You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN
Jepun merupakan negara yang berada dalam lingkungan di kawasan Asia Timur dan
bangsanya merupakan salah satu bangsa yang tertua di dunia serta turut dikenali sebagai
bangsa yang homogen khususnya dari segi budaya dan juga fizikal. 1 Corak pensejarahan di
Jepun boleh dibahagikan kepada beberapa tahap seperti zaman prasejarah yang dikenali
sebagai Jomon iaitu bermula sekitar 8000 sebelum masihi, zaman Yayoi iaitu wujudnya pada
sekitar tahun 300 S.M. dan zaman Kofun yang dilabelkan sebagai zaman protosejarah yang
bermula dari 300 Masihi sehingga 550 Masihi sebelum memasuki zaman sejarah yang
bermula dengan zaman Asuka dan berakhir pada zaman Showa pada tahun 1989.2
Walaubagaimanapun, skop penulisan ini hanya memfokuskan pada zaman Jepun yang
bermula dalam tempoh kurun ke-12 sehingga kurun ke-16 sehingga zaman Tokugawa iaitu
tahun 1600 sehingga 1868 Masihi. Dengan merujuk kepada skop penulisan tersebut, jelaslah
bahawa zaman yang akan difokuskan di dalam penulisan ini ialah dalam lingkungan zaman
Kamakura (tahun 1185 - 1336) iaitu dikatakan bermulanya kerajaan tentera pimpinan
Shogun3 dan diikuti zaman Muromachi (tahun 1333-1568) serta zaman Momoyama (tahun
1568-1600).4 Ketiga-tiga zaman ini akan dilihat tahap perbezaan keadaannya melalui sistem
politik dan sosial dengan zaman Tokugawa yang dikenali sebagai zaman pemerintahan satu
keluarga (tahun 1600-1868M).5 Bagi zaman Kamakura dan zaman Azuchi-Momoyama pula,
1 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun (Kuala Lumpur, Malaysia:Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005). hlm. 2.
2 Ibid., hlm. 14.
3 W. Scott Morton, Jepun:Sejarah dan Budaya, penerjemah: Azhar Mad Aros (Kuala
Lumpur, Malaysia:Universiti Malaya, 2006). hlm. 69
4 Herschel Webb, An Introduction to Japan (New York: Columbia University Press,
1960), hlm. 21.
5 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 51.
1

nama pemerintahannya adalah bersempena dengan nama bandar utama dan pusat
pentadbiran.6
2.0 TAHAP PERBEZAAN KEADAAN MELALUI SISTEM POLITIK DAN SOSIAL
PADA ZAMAN KAMAKURA, ZAMAN MUROMACHI, ZAMAN MOMOYAMA
DENGAN ZAMAN TOKUGAWA.
Pada pertengahan abad ke-12, wujudnya satu bantahan dalam krisis politik di Jepun iaitu
pertukaran pemerintah. Krisis ini berlaku antara dua buah keluarga pahlawan yang terkenal
dan kuat iaitu Minamoto yang berpusat di Kanto sebelah timur Jepun dan Taira yang
berkuasa di kawasan laut Inland Jepun.7 Setelah kepimpinan Taira digulingkan dalam satu
peperangan laut di bahagian barat, Minamoto Yoritomo telah meninggalkan Kyoto dan
berpindah di kawasan berhampiran pantai di Kamakura yang akhirnya mewujudkan satu
kerajaan pusat yang efektif di Kamakura sekali gus membentuk sistem pemerintahan
ketenteraan diktator atau kesyogunan di Jepun serta undang-undang ketenteraan ini dipanggil
Bakufu atau kerajaan khemah yang bersifat terlalu terbuka ketika zaman tersebut.8
Tuntasnya, zaman Kamakura ini telah menjadi titik permulaan bagi pemerintahan
feudalisme yang menyaksikan penglibatan lebih besar kelompok pewira (bushi) dalam hal
ehwal pusat dan daerah, kewujudan kesyogunan yang berkuasa dalam bidang ketenteraan dan
sivil dan hubungan antara penaung dengan pekerja (lord-vassal).9 Pada zaman ini, bushi tidak
berkuasa penuh dan hanya mengabdikan diri kepada tuan (lord) tetapi menjelang zaman
Muromachi atau Ashikaga iaitu perkembangan peringkat kedua feudalisme telah
6 Ibid., hlm. 14.
7 Edwin O. Reischauer, Jepun:Sejarah Sebuah Negara, Penerjemah: Azhar Mad Aros
(Kuala Lumpur, Malaysia:Universiti Malaya, 2006). hlm. 33.
8 Ibid., hlm. 34-35.
9 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun (Kuala Lumpur, Malaysia:Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005) hlm. 36.
2

memperlihat bushi telah berkuasa sepenuhnya.10 Perbezaan pemutlakan kuasa yang telah
bermula sejak zaman kesyogunan Ashigaka ini secara tidak langsung telah menggambarkan
bahawa pengukuhan satu kuasa pusat atau kesyogunan semakin kuat pengaruhnya di Jepun.11
Oleh hal yang demikian, pada zaman Azuchi-Momoyama telah wujud proses penyatuan
Jepun oleh tiga orang daimyo atau bangsawan daerah iaitu Oda Nobunaga (tahun 15341582), Toyotomi Hideyoshi (tahun 1542-1616),12 dan Tokugawa Ieyasu secara langsung telah
menjadi tokugawa yang pertama yang memantapkan penyatuan politik antara tahun 1598
sehingga tahun 1615.13 Dengan analisis awal menerusi pembacaan penulis, bermula dari
zaman Kamakura itu telah wujudnya sistem bakufu yang turut sama diamalkan sehingga
zaman Tokugawa tetapi sedikit perbezaannya ialah pemantapan sistem tersebut lebih kemas
dan teratur pada zaman Tokugawa yang boleh dibahagikan kepada tiga peringkat pentadbiran
iaitu peringkat pertama dari tahun 1603 sehingga tahun 1632, peringkat kedua dari tahun
1633 sehingga 1854 dan peringkat ketiga dari tahun 1885 sehingga 1867. 14 Secara umumnya,
organisasi kerajaan Tokugawa ini belum masih menyerlah di bawah ieyasu tetapi menjadi
lebih terperinci di bawah pimpinan syogun ketiga iaitu Iemitsu.15
Jika dilihat gambaran yang dinyatakan oleh Edwin O.Reischauer (2006), corak
kemampuan politik contohnya pada zaman Asyikaga adalah tidak begitu hebat jika
10 Ibid., hlm. 38-39.
11 Ibid., hlm. 52.
12 Ibid., hlm. 48.
13 Ibid., hlm. 51-52.
14 Chie Nakane & Shinzaburo Oishi, Tokugawa Japan: The Social and Economic
Antecedents of Modern Japan, Translater: Conrad Totman (Japan:University of Tokyo
Press, 1990). hlm.28.
15 Ibid., hlm. 29.
3

dibandingkan dengan pemerintahan Tokugawa yang telah berkuasa selama hampir dua dekad
dalam membawa kemajuan kepada negara Jepun dengan cara mereka tersendiri. Edwin
mengatakan shogun Asyikaga lebih berperanan sebagai penaung kepada kesenian berbanding
ketua politik sehingga institusi biara ketika itu telah muncul sebagai pusat pembelajaran seni
kreatif.16 Corak perbezaan sistem politik secara ringkas yang diberikan oleh Edwin ini sudah
cukup jelas menggambarkan bahawa wujudnya jurang perbezaan antara amalan dalam sistem
pemerintahan menerusi zaman syogun Asyikaga yang kelihatan tidak begitu dititiberatkan
jika dibandingkan dengan zaman pemerintahan syogun Tokugawa walhal zaman-zaman ini
berlandaskan pada konsep pemerintahan yang sama iaitu Feudalisme. Kedaulatan
pemerintahan Tokugawa ini turut diakui oleh Marcia Yonemoto (2008) iaitu:
Although the Tokugawa regime ended in 1868, it bequeathed a
deep and rich political, economic, and cultural legacy to modern
Japan. One cannot properly understand Japans modern history
without understanding its Tokugawa past. Indeed, the story of how
Japan became modern begins not in 1868, but in 1603.17
Sepertimana yang dinyatakan oleh Marcia secara ringkasnya boleh disimpulkan ialah zaman
Tokugawa ini menjadi tunjang utama yang membawa kepada pemodenan di negara Jepun dan
seseorang itu tidak akan dapat memahami secara keseluruhannya sejarah pemodenan Jepun jika
tidak mengambil tahu akan sejarah pemerintahan Tokugawa ini. Di samping itu, melalui aspek
hubungan diplomatik juga boleh dilihat perbezaannya dimana wujudnya dasar buka pintu yang
dijalankan pada zaman Sengoku berbanding dasar tutup pintu atau dasar pemencilan yang
16 Edwin O. Reischauer, Jepun:Sejarah Sebuah Negara, Penerjemah: Azhar Mad Aros
(Kuala Lumpur, Malaysia:Universiti Malaya, 2006). hlm. 51.
17 Marcia Yonemoto, Tokugawa Japan: An Introductory Essay, 2008 diakses daripada
http://www.colorado.edu/cas/tea/curriculum/imaging-japanesehistory/tokugawa/pdfs/essay.pdf pada 10 Oktober 2016, jam. 12.05 a.m.
4

dilaksanakan sewaktu pemerintahan zaman Tokugawa. Zaman Sengoku yang turut dinamakan
sebagai negeri berperang ini wujud ketika berakhirnya zaman era Asyikaga yang tewas dalam
perang saudara Onin. Pada zaman Sengoku inilah wujudnya hubungan awal dengan Eropah. 18
Perhubungan dua hala ini boleh dilihat dengan kemasukan bangsa Portugis ke Jepun pada tahun
1543, diikuti bangsa Sepanyol pada tahun 1592 dan Belanda pada tahun 1600 secara langsung
telah membawa pelbagai barangan malah agama Kristian turut diserap masuk ke negara Jepun. 19
Antara contoh barangan yang dibawa masuk ialah kain bulu, barangan kaca, jam, tembakau, roti
dan cermin mata serta mereka juga memperkenalkan alatan senjata yang mengubah sama sekali
cara berperang dan proses penyatuan Jepun.20 Perkara ini jelas berbeza dengan tindakan yang
diambil alih di bawah salah satu pemerintahan Tokugawa iaitu syogun yang ke-11 iaitu Ienari
dari tahun 1787 sehingga 1837 melalui Matsudaira Sadanobu.21
Sadanobu merupakan orang tertua yang bertanggungjawab dalam mengadakan sekatan
terhadap dagangan luar dan menggubal undang-undang yang ketat walaupun pada awalnya
langkah ini dapat mengembalikan keyakinan kepada kerajaan tetapi berlakunya masalah
kebuluran yang teruk selama sepuluh tahun walhal sektor perdagangan Jepun pada dekad yang
pertama dan kedua telah mencapai tahap kemajuan yang membanggakan iaitu saudagar-saudagar
Jepun telah digalakkan untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara luar
seperti China dan negara-negara asing yang lain seperti munculnya golongan mubaligh-mubaligh
18 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun (Kuala Lumpur, Malaysia:Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005). hlm. 46.
19 Ibid.
20 Ibid.
21 W. Scott Morton, Jepun:Sejarah dan Budaya, penerjemah: Azhar Mad Aros (Kuala
Lumpur, Malaysia:Universiti Malaya, 2006). hlm 148.
5

Kristian di Jepun.22 Antara salah satu punca dasar ini dijalankan pada zaman Tokugawa adalah
disebabkan oleh pemberontakan Shimbara di Khusyu yang dilabelkan oleh bakufu sebagai
pemberontakan yang dilakukan oleh orang-orang Kristian dalam menentang kekuasaan Syogun.
Pada hakikatnya, pemberontakan ini diketuai oleh kaum Tani yang turut mendapat sokongan
daripada golongan Ronin yang menganut agama Kristian akibat daripada rasa tertindas akan sifat
kekejaman golongan daimyo tempatan di Semenanjung Shimbara. Oleh itu, pemberontakan ini
sekali gus telah mewujudkan rasa kebimbangan dalam kalangan Bakufu akan penyalahgunaan
kuasa-kuasa Barat untuk turut campur tangan dalam hal ehwal negara Jepun ketika itu. 23 Selain
itu, masyarakat Jepun juga tidak dibenarkan untuk keluar berdagang dari luar kawasan negaranya
dan hanya pembinaan kapal kecil sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti
perdagangan di kawasan perairan Jepun.24 Oleh hal yang demikian, secara ringkas, rumusan awal
yang boleh dibuat berdasarkan tahap perbezaan keadaan sistem politik antara lingkungan tempoh
masa zaman Kamakura, zaman Muromachi dan zaman Momoyama dengan zaman Tokugawa
jelas menunjukkan perbezaannya iaitu sistem politik zaman Tokugawa yang lebih ketat dan
tersusun berbanding zaman-zaman sebelumnya.
Berbalik pula fokus penulisan terhadap perbandingan keadaan sistem sosial antara
lingkungan zaman Kamakura sehingga zaman Tokugawa. Salah satu aspek sistem sosial yang
boleh dilihat perbezaannya ialah perubahan mazhab iaitu daripada mazhab Buddhisme kepada
mazhab Konfucianisme. Zaman Kamakura menyaksikan pengaruh Buddhisme amat ketara
22 M. Rajendran, Sejarah Jepun (Kuala Lumpur, Malaysia: Arena Buku, 1988).
hlm.49.
23 Ibid., hlm. 50.
24 Harold M. Vinacke, Sejarah Timor Jauh dalam Zaman Moden (Kuala Lumpur,
Malaysia:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967). hlm. 119.
6

pengaruhnya khususnya dalam kalangan masyarakat bawahan sehingga menjadi sebahagian


daripada kehidupan masyarakat orang Jepun.25 Kemunculan mazhab ini telah menggalakkan
penterjemahan kitab agama atau sutra ke dalam bahasa Jepun dan wujudnya kepercayaan
bahawa semua penganutnya akan mempunyai kehidupan yang lebih baik selepas mati malah
penulis terkenal, Heike Monogatari turut menyelitkan unsur Buddhisme di dalam penulisannya
yang berkaitan pertempuran di medan perang iaitu:
with messages of Buddhist inspiration in dramatic tales of the
exploits of the warrior class and the idealized version of bushi
behavior and stories of chivalry in the field.26

Pengaruh Buddhisme ini turut diteruskan pada zaman kesyogunan Ashikaga yang memperlihat
drama muzikalnya ataupun disebut sebagai Noh turut dimasukkan unsur-unsur Buddhisme di
samping unsur Shinto dan Zen yang mengandungi mesej keagamaan. Walaubagaimanapun,
pengaruh ini tidak bertahan lama kerana ketika Zaman Azuchi-Momoyama telah menyaksikan
Nobunaga menamatkan pengaruh mazhab Buddhisme dengan membakar 3000 bangunan dan
melakukan pembunuhan terhadap ratusan rahib.27 Selepas itu, pengaruh mazhab Konfucianisme
telah diserap masuk ke dalam zaman pemerintahan Tokugawa yang bersifat birokratik ketika
itu.28 Sebelum ajaran kungfutze atau mazhab Konfucianisme ini diserap masuk, kebanyakannya
para pahlawan adalah terdiri daripada kalangan yang buta huruf tetapi setelah amalan mazhab ini

25 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun (Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005). hlm. 38.
26 Ibid., hlm. 38-39.
27 Ibid., hlm. 49.
28Edwin O. Reischauer, Jepun:Sejarah Sebuah Negara, Penerjemah: Azhar Mad Aros
(Kuala Lumpur, Malaysia:Universiti Malaya, 2006). hlm. 72.
7

diamalkan, golongan pahlawan ataupun samurai ini dikatakan telah cepat berkembang menjadi
kelas masyarakat yang berpendidikan tinggi serta menjadi golongan pentadbir dan intelektual.
Di samping itu, pengaruh ajaran Konfucianisme ini juga telah mengubah dasar pendidikan di
negara Jepun seperti kawasan kekuasaan para daimyo yang turut mengembangkan institusi
pendidikan di kawasan mereka dan mengalakkan para samurai merekan untuk belajar serta
penduduk bandar bersama golongan petani juga bergantung kepada akademi pendidikan
persendirian kecil yang dipanggil sekolah kuil. 29 Dasar ini jauh berbeza jika dilihat pada zaman
sebelumnya seperti zaman Kamakura dan zaman kesyogunan Ashikaga yang tidak
menitikberatkan kemajuan dalam soal pendidikan. Sebagai contoh, mazhab Buddhisme ini tidak
mampu untuk membawa perubahan kepada masyarakat yang mengamalkannya khususnya dalam
aspek intelektual kerana fahaman fanatik masyarakat ketika itu yang ingin memasuki syurga
selepas kematian mengatasi segala-galanya.30 Pembatasan tahap pengetahuan dalam era mazhab
Buddhisme ini juga boleh dilihat melalui petikan daripada penulisan Scott (2006) yang telah
memberikan gambaran bahawa mazhab ini tidak begitu memetingkan ilmu pengetahuan iaitu:
hanya pengulangan sebutan Namu Amida Butsu,
tanpa meragui belas kasihan-Nya bahawa seseorang itu
akan dilahirkan ke dalan Negara Kebahagian Sempurna
Dengan itu tanpa mementingkan pengetahuan dan
peraturan, mereka perlu mengamalkan pengulangan nama
Amida dengan tekun dan itulah sahaja.31

29 Ibid.
30 W. Scott Morton, Jepun:Sejarah dan Budaya, penerjemah: Azhar Mad Aros (Kuala
Lumpur, Malaysia:Universiti Malaya, 2006). hlm 82.
31 Ibid., hlm. 84.
8

Pengulangan nama Amida bagi memasuki syurga selepas kematian merupakan mazhab Pure
Land yang telah menjadi ikutan mazhab Buddhisme yang lain untuk tempoh yang panjang
sehinggakan mazhab ini berjaya mendapatkan pengikut yang ramai terutamanya daripada
kalangan masyarakat biasa.32 Oleh sebab itu, kepercayaan fanatik ini secara tidak langsung telah
menghadkan kemampuan pemikiran mereka ke arah yang lebih tinggi berbanding ajaran
Konfucianisme yang diamalkan pada zaman era kesyogunan Tokugawa. Abu Talib Ahmad
(2005) juga berpandangan bahawa mazhab Konfucianisme khususnya aliran Chu Tsi yang
dibawa masuk dari China ini telah mempunyai peraturan yang tersendiri dalam memastikan
status setiap individu kekal dan setiap anggota masyarakat mematuhi tingkah laku kelas mereka
pada zaman pemerintahan Tokugawa.33 Melalui pandangan ini, jelaslah bahawa wujudnya
perubahan yang ketara dalam sistem sosial antara lingkungan waktu zaman Kamakura sehingga
zaman Tokugawa melalui perubahan mazhab Buddhisme kepada mazhab Konfucianisme dan
arus perubahan ini boleh dilihat melalui tahap pendidikan dalam zaman-zaman tersebut.
Seterusnya, aspek sistem sosial ini juga boleh dilihat dari segi kegiatan masyarakat yang
berkisarkan tentang bidang kesenian dan kesusasteraan melalui corak kehidupan masyarakat
yang tinggal pada sesuatu zaman itu. Walaupun dari segi sistem politik mahupun perubahan
mazhab dilihat berbeza caranya pada setiap zaman yang difokuskan tetapi zaman kegemilangan
seni ini boleh digabungkan persamaannya melalui kemajuan keseniannya yang tersendiri kerana
kegiatan ini sudah wujud ketika zaman pemerintahan Kamakura seperti pembinaan taman
landskap dan cerita-cerita yang dijadikan plot untuk drama noh dan kabuki. 34 Seterusnya,
32 Ibid.
33 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun (Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005). hlm. 52.
34 Ibid., hlm.38.
9

kegiatan kesenian yang menarik ini turut boleh dilihat menerusi zaman Muromachi seperti
koridor yang menuju ke bilik para sami di beberapa kuil digelar nightingle walks serta lantai
yang berat juga disediakan untuk sokongan sebagai cara mengeluarkan bunyi muzik yang nipis
atau bunyi kicauan apabila dipijak sekali gus membolehkan amaran dikeluarkan sekiranya
berlaku pencerobohan pada waktu malam.35
Pada zaman Muromachi ini, keadaan persekitaran adalah aman dan kaya dengan
perkembangan kesenian yang berlandaskan kepada agama Buddha seperti lukisan pemandangan
alam semula jadi dan turut dihasilkan drama yang menarik seperti drama No yang
mengisahkan sesebuah kerajaan yang menjadi lagenda sejarah, kuasa ajaib, seluruh atmosfera
dan unsur lakonan yang turut menyerap pemikiran Buddha.36 Walaubagaimanapun, kegiatan
sosial masyarakat dalam bidang kesenian dan kesusasteraan ini menjadi jauh lebih popular
sewaktu zaman awal pemerintahan Tokugawa kerana pertambahan hasil pengeluaran industri
ketika itu telah menyebabkan terhasilnya kesenian separuh industri yang sangat mengutungkan
seperti penghasilan barangan tembikar halus dan barangan porselin yang cantik. 37 Persamaan
konsep dalam bidang kesenian dan kesusasteraan pada zaman-zaman sebelumnya yang turut
dibawa masuk ke dalam zaman Tokugawa ialah konsep persembahan drama yang diberi nama
Kabuki iaitu teater berbentuk patung. Perbezaan dalam kegiatan ini mula wujud apabila Edwin
(2006) menyatakan bahawa berbanding dengan pergerakan yang perlahan dan mengasyikkan
dalam drama No pada zaman Ashikaga, Kabuki lebih mengekalkan kadar ketegangan emosi
35 W. Scott Morton, Jepun:Sejarah dan Budaya, penerjemah: Azhar Mad Aros (Kuala
Lumpur, Malaysia:Universiti Malaya, 2006). hlm 102.
36 Ibid., hlm. 103.
37 Edwin O. Reischauer, Jepun:Sejarah Sebuah Negara, Penerjemah: Azhar Mad Aros
(Kuala Lumpur, Malaysia:Universiti Malaya, 2006). hlm. 74.
10

yang tinggi dan memberi kebebasan kepada suasana ganas dan melodrama secara tidak langsung
telah menarik ramai peminat seni ketika era pemerintahan Tokugawa.
Selain itu, perbezaan kegiatan sosial ini juga boleh dilihat dalam teknik mencetak yang
digunakan secara meluas pada zaman Tokugawa ketika menghasilkan banyak novel hasil nukilan
Saikaku dan hasil kerja para penulis terkenal sehingga menjadi daya tarikan yang sangat kuat di
kalangan penduduk bandar.38 Selain itu, kelainan kehidupan masyarakat pada zaman Tokugawa
juga boleh dilihat pada peranan golongan wanita yang biasanya dididik untuk tinggal di rumah
tetapi ketika zaman ini, golongan wanita telah berperanan sebagai pendorong kepada
perkembangan golongan geisha dan penghibur profesional kerana para wanita ini telah dilatih
dalam seni nyanyian, tarian dan perbualan yang menyeronokkan. 39 Justeru, kegiatan sosial
masyarakat di Jepun pada setiap zaman adalah berlandaskan satu konsep yang sama iaitu
kesenian dan kesusasteraan tetapi perbezaannya adalah terletak pada arus pemodenan yang
semakin maju pada zaman Tokugawa sepertimana yang dinyatakan iaitu peningkatan
pengeluaran industri misalnya barangan porselin dan munculnya peranan golongan wanita ketika
itu.
Seterusnya, struktur masyarakat di dalam sistem sosial seperti peranan saudagar yang boleh
dilihat perbezaan dari segi penglibatannya dalam kalangan masyarakat di Jepun. Sebagai contoh,
ketika zaman Azuchi-Momoyama, peranan saudagar ini tidak begitu ketara dan bergantung
kepada galakan daripada daimyo yang telah menggalakkan kemunculan pekerja mahir dan
saudagar berkumpul di bandar-bandar kubu (jokomachi) untuk memberikan pelbagai
perkhidmatan40. Peranan golongan ini kemudiannya berbeza akan corak perubahan kehidupannya
pada zaman Tokugawa seperti kemunculan keluarga saudagar kaya yang mempunyai hubungan
38 Ibid., hlm. 73-74.
39 Ibid.
11

rapat dengan keluarga pemerintah. Jika peranannya dahulu yang lebih kepada buruh tetapi pada
zaman Tokugawa, tanggungjawab mereka telah dipelbagaikan seperti menjadi penghubung
antara bushi dengan petanni dan juga menjalankan fungsi kewangan bagi pihak daimyo atau
bakufu serta turut ditugaskan untuk menyediakan pinjaman.41Perkara ini turut diakui oleh Chie
Nakane dan Shinzaburo Oishi (1990) yang berpendapat struktur sosial masyarakat pada zaman
Tokugawa telah menggalakan golongan bahawan berlumba untuk menjadikan kehidupan mereka
lebih baik daripada kebiasaannya42 seperti peranan golongan saudagar ini.
3.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya jelaslah bahawa wujud jurang perbezaan melalui tahap keadaan sistem
politik dan sosial dalam lingkungan zaman Kamakura (tahun 1185 - 1336) iaitu kerajaan
tentera pimpinan Shogun yang turut diikuti zaman Muromachi (tahun 1333-1568) dan zaman
Momoyama (tahun 1568-1600) dengan zaman pemerintahan Tokugawa yang digambarkan
menjadi tunjang dalam pemodenan Jepun dan juga sumbangannya kepada titik permulaan
dalam kemajuan bidang ilmu pengetahuan dan intelektual di negara Jepun. 43 Perbezaan yang
ketara sepertimana yang dibincangkan adalah boleh dilihat dari aspek perkembangan keadaan
sistem politik dan sosial itu sendiri mengikut arus zaman tersebut sehinggalah mencapai
tahap yang lebih mapan pada zaman Tokugawa. Walaupun wujudnya perbezaan tetapi nilainilai persamaan juga boleh dlilihat menerusi konsep pemerintahan dan pentadbiran yang
40 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun (Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005). hlm. 51.
41 Ibid., hlm. 54.
42 Chie Nakane & Shinzaburo Oishi, Tokugawa Japan: The Social and Economic
Antecedents of Modern Japan, Translater: Conrad Totman (Japan:University of Tokyo
Press, 1990). hlm. 231.
43 Edwin O. Reischauer, Jepun:Sejarah Sebuah Negara, Penerjemah: Azhar Mad Aros
(Kuala Lumpur, Malaysia:Universiti Malaya, 2006). hlm. 75.
12

berlandaskan konsep Feudalisme iaitu adanya masyarakat yang sangat memerlukan


perlindungan dan perhubungan peribadi yang saling bergantungan antara yang kuat dengan
yang lemah44 dan situasi ini sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat di negara
Jepun seperti hubungan taat setia daimyo dengan bakufunya. Selain itu, nilai persamaan juga
boleh dilihat dalam kegiatan kesenian dan kesusasteraan masyarakat di Jepun yang telah
diamalkan sejak dari zaman Kamakura sehingga zaman Tokugawa walaupun kegiatan ini
dikatakan lebih maju ketika pemerintahan syogun Tokugawa.
Oleh itu, penulis ingin merumuskan bahawa jurang perbezaan melalui keadaan sistem
politik dan sosial di Jepun dalam tempoh kurun ke-12 hingga ke-16 dengan zaman Tokugawa
(1600-1868M) adalah berlainan dari segi tahap perkembangannya. Tahap perkembangan ini
telah dibincangkan melalui bentuk perluasan kuasa pemerintah dan diperintah, dasar
diplomatik dan perubahan mazhab Buddhisme kepada mazhab Konfucianisme. Seterusnya,
bentuk peranan setiap golongan dalam susun lapis masyarakat seperti golongan saudagar dan
wanita, tahap kemajuan dalam bidang keintelektuan dan juga corak kegiatan sosial
masyarakat yang jelas menunjukkan perbezaan tahap perkembangannya dalam lingkungan
zaman tersebut.

44 Abu Talib Ahmad & Cheah Boon Keng, Isu-isu Pensejarahan: Esei Penghargaan
kepada Dr. R. Suntharalingam (Pulau Pinang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia,
1995), hlm. 6.
13

You might also like