You are on page 1of 16

PESONGAN RASUK

1.0 PENDAHULUAN
Momen lentur pada mana-mana keratan rentas ialah jumlah aljabar momen yang
bertindak samaada di sebelah kiri atau kanan keratan rentas tersebut. Daya ricih
ditakrifkan sebagai jumlah aljabar semua daya yang bertindak, samaada di sebelah kiri
atau kanan keratan rentas tersebut.
Untuk mencari kaitan antara parameter yang dinyatakan di atas, beberapa
anggapan perlu dibuat:
1. Rasuk adalah lurus tanpa dikenakan sebarang tegasan pada asalnya.
2. Bahan rasuk adalah homogen dan mengikut Hukum Hooke.
3. Lenturan yang berlaku tidak melebihi takat kenyal.
4. Modulus Young bahan rasuk adalah sama nilainya samaada dalam tegangan atau
mampatan.
5. Keratan rentas satah tetap dalam keadaan satah, sebelum dan selepas lenturan.
6. Daya paduan tegakan kepada mana-mana keratan rentas adalah sifar.

PESONGAN RASUK

Beban-beban sisi yang bertindak di atas rasuk menyebabkan rasuk bengkok, atau
melentur dengan ini mengubah paksi rasuk menjadi satu lengkung. Satu gambaran
diberikan dalam Rajah A menunjukkan rasuk jalur AB sebelum dikenakan beban paksi
membujur adalah bergaris lurus. Selepas pembebanan, paksi membengkok menjadi satu
lengkung (Rajah B), dipanggil lengkuk pesongan rasuk.

PESONGAN RASUK

2.0 TEORI
Pertimbangkan rasuk AB yang dikenakan momen lentur tulin malar pada
keseluruhan panjangnya, (Rajah 1A) rasuk tersebut akan melentur pada jejari
kelengkungan R yang diukur dari paksi pusat bentuk (titik O) seperti ditunjukkan dalam
Rajah 1C. Tindakan ini mengakibatkan gentian luar bahagian atas mengalami tegangan
dan gentian luar bahagian bawah mengalami mampatan. Oleh itu, mestilah ada satu
gentian yang tidak mengalami sebarang tegasan di antara kedua-dua gentian luar tersebut.
Tegasan pada gentian ini tentulah bernilai sifar dan juga adalah sempadan di mana nilai
tegasan bertukar tanda (dari negatif kepada positif atau sebaliknya). Gentian ini, yang
selari kepada paksi x adalah dikenali sebagai paksi neutral (P.N.).

Perhatikan dua keratan selari suatu rasuk, HE dan GF (Rajah 1B). Apabila rasuk
dilenturkan, anggapan keratan rentas satah tetap dalam keadaan satah pada sebelum dan
selepas lenturan bererti keratan HE dan GF (iaitu kedudukan HE dan GF selepas
lenturan) adalah tetap lurus. HE dan GF membuat sudut, di antara satu sama lain
(Rajah 1C).

PESONGAN RASUK

MR
I
Di mana,
E

(Dari teori lenturan)

E Modulus Kekenyalan
M Momen Lentur
R Jejari Lenturan
I Momen Luas Kedua Keratan Rasuk

PESONGAN RASUK

L L
y(2R y)
2 2
L2
2Ry
* (abaikan y 2 )
4
L2
R
8y
bd 3
12
M Wx
I

3L2 Wx
2bd y

PESONGAN RASUK

3.0 PERALATAN
Alat pesongan, tolok dail, peberat, pemegang pemberat, dan pengukur rasuk berlainan
bahan.

CARA KERJA
1. Dimensi bagi seiap rasuk diukur
2. Satu daripada rasuk diletakkan di atas sangga pisau.(pilih panjang L yang sesuai.
3. Tolok pesongan dipasang di tengah rentang, sama jarak dari sangga pisau.
4. Pemegang pemberat digantungkan pada rasuk pada jarak x dari sangga. Bacaan
tolok pesongan dikosongkan.
5. Beban yang sama nilai ditambah pada tiap-tiap pemberat yang menyebabkan
kedua-dua bahagian rasuk antara dua sangga dikenakan momen lentur yang
seragam
6. Nilai setiap beban dan pesongan rasuk pada setiap tambahan beban diambil.
7. langkah diatas diulang apabila beban dikurangkan dan bacaan purata pesongan
rasuk diambil.
8. Graf beban melawan pesongan y diplotkan.Modulus kekenyalan E ditentukan
9. Ujikaji diulang menggunakan rasuk yang lain.

PESONGAN RASUK

4.0 DATA UJIKAJI


Keputusan ujikaji bagi bahan aluminium
Panjang = 75cm
Tebal = 0.62cm
Lebar = 1.91cm

Pesongan Rasuk ( 0.01)

Pesongan Rasuk ( 0.01)

Purata Pesongan

Penambahan (mm)

Pengurangan (mm)

Rasuk (mm) ( 0.01)

0.3

0.25

0.28

10

0.6

0.55

0.56

15

0.9

0.9

0.9

Beban ( N )

Berdasarkan data di dalam jadual , maka Graf Beban W Melawan Pesongan di plotkan
1. Pengiraan titik sentroid bagi graf dengan berdasarkan set data dalam jadual
adalah seperti berikut:
x =(0.3+0.6+0.9) mm
= 0.6 mm
y = 5+10+15mm
= 10 mm
n =3
titik sentroid (x,y) = ( x , y )
n
n
= ( 1.8 mm , 30N )
3
3
= ( 0.6 mm , 10 N )

PESONGAN RASUK

Keputusan ujikaji bagi Tembaga


Panjang = 75cm
Tebal = 0.49cm
Lebar = 1.91cm

Pesongan Rasuk ( 0.01)

Pesongan Rasuk ( 0.01)

Purata Pesongan

Penambahan (mm)

Pengurangan (mm)

Rasuk (mm) ( 0.01)

0.52

0.52

0.52

10

1.0

1.02

1.01

15

1.53

1.52

1.53

Beban ( N )

Bedasarkan data dlam jadual , maka graf beban w melawan pesongan telah dilukiskan.
1. Pengiraan titik sentroid bagi graf dengan berdasarkan set data dalam jadual
adalah seperti berikut:
x = 0.52+1.0+1.53
= 1.02 mm
y = 5+10+15
= 10N
n =3
titik sentroid (x,y) = ( x , y )
n
n
= ( 3.05 mm , 30 N )
3
3
= ( 1.02 mm , 10.0 N )

PESONGAN RASUK

Keputusan ujikaji terhadap keluli


Panjang = 74.6cm
Tebal = 0.31cm
Lebar = 1.91cm

Pesongan Rasuk ( 0.01)

Pesongan Rasuk ( 0.01)

Purata Pesongan

Penambahan (mm)

Pengurangan (mm)

Rasuk (mm) ( 0.01)

0.85

0.84

0.85

10

1.65

1.68

1.67

15

2.41

2.41

2.41

Beban ( N )

Berdasarkan data dalam jadual , maka graf beban w melawan pesongan telah dilukiskan.
1. Pengiraan titik sentroid bagi graf dengan berdasarkan set data dalam jadual
adalah seperti berikut:
x = 0.85+1.65+2.41
= 1.64mm
y = 5+10+15
= 10N
n =3
titik sentroid (x,y) = ( x , y )
n
n
= ( 4.91mm , 30 N )
3
3
= ( 1.64 mm , 10 N )

PESONGAN RASUK

5.0 PEMERHATIAN
Pemerhatian ketika ujikaji ini sedang berlaku adalah seperti berikut:

Apabila rasuk diletakkan dan beban dikenakan jarum tolok dail pesong dan
menunjukan bacaan.

Keadaan ini berlaku iaitu tolok dail menunjukan bacaan disebabkan pesongnya
rasuk tersebut.

Pesongan ini semakin bertambah apabila beban ditambahkan dan semakin


berkurang apabila beban semakin dikurangkan.

Nilai Modulus Kekenyalan, E bagi setiap rasuk yang diuji adalah berlainan.

Nilai yang diperolehi berbeza dari teori.(berlakunya ralat ketika ujikaji


dijalankan)

10

PESONGAN RASUK

6.0 PENGIRAAN
Bahan rasuk : aluminium
Daripada graf 1 :
Kecerunan, m1 = 12 6
0.7 0.35
= 17.143 N/mm
Bahan rasuk : tembaga
Daripada graf 2 :
Kecerunan, m2 = 10 2
1.2 - 0.2
= 9.877 N/mm
Bahan rasuk : keluli
Daripada graf 3 :
Kecerunan, m3 =

10 2
1.64 0.32

= 6.061 N/mm
Kecerunan bagi ketiga-tiga graf ini mewakili ( W / y ) iaitu beban(N) per
pesongan(mm)

Persamaan teori lenturan :


E = MR / I
R = L2 / 8y

I = bd3 / 12

M = Wx

11

PESONGAN RASUK

E = ( 3L2x / 2bd3 ) . ( W / y )

Bahan rasuk : Aluminium


b = 6.2 x 10-3 m
d = 19.1 x 10-3 m
m1= W / y = 17143 N/m
Eal = 3 ( 0.35 )2 (0.08 ) / 2 (6.2 x 10-3 ) (19.1 x 10-3) 3 * 17143
= 5.83 GPa
Bahan rasuk : Tembaga
b = 4.9 x 10-3 m
d = 19.1 x 10-3 m
m1= W / y = 9877 N/m
Eal = 3 ( 0.35 ) 2 (0.08 ) / 2 (4.9 x 10-3 ) (19.1 x 10-3) 3 * 9877
= 4.25 GPa
Bahan rasuk : Keluli
b = 3.1 x 10-3 m
d = 19.1 x 10-3 m
m1= W / y = 6061 N/m
Eal = 3 ( 0.35 ) 2 (0.08 ) / 2 (3.1 x 10-3 ) (19.1 x 10-3) 3 * 6061
= 4.12 GPa

12

PESONGAN RASUK

7.0 PERBINCANGAN

7.1 Ketika ujikaji sedang dijalankan


Setelah ujikaji dibuat didapati ujikaji tersebut bukanlah begitu tepat kerana terdapat
perbezaan antara nilai E rasuk ujikaji dengan nilai E sebenar. Untuk membaiki ujikaji ini
beberapa langkah seperti berikut perlu diambil.
Disebabkan rasuknya tidak diikat semasa melakukan eksperimen pastikan ia tidak
bergerak semasa penambahan dan pengurangan beban dilakukan. Ini kerana
apabila rasuk bergerak nilai x juga akan turut berubah dan mengakibatkan nilai x
yang diambil tidak tepat walaupun ia sangat minima.
Jarum tolok dail dipastikan berada pada sifar sebelum mengambil bacaan kerana
jika jarum tidak berada pada sifar itu boleh mengakibatkan bacaan pesongan yang
diambil salah.
Kedudukan mata adalah serenjang dengan bacaan yang hendak diambil.
Perulangan pengambilan data eksperimen beberapa kali supaya mendapat nilai
purata yang lebih tepat.
Semasa mengambil bacaan lebar dan tebal rasuk pastikan anda mengunakan alat
yang lebih peka seperti tolok skru micrometer untuk mendapatkan bacaan yang
lebih jitu.

13

PESONGAN RASUK

7.2 Soalan dan jawapan


1. Apakah bentuk graf beban lawan pesongan yang diperolehi. Beri ulasan
Setelah melukis graf beban ( W ) melawan pesongan bagi ketiga-tiga rasuk iaitu
tembaga, aluminium dan keluli, didapati bahawa bentuk graf yang diperolehi
adalah garis lurus yang memotong titik asalan bagi ketiga-tiga. Ini bermakna,
beban (W) adalah berkadar terus dengan pesongan rasuk. Apabila semakin besar
nilai beban yang dikenakan pada rasuk maka semakin besarnya pesongan yang
dibuat oleh rasuk. Selain itu graf juga menunjukan titik had kekenyalan rasuk
tidak melebihi semasa eksperimen dijalankan kerana graf melalui laluan yang
sama atau lurus.

2. Adakah keputusan ujikaji membuktikan Hukum Hooke ?


Menurut Hukum Hooke pemanjangan bagi suatu bahan atau jasad adalah berkadar
terus dengan daya yang dikenakan ke atasnya jika had kekenyalan tidak
dilebihi.Manakala bentuk graf yang dapati bagi ketiga-tiga rasuk selepas
melakukan eksperimen adalah garis lurus. Ini menunjukan pemanjangan bagi
setiap rasuk adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan ke atasnya. Maka
keputusan ujikaji ini telah membuktikan Hukum Hooke. Bahan yang dikenakan
ujikaji ini mengalami canggaan kenyal. Sekiranya ia diteruskan dengan

14

PESONGAN RASUK
meletakkan beban yang lebih besar, ia akan melepasi had kekenyalan yang
menyebabkan bahan mengalami canggaan plastik.

73. Beri kaedah lain untuk menentukan nilai Modulus Kekenyalan


Kaedah lain ialah dengan menggunakan teori lenturan, E = MR / I. Selain itu,
terdapat satu lagi kaedah untuk menentukan momen lentur sesuatu rasuk ialah
dengan menggunakan nisbah antara tegasan dengan terikan. Tegasan permukaan
yang berserenjang dengan daya, = F/A. Terikan pula ialah = / A

8.0

KESIMPULAN
Berdasarkan ujikaji yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa keputusan
yang diperolehi menghampiri nilai teori walaupun terdapat perbezaan yang tidak
begitu besar. Nilai Modulus kekenyalan juga boleh diperolehi melalui persamaan
yang telah diberikan. Ini bermakna persamaan yang diberikan boleh digunakan
dalam mencari nilai modulus young bagi sesuatu rasuk yang berlainan bahan.
Objekti ujikaji ini telah tercapai bagi menentukan nilai Modulus Young setiap
rasuk.

15

PESONGAN RASUK

9.0 RUJUKAN
Egor P. Popov and Toader A. Balan. ( 1998 ). Engineering Mechanics of Solids.
Prentice-Hall, Inc: Upper Saddle River, New Jersey.
Egor P. Popov. (1968). Introduction to mechanics of solids. Prentice-Hall, Inc:
Englewood Cliffs, New Jersey.
Ahmad Zafri Bin Zainudin. Modul mekanik pepejal 1, keluaran UTM

16

You might also like