You are on page 1of 2

Kalau begitu, aku adalah seburuk-buruk penghafadz al-Quran!!

Di dalam peperangan al-Yamamah, peperangan melawan nabi palsu Musailamah


al-Kazzab di mana panglima tertingginya adalah Saifullah Khalid bin al-Walid r.a.
Ramai dari kalangan tenteranya terdiri dari huffadz atau penghafadz al-Quran.
Beliau memilih tentera yang paling layak untuk memegang bendera, tentera
yang tidak akan undur atau melepaskan bendera dari tangannya sehingga
pertempuran berakhir atau dia syahid.
Di peringkat awal, bendera muhajirin berada di tangan Abdullah bin Hafs bin
Ghanim al-Quraisyi r.a.
Beliau teguh di medan sehingga dijemput sebagai syahid.
Selepas Abdullah syahid, panglima Khalid bin al-Walid menyerahkan bendera
kepada Salim maula Abi Huzaifah r.a.
Apabila Salim mengambil bendera itu, sebahagian tentera berkata kepadanya:
"Ya Salim, kami bimbang musuh akan dapat menembusi pasukan kita dari
arahmu!" Kata-kata itu membawa maksud, mereka kurang yakin dengan
keupayaan Salim dan berasa bimbang kalau-kalau Salim menjadi punca tenera
Islam tewas di tangan musuh. Maka apakah reaksi Salim kepada mereka?
"Kalau begitu, (kalau aku menjadi punca kekalahan tentera Islam) maka akulah
seburuk-buruk penghafadz (hamil) al-Quran!"

Demikianlah, betapa pentingnya penghafadz al-Quran atau hamil (pembawa) alQuran di dalam dada mereka. Mereka sentiasa berada di barisan hadapan dalam
menegakkan Islam dan mempertahankannya dari serangan musuh luar dan
dalam.
Hamil al-Quran bukan hanya duduk di penjuru masjid mengulang-ulang bacaan
membiarkan umat dan masyarakat dilanda pelbagai masalah,
Ayuh para hafidz, hamil al-Quran! Bangkit menentang kezaliman, rasuah dan
salah guna kuasa yang berleluasa. Jadikan kata-kata Salim r.a. sebagai obor yang
membakar semangatmu sepanjang zaman ......

Muntalaq bab 2. Kata2 umar etc

You might also like