You are on page 1of 27

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MAY SEMESTER / 2016

HMEF 5103

QUANTITATIVE RESEARCH METHODOLOGY

ASSIGNMENT 2
BAHAGIAN 1
ANALISIS DATA

LANGKAH 1 PENGINDEXAN DAN CARTA


MELALUI DATA YANG TELAH
DIPEROLEHI

LANGKAH 2 INTER RATER UJIAN


KEBOLEHPERCAYAAN

Bahagian 1
INDEX DAN MEMBUAT CARTA MELALUI DATA YANG DIPEROLEHI
Langkah 1 A

Transkrip Temubual Bersama Guru A


Saya : Selamat pagi cikgu.Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih
kepada cikgu kerana meluangkan masa cikgu untuk membenarkan saya menemubual cikgu
walaupun cikgu sibuk dengan pelbagai kerja. Bolehkah cikgu menerangkan sedikit sebanyak
mengenai diri sendiri cikgu sebelum kita pergi kepada soalan soalan yang terperinci?

Guru A : Nama saya Encik Y yang berkerja di SJKT Ladang Niyor, Kluang.
Pengalaman mengajar saya ialah selama 10 tahun. Saya berkhidmat di 3 buah sekolah
sebelum ini termasuk sekolah yang berkerja sekarang. Saya berkerja di SJKT Elias, Kluang,
SJKT Ladang Southern Malay dan di sekolah terkini iaitu SJKT Ladang Niyor. Saya berkerja
sebagai guru biasa di sekolah pertama dan Guru Penolong KoKurikulum di sekolah saya
yang kedua. Ini kerana sekolah kedua saya adalah sekolah kurang murid. Maka saya dilantik
sebagai GPK KK oleh guru besar saya. Mungkin ini berlaku kerana saya merupakan satu
satunya guru lelaki disana. Di sekolah lama saya, bilangan murid hanyalah 12 orang. Maka
saya berasa ilmu yang saya ada berkaitan ICT ini kurang memberi manfaat kepada murid.
Oleh itu, saya meminta pertukaran ke sekolah yang mempunyai lebih banyak murid. Namun,
saya lagi sekali mendapat sekolah kurang murid. Tetapi, saya berasa saya boleh
mengaplikasikan ilmu IT yang saya ada itu kepada murid-murid di TEKUN DAN YAKIN PADA
sekolah ini. DIRI SENDIRI

Saya : Minta maaf cikgu kerana mencelah. Hmmm cikgu pernah tak berasa
tertekan dan kecewa apabila mendapat pertukaran ke sekolah yang kecil seperti ini? Maksud
saya ialah sekolah kurang murid.

Guru A : Hahahahaha ya. Saya memang berasa tertekan dan kecewa kerana saya
ingin berkerja di suasana yang lebih mencabar. Tetapi kehendak tuhan adalah saya perlu
berkerja ataupun berkhidmat untuk murid-murid yang tinggal di ladang. Walaupun saya
pernah berkerja di sekolah ladang, murid murid disana mempunyai pengetahuan yang luas
berkaitan semua perkara. Ini mungkin kerana sekolah itu berhampiran dengan bandar. Tetapi
murid murid sekolah ini lebih berbeza daripada murid-murid di sekolah lama saya. Di sini
murid murid perlu diberi banyak pendedahan mengenai semua perkara. Mereka bagaikan
kain putih. Saya berasa kitalah sebagai guru yang perlu mencorakkannya.
Situasi ini terjadi kerana sekolah Ladang Niyor ini jauh daripada persekitaran bandar. Murid
murid yang tinggal di ladang ini kurang mempunyai pengaruh luar. Lebih lebih lagi
BERTANGGUNGJAWAB
dengan bidang ICT. Oleh itu, saya berasa inilah tempat saya untuk mencorakkan murid
murid yang bagaikan kain putih.

Saya : Saya berasa begitu kagum dengan pandangan cikgu. Cikgu, saya ingin
menanyakan soalan tentang kualiti seseorang guru. OK. Apakah peranan seseorang guru
berkualiti bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kreatif di dalam bilik
darjah yang kondusif?

Guru A : Pada pendapat saya, guru adalah segala galanya kepada seseorang murid.
Guru memainkan peranan sebagai seorang ibubapa , pendidik , rakan , kaunselor , role
model dan sebagainya. Jika murid tidak suka kepada ..seseorang guru, PERANAN GURU
maka murid itu tidak akan memberikan perhatian kepada apa yang di ajar oleh guru tersebut.
Lama kelamaan murid itu akan menjadi lemah dalam matepelajaran yang diajar oleh guru itu.
Hmmmm kamu faham ke Kalai apa yang saya cuba terangkan?

Saya : Ya. Saya faham cikgu.

Guru A : Saya pernah mengalami situasi sedemikian. Di sini saya tidak


memperkecilkan guru saya. Saya hanya hendak berkongsi pengalaman saya. Semasa saya di
darjah 5, saya belajar di sebuah sekolah yang besar di bandar yang saya tinggal pada masa
itu. Terdapat ramai murid belajar di sekolah itu. Bilangan guru yang ramai serta
berpengalaman menjadikan sekolah saya sekolah yang terkenal di kawasan tersebut. Saya
boleh dikatakan sebagai salah seorang murid yang pandai pada masa itu. Hahahatetapi
saya mempunyai masalah dalam matapelajaran Matematik. Guru matapelajaran Matematik
merupakan seorang guru yang tegas dan cekap dalam bidang tersebut. Maka , beliau turut
mengharapkan murid-murid beliau turut menunjukkan kepakaran dalam matapelajaran
tersebut. Basically Im not good in mathematics. Beliau sering memanggil saya di depan
kelas untuk meyelesaikan masalah matematik di hadapan kelas. Pada masa itu saya tidak tahu
bahawa ia adalah satu kaedah yang baik untuk mencunkil bakat murid dalam matapelajaran
tersebut. Pada masa itu saya berasa malu apabila saya tidak menyelesaikan masalah
matematik di hadapan rakan sekelas saya. Maka saya mula tidak suka kepada guru matematik
saya. Hasilnya, saya tidak mahir matematik sehingga kini. HahahahaSeseorang murid
mudah terpengaruh ataupun mudah terasa dengan tingkahlaku guru. Oleh itu, saya juga
berpendapat bahawa guru perlulah mempunyai tingkah laku pemikiran positif terhadap murid
murid. Pengalaman saya itu menjadi teladan kepada saya apabila saya menjadi guru
sekolah. Saya percaya sikap positif ini akan dapat mewujudkan perhubungan SIFAT GURU
yang baik antara guru dan murid. Pada pandangan saya guru berkualiti selalunya mempunyai
keinginan untuk mencapai sesuatu demi diri sendiri dan juga kepada sekolah. Mereka sudi
berkerja lebih masa, rajin mencari teknik pengajaran yang menarik, rajin meneroka sesuatu
untuk menyampaikan kepada murid dan sebagainya. Apabila guru memberi RAJIN
banyak ilmu kepada murid melalui pelbagai cara yang menarik, maka murid mula memberi
perhatian terhadap matapelajaran yang diajar oleh guru tersebut. Selain itu, jika kita melihat
dari segi kreatif, guru yang dedikasi akan mencipta sesuatu teknik atau kaedah DEDIKASI
yang mudah disampaikan kepada murid. Inilah dikatakan sebagai guru yang berinisiatif dan
kualiti.

Saya : OK cikgu. Pada pendapat cikgu, adakah guru kualiti ini wujud melalui
pembelajaran berterusan? Contohnya, seseorang guru melanjutkan pelajaran untuk
meningkatkan profesiansinya.

Guru A : Ramai guru bertanggapan bahawa melalui pangalaman mengajar bertahun-


tahun akan mewujudkan mereka sebagai seorang guru yang berkualiti. Namun pada pendapat
saya, guru yang berusaha untuk meningkatkan tahap profensi mereka adalah guru yang
berkualiti. Saya bukan sahaja berfokuskan kepada guru guru yang melanjutkan pelajaran ke
peringkat sarjana ataupun kedoktoran. Saya turut berfokus kepada guru yang sanggup
melibatbatkan diri dalam kursus kursus yang dianjurka oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kini institusi pengajian seperti sekolah bukan sahaja dijalankan hanya berfokuskan
pengajaran menggunakan kapur dan papan hitam. Pelbagai pembaharuan telah dilakukan.
Contohnya, sistem KBSR kepada KSSR. Pada masa KBSR kita hanya memberi penekanan
kepada penyampaian pengajaran. Tetapi KSSR lebih berfokuskan penglibatan murid semasa
pengajaran dan pembelajaran dilakukan di bilik darjah. Guru juga hanya memainkan peranan
sebagai seorang fasilitator di dalam kelas. Banyak kursus dan bengkel guru terpaksa
menghadiri untuk meningkatkan pengetahuan tentang sistem ini. Maka, kini guru guru telah
tranformasi mengikut saranan Kementerian. Jika kita tidak menghadiri kursus kursus
sebegini maka guru guru akan ketinggalan dari era pendidikan baru. Berbalik kepada guru
guru yang melanjutkan pelajaran, saya amat menyokong guru yang melanjutkan pelajaran
mereka ke pringkat sarjana mahupun ke peringkat kedoktoran. Saya amat percaya kepada
istilah pembelajaran sepanjang hayat. Bagi pendapat saya seseorang
RAJIN
individu hanya dapat memperolehi ilmu daripada membaca pelbagai bahan bacaan. Jadi,
saya menyokong penuh kepada guru-guru yang menyambung pembelajaran mereka.

Saya : Cikgu saya ingin menanya solan terakhir saya. Pada pendapat cikgu, adakah
seseorang guru yang berkualiti perlu menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibubapa
murid? (Penjelasan terperinci diberikan)

Guru A : Minta maaf cikgu. Izinkan saya minum air. ( guru A mengambil masa selama
3 minit untuk minum air dan berehat sekejab) Boleh tak cikgu ulang sekali lagi soalan itu?

Saya : Ya sudah tentu cikgu. Pada pendapat cikgu, adakah seseorang guru yang
berkualiti perlu menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibubapa murid?

Guru A : OK. Saya berasa bahawa guru perlu mewujudkan perhubungan baik dengan
ibubapa murid. Ini kerana segala masalah ataupun perkara yang berkaitan dengan
matapelajaran hanya boleh berbincang dengan ibubapa murid. Selain itu, kita sebagai guru
hanya meluangkan 6 jam di sekolah dengan murid. Tetapi ibu bapa mempunyai lebih banyak
masa untuk bersama anak-anak mereka. Apabila guru menghadapi masalah dalam
perkembangan murid ataupun disiplin, guru guru terus boleh berhubung dengan ibubapa
murid jika mereka mempunyai hubungan yang baik dengan ibubapa.Kini terdapat banyak
kemudahan seperti kemudahan whatsapp dan telegram untuk menjalinkan perhubungan baik
antara satu sama lain. Bagi saya guru kelas perlu mewujudkan kumpulan whatsapp yang
boleh mendorong ibubapa untuk mengetahui pencapaian murid serta KEAKHRAPAN HUBUNGAN
program program yang didakan di sekolah. Melalui kaedah kaedah sedemikian guru
boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan ibubapa murid.

Saya : Ok cikgu. Sekian sahaja temubual saya bersama cikgu. Sekali lagi saya
mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa berharga cikgu bersama
saya. Terima Kasih.
Transkrip Temubual Bersama Guru B
Saya : Selamat pagi cikgu.Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih
kepada cikgu kerana meluangkan masa cikgu untuk membenarkan saya menemubual cikgu
walaupun cikgu sibuk dengan pelbagai kerja. Bolehkah cikgu menerangkan sedikit sebanyak
mengenai diri sendiri cikgu sebelum kita pergi kepada soalan soalan yang terperinci?
Guru B : Selamat pagi cikgu. Ehhh Izinkan saya bercakap dalam Bahasa Tamil ya.
Nama saya Puan X. Saya telah berkahwin dan saya mempunyai 3 orang anak. Suami Saya
berkerja sebagai cikgu di SMK Semberong. EhAnak pertama saya belajar di tahun 4, anak
kedua saya kini berada di tahun 1 dan anak ketida saya 2 tahun. Saya mempunyai satu
keluarga kecil yang bahagia. Saya berkerja selama 19 tahun di sekolah yang sama. Pada
mulanya sekolah ini mempunyai ramai murid dan kini murid semakin kurang sehingga
sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah SKM iaitu sekolah kurang murid.

Saya : Pernah tak cikgu berasa tertekan dan kecewa apabila mendapat penempatan
ke sekolah yang kecil seperti ini? Maksud saya ialah sekolah kurang murid.

Guru B : Ermmm Saya tidak tertekan dan berasa kecewa kerana semasa saya
mendapat penempatan di sekolah ini, murid si sekolah ini ramai kerana Ladang Niyor ini
dipenuhi dengan penduduk berbangsa India. Oleh kerana sekolah ini berdekatan dengan
rumah rumah Ladang, maka ibubapa hanya menghantar anak mereka ke sekolah ini
berbanding menghantar anak anak mereka ke sekolah bandar. Terdapat beberapa murid
beragama islam turut belajar di sekolah ini pada masa itu. Ini kerana di ladang ini ada juga
penduduk yang beragama islam. Pada masa itu, sekolah ini merupakan sekolah yang terkenal
di bandar Kluang kerana banyak pertandingan telah dimenangi oleh murid-murid sekolah ini.
Selain itu, seperti cikgu mengetahui, saya merupakan seorang cikgu yang aktif dalam bidang
sukan. Jadi saya akan melatih murid tanpa mengira TEKUN DAN YAKIN PADA DIRI SENDIRI
masa. Latihan olahraga sering dijalankan selepas waktu persekolahan. Pada masa itu, saya
turut diberi kemudahan tumpangan di sebuah rumah Ladang. Pada masa itu saya merupakan
guru bujang. Saya sanggup meluangkan masa saya pada waktu petang untuk melatih murid
dalam aktiviti aktiviti sukan. Selepas saya berkerja selama 4 tahun di sekolah ini, guru besar
amat kagum dengan sikap dedikasi saya dan saya medapat RAJIN DAN DEDIKASI
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Lama kelamahan penduduk Ladang ini mula berpindah
ke bandar. Kini terdapat beberapa keluarga sahaja di ladang tersebut. Berikutan kes ini, murid
agak kurang di sekolah ini.Tetapi saya masih ingin berkerja di sekolah ini .

Saya : Cikgu, saya ingin menanyakan soalan tentang kualiti seseorang guru. OK.
Apakah peranan seseorang guru berkualiti bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih kreatif di dalam bilik darjah yang kondusif?
Guru B : Pada pendapat saya, jika seseorang guru itu adalah guru kreatif, maka guru
itu ialah guru kualiti. Ini kerana apabila seseorang guru ingin menyampaikan cara pengajaran
dengan kreatif, jadi kita dapat tahu bahawa guru itu berusaha unutk mencapai objektif
pengajaran. Inisiatif ini yang mendorong seseorang untuk menjadi guru kualiti. PERANAN GURU
Saya beranggapan bahawa murid adalah sumber utama kita sebagai guru. Setiap insan yang
berjaya dalam hidup mereka mesti mempunyai peranan guru mahupun sebagai kaunselor
ataupun sebagai pendidik. Oleh itu, guru menjadi akar tunjang kepada setiap PERANAN GURU
insan yang bergelar murid atau pelajar. Kini terdapat pelbagai cara pengajaran. Cara cara
yang kreatif sebegini medorong murid untuk memberi tumpuan sepenuh dalam pelajaran.
Contohnya, saya selalu membawa murid saya keluar dari bilik darjah. Saya akan membawa
mereka ke astaka dan mengajar di sana. Kadang kadang suasana yang berbeza sebegini
dapat menarik minat murid dalam matapelajaran yang saya mengajar itu. Selain itu, kita perlu
mengakui bahawa murid-murid zaman sekarang terikat dengan alat alat teknologi. Mereka
beranggapan bahawa mereka boleh meneroka dunia di hujung jari. Saya tidak menafikan
istilah itu. Maka guru yang kreatif ini menggunakan alat- alat teknologi ini dalam pengajaran
mereka mengikut peredaran masa. Jadi guru ini dapat menarik minat setiap murid yang
berada di dalam kelasnya. Inilah yang dikatakan sebagai guru berkualiti.

Saya : OK cikgu. Pada pendapat cikgu, adakah guru kualiti ini wujud melalui
pembelajaran berterusan? Contohnya, seseorang guru melanjutkan pelajaran untuk
meningkatkan profesiansinya. (Penerangan terperinci diberi dalam Bahasa Tamil)

Guru B : Pada pendapat saya, pembelajaran berterusan boleh dikatogerikan dengan 2


kriteria. Yang pertama ialah belajar dari pengalaman dan yang kedua ialah melanjutkan
pelajaran seperti yang cikgu beritahu tadi. Kedua dua aspek ini akan mendorong seseorang
guru menjadi seorang guru yang berkualiti. Minta maaf cikgu kerana saya tidak mempunyai
idea yang banyak berkaitan soalan cikgu tadi. Boleh tak cikgu teruskan dengan soalan
seterusnya?

Saya : OK Cikgu. Pada pendapat cikgu, adakah seseorang guru yang berkualiti
perlu menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibubapa murid?
Guru B : Ibubapa memainkan peranan penting dalam hidup seseorang murid. Tetapi
ibubapa beranggapan bahawa guru yang meluangkan lebih masa dengan anak- anak mereka.
Mereka menggangap bahawa guru perlu bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka jika
berlaku masalah pembelajaran mahupun masalah disiplin. Tanggapan ibubapa ini perlu
diubah. Jalinan hubungan yang baik dengan ibubapa akan membantu kita untuk menerangkan
situasi sebenar anak mereka. Segala kelakuan murid yang positif dan negatif boleh
berbincang dengan mudah bersama ibupaba jika kita mempunyai perhubungan yang baik
dengan mereka. Sekolah kami amat prihatin dalam kes ini. Kami telah mewujudkan
kumpulan whatsapp mengikut kelas.Ini menyebabkan kami sentiasa berhubung dengan
ibubapa demi kebaikan anak murid. Segala keadaan ataupun perkara yang berkaitan dengan
sekolah akan dibincangkan dalam kumpulan ini. Secara tidak langsung, ini akan
menyebabkan ibubapa dan guru menjalin perhubungan yang baik. Guru yang kualiti akan
sentiasa peka terhadap perkembangan murid. Bagi mencapai hasrat guru berkualiti ini, saya
berpendapat perlulah kita mewujudkan pehubungan baik dengan ibubapa anak murid.
KEAKHRAPAN HUBUNGAN
Saya : Baik cikgu, boleh cikgu kemukakan kualiti yang harus ada pada seseorang
guru selain daripada perkara tadi? Sikap yang harus wujud secara semulajadi? (Penerangan
terperinci diberikan dalam Bahasa Tamil)

Guru B : Guru perlulah mempunyai nilai bertanggungjawab. BERTANGGUNGJAWAB


Perlulah tekun dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi pembelajaran. Seseorang
guru tidak senantiasa bergantung pada sekolah untuk memperbanyak bahan latihan untuk
murid. Contohnya, saya mengeluarkan duit saya sendiri untuk membeli buku latihan jika
terdapat buku buku yang saya berasa sesuai untuk murid-murid saya. Ini adalah yang
dikatakan sifat semula jadi yang ada pada setiap individu yang digelar guru. Selain itu,
seseorang guru perlu mempunyai sikap ingin tahu tentang murid-murid SIFAT GURU
yang diajarnya. Latarbelakang murid perlu diambil kira supaya guru dapat membantu murid
jika dia meghadapi sesuatu masalah. Contohnya masalah keluarga, masalah kewangan
mahupun masalah peribadi. Guru harus memainkan perana sebagai kaunselor apabila
mendengar masalah murid. Ini yang dikatakan sebagai sikap semulajadi seseorang guru.

Saya : Pada pendapat cikgu, adakah cikgu berpendapat bahawa seseorang guru
memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap anak murid yang diajarnya bagi
mencorakkan kehidupanya yang berjaya?
Guru B : Sudah tentu. Guru memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap
individu. Jika cikgu menanya setiap individu yang pernah pergi ke sekolah tentang guru
darjah satu mereka, mereka pasti akan mengingati beliau. Begitu juga dengan guru
kegemaran dan guru yang dikatakan sebagai role model mereka. Ini sudah tentu guru
menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Sikap guru yang baik, berketerampilan yang
lengkap dan kemas, pengetahuan yang meluas mendorong murid untuk menjadikan guru
tersebut menjadi role model mereka. Selain itu, guru menjadi seseorang SIFAT GURU
yang menjadikan murid menarik minat terhadap sesuatu matapelajaran. Contohnya,
seseorang murid suka terhadap guru matapelajaran Bahasa, maka dia akan suka terhadap
matapelajaran yang diajarnya juga. Maka guru memainkan peranan yang penting bagi
mencorakkan kehidupan setiap murid anak didiknya.

Saya : Saya setuju dengan pendapat cikgu.Dengan soalan itu tadi berakhirlah sesi
temubual saya bersama cikgu. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi
meluangkan masa berharga cikgu bersama saya. Terima Kasih.

Transkrip Temubual Bersama Guru C


Saya : Selamat pagi cikgu.Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih
kepada cikgu kerana meluangkan masa cikgu untuk membenarkan saya menemubual cikgu
walaupun cikgu sibuk dengan pelbagai kerja. Bolehkah cikgu menerangkan sedikit sebanyak
mengenai diri sendiri cikgu sebelum kita pergi kepada soalan soalan yang terperinci?
Guru C : Ya. Saya memperkenalkan diri saya. Saya Encik Z. Umur saya ialah 40
tahun. Saya lahir di negeri Perak. Saya memulakan alam persekolahan saya di SJKT Chemor,
Perak. Saya melanjutkan pelajaran di sekolah menengah sehingga tingkatan 6. Selepas tamat
tingkatan 6, saya mendapat tawaran belajar di UTM dalam bidang Informasi Teknologi. Saya
telah menamat pelajaran saya di Universiti tersebut. Setelah itu saya berkerja di sebuah Kolej
Swasta dalam bidang IT. Saya telah memohon KPLI dan saya mendapat tawaran untuk
menyambung pelajaran saya dalam bidang pendidikan Di Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim. Setelah saya menamat pengajian saya, saya mendapat penempatan di SJKT
Methodist Kapar, Selangor. Saya telah berkhidmat di sekolah itu selama 8 tahun. Setelah saya
berkahwin, saya berpindah ke sekolah sekarang mengikut isteri saya yang berkerja di Kluang.
Saya mempunyai 2 orang anak. Mereka sedang belajar di tingkatan 3. Mereka ialah anak
kembar. Nama mereka ialah Shalini dan Shubani. Saya merupakan guru cemerlang
matapelajaran Pendidikan Moral yang terlalu menitik beratkan kelakuan dan tingkah laku
anak murid saya. Selain itu, saya juga merupakan seorang guru disiplin di sekolah ini selama
10 tahun. Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam matapelajaran Pendidikan Moral.
Itu sahaja serba sedikit tentang diri saya cikgu. TEKUN DAN YAKIN
PADA DIRI SENDIRI

Saya : Pernah tak cikgu berasa tertekan dan kecewa apabila mendapat penempatan
ke sekolah yang kecil seperti ini? Maksud saya ialah sekolah kurang murid.

Guru C : (senyap) Mungkin saya berasa tertekan jika saya mendapat penempatan
pertama di sekolah ini. Tetapi saya berasa pengalaman saya berkerja di sekolah lama itu
memadai saya. Sekolah lama saya ialah sekolah dua sesi yang mempunyai bilangan murid
yang ramai. Beban kerja yang begitu banyak menyebabkan saya letih dari segi fizikal dan
juga mental. Namun, saya suka berkerja di sekolah TEKUN DAN YAKIN PADA DIRI SENDIRI
tersebut. Apabila saya berkerja di sekolah ini, pengalaman saya amat berbeza berbanding
sekolah lama. Suasana, persekitaran dan bilangan murid yang berbeza menyebabkan saya
mendapat pengalaman yang baru di sekolah ini. Oleh kerana murid di sekolah ini kurang,
saya dapat menumpukan perhatian kepada setiap murid dalam kelas saya. Maksud saya
secara individu.Murid murid di sekolah ini tidak mempunyai pendedahan terhadaap
teknologi mahupun perkara perkara yang terkini. Oleh itu, saya sanggup berkerja di sekolah
ini demi murid murid ini melihat dunia luar. Pengalaman mengajar saya yang
DEDIKASI
agak lama ini membantu saya untuk membina strategi pengajaran yang berbeza supaya murid
sering mendapat ilmu pengetahuan. Kini saya berjaya menjadikan murid murid saya ini
setaraf murid yang belajar di sekolah bandar.

Saya : Oh begitu. Saya kagum dengan sikap cikgu yang sanggup berkhidmat untuk
murid tinggal dalam kawasan pedalaman. Cikgu, saya ingin menanyakan soalan tentang
kualiti seseorang guru. OK. Apakah peranan seseorang guru berkualiti bagi menjalankan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kreatif di dalam bilik darjah yang kondusif?

Guru C : Apa yang saya dapati disini (senyap) pengalaman saya sebagai cikgu selama
18 tahun saya mengetahui bahawa banyak aspek yang kena ada pada seseorang cikgu,
seorang cikgu yang terlatih sepatutnya mesti ada amalan professional yang bagus dari segi
cara guru membawa perwatakan, dari segi pakaian yang sopan, dari segi tingkah laku yang
sopan dan sebagainya. Itu adalah watak seseorang yang digelarkan sebagai pendidik iaitu
seorang guru. Dan disini kita perlu memahami bahawa guru itu bukan setakat menjadi guru
yang mengajar akademik tetapi beliau harus menjadi seorang yang boleh menyumbangkan
tenaganya untuk mewujudkan seseorang pelajar yang berwibawa iaitu cemerlang dalam
pendidikan dan juga dalam perwatakan mereka menjadi insan yang PERANAN GURU
sempurna. Mendisiplinkan murid adalah sebahagian daripada tugas utama seseorang
pendidik. kita lebih suka dikatakan seseorang guru bukan sahaja guru yang mengajar dalam
kelas tetapi dia adalah seorang pendidik. Amalan-amalan profesional yang patut ada pada
seseorang cikgu adalah selain daripada membawa perwatakan yang baik guru mesti
mempunyai ilmu yang secukupnya. Guru mesti mempunyai ilmu tentang matapelajaran yang
diajar. Contohnya jika guru itu adalah opsyen Bahasa Malaysia, maka beliau patut
mempertingkatkan dirinya sebagai pakar rujuk matapelajaran Bahasa Malaysia . Beliau mesti
sentiasa kemaskinikan dirinya dalam bahagian tatabahasa ataupun aspek-aspek lain. Selain
daripada itu, komitmen seseorang cikgu itu sangat penting. Kita perlu memahami bahawa
seorang cikgu bukannya hanya guru pada waktu mengajar sahaja tetapi guru adalah pendidik
sepanjang umur. Itu sangat penting dan seorang cikgu yang seronok BERTANGGUNGJAWAB
semasa berada dalam kelas yang diajarnya adalah seorang cikgu yang komited sepenuhnya.
Apabila guru mengajar dengan penuh komitmen, maka ia membantu guru itu mencapai
objektif pengajaran dengan cemerlang. Semua aspek yang saya terangkan BERTANGGUNGJAWAB
tadi menyimpulkan kriteria kriteria guru berkualiti yang mengendalikan kelas dengan baik.
Saya : OK cikgu. Pada pendapat cikgu, adakah guru kualiti ini wujud melalui
pembelajaran berterusan? Contohnya, seseorang guru melanjutkan pelajaran untuk
meningkatkan profesiansinya.

Guru C : Hmmm. (senyap dan menarik nafas) Ya. Pembelajaran berterusan


mendorong seseorang guru untuk menjadi lebih berkualiti dari segi cara pengendalian kelas
dan juga cara pengendalian semua kerja berkaitan sekolah. Pada pendapat saya knowledge is
the key for every successful people. Without knowledge yang luas orang itu dianggap sebagai
orang yang incomplete dalam dunia ini. Fakta ini sesuai kepada setiap lapisan masyarakat.
Bagi guru pula ia amat sesuai. Guru perlu mencintai kerjaya. Mereka perlu akur bahawa ini
bukan kerjaya untuk menjadi orang kaya malah ia bersifat mencurah SIFAT GURU
bakti semata-mata. Dengan memahami, murid-murid merupakan barisan pelapis, guru-guru
perlu menyediakan mereka untuk mengharungi cabaran masa depan. Akan tetapi, guru perlu
akur bahawa murid-murid sekarang banyak terpengaruh dengan maklumat dari media sosial.
Keadaan ini mengundang masalah disiplin yang meruncing. Dengan ini, guru perlu bekerja
keras untuk menyemai nilai-nilai murni dalam sanubari murid. Guru-guru perlu menjadi
contoh yang baik. Tambahan pula, guru-guru perlu mendalami ilmu setiap masa. Banyak
pendedahan mengenai pedagodi terpapar dalam media sosial. Guru juga perlu mendalami
ilmu keagamaan. Selain keagamaan, guru juga boleh melanjukan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi untuk mendapat ilmu yang luas. Setiap ilmu yang diperolehi oleh guru adalah,
ilmu yakan dicurahkan kepada murid kelak. Saya sering berbincang dengan guru kaunseling
mengenai masalah disiplin yang terdapat pada murid murid zaman sekarang. Guru
kaunseling sentiasa memberi pandangan atau idea yang bernas untuk menangani masalah
disiplin.Ini menyebabkan saya tertarik dengan bidang bimbingan dan kaunseling. Bagi
menceburi bidang tersebut, saya perlu mempunyai pengalaman ataupun pendidikan berkaitan
bidang itu. Saya telah pun mempunyai pengalaman yang mencukupi tetapi saya ingin
mempelajari tentang bidang tersebut. Maka, saya mengambil langkah untuk menyambung
pelajaran saya ke peringkat sarjana dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Inilah yang
menyebabkan saya berpendapat bahawa guru yang meningkatkan ilmu penegetahuan adalah
guru yang berkualiti.

Saya : Baik Cikgu. Pada pendapat cikgu, adakah seseorang guru yang berkualiti
perlu menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibubapa murid?
Guru C : Persepsi tentang beban mendidik anak terletak sepenuhnya kepada guru dan
sekolah perlu diubah. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
soal pendidikan anak khususnya yang berkaitan dengan aspek membaca, menulis, mengira
dan menaakul, memerlukan penggemblengan ibu bapa dan guru dalam usaha menghasilkan
pelajar yang berkualiti pada masa depan.Ini bermaksud ibu bapa juga perlu mengambil tahu
soal pembelajaran, kebolehan, disiplin serta kemajuan anak masing-masing dengan
komunikasi rapat dengan guru dan pentadbiran sekolah. Kementerian Pendidikan baru-baru
ini melancarkan inisiatif Bekerjasama dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara
meluas, di mana Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah merupakan alat bagi membolehkan
pencapaian inisiatif ini. Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah dapat mengukuh
dan meluaskan lagi penglibatan Ibu bapa Komuniti dan sektor swasta ke arah pencapaian
aspirasi murid.Sarana Ibu bapa adalah satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan
penglibatan ibu bapa dengan anak dalam pembelajaran di rumah dan sekolah. Sarana ibu
bapa merangkumi empat elemen meliputi penyediaan suasana pembelajaran di rumah,
interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan
anak. Melalui program-program sedemikian perhubungan antara ibubapa dan guru mudah
dipupuk. Guru dapat berhubung dengan ibubapa murid pada masa ke semasa bagi masa
depan anak muridnya. Penglibatan guru secara langsung dalam program program seperti
sarana ibubapa ini mendorong guru mewujudkan persahabatan yang baik dengan ibubapa.
Maka, seseorang guru yang berkualiti perlulah berganding bahu dengan ibubapa demi masa
depan dan pencapaian cemerlang seseorang muridnya.
KEAKHRAPAN HUBUNGAN

Saya : Baik cikgu, boleh cikgu kemukakan kualiti yang harus ada pada seseorang
guru selain daripada perkara tadi? Sikap yang harus wujud secara semulajadi?

Guru C : Hmmm sikap semula jadi seseorang guru.hmmmbagi saya


guru tidak perlu hanya bergantung kepada sekolah sahaja. Contohnya jika guru ingin
membantu seseorang murid yang menghadapi masalah kewangan dan tidak dapat makan
pada waktu rehat, guru sendiri boleh membantu murid tersebut. Selain itu guru boleh
meminta bantuan daripada PIBG untuk membantu murid tersebut. Contoh seterusnya, saya
ingin menceritakan pengalaman saya sendiri. Anak murid saya mempunyai kepakaran dalam
acara larian 200 meter. Murid itu mampu memecahkan rekod MSSD. Tetapi murid itu sering
menghadapi keletihan setelah menjalani latihan yang singkat. Ini wujud kerana, murid ini
mempunyai masalah kekurangan mutrien dalam makanan. Murid tidak mempunyai makanan
yang cukup di rumahnya. Maka kami beberapa guru mengambil giliran unutk menyediakan
makanan unutk murid tersebut setiap hari. Kami tidak mengharapkan SIFAT GURU
bantuan sekolah dan kami dengan rela hati membantu murid tersebut. Ini yang dikatakan
sikap semula jadi yang ada pada setiap orang guru.

Saya : Saya setuju dengan pendapat cikgu. Dengan soalan itu tadi berakhirlah sesi
temubual saya bersama cikgu. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi
meluangkan masa berharga cikgu bersama saya. Terima Kasih.

Langkah 1 B
Tema
Menurut Robert (2007), peringkat tema ialah membuat ringkasan mengenai maklumat
berkaitan bagi satu tema atau mengumpulkan persamaan atau perbezaan dalam maklum balas
dari responden ke dalam satu kategori. Cara melakukan peringkat tema ialah mengumpulkan
semua data yang berkaian untuk tema (kategori) tertentu.Beberapa tema telah dikenalpasti
melalui temubual yang telah dijalankan kepada tiga orang guru sekolah saya. Walaupun fokus
saya hanya kepada kualiti guru, responden telah memberi pendapat selain daripada fokus
saya. Namun, saya dapat menarik balik perbualan dengan hanya berfokuskan kualiti guru.
Bererapa tema telah dikenalpasti dan berikut adalah carta berkaitan tema yang saya perolehi
melalui temubual bersama tiga orang guru di sekolah saya:

KOD TEMA SUB TEMA JUMLAH


PERBIC
Transkip 1 Transkrip 2 Transkrip 3 A-NGAN

-Guru berasa beliau - Curu yang aktif -Guru Cemerlang


boleh dalam bidang Pedidikan Moral.
mengaplikasikan sukan. Guru disiplin yang 3
1 TEKUN DAN ilmu IT yang ada berpengalaman.
YAKIN PADA pada kepada anak
DIRI SENDIRI muridnya.

-Suka berkerja di
sekolah yang besar
serta mempunyai
- - beban kerja yang 1
berlebihan
walaupun
mempunyai
masalah kesihatan.

2 BERTANGGUNG -Guru mengganggap -Guru perlu -Guru perlu


JAWAB muridnya bagaikan mempunyai nilai mempunyai
kain putih dan bertanggungjawab. komitmen terhadap 3
gurulah yang kerjanya.
mencorakkannya.

- -Mengajar dengan 1
penuh teliti supaya
-
mencapai objektif
pengajaran.

3 PERANAN -Guru memainkan - Cara pengajaran -Guru harus


GURU peranan sebagai yang kreatif dan menyumbangkan
ibubapa, pendidik mencapai objektif tenaganya untuk 3
dan kaunselor. pengajaran. mewujudkan murid
yang cemerlang.
-Peranan sebagai
- kaunselor dan - 1
pendidik.

4 SIFAT GURU -Sifat positif akan -Guru perlu -Guru perlu


mewujudkan mempunyai sikap mencintai
hubungan baik ingin tahu tentang kerjayanya dan 3
antara murid dan murid-murid yang mempunyai sifat
guru. diajarnya. mencurah bakti.

-Guru mengambil
-Sikap guru yang inisiatif untuk
baik, meyediakan 2
- berketerampilan makanan kepada
berpengetahuan. murid tanpa
bantuan sekolah.

5 RAJIN -Berkerja lebih masa - Meluangkan masa


da mencari teknik pada waktu petang
pengajaran yang untuk melatih - 2
menarik. murid dalam
aktiviti sukan.

-Guru ini percaya


kepada istilah
-
pembelajaran - 1
sepanjang hayat

6 DEDIKASI -Guru yang dedikasi - Guru Besar - Sanggup berkerja


akan mencipta kagum dengan di sekolah
kaedah yang mudah sikap dedikasi pedalaman demi 3
kepada murid. guru. murid-murid yang
tiada pendedahan
dunia luar.
- - -

7 KEAKHRAPAN -Mewujudkan -Guru perlu -Guru perlu


HUBUNGAN kumpulan whatsapp mewujudkan berganding bahu
untuk mewujudkan perhubungan baik dengan ibubapa 3
perhubungan yang dengan ibubapa murid demi masa
baik dengan ibubapa. anak muridnya. depan seseorang
murid.
- - -

Saya telah membuat carta dengan menggunakan data yang saya perolehi melalui
temubual tiga orang guru daripada sekolah saya. Masing- masing mereka telah memberikan
pendapat berkaitan dengan kualiti guru. Saya telah memilih beberapa tema untuk membuat
analisis data. Tema yang saya pilih ialah :-
a) Tekun dan yakin pada diri sendiri
b) Bertanggungjawab
c) Peranan Guru
d) Sifat Guru
e) Rajin
f) Dedikasi
g) Keakhrapan Hubungan
Responden telah memberi penjelasan yang baik mengikut tema-tema tersebut. Mereka telah
menekankan bahawa guru kualiti perlulah mempunyai kualiti kualiti yang disebut dalam
carta. Maka secara kesimpulannya, tema tema tersebut memainkan peranan penting bagi
mewujudkan seseorang guru kepada guru berkualiti.

Langkah 2
INTER-RATER RELIABILITI

Pengesahan atau keboleh percayaan data selalunya kita akan menggunakan teknik
pemerhatian ataupun lebih dikenali dengan perkataan observation, misalnya ingin
mengetahui jawapan yang diberi oleh responden adalah benar ataupun tidak.Situasi ini wujud
kerana kita perlu memastikan data yang dikumpul adalah sahi dan betul. Bagi memastikan
perkara itu benar, maka kita menggunakan cara inter rater reliability. Antara prosedurnya
adalah:
a) Pengkaji boleh menguji data yang dikumpul melalui pemerhatian ataupun penelitian
terhadap data yang diperolehi.

b) Melakukan kaji semula dengan menggunakan data yang dikumpulkan dengan bantuan
beberapa orang yang berkaitan dengan bidang kajian.

Dalam kajian ini triangulasi digunakan bagi kesahan dan kebolehpercayaan data
kualitatif. Kajian ini menggunakan jenis triangulasi pelbagai keputusan responden. Ini
bermaksud terdapat beberapa orang responden memberi maklumat atau fakta bagi menjawab
soalan kajian yang sama. Kaedah ini digunakan adalah untuk meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan data kualitatif kajian ini. Kebolehpercayaan dapatan kajian ini dilakukan
oleh rakan sekelas saya. Data kajian ini telah ditukar dengan seorang rakan sekelas saya
untuk melakukan kebolehpercayaan data kajian ini. Proses ini telah mengambil masa selama
tiga jam untuk membuat kebolehpercayaan data.

Terdapat seorang guru kelas saya yang tinggal di Kluang. Maka kami berbincang satu
sama lain untuk meluangkan masa untuk menjalankan inter rater reliabiliti ini. Pengkaji
meluangkan selama 3 jam untuk 3 respoden. Kami menetapkan tarikh dan tempat untuk
berkumpul bagi melakukan proses ini. Pada hari tersebut kami telah berkumpul dan
melakukan proses inter reliabiliti ini.

Guru itu telah diedarkan tiga transkrip responden yang telah dikodkan dengan tema dan
penjelasan. Beliau telah melihat dan menganalisis sejauhmana kebolehpercayaan data yang
dikodkan tersebut. Semasa melakukan kebolehpercayaan data, telah dikenalpasti terdapat
beberapa perbezaan dalam data yang dikodkan.Pelbagai cadangan dan pendapat diajukan
oleh guru ini. Walaupun pandangan yang berbeza, tetapi guru itu masih memberi komitmen
yang baik. Dalam menyelesaikan perkara ini, pengkaji dan rakan sekelas telah berbincang
untuk mencapai satu keputusan untuk kesahan data tersebut. Pengkaji dan rakan sekelas
menyemak kebolehpercayaan data, akhirnya kami telah melakukan kesahan data kajian ini.
Berikut adalah tema tema saya dan pandangan rakan sekelas saya yang sahih dan tidak
sahih yang di gunakan untuk kajian bagi mendapatkan kesahihan data:-

BIL TEMA PENGKAJI (SAYA) PENERANGAN TIGA SETUJU


RESPONDEN ATAU
TIDAK
SETUJU
1 Tekun dan yakin pada diri -Menyatakan kepakaran dalam bidang
SETUJU
sendiri masing-masing.
2 Bertanggungjawab -Sikap guru yang memberi komitmen
SETUJU
terhadap kerja.
3 Peranan Guru -Kerja yang harus dilakukan oleh
SETUJU
seseorang guru.
4 Sifat Guru -Sifat positif, berketerampilan dan
SETUJU
mempunyai sikap cinta akan kerjaya.
5 Rajin -Meluangkan lebih masa untuk
TIDAK
menjalankan kerja-kerja yang
SETUJU
ditugaskan.
6 Dedikasi Sanggup melakukan tugasan dengan
sempurna demi kepuasan diri. SETUJU
7 Keakhrapan Hubungan -Mewujudkan hubungan baik dengan
ibubapa murid-murid supaya ia dapat SETUJU
membantu murid murid mencapai
pencapaian yang cemerlang dalam
akademik.

Satu tema telah disingkirkan. Ini kerana rakan saya tidak bersetuju dan mendapat tahu
bahawa tema tersebut tidak boleh dikaitkan dengan penjelasan responden. Beliau
beranggapan tema rajin tidak boleh dikaitkan dengan dengan berkerja labih masa. Beliau
menganggap bahawa ia dibawa tajuk dedikasi.Maka kami mengambil keputusan untuk
menyingkirkan tema tersebut. Akhirnya, dapat kami menyiapkan kesahan data melalui
kaedah kumpulan iaitu bersama rakan sekelas saya.
Cara saya membuat pengiraan bagi memastikan kesahan data adalah seperti berikut:-

Jumlah tema = 140


120 100
setuju 12
140
0
Tidak setuju 20
= 86%

Jumlah kesahihan data yang saya perolehi adalah 86%. Dengan pengiraan tersebut,
saya apat menyiapkan inter- rater reliability.
BAHAGIAN 2
TAFSIRAN DAN PERSEMBAHAN DATA
YANG DIPEROLEHI

ANALISI DATA
Analisis data kualitatif biasanya dimulakan dengan mengumpulkan data, mengetahui
data yang releven dan penting berkaitan dengan fokus kita. Perkara ini penting kerana data
yang diperolehi haruslah data yang betul dan mempunyai kaitan dengan kajian kita. Apabila
kita meneliti data yang diperolehi , kita akan berasa seronok untuk menganalisisnya. Ini
kerana respoden responden telah memberikan pelbagai jenis pendapat berkaitan satu unsur.
Rangka kerja analisis merangkumi 5 langkah utama iaitu membiasakan
(familiarisasi), mengenalpasti tema rangka kerja, mengindeks, mencarta, memeta dan
menginterpretasi.

Familiarisasi merupakan proses semasa mengumpul data. Ini bererti, pengkaji agak
akan terlibat secara langsung semasa mengumpulkan data samada dalam bentuk temubual
dan transkripsi. Sepanjang proses ini, pengkaji perlulah sedar tentang tema dan idea utama
kajian. Idea utama dalam kajian ini adalah kualiti seseorang guru.
Kenal pasti tema rangka kerja pula merujuk kepada langkah kedua setelah
pengkaji biasa ataupun dalam bahasa inggeris familiar dengan sesuatu isu itu. Pada peringkat
ini , pengkaji perlu menentukan tema berpandukan data yang dikumpulkan pada peringkat
familiarisasi. Ritcher dan Spencer menegaskan rangka kerja tema mesti bertentatif. Dalam
kajian ini tentatif yang diatur ialah tarikh temu bual, tempat temu bual dan masa serta tempoh
temu bual. Ketiga-tiga responden ditemu bual mengikut tentatif yang berlainan. Responden
pertama ditemu bual pada pukul 11.00 hingga 11.20 pagi, 2 Jun 2016 di SJKT Ladang Niyor
iaitu sekolah saya. Responden kedua ditemubual pada pukul 2 petang, pada hari yang sama.
Walaupun responden berasa kesal kerana telah memberi temu janji kepada saya kerana beliau
mempunyai program lain namun beliau bersetuju apabila saya menyatakan bahawa temubual
hanya memakan masa selama 30 minit .Tempatnya adalah sekolah saya iaitu SJKT Ladang
Niyor kerana responden berasa tempat itu merupakan tempat yang selesa baginya. Responden
ketiga ditemu bual pada pukul 2 petang 3 Jun 2016 di kediamanya kerana rumahnya tidak
jauh daripada rumah saya.

Mengindeks pula merujuk kepada aspek mengenalpasti bahagian data yang


berkaitan dengan tema. Proses ini digunapakai pada peringkat menganalisa kandungan
transkrip temu bual. Dalam kajian ini, pengkaji telah merujuk kepada perbualan (dalam
Bahasa Tamil) yang dirakamkan dan biodata responden. Rintchi dan Spencer mencadangkan
agar pengkaji menggunakan kaedah numerikal.

Mencarta merujuk kepada data spesifik yang telah diindeks pada peringkat ke tiga.
Pada peringkat ini, pengkaji akan mengutarakan atau menyalin semula bahagian-bahagian
tertentu dalam transkrip atau sumber bertulis yang lain. Di sini, pengkaji dikehendaki
menyusun semua perkara yang telah diindeksikan pada peringkat mengindeks. Berikut
merupakan indeksi bagi perkara-perkara yang dipilih;

i. Nama

ii. Pengalaman Berkhidmat

iii. Jawatan Dalam Kerjaya

iv. Pengalaman Daripada Murid


v. Kepuasan Pelaksanaan Tugas

Memeta dan Menginterpretasi merupakan peringkat terakhir merangkumi analisis


mengenai ciri-ciri utama yang terkandung dalam carta. Analisa ini sepatutnya menjadi
panduan kepada pengkaji untuk menginterpretasi set data. Pada tahap ini, pengkaji sepatutnya
menyedari objektif analisis kualitatif, Ia mesti melambangkan sikap sebenar, kepercayaan dan
nilai jati diri responden. Pada peringkat ini, pelbagai masalah dihadpi oleh saya untuk
menjalankan peringkat ini tetapi saya dapat juga menyiapkannya dengan sempurna.

Selain itu, inter-rater reliabiliti juga memainkan peranan penting bagi saya
menyiapkan kajian ini dengan data yang betul dan tepat. Seperti yang saya nyatakan tadi
dalam tajuk inter-rater reliabili bahagian 1, saya dan sorang guru lagi yang tinggal di Kluang
telah menetapkan tarikh dan tempat untuk membuat proses inter rater reliabiliti. Kami
mengunakan bilik mesyuarat di Pusat Kegiatan Guru di Kluang Timur. Kami menetapkan
masa pada waktu petang iaitu pukul 2 hingga pukul 4. Namun kami tidak dapat menyiapkan
proses ini pada masa yang kami tetapkan. Oleh tu kami mengambil lagi sejam untuk
menyiapkannya. Pada mulanya, guru tersebut telah diedarkan tiga transkrip responden yang
highlight mengikut tema. Beliau telah melihat dan menganalisis sejauhmana
kebolehpercayaan data yang dikodkan tersebut. Semasa melakukan kebolehpercayaan data,
telah dikenalpasti terdapat beberapa perbezaan dalam data yang dikodkan.Pelbagai cadangan
dan pendapat diajukan oleh guru-guru ini. Walaupun pandangan yang berbeza, tetapi guru
guru masih memberi komitmen yang baik. Dalam menyelesaikan perkara ini, pengkaji dan
rakan sekelas telah berbincang untuk mencapai satu keputusan untuk kesahan data tersebut.
Pengkaji dan rakan sekelas menyemak kebolehpercayaan data, akhirnya kami telah
melakukan kesahan data kajian ini. Maka saya yakin bahawa data yang telah diproses tadi itu
merupakan data yang tepat dan sahih.

Persamaan antara tema turut memainkan peranan penting bagi pengkaji untuk
menyiapkan kajian ini, Ia berkait rapat dengan proses inter rater realibiliti. Semasa kami
berdua melakukan proses ini, kami mengenali bahawa, kami tema yang kami kodkan
mempunyai beberapa persamaan. Ini kerana tajuk adalah kualiti seorang guru. Responden
kami bertiga sering menyatakan tema yang sama. Ia menunjukkan bahawa seseorang guru
yang berkualiti harus mempunyai tema-tema yang saya nyatakan di bahagian 1. Selain itu,
terdapat juga tema yang berlainan. Tetapi tema-tema tersebut masih mempunyai kaitan
dengan kualiti seseorang guru. Namun, kebanyakan tema kami mempunyai persamaan yang
ketara.

Persembahan Data menjurus kepada cara pesembahan data yang diperolehi.Data


atau maklumat yang diperolehi hendaklah dipersembahkan dengan jelas. Persembahan data
atau maklumat boleh ditulis dalam bentuk :
a) Jadual
b) Senarai
c) Carta
d) Graf
Saya menggunakan kaedah jadual bagi mempersembahkan data yang saya perolehi melalui
temubual bersama tiga orang guru.Manakala bagi menunjukkan tema tema dalam transkrip,
saya telah highlight perkara-perkara yang dibincangkan berkaitan transkrip mengikut tema.
Saya memberikan warna yang berlainan bagi setiap tema supaya kita dapat mengetahui
peebezaan antara satu tema ke tema yang lain. Selain itu, jika mempunyai tema yang sama
dalam transkrip responden kedua dan ketiga, saya menggunakan warna yang sama bagi
menunjukkan persamaan antara setiap tema. Ia membantu untuk mengenal pasti perbezaaan
dan persamaan tema.
Setelah tema telah dikenalpasti, data yang diperolehi disusun dengan teratur dalam
bentuk jadual. Bagi pendangan saya, bentuk jadual mudah difahami dan mudah untuk
menyusun data dengan baik. Ini tidak bermakna bahawa cara lain memudaratkan. Pandangan
saya, bentuk jadual mudah difahami jika dipersembahkan dengan jadual.

Tafsiran daripada analisis data merupakan apa yang kita perolehi melalui kajian
yang kita telah lakukan. Di sini pengkaji mendapat banyak pengetahuan mengenai seorang
guru yang berkualiti. Kualiti seseorang hanya dapat dilihat dengan cara pemerhatian. Guru
perlu memahami bahawa dirinya bertanggungjawab untuk membentuk sikap murid-murid ke
arah positif. Oleh itu, guru perlu memiliki nilai-nilai yang luhur seperti rajin, kasih sayang,
berdedikasi, menjiwai murid dan menepati waktu. Sememangnya, guru menjadi model yang
dicontohi oleh murid. Guru juga perlu akur bahawa beliau insane yang dapat menginsankan
murid dalam tiga kategori utama iaitu kurikulum (intelek), afektif (rohani dan emosi) dan
psikomotor (jasmani).Oleh itu, kualiti guru bergantung penuh kepada cara interaksi beliau
dengan murid dan masyarakat. Ketekunannya menjadi tunjang kejayaan guru tersebut.
Penutup
Kajian kualitatif ini pasti memberi impak dari segi meningkatkan mutu jati diri
seseorang guru. Harap pengumpulan data menunjukkan keberkesan guru berkualiti di bidang
pendidikan dengan lebih terperinci. Saya turut mendapat ilmu yang mendalam tentang kualiti
guru.

Rujukan

1.Modul Qualititave Research, Universiti Terbuka Malaysia.2016

2.Srivastava,A.& Thomson,S.B.(2009). Framework Analysis: A Qualitative


Methodology for Applied policy Reseach. JOAAG,Vol.4.No.20
http://joaag.com/uploads/06 Research Note Srivastava and Thomson 4 2 .pdf

3.Abdul Aziz Abdul Talib (1993). Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan contoh.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. www.snapsurveys.com/.../what-is-the-difference-between-qualitative-rese

5. www.qualitative-research.net/

You might also like