You are on page 1of 1

Belajar Sains daripada kitab-kitab pondok? Aih, ingat masuk pondok tak kena belajar Sains dah.

Mungkin
pelajar Sains yang lebih minat belajar agama akan timbul balik minat kepada Sains seperti dia minat
kepada ilmu agama.
fb.com/SekretariatTalaqqiKitabTurath telah menganjurkan beberapa kelas pengajian kitab dan antaranya
kelas talaqqi Kitab Maqulat 'Asyarah. Antara isi pengajian dalam kelas ini ialah mengkategorikan makhlukmakhluk Tuhan kepada DUA kategori utama.
Pertamanya, ialah Jauhar atau boleh disebut sebagai MATTER walaupun ia mempunyai maksud lebih
umum. Antara ciri Jauhar yang disebutkan ialah Mengambil Ruang dan sebagaimana dipelajari sejak di
bangku sekolah MATTER ini cirinya OCCUPY SPACE.
Kedua, 'Aradh. 'Aradh adalah perkara yang wujud, tetapi memerlukan Jauhar untuk ia tumpangi.
Contohnya WARNA, HABA, BUNYI, CAHAYA, MANIS, PEDAS dan seumpamanya. Seperti kita tahu, kita
tak mampu membeli PEDAS tanpa membeli CILI kerana pedas itu menumpang pada cili. Tetapi, cili tak
semestinya pedas. Huhu. Nak faham kena masuk kelas.
Saya bawakan contoh yang disebutkan dalam kitab dan oleh tuan guru(istilah-istilah Sains adalah
tambahan penulis) :
1. VACUUM FLASK. Bocong simpan air panas tu lah. Kenapa ia lambat hilang panasnya? HABA
memerlukan MEDIUM untuk ia mengalir. Mediumnya sama ada PEPEJAL, CECAIR atau UDARA. Rekaan
vacuum flask terdiri daripada bekas air yang dikelilingi VACUUM, iaitu tempat yang NO AIR - tiada udara.
Jadi, umumnya haba tidak dapat mengalir melainkan melalui penutupnya. Panas ni tak boleh hilang
menjadi sejuk begitu sahaja, ia sebenarnya tenaga yang mengalir. So, HABA itu adalah 'Aradh yang
memerlukan Jauhar sebagai medium untuk ia wujud dan mengalir.
2. LETUPAN DI ANGKASA. Bintang-bintang di angkasa amat besar beribu-ribu kali ganda berbanding
Bumi. Tapi, kenapa kita tak dengar bila ia meletup? Ya, ia nikmat Allah kepada kita. BUNYI juga
memerlukan MATTER sebagai medium untuk ia sampai ke telinga kita. OUTER SPACE atau ANGKASA
RAYA ialah satu ruangan kosong yang TIADA UDARA-VACUUM. Jadi, bunyi dari letupan tidak berpindah
melalui ruangan angkasa kerana TIADA JAUHAR untuk menjadi MEDIUM atau untuk ditumpangi oleh
BUNYI('Aradh).

You might also like