Professional Documents
Culture Documents
1
PENGHARGAAN 2
2
PENGENALAN 3
3
INSTRUMEN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN 4
4
HASIL PEMERHATIAN 7
5
ANALISIS PEMERHATIAN (PENILAIAN) 11
6
CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN 13
7
KESIMPULAN 17
8
RUJUKAN 18
9
LAMPIRAN 19
PENGHARGAAN
Seterusnya, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan lain
yang turut memberi pendapat untuk menyelesaikan tugasan individu ini. Hanya Allah S.W.T
dapat membalas jasa dan budi baik anda semua.
Akhir kata dari kami, jutaan terima kasih kepada semua yang turut terlibat dan
membantu dalam memberi idea, pandangan, mencari bahan rujukan serta dorongan dalam
menyiapkan tugasan kerja individu ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bagi
penutup bicara, kami sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
Puan Zainiah binti Mohamed Isa, dimana semangatnya dalam memberikan pengajaran dan
pembelajaran kepada kami dan kami sudahi dengan wassalam.
1 PENGENALAN
Kajian, pemerhatian dan penilaian perkembangan kanak-kanak di Taska Wafa Izzati ini
dijalankan bagi memenuhi keperluan kerja kursus subjek KAH 1023 Perkembangan
Bahasa dan Komunikasi Awal Kanak-kanak bagi semester 4 sesi 2012/2013.
Kajian ini dijalankan oleh kami melibatkan siswi-siswi dari kumpulan B bagi subjek
ini. Kajian ini telah dijalankan pada 24 Januari 2012 bertempat di Taska Wafa Izzati,
Tanjong Malim, Perak. Program ini berlangsung dari pukul 9 pagi sehingga 11 pagi.
Jumlah peserta yang menyertai kajian ini adalah seramai 5 orang iaitu, Noor Sheila
binti Hadiz, Mastura binti Jantan, Noryusmania binti Junaidi, Izu Akma Binti
Shaharom, dan Syaza Syafeeqah bt Mohammad Khasnan.
Bagi menjalankan kajian ini kami menggunalan 2 jenis rekod penilaian iaitu rekod
senarai semak dan rekod naratif yang kami rasakan amat sesuai digunakan bagi
menganalisis perkembangan bahasa kanak-kanak dengan lebih berkesan. Subjek kajian
kami pula adalah seorang kanak-kanak di Taska Wafa Izzati iaitu Husna atau lebih di
kenali sebagai Unna. Husna berusia 3 tahun. Pemerhatian dijalankan semasa kami
melakukan aktiviti circle time di Taska tersebut.
Ulasan
Tidak menunjukkan
7 Boleh mengekspresikan diri menggunakan ekspresi diri dan
( )
perkataan dan ayat. perasaan secara lisan
sepanjang aktiviti.
Banyak menyatakan idea
8 Boleh meluahkan kehendak, idea dan tentang gambar
( )
perasaan secara lisan. kenderaan yang
ditunjukkan.
Tidak mampu menyanyi
9 Boleh menyanyi lagu mengikut lirik. ( )
dengan lirik yang betul.
Bercerita tentang
10 Seronok berkomunikasi dan bercerita
( ) pengalamannya jatuh
tentang peristiwa atau objek.
basikal.
Digunakan untuk
menerangkan situasi,
12 Menggunakan bahasa untuk tujuan yang mengingat kembali,
( )
pelbagai. mengagak, bertanya
soalan, dan
mengeluarkan idea.
Percakapannya kurang
jelas dan sebutan
13 Percakapan yang lebih jelas. ( )
perkataan yang tidak
lancar.
Mampu mengeluarkan
14 Boleh mengambil bahagian dalam
( ) idea dan pendapat dalam
perbualan aktif.
perbualan.
Menurut Zurida et al. (2003), ciri-ciri penilaian pada peringkat prasekolah lebih
bercorak rujukan kriteria kerana ia memberi ruang bagi guru untuk memantau
kemajuan kanak-kanak secara individu. Membandingkan perkembangan kanak-kanak
mengikut tahap yang seharusnya patut dicapai pada peringkat-peringkat tertentu
mengikut umur membolehkan guru memilih dan merancang pengalaman pembelajaran
yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak. Proses pemerhatian , mengenal pasti,
mengumpul dan menganalisis rekod perkembangan kanak-kanak membolehkan guru
memahami perkembangan serta kemajuan pembelajaran kanak-kanak.
Dalam pemerhatian dan penilaian yang dijalankan antara perbualan, interaksi,
lisan kanak-kanak diperhati dan dinilai adalah seperti berikut:
Perbualan atau interaksi antara kanak-kanak dengan guru.
Perbualan atau interaksi kanak-kanak dengan kanak-kanak lain.
Interaksi murid dengan bahan.
Bercerita dan bersoal jawab.
Berdasarkan pemerhatian dan penilaian yang dilakukan, pemerhati telah
mengenalpasti tahap perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak serta
kelemahan dan kekurangan kanak-kanak yang tidak mencapai tahap yang seharusnya
dicapai berdasarkan umurnya iaitu 3 tahun.
Kanak-kanak yang dinilai iaitu Husna, memahami percakapan guru yang
menggunakan ayat mudah dalam memberi arahan. Sebagai contoh, apabila guru
memberi arahan meminta Husna duduk dalam bentuk circle time dan juga berbaris
dalam barisan.
Apabila menjalankan aktiviti kad bergambar, guru cuba untuk memperkenal
perkataan dan perbendaharaan baru kepada kanak-kanak. Aktiviti ini bukan sahaja
digunakan bagi memperkenalkan perkataan baru kepada Husna, tetapi dalam masa yang
sama adalah untuk mengenalpasti tahap bilangan perbendaharaan kata yang telah
Husna kuasai. Berdasarkan sepanjang penilaian dijalankan perbendaharaan kata Husna
tidak mencapai tahap yang sepatutnya dicapai berdasarkan umurnya iaitu 1000
perkataan. Namun begitu, kami tidak terus mengambil kesimpulan ini kerana sepanjang
aktiviti dijalankan peluang untuk Husna berkomunikasi tidak banyak dan kami tidak
dapat mengenalpasti dengan tepat jumlah perbendaharaan kata yang telah dikuasai oleh
Husna. Berdasarkan temu bual dengan pengasuh di taska Wafa Izzati, Husna adalah
kanak-kanak yang kurang bercakap dan dia hanya akan bercakap dengan orang yang
tertentu sahaja dan yang dia rasa selesa.
Percakapan Husna kadang kala kurang jelas dan butir bicara yang cuba
disampaikan tidak dapat difahami. Selain itu dia turut mengalami masalah sebutan
beberapa perkataan atau pelat. Masalah sebutan ini paling jelas apabila dia cuba untuk
menyebut perkataan yang mengandungi abjad r. Hal ini adalah biasa bagi kanak-
kanak yang berumur 3 tahun kerana dari semasa ke semasa masalah ini akan dapat
diperbaiki dengan latihan dan pengulangan sebutan perkataan dengan betul.
Husna, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan begitu teruja untuk bercerita dan
bercakap mengenai pengalaman dan perasaannya berkaitan gambar yang ditunjukkan
oleh guru. Namun begitu dia tidak pandai menungu giliran dalam berbual dalam
kumpulan dan terus bercakap ketika kanak-kanak lain sedang bercakap atau guru
sedang bercakap. Sekiranya Husna berterus begini secara tidak langsung komunikasi
yang berkesan tidak akan dapat berlaku. Komunikasi yang berkesan sangat penting
dalam memastikan pembelajarn dan pengajaran yang disampaikan oleh guru dapat
diterima dan difahami oleh Husna dengan baik, dan dalam masa yang sama untuk guru
memberikan peluang untuk mendengar pendapat dan idea yang cuba disampaikan oleh
Husna agar tidak berlakunya ketidak adilan sekiranya guru tidak dapat mendengar apa
yang cuba disampaikan olehnya.
Bagi membantu memperbaiki dan mempertingkatkan perkembangan bahasa dan
komunikasi Husna beberapa tindakan susulan dapat dijalankan. Antara aktiviti yang
boleh dijalankan adalah aktiviti menyanyi, main peranan, aktiviti circle time, aktiviti
bercerita dan menceritakan semula, bercerita mengenai contengan dan lukisan yang
dihasilkan dan sebagainya.
Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan, setelah
dikenalpasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Aktiviti bimbingan
dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan
murid tidak terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula bagi
menegnalpasti sama ada kelemahan yang sebelumnya telah diperbaiki atau belum.
Untuk Husna kami telah merangka satu rancangan pengajaran berbentuk
Bercerita dan menceritakan semula yang dapat membantu Husna dalam meningkatkan
kemahiran komunikasi, memperkembangkan perbendaharaan kosa kata dan
membentuk ayat lengkap dalam berkomunikasi.
5 CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN
Standard pembelajaran :(BM 1.1.1) Mendengar ucap selamat dan memberi respons yang bertatasusila dengan bimbingan
(Contoh: Selamat pagi, Selamat petang).
(BM 1.1.5) Mendengar lagu dan cerita serta memberi respons.
(BM 2.1.2) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila dengan bimbingan.
(BM 2.4.1) Menceritakan perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah.
Objektif Pengajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat:
Langkah 2 Bercerita menggunakan Guru menyuruh setiap kanak- Kanak-kanak akan bangun Kad
kad bergambar. kanak membina satu cerita dan berdiri dihadapan. bergambar.
(5 minit)
pendek berdasarkan kad Kanak-kanak bercerita
gambar yang mereka perolehi mengikut kefahaman dan
secara bergilir-gilir. kreativiti masing-masing.
Guru akan membantu kanak-
kanak membentuk kosa kata
dan ayat yang lengkap.
7 RUJUKAN
Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin & Mahani
Razali (2008). Kurikulum PERMATA Negara: Asuhan dan didikan awal kanak-
kanak (0-4 tahun). Perak : Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak
Negara (NCDRC)
Diane Godwin & Margaret Perkins (2002). Teaching Language and Literacy in the
Early Years. London : David Fulton Publishers.
Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-kanak : Penilaian secara portfolio.
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Saayah Abu (2009). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.
8 LAMPIRAN