You are on page 1of 5

Hancurkan Hati Kamu

Jauhkanlah diri dari orang ramai dengan perintah Allah dan dari nafsu
kamudengan perintahNya dan dari kehendakmu dengan lakuanNya, agar
kamu layak menjadi bekas untuk mengisi ilmu Allah. Tanda kamu telah
menjauhkan diri dari orang ramai ialah kamu telah seluruhnya
memutuskan segala perhubungan dengan orang ramai dan
membebaskan fikiran kamu dari segala apa yang bersangkutan dengan
mereka.
Tanda kamu telah putus dari nafsu kamu ialah kamu telah membuang
segala usaha dan daya untuk dunia dan perhubungan dengan cara dunia untuk
mendapatkan apa faedah dan menghindarkan bahaya dan kamu janganlah
bergerak untuk kepentingan kamu sendiri. Janganlah kamu bergantung
kepada diri sendiri tentang perkara yang bersangkutan dengan diri
kamu. Janganlah kamu melindungi diri kamu dan menolong diri kamu
sendiri. Serahlah segala-galanya kepada Allah kerana Dia lah yang
menjaga dan memelihara segala-galanya dari azali lagi sehingga abadi
selama-lamanya. Dia lah yang menjaga kamu dalam perut ibumu sebelum
kamu lahir dan Dia lah yang memelihara kamu semasa kamu masih bayi.
Tanda kamu telah hilang dari kehendak kamu dengan lakuan atau perbuatan
Allah ialah kamu tidak lagi melayan apa hajat dan kamu tidak ada apa
matlamat atau tujuan, kamu tidak lagi ada keperluan atau maksud kerana kamu
tidak ada tujuan atau keperluan selain Allah semata-mata. Lakuan Allah pun
terzahir pada kamu dan pada masa pergerakan kehendak dan lakuan Allah itu,
kamu hanya pasif pada badan, tenang dalam hati, luas fikiran, mukamu berseriseri dan jiwa kamu bertambah subur. Maka kamu akan terlepas dari
keperluan kebendaan kerana kamu telah berhubung dengan Al-Khaliq.
Tangan kuasa akan mengerakkan kamu. Lidah abadi akan memanggil kamu.
Tuhan sekalian alam akan mengajar kamu dan akan memberi pakaian dengan
cahaya dari diriNya dan dengan pakaian kerohanian dan akan meletakkan kamu
dalam peringkat orang alim yang dulu.
Selepas pengalaman ini akan bertambah hancurlah "hati" kamu sehingga
hapuslah hawa nafsu dan kehendak kamu umpama tempayan yang pecah yang
tidak mengandungi air walau setitikpun. Kosonglah kamu dari semua lakuan
kemanusiaan dan diri kamu tidak menerima yang lain kecuali kehendak Allah.
Pada peringkat ini kamu akan dikurniai keramat dan perkara yang luar
biasa. Perkara itu pada zahirnya datang dari kamu tetapi sebenarnya
adalah lakuan dan kehendak Allah jua.
Maka masuklah kamu dalam golongan orang yang telah pecah hatinya dan
telah hilang nafsu kebinatangannya. Selepas itu akan diberi sifat Ketuhanan
Yang Maha Tinggi. Berkenaan hal inilah Nabi Besar Muhammad s.a.w telah
bersabda: 'Aku gemar tiga perkara dari dunia ini - bau-bauan harum,
perempuan dan sembahyang yang mataku sejuk di dalamnya'. Semua ini
diberi kepadanya setelah kehendak dan nafsu yang tersebut dahulu itu lepas
dari dirinya. Allah berfirman: "Aku bersama mereka yang pecah hatinya
kerana Aku".
Allah s.w.t tidak bersama kamu sekiranya semua nafsu dan kehendak kamu

itu tidak dihancurkan. Apabila semua hancur dan tidak ada lagi yang tinggal
pada kamu maka kamupun sesuailah untuk "diisi" dengan Allah dan Allah akan
menjadikan kamu orang baru yang dilengkapi dengan tenaga dan kehendak baru
yang pula. Jika ada lagi diri kamu walau sedikitpun, maka Allah akan
menghancurkan itu pula sehingga kamu kosong semula dan selama-lamanya
kamu tetap hancur hati. Allah akan menjadikan kehendak baru dalam diri kamu
dan jika dalam pada itu masih juga ada ego (diri) kamu, maka Allah akan
menghancurkan terus. Demikianlah terjadi sehingga kamu menemui Tuhanmu di
akhir hayat nanti. Inilah maksud firman Tuhan, "Aku bersama mereka yang
hancur hatinya kerana Aku". Kamu akan dapati diri kamu "kosong" dan
sebenarnya ada ialah Allah.
Allah berfirman dalam hadis Qudsi: "HambaKu yang taat sentiasa
meminta kehampiran dengan Aku melalui sembahyang sunat sehingga
Aku jadikan dia rakanKu dan apabila Aku jadikan dia rakanKu, Aku
menjadi telinganya yang dengannya dia mendengar, matanya yang
dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memegang, dan
kakinya yang dengannya dia berjalan iaitu dia mendengar melalui Aku,
memegang melalui Aku dan mengetahui melalui Aku". Sebenarnya ini
adalah keadaan "fana' (hapuskan diri)". Apabila kamu telah fana' terhadap diri
dan makhluk, dan oleh kerana makhluk itu baik atau jahat dan oleh kerana diri
kamu itu baik atau jahat, maka tidaklah ada dalam pandangan sebarang
kebaikan yang datang dari diri kamu atau makhluk itu dan tidaklah kamu takut
kedatangan kejahatan dari makhluk. Semua itu terletak pada tangan Allah
semata-mata. Daripada itu datangnya buruk dan baik. Dia yang menentukan
segala-galanya semenjak dari awal lagi.
Oleh yang demikian, Dia akan beri kamu keselamatan dari segala kejahatan
makhlukNya dan akan membenamkan kamu dalam lautan kebaikanNya. Maka
jadilah kamu titik tumpuan segala yang baik dan sumber keberkatan,
kebahagiaan kesentosaan, nur (cahaya), keselamatan dan keamanan. Oleh itu
"fana'" adalah tujuan dan matlamat dan hujung dan dasar perjalanan wali Allah.
Semua wali Allah yang terdahulu dalam peringkat kemajuan mereka telah
memohon dengan sungguh untuk menukar kehendak atau kemahuan Allah.
Semua mereka menukar kemahuan atau kehendak mereka ke dalam kemahuan
atau kehendak Allah. Pendeknya mereka memfana'kan diri mereka dan
mewujudkan Allah. Sebab itulah mereka digelar 'Abdal' (perkataan yang diambil
dari perkataan 'Badal' yang bermakna "Pertukaran"). Pada pendapat mereka
adalah satu dosa menyengutukan kehendak mereka dengan kehendak
Allah.
Sekiranya mereka lupa, dikuasai oleh emosi dan ketakutan, maka Allah Yang
Maha Kuasa akan menolong mereka dan menyedarkan mereka dan dengan itu
mereka kembali sedar dari lupa dan memohon perlindungan Allah. Tidak ada
manusia yang benar bebas dari pengaruh kehendak ego (diri) sendiri
kecuali malaikat. Malaikat itu dipelihara Allah dalam kesucian kehendak
mereka dan nabi dipelihara dari nafsu badaniah. Jin dan manusia telah diberi
tanggungjawab supaya berakhlak baik. Tetapi tidak terpelihara dari dipengaruhi
oleh dosa dan maksiat. Wali dipelihara dari nafsu badaniah dan abdal dari
kekotoran kehendak atau niat. Meskipun begitu mereka tidaklah bebas mutlak

kerana mungkin merekapun ada kelemahan untuk melakukan dosa tetapi Allah
dengan kasih sayangNya akan menolong dan menyedarkan mereka.
~ SAQAJ (Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani)

Apabila Kamu Mati Terhadap Makhluk


Apabila kamu 'mati' terhadap makhluk, maka dikatakan kepada kamu,
"Moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu", dan Allah akan mematikan
kamu dari nafsu badaniah. Apabila kamu telah 'mati' terhadap nafsu
badaniah, maka akan dikatakan kepada kamu, "Moga Allah melimpahkan
rahmatNya kepada kamu", maka Allah akan mematikan kamu terhadap
kehendak dan nafsu. Apabila kamu telah 'mati' terhadap kehendak dan
nafsu, maka akan dikatakan kepada kamu, "Moga Allah melimpahkan
rahmatNya kepada kamu", dan Allah akan menghidupkan kamu kepada
satu 'hidup' yang baru.
Selepas itu, kamu akan diberi 'hidup' yang tidak ada mati lagi. Kamu
akan dikayakan dengan tidak ada papa lagi. Kamu akan diberi kurniaan yang
tidak akan rosak dan habis. Kamu akan diberi kebahagiaan yang tidak ada lagi
kesusahan dan kesedihan. Kamu akan diberkati dan tidak akan dimurkai. Kamu
akan diberi ilmu dan tidak lagi jahil. Kamu akan diberi kesentosaan dan tidak lagi
ketakutan. Kamu akan maju dan tidak lagi mundur. Nasib kamu akan baik dan
tidak lagi buruk. Kamu akan dipermuliakan dan tidak lagi diperhinakan. Kamu
akan dihampiri oleh Allah dan tidak jauh lagi. Martabat kamu akan bertambah
tinggi dan tidak rendah lagi. Kamu akan dibersihkan dan tidak lagi merasai kotor.
Pendek kata jadilah kamu seorang yang tinggi dan mempunyai peribadi yang
tersendiri. Bolehlah dikatakan kamu telah menjadi manusia luar biasa.
Jadilah kamu warisan Rasul, Nabi dan orang Siddiq. Kamu akan jadi titik
akhir bagi segala kewalian dan wali yg masih hidup, akan datang mengunjungi
kamu. Melalui kamu segala kesulitan dapat diselesaikan dan melalui
sembahyang kamu dapat memewahkan tanaman, menurunkan hujan,
menghindarkan mala petaka yang hendak menimpa umat manusia dari segala
pangkat dan kedudukan. Bolehlah dikatakan kamu menjadi sebagai pegawai
polis untuk kota dan rakyat.
Orang akan datang mengunjungi kamu dari tempat yang dekat dan jauh
membawa hadiah dan buah tangan dan memberi khidmat mereka kepada
kamu. Semua ini dengan izin Allah Yang Maha Perkasa dan Kuasa jua. Lidah
manusia tidak sunyi lagi menghormati dan memuji kamu. Tidak ada dua orang
yang beriman bertelingkah mengenai kamu. Wahai! Mereka yang baik
yang tinggal di tempat ramai dan mereka yang mengembara, inilah kurniaan
Allah dan Allah mempunyai kuasa yang tidak ada batasan.
~ SAQAJ (Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani)

Apabila Kamu Melihat Dunia

Apabila kamu melihat dunia di dalam tangan orang ahli dunia dengan
hiasan dan kekosongannya, penipuan dan perangkapnya dan dengan racunnya
yang membunuh yang di luarnya lembut dan di dalamnya mencederakan dan
cepat pula merosak dan membunuh sesiapa yang memegangnya dan menipu
mereka dan menyebabkan mereka lali dalam dosa dan maksiat. Apabila kamu
melihat semua ini, maka hendaklah kamu bertindak selaku seorang yang
melihat seorang lain membuang air besar yang membuka anggotanya yang sulit
dan mengeluarkan bau yang busuk. Dalam keadaan itu kamu hendaklah
menghindarkan pandangan terhadap ketelanjangannya itu dan menutup
hidungmu supaya tidak terbau yang busuk. Begitulah kamu bertindak terhadap
dunia. Apabila kamu melihatnya, hindarkan pandangan dari pakaiannya dan
tutup hidungmu dari membau keseronokannya yang tidak kekal, mudahmudahan kamu terselamat darinya dan cubaan-cubaannya. Apa yang telah
ditetapkan Allah untuk kamu tentu kamu akan merasainya. Allah telah
berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w:
"Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah
KAMI berikan kepada golongan dari mereka sebagai bunga kehidupan
dunia untuk KAMI cubai mereka dengannya. Dan kurnia Tuhan kamu adalah
lebih baik dan lebih kekal". Surah Thoha, 20, ayat 131.
~ SAQAJ (Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani)

Ikutilah Jalan Dengan Ikhlas


Ikutilah dgn ikhlas jalan yg telah ditempuh oleh Nabi Besar Muhammad s.a.w.
Dan janganlah kamu mengubah jalan itu. Patuhlah kepada Allah dan Rasul-Nya,
dan jangan sekali-kali menderhaka. Bertauhidlah kepada Allah dan jangalah
menyengutuiNya. Allah itu Maha Suci dan tidak sekali-kali mempunyai sifat yg
cela dan kekurangan. Janganlah syak wasangka tentang KEBENARAN Allah.
Bersabarlah dan berpegang teguhlah kepadaNya. Bermohonlah kepadaNya
dan TUNGGU dgn SABAR. Bersatu padulah dalam mentaati Allah
dan janganlah kamu berpecah belah. Cintailah antara satu dengan yg lain
dan janganlah berdengki-dengkian. Jauhilah diri kamu daripada segala noda
dan dosa. Perindahkanlah dirimu dengan taat kepada Allah. Janganlah jauhkan
diri kamu dari Allah dan janganlah lupa kepada Allah. Janganlah berlengahlengah lagi untuk bertaubat kepada Allah. Dan kembali kepadaNya. Janganlah
jemu dengan memohon ampun kepada Allah siang dan malam, mudah-mudahan
kamu dirahmatiNya dan dilindungiNya dari mara bahaya dan azab neraka dan
kamu akan diberi kehidupan yang berbahagia dalam syurga dan bersatu dengan
Tuhan dan kamu akan diberi nikmat Allah. Kamu akan menikmati kebahagiaan
dan kesentosaan yg abadi di syurga berserta Nabi, orang Siddiq, orang syahid
dan orang salih. Berkekalan kamu di syurga itu untuk selama-lamanya.
~ SAQAJ (Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani)

You might also like