You are on page 1of 1

Kami berhimpun dihari ini bagi menyatakan rasa kesyukuran kami kepadaMu ( ) dengan

kebesaranMu, kekuatanMu, rahmat dan kasih sayangMu, dengan kehendakMu kami semua
dapat berada dalam perhimpunan ini, khas bagi menyambut kedatangan Penolong Kanan
Pentadbiran baru kami iaitu ___________.

Ya Allah kami memohon kepadaMu agar Engkau kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan
kepada beliau, semangat yang kuat, ketenangan, kebijaksanaan dan ketaqwaan dalam
membimbing kami di sini.

Ya Allah kami memohon kepadaMu dengan kehadiran beliau sekolah akan menjadi lebih
cemerlang dan terbilang dalam kurikulum .

Dengan hati yang jujur dan ikhlas kami mengulangi azam dan janji kami kepadaMu
Untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab kami dengan tekun dan rajin serta
penuh keyakinan

Sesungguhnya ya Allah, kami memohon kepadaMu, ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa


kedua ibubapa kami, dosa guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami yang mikmin dan
mukminat, muslimin dan muslimat

Akhirnya janganlah Engkau hampakan segala hajat dan impian kami, hanya padaMu, tempat
kami berharap dan hanya Engkau sahaja yang dapat mencukupkan segala permintaan
hambaMu.







.

You might also like