-nabi
terdahulu. Hal ini banyak direkodkan dalam Bible (Perjanjian Lama), dalam satu laporan
Jesus didakwa berkata:
Dan apabila kamu berpuasa, janganlah muram mukamu seperti orang munafik. Mereka
mengubah air mukanya, supaya orang melihat bahawa mereka sedang berpuasa. Aku
berkata kepadamu: Sesungguhnya mereka sudah mendapat upahnya.Tetapi kalau kalian
berpuasa, cucilah mukamu dan sisirlah rambutmu, supaya tak ada yang tahu bahwa kalian

HBIS 3103

771204115412

berpuasa, kecuali Bapamu yang tidak kelihatan itu saja. Dia melihat perbuatanmu yang
tersembunyi itu dan akan memberi upah kepadamu."(Mathew 6:16)
Dalam agama Kristian waktu berpuasa tidak ditetapkan secara spesifik oleh agama,
contohnya mazhab Kristen Protestan tidak mewajibkan untuk berpuasa, sedangkan Kristen
Katolik mewajibkan untuk berpuasa pada waktu-waktu tertentu.
Amalan berpuasa dalam agama Kristian pada masa ini telah mengalami perubahan
apabila tidak ada pengkhususan terhadap amalan berpuasa apabila ia dianggap perbuatan
sukarela. Ada mazhab Kristian yang menganggap Bible hanya memperkenalkan puasa
sebagai sesuatu yang baik, berguna dan digalakkan. Namun tradisi pernah membuktikan
penganut Kristian (Katolik) berpuasa selama 40 hari bermula dari Ash Wednesday
sehingga hari Easter. Mereka juga berpuasa pada hari Good Friday, Rogetion Days,
Ember Day dan hari-hari lain secara sukarela.

3.3

Puasa dalam agama Hindu

Golongan beragama Hindu berpuasa pada hari ekadasi ini dengan tujuan dan kepercayaan
bahawa hari tersebut dapat menghilangkan semua dosa sekaligus merubah nasib hidup
mereka, bahkan dapat meningkatkan kekuatan dalaman mereka. Bagi yang tidak
mempunyai kekuatan untuk berpuasa tanpa makan dan minum, mereka dibenarkan
memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan meminum susu.

3.4

Puasa dalam agama Buddha


Puasa dalam agama Buddha disebut sebagai Uposatha, puasa bukanlah merupakan

suatu perbuatan wajib dalam agama Buddha, sekiranya ada penganut agama Buddha yang
berpuasa.
Ia selalu dilakukan berdasarkan kalender agama Buddha yang juga bergantung
kepada peredaran bulan, berpuasa dilakukan pada bulan cerah dan bulan purnama atau hari
1 dan 15 kalender Buddhist. Uposatha difahami dengan maksud hari yang dilalui dengan
berpuasa.

HBIS 3103

3.5

771204115412

Perbezaan Konsep Puasa Antara Islam Dengan Agama Selain Islam


Kajian ringkas ini cuba mengupas konsep puasa yang wujud dari pelbagai sudut

agama yang ada dalam cubaan mengetengahkan perbezaan ketara yang wujud antara agama
lain dan ajaran Islam seperti mana yang pernah Nabi Muhammad s.a.w lakukan (melalui
hadis-hadis) dalam mengetengahkan kepada umat Islam ciri-ciri ritual puasa agama lain
sebagai pengetahuan tambahan dalam beramal. Hal ini ketara dalam sabda Nabi Muhammad
s.a.w apabila cuba membezakan puasa umat Islam dan agama lain.
"Perbezaan antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian)adalah
makan sahur ". [Hadith Riwayat Imam Muslim no.1096]
Agama ini akan sentiasa menang selama mana manusia menyegerakan berbuka,
kerana Yahudi dan Nasrani (Kristian) mengakhirkannya ".
[Hadith Riwayat Imam Abu Daud no. 2353]

Dengan rasa penuh hormat terhadap kajian ringkas berkenaan konsep puasa yang
terdapat dalam agama-agama lain selain Islam dan selaku seorang Muslim, konsep puasa
dalam Islam dilihat lebih luas dengan tidak hanya difahami melalui definisi lahiriahnya
sahaja iaitu menghindari makan, minum, persetubuhan antara suami isteri dan perkaraperkara yang boleh membatalkan puasa dengan sengaja dari bermulanya terbit fajar
sehingga terbenamnya matahari. Ajaran Islam juga menyuntik keseimbangan dalam aspek
rohani atau spiritual dan fizikal melalui perintah kewajiban berpuasa sepanjang bulan
Ramadhan (bulan ke 9 dalam kalender Islam) berserta dengan tawaran-tawaran pahala
berganda serta pengampunan dosa.

Dengan hanya melihat bulan ke-9 dalam kalender Islam (bulan Ramadhan) ini sahaja
sudah boleh dianggap suatu mukjizat, mengambil negara-negara di utara bumi sebagai
contoh, sekiranya utara bumi menyambut bulan berpuasa itu pada musim sejuk, waktu fajar
adalah lebih pendek menjadikan tempoh berpuasa adalah lebih pendek sesuai dengan
suasana sejuk yang dialami pada musim tersebut, hasilnya waktu Subuh lebih lewat dan
waktu Maghrib yang lebih awal. Adapun sekiranya bulan berpuasa di utara bumi sewaktu

10

HBIS 3103

771204115412

musim panas, lain pula waktunya apabila waktu siang menjadi lebih panjang berbanding
waktu malamnya yang singkat. Hal ini membuktikan bahawa musim sejuk atau panas
membantu dalam memberi kesesuaian kepada mereka yang sedang berpuasa sesuai dengan
musim yang dialaminya.
Dari aspek pembersihan spiritual dan fizikal pula, apa yang ditekankan dalam
kewajiban berpuasa dalam ajaran agama Islam boleh di

manifestasi dalam bentuk

keimanan, kepercayaan serta tingkah laku mendidik seorang manusia dalam kehidupan
beragama. Elemen-elemen galakan seperti keberkatan bersuhur (makan dan minum sebelum
terbit fajar sebagai persediaan menghadapi waktu berpuasa pada siang hari),mengelak
daripada berkata dusta, meninggalkan perbuatan keji dan sia-sia, menyegerakan berbuka
puasa dan menunaikan solat secara berjemaah pada malam hari atau dikenali sebagai solat
terawih serta banyak lagi senarai amalan-amalan bagi meraih pahala pada bulan puasa,
semua amalan ini dianggap komprehensif dalam menjana program pembentukan nilai-nilai
murni baik secara spiritual, fizikal dan mental seorang manusia.
Kini setelah kita mengetahui kewujudan ritual puasa ini dalam agama-agama lain
berserta dengan perbezaan-perbezaan yang wujud, hal ini dapat memberi kita peluang
melihat konsep kehidupan beragama dengan lebih luas seperti mana saranan dalam kitab
suci al-Quran yang turut menceritakan kewujudan agama-agama lain dengan metod
pencarian serta proses mendekatkan diri kepada Tuhan yang berbeza-beza.

4.0

Hikmah Berpuasa Dalam Aspek Sosial dan Ekonomi

4.1

Memperoleh takwa kepada ALLAH

Seseorang beragama Islam akan melaksanakan perintah Allah dan berusaha bersungguhsungguh menjauhi segala larangan-Nya. Antara bentuk ketakwaan yang akan diperoleh
daripada berpuasa adalah:
11

HBIS 3103

771204115412

Pertama, orang yang berpuasa sebenarnya mempunyai keinginan untuk makan, minum,
bersama dengan isteri mereka dan sebagainya tetapi mereka meninggalkannya agar dapat
mendekatkan diri kepada Allah dan mentaati perintah-Nya iaitu berpuasa pada Ramadan.
Kedua, orang yang berpuasa sebenarnya mampu untuk melakukan apa sahaja yang
dikehendaki diri mereka tetapi mereka mengetahui Allah sentiasa mengawasi mereka. Ini
juga adalah satu bentuk ketakwaan kepada Allah.
Ketiga, ketika berpuasa, setiap orang yang berpuasa akan mempunyai semangat untuk
melakukan amalan ketaatan kepada Allah. Ketaatan merupakan jalan kepada ketakwaan
kepada Allah.

(2) Keseimbangan Dalam Hidup


Pada hakikatnya kita adalah hamba Allah yang diperintahkan untuk beribadah. Namun
disebabkan kesibukan hal duniawi seperti pekerjaan, hawa nafsu dan lain-lain membuatkan
kita sering lupa kewajipan kita. Pada bulan puasa ini, melatih diri kita untuk kembali
mengingat dan melaksanakan semua kewajipan tersebut dengan digandakan ganjaran
pahala.

3) Dapat Mempereratkan Silaturrahim


Dalam islam ada persaudaraan sesama muslim iaitu majlis berbuka puasa sesame muslim,
solat bersama di masjid, memberi ilmu islam dalam ceramah dan diskusi keagamaan
dilaksanakan di masjid dapat mempereratkan hubungan sillaturrahim sesama muslim.

(4) Dapat merasai kesusahan orang miskin dan berkasih sayang dengan mereka

12

HBIS 3103

771204115412

Puasa akan menyebabkan seseorang hamba yang berpuasa lebih menyayangi orang-orang
yang miskin kerana orang yang berpuasa juga berasa kesusahan menahan rasa lapar dan
dahaga walaupun dalam tempoh seketika sahaja, tetapi disebabkan itu, mereka akan
bersikap lemah lembut terhadap sesama mereka dan berbuat baik kepada mereka.

Dengan sebab inilah, orang yang berpuasa akan mendapatkan ganjaran pahala yang besar
daripada Allah. Begitu juga dengan puasa, seseorang akan merasai apa yang dialami oleh
golongan miskin, fakir yang penuh kekurangan. Orang yang berpuasa akan merasai lapar
dan dahaga sebagaimana yang dialami oleh mereka tadi. Inilah yang menyebabkan
kedudukan mereka tinggi di sisi Allah SWT.

5) Berlatih Hidup Bersederhana ( Wasatiah )


Ketika waktu berbuka puasa, tiba saat makan dan minum sedikit sahaja serta merasakan
nikmat makanan yang sedikit malatih diri kita bersyukur dan bersedrhana tanpa mengira
darjat mahupun pangkat. Fikiran kita untuk makan banyak waktu berbuka semaunya hawa
nafsu sahaja dan tiba waktu berbuka kita hanya dapata makan sedikit. Oleh itu, kita perlu
mensyukuri

5.0

nikmat

yang

Allah

berikan

ketika

berbuka

puasa.

Kesimpulan
Sebagai seorang muslim, Kita seharusnya dapat menilai dan bermuhasabah terhadap

ibadah puasa yang dijalankan pada bulan ramadhan agar amalan amalan yang
dilaksanakan dapat diterima oleh Allah dan memberikan manfaat serta melahirkan insan
yang bertaqwa.
Setiap yang beragama islam perlu menginsafi bahawa amalan-amalan lain yang
dituntut pada bulan ramadhan perlu dilakukan dengan penuh istiqamah, ikhlas dan sabar di
samping melaksanakan ibadah puasa pada bulan tersebut dengan sebaik-baiknya seperti
yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
13

HBIS 3103

771204115412

Selain itu, kita hendaklah memenuhi bulan ramadhan ini dengan melakukan amalanamalan baik untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. Malahan, kita juga
digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan wajid yang lain di samping
menjalani ibadah puasa. Ini kerana Allah akan melipatgandakan pahala kepada mereka yang
beramal pada bulan ramadan ini. Nilai pahala ibadah sunah pada bulan ini sama dengan nilai
pahala ibadah wajib pada bulan lain. Amalan amalan yang digalakkan dilakukan pada
bulan ramadhan iaitu beriktikaf, memperbanyakkan sedekah, menjaga lidah dan anggota
badan, menghadiri majlis ilmu, membaca al-quran, beribadah pada malam lailatul qadar dan
memberi makan orang berbuka, menjaga lidah dan anggota badan serta memperbanyakkan
doa.
Kesimpulannya bahawa pada bulan ramadhan di samping berpuasa kita juga
digalakkan melaksanakan amalan yang baik dan mendapat ganjaran pahala yang besar.
Bulan ramadhan hanya datang setahun sekali . Oleh igtu, manfaatkanlah ganjaran yang
diberikan oleh Allah dengan sebaik-baiknya agar kita mendapat keberkatan hidup di dunia
dan di akhirat.
( 2781 patah perkataan )

6.0

Rujukan

Hasanah Haji Yahya et al. (2007 ), Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 6, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Idris Ahmad, (2001), Fiqh Syafie ( Jilid 1), Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara
Mohamad Zaini Yahya et.al ( 2006 ),Buku Teks )Pendidikan Islam Tahun 5 ( jilid 2),
Kuala Lunpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhamad bin Ariffin et al.( 2007 ), Buku Teks Syariah Islamiah Tingkatan 4,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
M. Noor Matdawan, Ibadah Puasa Dan Amalan-amalan di Bulan Ramadhan,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
http :// www.ahmadrushdi.com /2009/08 puasa takrif pensyariatan dan rahsia
http://www.syariahonline.com /puasa/index.htm
14

HBIS 3103

771204115412

15

You might also like