You are on page 1of 18

 PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah nikmat dan kurniaNya saya dapat

menyiapkan laporan kerja Kursus Sejarah (KKS) ini dengan sempurna. Terlebih

dahulu sya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua, Tuan Haji

Ibrahim Othman kerana mengizinkan kami membuat kerja kursus PMR. Terima

kasih juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Sejarah saya, Cikgu

Sofian Mohammed yang telah memberikan semangat, tunjuk ajar, dan bimbingan.

Beliau telah memberikan keyakinan kepada saya untuk menjayakan projek ini. Saya

juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu dan bapa saya, yang telah

memberikan maklumat yang diketahui oleh mereka dan memberi cadangan yang baik

kepada saya semasa menjalankan kerja kursus ini. Sokongan moral yang telah

diberikan amat bermakna bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak

ketinggalan juga rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam membuat kerja

kursus ini. Mereka telah memberi kerjasama yang baik untuk saya menyiapkan kerja

kursus ini. Akhir sekali, terima kasih kepada responden-responden yang sudi

membantu saya melengkapkan borang soal selidik. Segala jasa baik anda akan saya

kenang.

1
 PENDAHULUAN

Saya Mohd Zulkhairi bin Zakaria, pelajar 3 Mutiara di Maktab Rendah Sains Mara

Kota Kinabalu telah diarahkan oleh guru Sejarah untuk menjalankan tugasan kerja

kursus Sejarah Penilaian Menengah Rendah 2010.

Tajuk kajian ini ialah Perayaan tradisi kaum di Malaysia dan perayaan yang saya pilih

ialah perayaan Pesta Kaamatan yang dirayakan masyarakat KadazanDusun di Sabah.

Oleh itu, ia memudahkan saya membuat kajian serta mendapat maklumat untuk

melengkapkan kajian ini.

Saya telah menjalankan kajian ini pada waktu petang iaitu selepas waktu

persekolahan dan saya juga melakukan pemerhatian ketika perayaan tersebut pada

tahun ini dan telah berjaya menyiapkan kerja khusus ini dalam tempoh masa yang

ditetapkan iaitu dari Februari hingga Julai.

2
 OBJEKTIF KAJIAN

Saya bersyukur kerana telah dapat melaksanakan kerja khusus Geografi bagi tajuk

tugasan 1 mengikut objektif kajian seperti berikut :

1. Menyenaraikan nama perayaan,etnik yang merayakan,tarikh dirayakan dan

tujuan perayaan

2. Menyatakan latar belakang perayaan

3. Menyatakan persiapan sebelum, semasa dan selepas

4. Menyatakan peraturan, oantang larang dan amalan sampingan perayaan

5. Menyatakan kesan perayaan kepada keluarga, perpaduan masyarakat,

keagamaan dan pengekalan tradisi

6. Menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan

generasi muda melalui kajian ini

3
 KAEDAH KAJIAN

Dalam usaha saya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PMR 2010 ini, saya telah

menggunakan beberapa kaedah kajian. Kaedah-kaedah kajian adalah seperti berikut::

1. RUJUKAN: Saya telah menjalankan rujukan terhadap surat khabar, majalah,

dan buku-buku yang berkaitan. Sya juga telah mengunjugi rumah-rumah jiran

saya yang berbangsa Dusun atau KadazanDusun bagi mendapat maklumat

tentang Pesta Kaamatan

2. TEMUBUAL: Kami telah menyediakan borang untuk menemubual responden

secara berkumpulan selepas sesi sumbang saran dalam kelas bersama guru

Sejarah kami. Kemudian saya menggunakan borang-borang tersebut untuk

mendapat maklumat daripada 3 orang responden di kawasan kajian. Kaedah

ini dilakukan untuk memperoleh maklumat berkaitan latar belakang Pesta

Kaamatan.

3. PEMERHATIAN: kaedah ini dilakukan sekitar kawasan rumah saya dan jiran

saya yang berbangsa Dusun dan KadazanDusun. Kaedah ini dipilih bertujuan

melihat keadaan dan suasana sambutan Pesta Kaamatan

4. PENYELIDIKAN: Saya telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan

sekolah, melawat laman web yang berkaitan Pesta Kaamatan dan merujuk

majalah yang berkaitan. Semua maklumat ini saya analisis agar ia bersesuaian

dengan kajian yang dijalankan.

4
 HASIL KAJIAN

PERAYAAN TRADISI

Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan Tadau do

Bambarayon atau "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati

"Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum

Kadazan sejak zaman berzaman. Orang kadazan ramai tinggal di kawasan luar bandar

negeri Sabah. Kaum kadazan mempunyai beberapa kumpulan kecil dengan berbagai

nama mengikut tempet mereka tinggal. Orang yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu

separti di Tambunan dan Penampang dikenali sebagai orang Kadazan, di Tuaran

mereka dipanggil orang Dusun Lotud sementara yang berdekatan dengan Brunei pula

dikenali sebagai dusun Mundu. Di samping itu terdapat pula satu “sub-kumpulan’

Kadazan yang dipanggil Kadazan Rungus iaitu di kawasan sekitar penjuru utara

negeri Sabah. Terdapat juga kumpulan yang dipanggil Sino-Dusun, iaitu kacukan

antara orang Cina dengan Kadazan. Di sepanjang Sungai Kinabatangn terdapat satu

kumpulan orang yang dipanggil sebagai orang Sungai yang dikatakan berasal dari

rumpun Kadazan juga. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai

menuai padi. Pesta Kaamatan selalunya dirayakan pada 29,30 dan 31 mei pada setiap

tahun. Perayaan ini diadakan selama tiga hari tiga malam. Tujuan perayaan ini ialah

untuk memanggil, memuja dan memberi makan kepada semangat padi supaya hasil

padi akan bertambah setiap tahun.

5
LATAR BELAKANG

Menurut cerita lisan, Kinoingan (Tuhan) dan isterinya Suminundu mempunyai

seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-

orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang

mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka

Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat

selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis

benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih

tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu

mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai

semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara

Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan

seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan

lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai

dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai (Tangkob) iaitu bekas tempat

menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita

akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan

Penciptanya (Kinoingan) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya

Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Antara upacara khusus dalam perayaan ini pula ialah di hari pertama

menyambut pesta ini maka orang ramai akan berkumpul di tempat yang sudah

ditetapkan untuk upacara pemujaan semangat padi ini. Upacara ini disebut mogendi

iaitu adat pemujaan. Ia biasanya akan dilakukan dan diketuai oleh orang-orang tua

6
lelaki dan perempuan yang dianggap sebagai pawang atau bomoh berpakaian

tradisional dan dipanggil dalam bahasa Kadazan sebagai bobohizan.

Menurut kepercayaan orang-orang Kadazan ini bahawa padi itu mempunyai

semangat atau penjaga seperti manusia juga, justeru itulah maka ia perlu dipelihara

dan dipuja sambil diberikan persembahan. Semangat padi atau Bambazon ini dipuja

dengan perlakuan seperti membaca doa, atau jampi serapah serta dengan memberikan

serba sedikit barang persembahan dan dilakukan dengan lemah-lembut semangat padi

dan lain-lain makhluk halus tidak marah.

Satu tempat khusus akan disediakan bagi orang ramai berkumpul untuk

menyaksikan dan menyambut perayaan pesta menuai ini. Bangunan khas ini berupa

pentas dan dihiaskan pula dengan cantiknya seperti dibubuh bunga-bunga, tirai dan

sebagainya. Pada masa ini dewan orang ramai atau dewan masyarakat yang sering

terdapat di satu-satu tempat seperti di kampung atau di sesuatu daerah biasanya akan

dijadikan pentas dan orang ramai akan berkumpul di sekitarnya. Tempat-tempat bagi

menyambut perayaan ini biasanya terletak di kawasan pertemuan atau pusat

perkumpulan kaum tani di sekitar kampung itu atau daerah, maka sebab itulah dewan

orang ramai dianggap paling sesuai.

7
PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

Sebelum tiba hari perayaan ini, biasanya setiap keluarga orang Kadazan ini

akan sibuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan hari yang mulia ini.

Diantara persiapannya termasuklah membersihkan kawasan rumah dan sekitarnya

supaya roh-roh nenek moyang dan semangat-semangat yang datang melawat atau

kembali ke situ akan gembira melihatnya dan tidaklah mereka akan merasuk dan

menyakitkan manusia. Disamping itu, mereka juga sibuk membuat makanan dfan

minuman seperti kuih-muih dan diantara benda utama yang mesti disediakan ialah air

tapai atau tuak. Justeru maka setiap keluarga akan membuatnya dengan banyak untuk

dihidangkan kepada tetemu yang datang pada hari perayaan itu kelak, disamping

kuih-muih dan lain-lain makanan lagi. Satu tempat khusus perayaan juga akan

disediakan.

Pada masa merayakan pesta ini setiap keluarga biasanya akan

menyembelih ayam untuk dibuat lauk semasa makan sesama sendiri dan untuk

dihidangkan kepada tetamu. Bagaimanapun semasa menyambut perayaan yang

diadakan di tempat khas seperti di pentas dewan masyarakat atau lain-lainnya tidak

ada dihidangkan makanan kecuali miniman air tapai dan sedikit makanan ringan

sahaja. Di hari pertama menyambut pesta ini maka orang ramai akan berkumpul di

tempat yang sudah ditetapkan untuk upacara pemujaan semangat padi ini. Upacara ini

disebut mogendi iaitu adat pemujaan. Ia biasanya akan dilakukan dan diketuai oleh

orang-orang tua lelaki dan perempuan yang dianggap sebagai pawang atau bomoh

berpakaian tradisional dan dipanggil dalam bahasa Kadazan sebagai bobohizan.

Sebaik selesai majlis pemujaan semangat padi itu maka orang ramai akan dihidangkan

dengan minuman air tapai. Selesai minum atau sambil minum bersama-sama dengan

8
roh-roh nenek moyang dan lain-lain makhluk halus ini maka dimainkan alat muzik

tradisional seperti gong, tetawak, canang, celempung dan sebagainya dan kadang-

kadang termasuk juga alat-alat muzik yang ditiup bernama ‘sompoton’. Biasanya

penari-penari tarian rakyat yang di panggil sumazau sering ditarikan secara

berpasangan lelaki perempuan sebanyak tiga atau empat pasang. Pada sebelah malam

biasanya diadakan pemilihan ratu pesta menuai bagi tahun itu. Pemenang ratu ini akan

diberikan berbagai hadiah yang menarik seperti wang tunai, piala, alat solek, dan lain-

lain. Pada hari berikutnya diadakan pula permainan atau pertandingan yang lain

seperti berlawan atau meminum tapai, memalu gong, menari pahlawan dan memalu

bunyi-bunyian yang dipanggil ‘tangguguk’ yang diperbuat daripada buluh atau

permainan gong kecil disebut ‘kulintangan’. Kadang-kadang diadakan peraduan

menunggang kerbau, pakaian beragan atau sukan. Perayaan pesta menuai ini biasanya

akan berjalan selam dua malam sahaja dan semasa penutupannya maka mereka akan

berkumpul dan menyanyikan lagu tradisional memuja semangat padi.

Selepas perayaan, semua orang akan bergotong-royong untuk membersihkan

kawasan dengan penuh harapan hasil tanaman mereka bertambah pada masa hadapan

dan bersyukur dengan hasil tanaman tahun ini

9
PERATURAN/PANTANG LARANG/AMALAN SAMPINGAN KETIKA

PERAYAAAN

Masyarakat etnik di Sabah, khususnya Kadazandusun mempunyai sejarahnya

tersendiri dari segi adat-istiadat, pantang-larang, pakaian tradisional, makanan dan

sehinggalah meminum tapai. Amalan budaya turun temurun daripada nenek moyang

ini menjadi ikutan sehingga sekarang. Walau bagaimanapun, budaya untuk

memenggal kepala manusia sudah dihapuskan. Ini berikutan zaman sudah pun

berubah dan pengembangan agama di kalangan masyarakat Kadazandusun

menyedarkan mereka bahawa budaya `potong kepala’ adalah salah disisi undang-

undang dan tidak boleh diamalkan lagi. Justeru itu, ramai masyarakat kadazandusun

mengambil keputusan untuk menguburkan tengkorak-tengkorak yang selama ini

diletakkan di atas pintu masuk rumah. Ada juga yang diambil oleh pihak Muzeum

Sabah bagi tujuan tatapan genarasi muda sebagai satu bahan sejarah. Sabah

sememangnya kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya.

Bagi masyarakat kadazandusun, tapai adalah minuman tradisional yang perlu

ada dalam kehidupan sebagai lambang atau adat atau amalan sejak turun-menurun.

Sebelum adanya minuman keras seperti Beer, Liqour dan lain-lain lagi, tapai sudah

menjadi sinonim dengan masyarakat kadazandusun. Antara faktor-faktor budaya

minum tapai ialah kepercayaan kepada semangat padi (Pesta Kaamatan), adat, majlis

perkhawinan, majlis keramaian, majlis rumah terbuka, majlis meraikan tetamu, majlis

pembukaan sebelum perbincangan tunang, kematian, gotong-royong dan sebagainya.

Tujuannya adalah untuk menghormati tetamu dan sesiapa sahaja yang datang. Di

samping itu juga, meminum tapai akan memanjangkan masa berbual-bual lebih lama

lagi dengan rakan-rakan atau saudara mara kerana `jarang-jarang’ bertemu. Meminum

10
tapai juga boleh mengeratkan tali persaudaraan iaitu dengan cara menunjukkan bakat

menyanyi, menari, bermain guitar, memukul gong, bertukar-tukar pendapat,

berbincang tentang politik, pertanian, pekerjaan, memburu dan sebagainya. Bagi

golongan remaja pula mereka akan mengambil kesempatan untuk bertemu dan

berbual-bual sambil minum tapai dengan kawan-kawan mereka. Manakala golongan

dewasa atau yang berumur akan bertukar-tukar pendapat atau membincangkan

masalah di kampung. Kadang-kadang masalah akan timbul apabila kedua-dua pihak

yang berbincang itu tidak sehaluan pendapat. Apa lagi kalau sudah meminum tapai,

keberanian meluahkan perasaan itu timbul semasa minum tapai sehingga berlaku

pertengkaran dan seterusnya terjadi lah pergaduhan. Pada kebiasaannya, kedua-dua

pihak tadi akan berdamai pada keesokkan hari dengan memberikan `sogit’ samada

seekor ayam atau seekor babi kepada tuan rumah tempat mereka minum tapai. Pada

hari ini, `sogit’ sudah dinaikkan kepada seekor kerbau sebagai satu pengajaran kepada

peminum-peminum yang suka membuat gaduh. Antara tujuannya adalah untuk

memberi peringatan dan menghalang mereka yang sengaja menganggu keramaian

yang sedang berlangsung. Dengan adanya peraturan baru itu, `sogit’ lebih bermakna

lagi dan sangat berkesan sekali kepada peminum-peminum tapai agar berhati-hati

dalam pergaulan semasa minum tapai.

11
KESAN PERAYAAN

 Kekeluargaan

Pesta Kaamatan sama seperti Hari Natal di Eropah, untuk anggota keluarga

berkumpul. Orang yang tinggal di tempat lain tidak kira orang dewasa atau kanak-

kanak dengan sedaya upaya berkumpul dengan keluarganya pada hari perayaan itu.

Sambutan Pesta Kaamatan merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada.

 Perpaduan

Perayaan Pesta Kaamatn juga dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia.

Kaum-kaum lain yang tidak menyambut Tahun Baru Cina selalunya akan melawat

atau dijemput hadir ke rumah rakan atau jiran mereka yang menyambut Pesta

Kaamatan.

 Pelancongan

Sabah mempunyai latar belakang sejarah dan juga komposisi masyarakat berbilang

kaum serta potensi ekonomi dan perlancongan untuk membawa Negeri sabah kepada

Kemakmuran yang lebih gemilang. Setiap tahun Pesta Kaamatan diraikan dengan

berbagai-bagai acara yang melambangkan betapa kayanya tradisi dan budaya

tempatan, khususnya suku kaum Kadazandusun.Kebudayaan dan kesenian tradisi ini

adalah unik bagi negeri Sabah. Negeri Sabah yang begitu kaya dengan tarian tradisi,

muzik, pakaian dan juga kraftangan tradisi seperti yang ada pada hari ini telah

menarik pelancong asing untuk berkunjung ke negeri ini untuk menghayati secara

lebih dekat sesuatu yang dianggap unuik dan mempunyai daya yangersendiri.

12
 Peluang Pekerjaan

Tambahan pula, perayaan Pesta Kaamatan memberi peluang perniagaan kepada para

peniaga untuk menjual alat-alat yang diperlukan untuk persiapan sambutan Pesta

Kaamatan termasuklah juga bahan-bahan makanan yang digunakan ketika perayaan

ini.

13
RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam

tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak

pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Pesta Kaamatan, saya rasa amat

bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi

kaum yang terdapat di negara yang tercinta ini. Ketika menjalankan kerja kursus ini,

banyak pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selain itu, saya juga telah

mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat

menarik minat ramai pelancong asing. Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga

dapat menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta

dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Disamping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan,

kejujuran, memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan - rakan semasa

menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama

telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari

maklumat tentang kerja kursus ini

14
LAMPIRAN

Gambar1: Tarian Sumazau yang di tarikan semasa sambutan Pesta Kaamatan

Gambar2: Sambutan perayaan peringat negeri 2010

15
ELEMEN 3

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah

dengan menganjurkan rumah terbuka kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan

mampu mengabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung. Sebagai contoh,

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh pemimpin sesuatu kawasan

akan menjadi tumpuan rakyat berbilang bangsa.

Media massa juga memainkan peranan dalam memperkukuh dan mengekalkan

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana media massa adalah salah satu

sumber informasi yang terkini dan berguna untuk masyarakat. Media massa juga

merupakan wadah penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Pihak

media hendaklah sentiasa peka kepada keadaan disekeliling agar maklumat dapat

disampaikan dengan serta merta dengan berkesan. Tidaklah masyarakat menjadi

seperti katak dibawah tempurung yang tidak mengetahui perkembangan di

sekelilingnya. Setiap sambutan perayaan perlulah mendapat liputan meluas daripada

media.

Seterusnya dengan pertunkan kesenian sesuatu kaum kerana keseniaan sesuatu kaum

kini bukan sahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja malahan turut menjadi

tumpuan suku kaum lain. Sebagai contoh, Perayaan Tahun Baru Cina akan menarik

pelbagai kaum untuk turut memeriahkannya kerana unsur kesenian Tahun Baru Cina

iaitu Tarian Singa menjadi kegemaran suku kaum lain.

Akhir kata, sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia dapat merealisasikan

impian Perdana Menteri kita dalam memacu konsep 1Malaysia. Hal in sebab melalui

pelbgai perayaan, perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dapat ditingkatkan.

16
RUJUKAN

1. Internet:
:www.scribd.com,

www.malaysia.gov.com,

http://foliopmr.blogspot.com

http://kebudayaan.blogspot.com

http://perayaanmalaysia.blogspot.com

2. Orang Sumber:

En. Mohd Khamsuldin B Abdul Wahab, 42 tahun, penduduk Kampung Kundasang

Ranau Sabah.

3. Akhbar:

Sabah Times, 31 Mei 2010, halaman 1, 14, 15

4. Majalah:

Perayaan tradisi di Malaysia, 15 april 1995, halaman 14, 15, 16. 17

17
18

You might also like