You are on page 1of 4

EKS UCAPAN HARI KANAK-KANAK 2010

Disampaikan oleh: Wan Mohd Syahmi b. Hj. Yaakob


Ketua Pengawas SKBTK 2010
Disemak oleh: Pn. Hazura bt Abdul Rahim.
Ketua Panitia Bahasa Melayu
Terima kasih tuan pengerusi majlis.
Yang Berusaha Tuan Guru Besar Tn. Hj. Abd. Shukor b. Hj. Ujang.
Yang Dihormati En. Nor Azman b. Amat Kalam Yang Dipertua PIBG
Yang Dihormati Barisan Pentadbir SK. Bandar Tasik Kesuma
Yang Disayangi Guru-guru dan rakan-rakan semua.
Assalamualaikum dan salam I Malaysia.
Sebelum kata bersusun bicara , terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan
penghargaan kepada pihak sekolah kerana telah memilih saya untuk berucap bagi
mewakili rakan-rakan sempena dengan sambutan Hari Kanak- Kanak Sedunia peringkat
SK. Bandar Tasik Kesuma pada hari ini.
Rakan rakan yang dihormati,
Hari ini adalah hari yang istimewa untuk kita yang bergelar kanak-kanak. Berjuta
kanak-kanak di dunia . Kita adalah diantara kanak-kanak yang paling bertuah. Hari ini
kita diraikan dan kita meraikan Hari Kanak-Kanak dalam suasana yang ceria , gembira
dan selamat. Menginsafi rakan-rakan diceruk dunia yang berbeza , dengan seribu satu
warna kehidupan dan cerita lara , kita adalah insan terpilih untuk mengecapi nikmati
diberi
di
bumi Malaysia.
Justeru
, sewajarnya
kita
harus
berbangga
menjadi warganegara Malaysia dan kita seharusnya menjadi permata di bumi nan
permai ini.
Guru-guru yang disayangi,
Kami adalah kanak-kanak yang dahagakan ilmu pengetahuan , kemahiran dan didikan .
Kami sedar tanpa ilmu , kami akan ketinggalan dalam perkembangan dunia pada hari ini.
Bimbinglah kami , ajarkan kami , sayangilah kami . Tanpa guru siapalah kami- anak-anak
murid mu. Kami adalah cerminan warna dunia pendidikan pada hari ini untuk menjadi
pewaris generasi masa depan .
Rakan-rakan sekalian ,
Kita sedia maklum bahawa kita adalah generasi pewaris bangsa , penerus tradisi budaya
dan tunggak kecemerlangan negara. Maka dengan itu, marilah kawan-kawan , kita
membuka tekad baru untuk berazam menjadi kanak- kanak dan pelajar yang lebih

bertanggungjawab , berdisiplin dan berdaya saing untuk maju dalam akademik dan
mengharumkan jenama Kesuma Gemilang .
Sebelum berlabuh tirai bicara, izinkan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada
guru-guru yang sudi mengajar dan membimbing kami . Gurulah ratu dihati kami.Tanpa
guru , siapalah kami. Terima kasih daun keladi kerana sudi meraikan kami pada hari ini.
Akhir kata saya ucapkan
Teks Pengacaraan Hari Kanak-kanak Sedunia 2012
2 Nov 2012........
.. ..
(JAMALIAH)
Dan salam sejahtera diucapkan kepada Sir Chuah..
Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Penaga,
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan,
Puan Hajah Fuziah bt. Karim, Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Zulkifli b. Mohamed, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Puan Juriah bt. Ismail, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Rakan-rakan guru seterusnya
Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..
Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak Sedunia penuh ceria
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah
Al-Aliey, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita
dipertemukan lagi pada pagi ini.
(JAMALIAH)
(JASIKA) Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana taqwa
Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan
penuh kehambaan kepada-Nya,.. untuk itu, majlis menjemput Us Mohd Azrai b. Mohd
Salleh untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.......
Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Us Mohd Azrai b.
Mohd Salleh atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Adik Mohd Syazwan bin Roslan untuk
menyampaikan ucapan wakil murid. Dipersilakan........
Terima kasih diucapkan kepada Adik Mohd Syazwan bin Roslan.
(JASIKA)
(JAMALIAH) Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang berusaha, Puan
Hajah Norhayati binti Saad, Guru Besar SK Penaga untuk menyampaikan ucapan
perasmian. Dengan segala hormatnya, dipersilakan#.........
Buah Longan beli sekati,
Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati binti Saad.
Semoga kita dapat mengambil iktibar.
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Enam untuk membuat
persembahan kategori Bahasa Berirama. Tajuk persembahan mereka ialah Teknologi dan
Maklumat. Dipersilakan........
Begitulah seronok dan hebatnya persembahan yang dipertontonkan sebentar tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid Prasekolah Cemerlang dan Bestari untuk
membuat persembahan kategori Pakaian Beragam. Dipersilakan........
(JAMALIAH)
(JASIKA)
Betapa cilik dan bergayanya adik-adik prasekolah membuat persembahan. Semoga sidang
hadirin terhibur........
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Lima untuk membuat
persembahan nyanyian yang bertajuk Gemuruh. Dipersilakan........
Begitulah merdunya suara-suara kakak Tahun Lima memperdengarkan lagu sebentar tadi.
Semoga kita semakin bertambah semangat setelah mendengar lagu tersebut. Terima kasih
diucapkan.
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Satu untuk menunjukkan
bakat nyanyian mereka. Tajuk lagu mereka ialah Cinta Muka Buku. Dengan
sukacitanya, majlis mempersilakan........ :D
(JASIKA)
(JAMALIAH)

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun Satu atas nyanyian yang begitu
merdu sebentar tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Empat untuk membuat
persembahan. Tajuk persembahan mereka ialah
___________________________________. Dipersilakan........
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Dua untuk membuat
persembahan. Tajuk persembahan mereka ialah
___________________________________. Dipersilakan.....
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Tiga untuk membuat
persembahan. Tajuk persembahan mereka ialah
___________________________________. Dipersilakan.....
(JAMALIAH)
(JASIKA) Dengan berakhirnya persembahan daripada murid-murid Tahun Tiga
sebentar tadi maka, berakhirlah acara kita pada hari ini.
(( Burung kelicap makan padi,
Padi datang dari Medan,
Perut kini sudah berbunyi
Tibalah masa untuk santapan.
Untuk makluman semua murid, sebentar lagi kamu akan diraikan dengan jamuan di kelas
masing-masing..SELAMAT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA...Jumpa lagi pada
tahun hadapan, InsyaAllah..
Ribuan kemaafan kami berdua pohon andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan
majlis ini.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa
Rahmatullahi wa Barakatuh.
(JASIKA)

You might also like