You are on page 1of 1

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru

Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang


dikasihi. Selamat sejahtera saya ucapkan. Selaku wakil murid, saya
mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap
dalam majlis sambutan Hari Kanak-kanak ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Tujuan sambutan Hari Kanak-kanak diadakan adalah untuk meraikan


kanak-kanak iaitu terdiri daripada murid-murid sekolah ini. Hari Kanak-
kanak amat besar maknanya kepada saya dan rakan-rakan. Hal ini kerana
alam kanak-kanak merupakan alam pertama bagi kami sebelum
menempuh alam remaja dan dewasa.

Hari Kanak-kanak disambut sebagai tanda penghargaan orang


dewasa terhadap kita. Penghargaan ini terdapat dalam pelbagai bentuk
seperti kasih sayang, perhatian dan hadiah. Oleh itu, sewajarnya
penghargaan yang diberikan ini kita balas dengan berjanji untuk menjadi
kanak-kanak yang baik dan berbudi bahasa.

Dalam majlis ini, kami memohon kepada guru-guru agar menjadikan


kami sebagai kanak-kanak yang Berjaya dalam pelajaran. Kami memohon
kepada guru-guru agar mendidik kami dengan penuh kasih sayang. Jika
kami ada melakukan kesilapan, tegurlah kami seperti menegur anak
sendiri.

Hadirin yang dikasihi,

Pada kesempatan ini juga, saya mewakili rakan-rakan berjanji untuk


menjadi anak murid yang baik dan berhemah tinggi. Segala teguran dan
nasihat cikgu akan kami sematkan di dada. Kami juga berikrar untuk
menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran dan seterusnya menjadi
insane yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Sekian sahaja ucapan saya untuk kali ini. Sebelum saya mengundurkan
diri, terimalah serangkap pantun;

Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan;
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian, terima kasih.

You might also like